Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya 😊.
Selepas spent time di Museum Kereta Api Sawahlunto, kami pun ke destinasi seterusnya.
Berjalan patah balik ke Masjid Agung Nurul Islam ke tempat transport kami di parkir.
Masjid Agung Nurul Islam, Sawahlunto.
Perlombongan arang batu di Sawahlunto bermula pada tahun 1867. Ketika itu, seorang pengembara Belanda yang bernama Willem Hendrik de Greve berjaya menemui deposit arang batu di dalam perut bumi berhampiran Sungai Ombilin.
Hoofdkantoor van de Steenkolenmijn Ombilin atau Kantor Perusahaan Penambangan Batu Bara Ombilin Di Sawahlunto dibangun pada tahun 1916. Dikenal juga dengan nama Kantoor Ombilin Minjnen. |
Penemuan deposit yang dianggarkan 200 juta ton ini sangat mengkagumkan, lebih-lebih lagi kerana arang batu sangat diperlukan dalam industri dan pengangkutan pada waktu itu.
Perusahaan perlombongan arang batu kemudiannya dimulakan oleh Belanda di Sawahlunto pada tahun 1876. Nilai pelaburan Belanda ketika itu sangat besar ~ kira-kira 20 juta Gulden.
Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, perusahaan lombong arang batu diambilalih oleh sebuah syarikat Indonesia yang bernama PT Bukit Asam Tambang Batu Bara Ombilin.
Walaupun PT Bukit Asam tidak lagi mengusahakan perlombongan arang batu sekarang atas faktor ekonomi, syarikat inilah yang sebenarnya mengangkat Sawahlunto sehingga menjadi sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO melalui pemuliharaan sejarah perlombongannya.
Bangunan yang diduduki oleh PT Bukit Asam Tambang Batu Bara Ombilin ini kini adalah juga bangunan pentadbiran aktiviti perlombongan di zaman Belanda. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai Ombilin Minjnen.
Tugu Pelombong Arang Batu.
Tugu Pelombong Arang Batu dengan silo arangbatu dibelakangnya.
Dataran Kantoor Ombilin Minjnen dengan pemandangan Bukit Polan dan signage 'Sawahlunto'.
Dari Ombilin Minjnen, kami dibawa berjalan kaki sejauh kira-kira 100 meter menuju ke Museum Situ - Lubang Mbah Soero, sebuah lubang lombong arang batu yang kini dibuka untuk pelancong.
Menyeberang Sungai Lunto.
Berjalan ke Museum Situ ikut Jalan Abdurrahman Hakim.
Di dinding panjang bangunan di jalan ini ada papan info dan murals yang menarik.
Ini adalah UNESCO World Heritage for Site info board for Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto yang menunjukkan kawasan Area A of the heritage site, which is the Sawahlunto Mining Site and Company Town.
Fyi, selain dari Area A ini, juga ada Area B dan Area C yang juga telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai heritage site. Lokasi ketiga-tiga Area ini adalah seperti dalam peta di bawah.
Area A - Sawahlunto Mining Site and Company Town.
Area B - Railway Facilities and Engineering Structures. This includes the Railway System, Batu Tabal Train Station, Padang Pandjang Train Station, Tinggi Bridge and Kayu Tanam Train Station.
Area C - Coal Storage Facilities at Emmahaven Port.
As mentioned, pada dinding panjang ini ada beberapa murals yang sangat menarik. Let's have a closer look.
Silat.
Orang rantai.
Tenunan.
Salah satu lorong masuk ke kawasan kediaman.
Kalau tak silap ini adalah mural Tradisi Makan Bajamba masyarakat Minangkabau.
Kuda kepang.
Orkes Keroncong Setia Abadi.
Suasana di Jalan Abdurrahman Hakim, Sawahlunto.
Toko Hobi.
Sebuah sekolah agama.
Dan kami pun sampai ke Museum Situ Lubang Tambang Mbah Soero.
Lubang Tambang Mbah Soero hanya boleh dimasuki menerusi sebuah bangunan yang dinamakan Museum Situ yang juga merupakan sebuah galeri perlombongan arang batu di Sawahlunto. Bangunan ini dahulu adalah tempat di mana buruh-buruh paksa dibawa berkumpul sebelum dibawa ke tempat bekerja.
