﷽
Sumber: MKN & kkmm_gov |
Memutus Mata Rantai Penularan Virus Corona.
"Hai #Healthies. Ayo kita bekerjasama untuk memutus rantai penularan #COVID19 dengan #dirumahsaja dan #jagajarak." Sumber: kemenkes_ri ~ Kementerian Kesehatan Republik Indonesia |
Ok next cerita Day 03; Part 03 cuti-cuti Sumbar kami.
Destinasi perjalanan kami pada hari ketiga adalah dari Lembah Harau ke kota wisata Bukittinggi. Untuk kakak ipar and her family yang baru pertama kali ke Sumbar ni sememangnyalah wajar buat persinggahan ke Bukittinggi.
Pemandangan Lembah Harau yang cukup indah sekali.
Di pasang jaring tu agaknya untuk elok burung-burung dari memakan padi yang sedang menguning itu. |
Tiba-tiba pemanduan Pak Roni, our driver, perlahan. Kelihatan ada bomba (mobil pemadam kebakaran) dari Dinas Pemadam Kebakaran Kab. Lima Puluh Kota.
Ya Allah.. ada kebakaran rumah rupanya. Mudah-mudahan Allah SWT berikan kekuatan dan kesabaran kepada yang mengalami ujian ini.
Kelihatan rumah itu habis hangus cuma tinggal tiang-tiangnya sahaja. Tidak kelihatan rumah-rumah lain terlibat dalam kebakaran itu. Semoga tidak ada kemalangan jiwa.
الخالق ~ Al-Khaliq ~ Yang Maha Pencipta
Kantor Bupati Lima Puluh Kota.
Leaving Kawasan Geo Park Lembah Harau.
Di Jalan Raya Tarantang menuju ke Bukittinggi. Ada pasar di depan tu.
Laskar Mirai Ganbatte.
Ini adalah Pasar Sarilamak, di Nagari Sarilamak.
Sarilamak adalah ibukota Kabupaten Lima Puluh Kota, yang terletak di Kecamatan Harau. Kalau nak baca tentang asal usul nama 'Sarilamak' bolehlah baca di sini.
Es Tebak. Kalau anda jalan-jalan cari makan di Sumbar boleh la cuba Es Tebak 😊.
Kalau dapat jalan-jalan dalam pasar begini sambil ambil gambar memang la menyeronokkan.
Warung nasi Ampera ini spesifiknya Gulai Cipuik (siput sedut). Btw, selalukan nampak perkataan 'Ampera' masa bercuti di Sumbar? Ok, di bawah ni ada penjelasannya. You're welcome 😊.
Mie Ayam Bakso.
Mie ayam bakso merupakan olahan mie ayam yang dibuat dengan menambahkan bakso (bebola daging) ke dalam resepnya. Bakso memang salah satu pasangan yang paling diminati pecinta mie ayam. Rasanya yang kenyal berpadu dengan kuah gurih dan lezat dari kuah mie ayam memang sangat pas dan menggoda selera banyak orang. Mie ayam bakso juga sangat mudah ditemui di banyak warung bakso atau mie ayam di Indonesia. Sumber |
Stop sekejap isi minyak.
Telah Dibuka Pendaftaran Bakal Calon Bupati dan Wakil Bupati Kabupaten Limapuluh Kota, Periode 2021 - 2026.
Antaranya ada Spiderman, Hello Kitty, SpongeBob, Nemo dan Lightning McQueen (from the animation movie 'Cars'). Tak ada pula Upin Ipin.
Kereta kuda ini nampaknya lain dari kereta kuda bendi yang pernah kami lihat di Bukittinggi. Yang ini beroda 4 (bendi beroda 2) lebih besar dan selesa dan tinggi tempat duduknya. Bumbungnya pun lebih kepada dekoratif dari praktikal. Hiasannya juga lebih cantik. Dibuat begitu sepertinya ingin meraikan orang yang menaiki kereta kuda ini seperti pasangan-pasangan pengantin atau orang-orang kenamaan ketika local parades.
Passing by Kota Payakumbuh.
Lokasi Payakumbuh.
Suasana di Kota Payakumbuh (Minangkabau: Payokumbuah).
"Diterjang Tak Tumbang, Karna Aku Terlahir Sebagai Seorang Pemenang Bukan Pecundang".
