﷽
Sumber: kemenkes_ri ~ Kementerian Kesehatan Republik Indonesia |
Baik, sambung lagi cerita percutian kami di Sumbar dengan Day 03; Part 04.
Lepas makan tengahari kami pun pergi jalan-jalan di Taman Panorama.
Surau Buya Gusrizal Gazahar.
Sebuah bangunan berbumbung Minangkabau sedang dalam pembinaan. Begitulah rupa rangka untuk bergonjong. Fascinating.
Di atas bukit itu ialah Balai Kota Bukittinggi.
Gojek.
Rumah Sakit.
Tugu Tuanku Imam Bonjol.
Murals.
Kereta kuda (Bendi).
Sampai ke Taman Panorama.
Kaunter tiket.
Di tepi jalanraya ada poster besar Festival Multi Etnis Internasional.
Jom masuk.
5 years ago my wife and I were here. Lain sangat suasananya sekarang. Lagi cantik!
Ada proper signage.
Dan juga ada papan maklumat. Nice!
Ok jom tengok pemandangan Ngarai Sianok yang diberi jolokan The Grand Canyon of Indonesia dari Taman Panorama ini.
Ngarai Sianok yang merupakan jurang sedalam 100 meter dengan kepanjangan 15 km dan kelebaran 200 meter adalah sebahagian dari garisan gempa bumi Patahan Semangko (Great Sumatran Fault). Di zaman kolonial Belanda, jurang ini dinamakan Karbouwengat atau Kerbau Sanget kerana terdapat banyak kerbau liar yang hidup bebas di sana.
Di seberang Ngarai Sianok ada sebuah kampung yang dinamakan Perkampungan Agus Salim.
Penduduk di perkampungan ini dikatakan ramai yang memiliki darah Belanda.
Kampung ini juga dihubungkan dengan Bukittinggi oleh sebuah laluan yang dinamakan Janjang Koto Gadang. Disebabkan binaan laluan ini yang seperti Tembok Besar China, ia turut diberi gelaran The Great Wall of Bukittinggi.
Lobang Jepang ada di bawah tu.
Tugu Lobang Jepang.
Taman ini rapi dan teduh dengan pemandangan Ngarai Sianok yang indah.
Bergambar dengan dekorasi taman 😊.
A gazebo berbumbung rumah Minang yang cantik untuk berehat.
Medan Nan Bapaneh.
Lunch time masa tu jadi ramai yang kami nampak makan di sini.
As we passed by, ada juga yang pelawa kami makan. So nice of them 😊.
Makan duduk bersila dengan kawan-kawan di bawah teduh pohon besar dengan pemandangan Ngarai Sianok. Nice!
Di medan ini dibuat sebuah amphitheatre.
Banyak juga seats for this outdoor amphitheatre.
Ada juga sebuah platform yang disediakan untuk pengunjung bergambar dengan berlatar belakangkan Ngarai Sianok. Bayaran Rp 5,000 (RM 1.50) seorang dikenakan untuk menggunakannya. Tapi kami tidaklah naik ke situ.
Gunung Singgalang yang tak berapa nampak. Masa tu berawan.
Ngarai Sianok 2020.
Ini foto lama. Ngarai Sianok 2015.
Ngarai Sianok 2020.
Ngarai Sianok 2015.
Sepatutnya boleh nampak Gunung Singgalang dari sini tapi tak begitu jelas.
So saya share di sini foto yang nampak Gunung Singgalang yang saya rakam masa kami bercuti di sini pada 2015.
Gunung Singgalang.
Panorama Ngarai Sianok.
Bergambar kejap 😊.
Jom turun kejap ke Lobang Jepang.
Kami tak masuk, cuma di entrance saja.
Lobang Jepang mempunyai kepanjangan keseluruhan hampir 6 km. Ia digunakan oleh tentera Jepun sebagai tempat simpanan senjata, ruang mesyuarat, penjara dan dapur. Ia dibina 40 meter ke dalam tanah.
Untuk memastikan kerahsiaannya, Jepun menggunakan buruh paksa dari daerah-daerah lain di Indonesia untuk membinanya. Tahanan-tahanan yang mati pula akan dicincang dan dibuang ke dasar Ngarai Sianok yang berhampiran menerusi sebuah lubang di dalamnya.
