Friday, October 25, 2019

MELAKA - DAY 01 - PART 02 - MUDZAFFAR HOTEL & MASJID AL ALAMI

Lepas explore Mudzaffar Hotel, kami jalan-jalan kejap di kawasan around the hotel. 

Kami ke Masjid Al-Alami. Tak jauh dari hotel, lebih kurang 10 minutes walk. 

Masjid Al-Alami MITC adalah sebuah masjid di bawah kerajaan Negeri Melaka yang terletak di tengah-tengah kawasan MITC. 

Masjid ini beralamat di MITC, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh ini telah dibina pada 17 September 2001. 
Sumber: FB Masjid Al Alami

Masjid-masjid terawal di Alam Melayu dikategorikan secara mudah mengikut tipologi bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada bumbungnya. Berdasarkan pada reka bentuk bumbung, masjid-masjid warisan di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bumbung berlapis empat, tiga, dua dan bentuk bumbung. 
Masjid Kampung Laut (Kelantan), Masjid Papan (Perak), Masjid Langgar (Kota Bharu) dan Masjid Kampung Tuan (Terengganu).

Dan Masjid Al-Alami ini bolehlah dikategorikan masjid berbumbung berlapis dua. 

Masjid ini bercirikan rekabentuk Islam-China menggambarkan kedatangan dan pengaruh China di Melaka ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Masjid Al-Alami ini mengingatkan saya pada sebuah masjid yang rekaan senibinanya hampir sama iaitu Masjid Al-Syuhada Kem Terendak (foto bawah).

Masjid Al-Alami ini mempunyai kubah bentuk bersegi dan bukan kubah bulat seperti yang biasa kita lihat. Begitulah keunikan senibina masjid di Melaka.  

Menara Masjid Al-Alami.

Ada pondok wakaf di laman masjid. 

Di sudut masjid ini ada perpustakaan mini. Ia dinamakan Pustaka Mini Al-Alami. Ia adalah sebuah perpustakaan masjid berkonsep perpustakaan terbuka yang boleh digunakan oleh orang ramai khususnya para jemaah masjid.
Pembukaan Pustaka Mini ini merupakan kerjasama pintar antara Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan Masjid Al-Alami MITC melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di mana Masjid Al-Alami MITC menyediakan satu ruang dengan kelengkapan rak, buku dan meja bacaan manakala pihak PERPUSTAM menempatkan bahan-bahan bacaan.

Masjid ini telah dibina atas sebidang tanah seluas 22 ekar. Kos penbinaan ini telah membelanjakan sebanyak RM 7.5 juta. 

Pembinaan masjid ini adalah cetusan idea dari Y.B Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku Ketua Menteri Melaka pada masa itu. 

Masjid ini boleh menempatkan seramai 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa. 

Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada 19 Oktober 2004(M) bersamaan 5 Ramadhan 1425(H).

Ruang solat utama Masjid Al-Alami. 

Mengerjakan solat tahiyatul masjid.

Membaca Al Quran.

Minbar.




Minbar dan mihrab.

Mihrab.

Seni ukir di mihrab yang sangat cantik. 



Arah ke ruang solat Muslimat.

Pemandangan Masjid Al-Alami dari luar.


Tempat berwuduk.

Selepas itu kami ke MITC - Melaka International Trade Center yang lokasinya betul-betul Mudzaffar Hotel. Tengah ada Home Expo di sini. Kami masuk jengok kejap je, lepas tu terus keluar. 

Depan main entrance MITC ada gerai ni.

Ada macam-macam kuih. Boleh la beli buat minum petang.

Punya la me so happy bila nampak kuih keria gula Melaka ni! 😋 My favourite!!





Minum petang. 

Sunset over Ayer Keroh.

View from our room.





SubhanAllah... so beautiful...


Dinner kami malam tu di hotel saja. Tak rajin nak keluar jalan-jalan cari makan. 


Tangga rumah Melaka yang sangat cantik.


Macam-macam versi format saya rakam tangga ni.. hehe.



Dinner kami di 'rehat2 lobby lounge'. 

Ini adalah salah satu hotel lounge yang paling saya suka.. hehe.










Jom order.

Sementara menunggu dinner sampai.

Beautiful wall fountain.



Jemput makan 😊.






Sedap dan sungguh mengenyangkan. Alhamdulillah.

Apa-apa pun jangan lupa telan ubat-ubatan. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum tuan, terima kasih banyak share tempat menarik. Saya tengah cari rujukan untuk dating dengan suami esok kt PD. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Puan. Sama-sama.
      Have a great time!

      Delete
  2. kalau ada dak Iyra mesti saya dah jadi mangsa fotografer dia dekat tangga yang cantik tu !

    :))

    ReplyDelete