Pamphlet Museum Situ - Lubang Tambang Mbah Soero.
Maklumat tentang bangunan muzium ini yan gjuga dikenali sebagai Galeri Info Box.
Ruang lobi muzium. Sebaik sahaja masuk ke dalam muzium, kami disambut oleh petugas-petugas muzium yang memberi penerangan tentang galeri ini dan lubang lombong yang akan kami lawati.
A short video show.
Di ruang utama bangunan ini ada dipamerkan rantai yang digunakan oleh Belanda untuk mengikat kaki buruh-buruh paksa dulu, lau mereka dikenali sebagai Orang Rantai. Sebahagian besar Orang Rantai berasal dari Pulau Jawa dan keturunan mereka masih ramai yang menetap di Sawahlunto.
Rantai badan / body chain.
Ada rantai badan, tangan dan kaki, palu (hammer) dan gembok (padlock).
Maklumat tentang Orang Rantai (Buruh Paksa).
Jenis-jenis rantai yang digunakan oleh Belanda untuk mengawal Orang Rantai.
Lain-lain peralatan yang digunakan oleh Belanda.
Petugas Muzium ini juga memberi penerangan tentang siksaan terhadap Orang Rantai. Untuk memastikan mereka supaya kononnya tidak malas bekerja, dinding dipasang dengan kaca-kaca tajam supaya mereka tidak boleh berehat bersandar pada dinding.
Seorang tourist sedang bergambar bersama Petugas Muzium 😊.
Petugas Muzium ini berasal dari keturunan Orang Rantai dari Pulau Jawa. |
Di galeri ini juga ada banyak foto-foto lama tentang kegiatan perlombongan arang batu.
Foto lama kompleks PLTU (Pembangkit Listrik Tenaga Uap) yang kini adalah Masjid Agung Nurul Islam.
Pegawai-pegawai Belanda sedang mengawasi Orang Rantai bekerja.
Selepas mendengar penerangan dari Petugas Muzium, next kami nak dibawa masuk ke Lubang Tambang Mbah Soero. Pelawat yang nak masuk ke lubang arang batu ini dimestikan memakai pakaian keselamatan hard hat, vest and safety boots. Ada bilik persalinan berasingan untuk lelaki dan wanita. Beg boleh tinggalkan dalam lockers. Anything yang boleh memercik api seperti lighter tidak dibenarkan bawa masuk kerana lubang arang batu itu masih aktif mengeluarkan gas methane.
Pemandangan pintu masuk ke Lubang Tambang Mbah Soero dari Museum Situ.
Maklumat tentang Lubang Tambang Mbah Soero. Kenapa dinamakan Mbah Soero? Silalah baca.
Papan maklumat tentang Sebaran Cagar Budaya Kota Lama Sawahlunto yang dihasilkan oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Pemuseuman Kota Sawahlunto.
Dari dataran kecil antara Museum Situ dan Lubang Tambang Mbah Soero ini kami boleh nampak beberapa bangunan-bangunan zaman Belanda yang masih dapat lagi terpelihara.
Di dataran ini juga sebuah lagi bangunan yang menempatkan sebuah cafe dan bengkel membuat souvenir dari arangbatu.
Ada gambar Kawasan Situs Lubang Tambang Mbah Soero, dahulu dan sekarang.
Juga ada arca/mural menggambarkan Orang Rantai yang sedang bekerja di lombong arangbatu bawah tanah sambil diawasi oleh Mandor.
Di dataran ini juga didirikan sebuah 'Tugu Orang Rantai'. Ia menggambarkan 2 Orang Rantai sedang menolak gerabak kecil penuh dengan arangbatu dan seorang mandor sedang mengawasi kerja.
Orang Rantai dan mandor.
Saya perhatikan tiada pula rantai kaki di pasang dan dipadlock pada kaki-kaki patung Orang Rantai ini.
Kami juga diperkenalkan dengan arang batu yang juga digelar "Emas Hitam" pada masa itu.