Dari Kota Payakumbuh diteruskan lagi perjalanan ke Kota Bukittinggi.
Derma untuk pembinaan masjid.
Selepas melalui bandar, kelihatan kembali pemandangan-pemandangan sawah padi nan indah.
Cantiknya! SubhanAllah.
🔹Sawah padi bertingkat ✓
🔸Pepohon kelapa ✓
🔹Gugusan banjaran ✓
|
Di Jl. Bukittinggi - Payakumbuh yang begitu sibuk.
Saya berdoa agar ibu ini dan anak-anaknya akan memakai helm (topi keledar motosikal) di lain kali menaiki motor 😡.
Deretan warung-warung makan.
Jualan kuih Bika Bakar juga ada. Kami sudah pernah merasa kuih ini semasa percutian kami di Sumbar dulu. Saya teringat walau pun sedap kuih ini tapi saya hanya dapat merasa sedikit sahaja sebab manis! 😃😂
Green House Lezatta di Bukittinggi.
Universall Theme Park, Bukittinggi.
Katupek Pical & Gulai Kapau Uni Eli dan Martabak. |
Next kami ke kedai kerepek dan sulaman. First ke kedai kerepek, kedai Ummi Aufa Hakim.
Masuk je kedai kami diberi rasa sampel beberapa jenis kerepek oleh adik-adik ini.
Pada saya semuanya sedap.. hehe.
Suasana dalam kedai Ummi Aufa Hakim. Ada la kami beli beberapa items. Yang sebenarnya kami berdua tidaklah berapa suka sangat makan jajan. Once in a while tu boleh la.
Rendang pun ada.
Di kedai ini juga ada bahagian ditunjukkan pada pelawat cara membuat kerepek. Haaa... ini pada saya adalah lebih menarik 😊.
Jom kita tengok. Slicing the ubi kayu jadi bentuk petak panjang.
Minyak sedang dipanaskan.
Mula menggoreng. Note: Tadi saya tidak nampak pula sliced ubi kayu ini ada digaul dengan sebarang gula/garam/rempah. May be tiada, digoreng yang asli.
Dibiarkan gorengan selama cuma beberapa minit sahaja.
Kepingan ubi kayu dibalik-balikkan.
Dah siap goreng, chips dikaut dan dituang ke dalam bakul.
Dibiarkan sejuk.
Ini ubi kayu yang dihiris bulat dan sudah siap digoreng.
Sudah sejuk, dituang ke dalam beg plastik.
Then baru saya terfikir. Mungkin tiada digaul apa-apa bahan perasa tambahan pada ubi kayu ini sebelum dan selepas ia digoreng kerana penambahan akan dibuat later on mengikut jenis perisa apa yang ditempah oleh pembeli.
Then kami ke kedai sulaman bernama Ar-Royyan, di sebelah kedai kerepek tadi.
Suasana dalam kedai sulaman. Sulaman adalah teknik kraftangan yang dihiasi secara tradisional dengan benang.
Sulaman banyak dibuat untuk menghias selendang, baju kurung, dan peralatan tradisional. Kebanyakan motif sulam adalah bunga dan daun.
Penggunaan kain sulaman berkait rapat dengan adat. Kain bersulam berwarna cerah dan sulaman yang rapat digunakan untuk acara perkahwinan. Dalam pandangan adat, seorang perempuan dipandang terhormat jika peralatan yang dipakai saat menikah, seperti selendang, adalah hasil sulaman sendiri.
Kain dan sulaman berwarna tua/gelap dengan sulaman jarang pula digunakan oleh wanita yang sudah berkahwin dan berumur.
Pengetahuan dan kemahiran membuat sulaman diwariskan secara turun-temurun, dari ibu ke anak perempuan. Pada masa ini, masih ramai yang mengusahakan sulaman dan menjadikannya sebagai mata pencarian tambahan.
Keunikan sulaman terletak pada proses pembuatan, motif, dan perincian kerja. Oleh itu, sulaman ini mempunyai nilai penjualan yang agak tinggi, mencapai jutaan rupiah sehelai. Walau bagaimanapun, kerumitan kerja untuk membuat sulaman ini memerlukan masa sehingga dua bulan untuk disiapkan.
Antara teknik sulaman yang masih digunakan hingga kini adalah teknik sulaman "Suji Caia" dan "Kapalo Samek".