Kami tak masuk ke dalam Lobang Jepang ni sebab sudah pun masuk masa cuti 2015 kami ke sini. Kakak ipar and her family pula not too keen to go inside. Anyway, kalau nak baca tentang kisah kami masuk ke Lobang Jepang in 2015 tu bolehlah baca di sini.
Ok, jom kita tengok Jam Gadang pula.
Dalam perjalanan kami passed by Hotel The Hills yang pernah menjadi penginapan kami dulu. Hotel ini now dah tukar nama ke Hotel Novotel.
In 2015, Hotel Novotel ini namanya The Hills.
Tiba di Dataran Jam Gadang.
Jam Gadang Bukittinggi ada 4 jam yang setiap satunya berdiameter 80 cm. Mesin jam dan permukaan jam terletak pada satu tingkat di bawah tingkat paling atas. Jam Gadang ini dibawa terus dari Rotterdam, Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur dan digerakkan secara mekanik oleh mesin yang hanya dibuat 2 unit di dunia, iaitu Jam Gadang itu sendiri dan Big Ben di London.
Rupa Jam Gadang di tiga zaman: Belanda (kiri), Jepun (tengah) dan sekarang (kanan).
Bergambar dengan Jam Gadang.
Plaza Bukittinggi berdekatan Jam Gadang.
Sejak masa planning nak ke Sumbar ni lagi my wife dah bercadang nak bawa her sister and family naik kereta kuda Bendi di sini. I think it was a good idea sebab naik Bendi memang la salah satu tarikan utama di Bukittinggi.
Stesen Kuda Bendi terletak di satu penjuru Dataran Jam Gadang, dekat-dekat dengan Plaza Bukittinggi. |
Kuda-kuda bendi yang semuanya kelihatan fit dan sihat. Jelas kuda-kuda ni dijaga dengan begitu baik by the owners. Personally, pada saya itu penting.
Animals deserve to be treated humanely and it is our responsibility as humans to treat them with compassion and benevolence. |
Perjalanan mengelilingi kota Bukittinggi dengan Bendi memakan masa di antara 20-30 minit. Caj yang dikenakan adalah Rp 100,000 (RM 30) bagi sebuah Bendi. Setiap Bendi boleh membawa 2 atau 3 orang penumpang sahaja. Disebabkan kami bertujuh, khidmat 3 buah Bendi kami digunakan.
Fyi, mata-mata kuda Bendi ditutup supaya kuda tak confuse dengan pelbagai distractions di sekeliling dan boleh stay focus pada pemandangan ke depan saja. |
Saya perkenalkan kuda Bendi kami. Nama dia Ababil. Dia baru berusia 4 tahun. Cantik bulu dia berwarna cerah.
Sebelum jalan, kami bergambar dulu.
Pada pemerhatian kami si Ababil ni adalah seekor kuda bendi yang cukup terlatih dan patuh arahan. Memang diwajibkan begitu kata pemandu kami sebelum kuda-kuda boleh bertugas tarik bendi di jalanraya. Saya especially teruja bila Ababil pandai mengundur! Hebat! 😊
Pada masa dulu, kereta kuda atau Bendi adalah kenderaan para bangsawan dan anak raja. Orang Minang memanggilnya Kudo Bendi.
Pada masa penjajahan Belanda pula, Bendi menjadi pengangkutan primadona di Ranah Minangkabau. Ia hanya digunakan oleh saudagar kaya, penghulu ataupun pegawai-pegawai Belanda.
Sebelum boleh ditugaskan untuk menarik kereta kuda, kuda-kuda ini perlu terlebih dahulu dilatih oleh pelatih yang bertauliah di atas jalanraya.
Pelatih-pelatih ini sangat berpengalaman dalam melatih kuda-kuda baru yang mungkin akan meliar atau get out of control masa berada di jalanraya yang sibuk mungkin kerana takut atau overwhelmed by the situation.
Si Ababil ialah kuda jantan yang sangat peramah, kata pemandu Bendi kami. Bila berselisih dengan kuda-kuda lain, mesti dia merengus dengan kuat nak menegur sapa 😊.