Sedikit lagi info tentang Lubang Tambang Mbah Soero.
Di sini juga ada sebuah pusat kerajinan kraftangan dari arang batu. Memang menarik kraftangan yang dihasilkan, tapi kami tak dapat nak membeli sebab duit dah ditinggalkan dalam loker di bilik persalinan tadi.
Key chains yang dibuat dari arang batu.
Pintu masuk ke Lubang Tambang Mbah Soero. Juga dikenali sebagai Terowongan Tambang Tua "Soegar Tunnel".
Rules and regulations yang perlu dipatuhi sebelum masuk ke Lubang Tambang Mbah Soero. Wanita yang sedang period adalah tidak dibenarkan masuk. One can't help but wonder why.
Kami pun ikut guide menuruni tangga masuk ke dalam Terowongan Tambang Tua "Soegar Tunnel".
Jauh sayup ke dalam tanah. Sejuk suasana di dalam.
Lubang turun ini lebar dan selesa. Tangga juga dalam condition yang bagus lengkap dengan handrails. Baguslah begitu kerana ini adalah salah satu tourist attraction yang paling popular di Sawahlunto, jadi keselamatan adalah priority. Cahaya dari lampu di siling juga nampaknya memadai.
Guide memberikan penerangan dan shared with us the dos and don'ts that must be adhered to strictly.
Kan tadi saya kata saya claustrophobic. Masa ni saya kononnya nampak macam ok. Putting up a brave front, tak nak anyone worry pulak. Tapi masa ni sudah dag dig dug perasaan saya.
Unfortunately, masa ni I began to get the jitters till my hands were shaking. Dah saya baca-baca yang patut dan berdoa supaya tenang perasaan tapi still can't stop the shakes.
Ok la, so as not to push myself, saya pun withdraw myself from going any further into the tunnel. So I explained to my group and to the guide and his assistant as well. The guide said he understood and said that I could wait inside the Museum Situ's building. Sebelum keluar tu sempat saya pesan to my wife supaya ambil gambar banyak-banyak 😊.
To be honest, saya tidak mengalami sebarang perasaan yang pelik atau yang menakutkan. Tidak meremang bulu tengkuk saya. Dan tiada terdengar atau ternampak apa-apa. Syukur Alhamdulillah. Tapi kedua-dua tangan saya menggeletar dan perasaan saya cemas. Hard to explain really.
Ok, seterusnya adalah foto-foto yang isteri saya rakam semasa tour di dalam Lubang Tambang Mbah Soero. Juga saya copy paste cerita my wife ke sini.
Berbagai ciri keselamatan telah dipasang kepada Lubang Mbah Soero setelah ia dijadikan sebuah tarikan wisata. Laluan di dalam lubang ini telah dibina tangga konkrit dengan tempat pemegang untuk kemudahan dan keselamatan pengunjung. Lampu-lampu turut dipasang pada kedudukan yang strategik dan terdapat juga CCTV di dalam lubang ini untuk mengesan pergerakan pengunjung dan memberi bantuan kecemasan sekiranya diperlukan.
Ada beberapa tingkat terowong di dalam Lubang Mbah Soero. Pengunjung biasa seperti kami hanya dibawa melawat ke tingkat pertama yang sedalam 30 meter dari permukaan bumi. Dari sini ada sebuah lagi tangga menuju ke tingkat yang lebih dalam. Kata Petugas Muzium, hanya pengunjung-pengunjung tertentu seperti pengkaji dan pelajar Geologi sahaja yang akan dibawa ke dalam sana.
Di tingkat pertama ini juga ada terowong yang bercabang ke kiri dan ke kanan. Pengunjung hanya akan dibawa melawat ke terowong yang di sebelah kanan. Terowong yang di sebelah kiri ditutup atas permintaan paranormal dan masyarakat setempat sewaktu Lubang ini dibuka kepada orang awam kerana banyak tulang-belulang yang ditemui di sana sewaktu kerja-kerja renovasi terowong. Malah dikatakan ada orang-orang dengan kelebihan tertentu yang dapat melihat roh-roh Orang Rantai yang masih berkeliaran di dalam terowong ini. Seram kita dengar.