Sulaman suji caia menunjukkan penampilan gabungan warna yang bersatu (Minang: caia, yang bermaksud cair) untuk menghasilkan bunga yang kelihatan hidup. Sulam kapalo samek (dari bahasa Minang, ertinya peniti) kerana dalam pembuatannya benang dikait dan ditarik ke hujung pin sehingga menghasilkan bentuk bulat pada kain.
Songkok dan t'shirts pun ada.
Juga handbags. Ke ini beg bawak telekung? Entah le, mana la saya tahu.. hehe.
Kakak ipar ada beli kain for her daughter.
Dah, jom sambung perjalanan.
Kalau ikut itinerary, kami sepatutnya terus ke Taman Panorama sebaik tiba di Bukittinggi. Since masa tu dah nak dekat lunch time, our guide suggested kami makan dulu. Kami ok je.
Makan tengahari kami pada hari itu adalah di Rumah Makan dan Restoran Gon Raya Lamo. Restoran Padang memang biasanya menggunakan nama-nama dalam bahasa Minang. Spesifik rumah makan ini adalah Dendeng Batokok, Randang Ayam dan Cancang Ayam.
Selain berbumbung Minangkabau dan nama restoran menggunakan nama dalam bahasa Minang, restoran Nasi Padang juga senang dikenali dengan gaya tingkap tayang khasnya.
Tingkap tayang Nasi Padang di hadapan restoran biasanya mempunyai pinggan dan mangkuk yang disusun dan diisi dengan pelbagai lauk pauk. |
Jom masuk. Actually kami berdua pernah makan di rumah makan ini. We had our dinner here masa bercuti di sini pada 2015.
Suasana di dalam rumah makan. Selalunya begini set up rumah makan di sini; ada section dengan air-con dan yang tidak.
Jemput makan 😋.
My favourite yang foto besar tu. Yang ada keropok warna pink tu. Tak tau apa namanya... hehe.
Nasi Padang lagi. For my wife and I, kami ok je kalau hari-hari kami di sini makan Nasi Padang. Cumanya kami risau la jugak kot kakak ipar sekeluarga inginkan kepelbagaian.
Tapi sebenarnya kakak ipar sekeluarga memang suka hidangan Nasi Padang. Lega.. hehe.
Yang best also pakej makan tengahari kami di restoran ini temasuk pilihan 3 jus buah-buahan. Selalunya diberi air mineral saja dan kalau nak minuman lain have to pay.
Ada pilihan Jus Jambu Batu, Jus Jeruk dan Jus Durian Belanda. |
Kenyang... Alhamdulillah.
Ooo... ada Cendol Durian di depan restoran ni!
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
so ..
ReplyDeleteapakah binatang yang lamak sangat rasanya tu ?
belut ?
baru lah saya tau tentang ampara..
tenkiuuu ..;)
theme park apa lah pulak kat tengah tengah Bukit Tinggi tu ....
kain sulam yang saya beli dulu tu sampai ke sudahnya tak menjadi apa ..
last-last saya hadiahkan kat kawan saya , cikgu , yang of koz akan pakai baju kurung dan boleh buat baju kurung daripada kain tu
harapkan saya nak buat baju kurung ...? hehhehe .. memang tak aaa
tu beg telekung aaa !
mana ada orang nak bawak beg tangan gitu !!
tak lawa!! :))
kdish yang ada keropok pink tu ? macam rojak ada kuah kacang kan ?
Entah la doc. Belut masak lemak kot.. hehe
DeleteYou're welcome :).
Betul la, ada je theme parks di sini. Apparently that's the trend here. Banyak tmpt2 berlibur sesuai utk millennial dan families.
The trick is I think once dah sampai rumah terus je gi tempah cepat2. That is, lakukan masa tgh semangat berkobar2.. hehe. Kalau tangguh2 mmg tak menjadi.. semangat nak buat baju tu dah suam2 kuku... hehe.
Oic. Eh.. kan lawa tu. Siap ada gambar jahitan Istana Basa Pagaruyung. Makanya juga boleh dibuat tas tangan kan buk? Praktikal sebab banyak barang boleh letak.
Yes, indeed. Saya paling santap lauk tu la.. hehe.
lawa lah..
Deletetapi sangat makcik-makcik!!!:)
Hahahaha.. kan.
DeleteBut sebab very praktikal lah esp makcik2 suka dan sesuai.. hehe.