Kata pemandu Bendi kami, cuma kuda jantan saja yang digunakan untuk menarik Bendi di Bukittinggi.
Saya duduk di depan sebelah pemandu Bendi. Jadi senang la nak sembang dan tanya macam-macam soalan.
Kata pemandu Bendi kami, kuda Bendi dijaga bagaikan ahli keluarga. Mereka diberi makan pallet padi dan jagung setiap hari.
Jambatan Limpapeh menghubungkan Zoo Bukittinggi dengan Fort de Kock. |
Dan si Ababil ni kata pemandu kami lagi, dikira mempunyai bulu yang cantik, an indication that kuda yang dijaga baik akan mempunyai bulu yang cantik.
Ini mengingatkan saya pada the Bavarian Coach Horses yang bertugas ulang alik bawa pelancong melawat Neuschwanstein Castle, Germany.
Then I heard it! Dan diikut dengan keharuman luar biasa. Saya pun cepat-cepat tanya pemandu kereta kuda kami, 'Ababil kentut ke?' Terus pemandu kami ketawa dan kata 'Iya'.... hahahaha... adoiii... 😂. Si Ababil ni kuat kentut rupanya.. hahaha.
Taman Monumen Proklamator Bung Hatta.
Si Ababil bertegur sapa (merengus) dengan kuda ini bila mereka berselisih. So cute.. hehe.
Sampai di Jam Gadang.
Dulu, in 2015, kami ke dataran ini di suatu pagi Ahad. Penuh meriah dengan warga Kota Bukittinggi sedang bersenamrobik diiring musik dangdut yang dipasang super loud 😊.
Foto 2015 |
Juga masa tu ada satu kumpulan kesenian yang terdiri dari pelajar-pelajar lelaki memainkan gendang. Super energetic and riveting!
Foto 2015 |
Foto 2015 |
Menuju ke tempat kami bermula tadi.
Turun dari Bendi, terperasan seluar saya ada banyak bulu si Ababil. Halus-halus bulunya. Berterbangan dan melekat pada seluar saya during the ride tadi.
Walaupun puas dikentuti oleh si Ababil, saya tidak kisah, malah harus lagi bergambar dengan dia because he is such a well behave horse and very adorable too.. hehe.
Lepas naik Bendi, kami berjalan-jalan sikit kerana abang ipar nak cari Money Changer.
Lepas tu kami ke Pasa Ateh Bukittinggi ni. Kami split up and to meet up later di tempat menunggu van. Btw, foto bawah ni adalah bangunan Pasar Atas yang baru selesai dibina. Masih belum boleh digunakan. Built to relocate the existing pasar. Ia boleh muat 510 peniaga ~ 210 pedagang dan 300 pedagang kaki lima.
Pasa Ateh (Pasar Atas) adalah sebuah tempat shopping yang popular di Bukittinggi. Seperti namanya, ia terletak di atas bukit, dekat Jam Gadang. Kedai-kedai yang terletak dekat dengan Jam Gadang adalah kedai-kedai moden yang menjual pelbagai souvenir untuk pelancong.
Kami pun turun tangga ini untuk ke bahagian pasar yang asal.
In the near future akan sudah tidak ada lagi section ini kerana akan dipindahkan ke bangunan baru Pasa Ateh yang baru siap.
Ok, let's have a last look inside sebab lepas ni dah tak ada lagi dah bahagian pasar ini.
Tak lama kami dalam section tadi tu sebab panas. So kami stop la kejap nak minum di kedai ini. Namanya Waroeng Good Bener.
We had Sup Buah seperti yang di poster di atas. Sesak dengan macam-macam ingredients. Super nice!
Selesai, kami ke tempat menunggu van.
Dah makin cantik Dataran Jam Gadang ni.
Sempat kami bergambar dengan adik-adik ni 😊.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ababil !!
ReplyDeletecomel nama dia!!
kesian dia hanya boleh nampak ke depan je ..
Kan :).
DeleteTapi lagi kesian kalau dia dpt pandangan luas seperti normalnya. With wider view, fikiran dan perasaan ababil akan lebih kacau bilau. Stress dia nanti.