Arang batu di Sawahlunto terdiri dari arang batu anthracite yang bermutu tinggi dengan kandungan 7000 kalori. Sewaktu perlombongan arang batu ini diberhentikan atas faktor ekonomi, hanya 50 juta ton sahaja yang telah dikeluarkan. Masih terdapat simpanan 150 juta ton lagi di dalam perut bumi di sini.
Kita masih dapat memegang arang batu pada dinding sewaktu berjalan di dalam terowong. Kerana itulah terdapat larangan keras supaya tidak membawa apa-apa bahan yang mudah memercikkan api ke sini. Malah terowong ini juga diperiksa setiap hari sebelum dibuka untuk kunjungan umum bagi memastikan kadar gas methane di dalamnya tidak merbahaya kepada pengunjung.
Lubang Mbah Soero juga sebenarnya terletak tidak jauh dari sebatang sungai. Kerana itulah dinding dan lantainya sentiasa basah dengan resapan air. Kita juga dinasihatkan supaya berjalan dengan berhati-hati, takut tergelincir disebabkan lantainya agak licin walaupun ada saluran-saluran air yang dibina di tepi untuk mengalirkan air ini keluar.
Banyak air yang meresap keluar dari dinding di dalam terowong.
Wayar elektrik lampu di dalam terowong.
Ada sebuah lubang di dalam terowong ini di mana pengunjung boleh berposing seperti pelombong arang batu. Berbagai props perlombongan turut disediakan untuk melengkapkan aksi. Yang tak ada cuma rantai kaki seperti yang dipakai oleh Orang Rantai dulu.
Perjalanan menyusuri terowong ini tidak lama. Hanya kira-kira 10-15 minit. Pengunjung kini bertuah dan tak perlu takut kelemasan di dalam terowong kerana ada blower yang disediakan untuk meniup udara segar ke dalam. Pada zaman Orang Rantai bekerja di sini dulu, ramai yang mati kelemasan kerana ketiadaan ventilasi. Namun disebabkan faktor kedalaman di dalam perut bumi, tetap juga kita berpeluh menahan kepanasan di dalam terowong ini.
Keluar dari Lubang Tambang Mbah Soero.
Pintu keluar dari Lubang Mbah Soero terletak di seberang jalan dari muzium.
Berjalan kembali ke muzium.
Since saya tak masuk ke Terowongan Tambang Tua "Soegar Tunnel", saya pun ke Galeri Tambang Batubara Kota Sawahlunto di tingkat 1 Museum Situ ini. And may I add that the moment saya masuk ke dalam bangunan muzium ini, away for the tunnel, slowly perasaan saya mula tenang dan tangan saya dah tak ketaq lagi. Alhamdulillah.
Di galeri ini ada sangat banyak information bukan sahaja tentang Lubang Tambang Mbah Soero tapi juga tentang perlombongan arang batu di Sawahlunto as a whole.
Sejarah bermulanya perlombongan arangbatu di Sumatera.
Tentang batubara.
Explorasi batubara.
Perkiraan kandungan batubara.
Sebelum pergi, semua pengunjung yang masuk ke Lubang Mbah Soero diberikan sijil untuk meraikan kejayaan mereka meneroka lombong arang batu Sawahlunto. Since saya tak masuk, maka saya tak la dapat sertifikat ini 😢. Hehehe.. tak la... saya diberi juga sebagai kenangan.. hehe.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
anbik tak sikit arang batu tu bawak balik?
ReplyDeletebeli tak keychain tu ?
sah claustrophobic !!
dont push your self !!
tak masuk pun tak apa ..banyak antu kat dalam tu tapi
merinding jugak saya masa masuk dulu tu
ada pelawat yang masuk dengar orang nangis .. bunyi gamelan .....
Tak de doc.
DeleteAlso tak beli sebab wallet tinggal dalam loker di muzium tu.
I really did try to be brave/strong. But I thought better not, kot terjadi something. I know my limitations. Moreover, ni la first time rasa begitu sampai gigil. It really was a weird feeling.
Seram !!!