Wednesday, October 2, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 04 - MUZIUM SULTAN ABU BAKAR - INDOOR

Ok, lepas meronda laman depan Muzium Sultan Abu Bakar ini, saya pun masuk ke ruang pameran di dalam. Ada caj RM5.00. 

Dan tidak dibenarkan ambil gambar menggunakan kamera. Tapi boleh ambil gambar dengan handphone which is great. At least dapat la jugak ambil gambar walaupun cuma foto-foto kualiti handphone. Saya tanya la juga kalau-kalau boleh saya guna kamera compact saya sebab ianya bukanlah DSLR camera. Tapi tidak dibenarkan. Oh well, at least boleh guna handphone. Kalau di Muzium Terengganu, langsung tak boleh.. hehe. 

Suasana di ruang dalam Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium ini terdiri daripada lima galeri: Kesultanan Pahang, Fesyen & Tekstil, Arkeologi & Masyarakat Orang Asli, Seramik, dan Seni & Budaya di Pantai Timur. Muzium ini mempunyai koleksi yang besar lebih dari 190 koleksi bersama artifak-artifak sejarah yang bernilai ratusan ribu. Koleksi-koleksi di sini ada yang dibeli, dihadiahkan dan juga dipinjamkan. 

Ada foto-foto lama. Let's have a closer look. Saya tak nampak sebarang maklumat tentang foto-foto lama ini. I assume they are the photos of Pahang during the olden days.

Agaknya dulu di Pahang ada banyak gajah. Di Pahang ada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah.  

Ini mungkin foto penempatan Orang Asli. 


Pahang sepintas lalu.

Pahang dipanggil Phang atau Pahang.

Pahang juga pernah dikenali sebagai Peng-Keng, Pam dan Fanhan.

Pahang pernah berada di bawah pemerintahan Srivijaya, Empayar Majapahit, Empayar Siam dan ditakluk Melaka selama 150 tahun.

Checking out Sultan Abu Bakar Museum's ceramic gallery with En. Badrul.

Gendang Dongson / The Dongson Drum, artifak yang dikaitkan dengan dengan perdagangan antara Tanah Melayu dan Vietnam. Unfortunately, saya tak nampak sebarang maklumat mengenai usia gendang bersejarah ini di pameran ini.
🌓 Gendang yang dibuat dari logam gangsa ini penting sebagai indikasi kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson di Asia Tenggara. Selain yang already stated in above image, gendang ini juga pernah digunakan sebagai gendang perang. In total 8 gendang Dongson telah ditemui di beberapa tempat di negara ini antara tahun 1926 dan 1996.
🌗 Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak muzium, didapati artifak tersebut muncul di Semenanjung Malaysia dalam zaman kebudayaan ganga-besi kira-kira 500 Sebelum Masihi hingga 500 Masihi. Jadi mungkin gendang ini sudah beribu tahun usianya.

Ini pula koleksi Seramik Pulau Tioman / Ceramics of Pulau Tioman.  

Pada zaman dahulu Pulau Tioman merupakan spot singgah pedagang timur dan barat so berbagai ceramic telah dijumpai di pulau itu.

Dalam koleksi ini ada tembikar-tembikar Celedon, Khmer, Dinasti Yuan dan Dinasti Song.

Artifak yang dipercayai comes from the metal age (zaman logam) yang bermula 500 tahun sebelum masihi.

Ini ialah Bata Chini yang dipercayai bata-bata dasar bangunan yang dikhabarkan telah hilang atau tenggelam dalam Kuala Sungai Chini, bukti penempatan proto-sejarah di Kuala Sungai Chini.
Zaman Proto-Sejarah secara ringkasnya ialah zaman di mana masyarakatnya sudah mengenali tulisan dalam bentuk aksara kuno seperti aksara India Selatan, Pali, Pallava dan Kawi dan ditulis dalam bahasa kuno seperti Sanskrit, Melayu Kuno dan lain-lain. Zaman Proto-Sejarah ini bermula sejak awal abad Masihi sehinggalah ketika Melaka dibuka oleh Parameswara. 

Pahang Pra Sejarah. Can't explain it tapi bila saya baca tentang sejarah (apa-apa sahaja; negara, kerajaan, bangunan, seramic etc) saya jadi giddy.. hehehe.  

I wish the museum had put up a few photos of these excavations to help with the visualization. 

Ini seramik dari kapal karam Royal Nan Hai yang telah karam pada 1469. 
Seramik Kapal Karam Royal Nan Hai / Ceramics of the Royal Nan Hai Ship Wreck.

Maaf ya kualiti foto tidak begitu elok sebab dalam muzium ini dibenarkan hanya guna handphone untuk ambil gambar. Dengan suasana dalam muzium ini yang kelam dengan lighting yang pada spots tertentu tidak begitu sesuai untuk ambil gambar, nak ambil gambar becomes quite a challenge. Still saya bersyukur pihak muzium benarkan ambil gambar dengan handphone. Dapat la juga saya kongsikan di sini.

Next, Jumpaan Arca di Pahang / The Discoveries of Three Status Statues in Pahang. 

Di bahagian pameran Zaman Mesolitik (Hoabinhian). Penemuan stone fragments used as daily tools.

Zaman Neolitik. Penemuan barangan bersejarah seperti gelang, serpihan tembikar, pisau, pemukul dan beliung. 

Looking out through a window. Ini laman di bahagian belakang muzium.

Seterusnya kami ke Galeri Fesyen & Tekstil / Galeri Tun Teja. It is on the left wing of the museum. 

Galeri Fesyen & Tekstil di muzium ini sering mendapat perhatian kerana ada koleksi Tenun Pahang Dirajanya yang cantik dan eksklusif. Diberitakan ada sebanyak 44 pasang koleksi Tenun Pahang Diraja milik Tengku Ampuan Pahang, KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan di galeri ini. 
Very nice galeri ni. Ada class. 

Galeri ini diadakan bagi menghargai usaha Tunku Azizah dalam menjaga dan mengekalkan tradisi Tenun Pahang Diraja sehingga tercetusnya Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan.

Boleh baca? Hehe. 
اليرن ترن فيشن اكن سنتياس بروبه-اوبه
Aliran tren fesyen akan sentiasa berubah-ubah.

Cantik sangat permaidani ni. Saya tak sure dibenarkan pijak atau tak.. hehe.

Baju Melayu dan baju kurung tradisional. Saya lebih prefer cutting yang authentic, modest dan tradisional begini. It is timeless and classic.
"Pada permulaan kedatangan Islam, Baju Kurung telah dicipta oleh masyarakat Melayu dan ia dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek di mana kaum lelaki mempunyai tiga kocek dan wanita hanya satu kocek pada bahagian atas baju. Cara pemakaian ini menepati cara pemakaian konsep Islam dan ia diberi nama ‘kurung’".

Ada tayangan video foto-foto lama menunjukkan pakaian orang kita pada masa lampau. 

Kedua-dua baju kurung ini sungguh cantik sekali. Nampak luxurious and classy. In fact, semua pakaian yang dipamerkan di sini adalah very classy and regal. Kalau anda nak truly kelihatan anggun buatlah baju kurung dengan silhoutte begini. Very dignified and elegant.  

And there is this amazing artwork. 

By Sharifah Kirana.  

Saya suka cara susunan barang pameran di galeri ini. Nampak lux. Ada feel the luxury of space, exhibition area di sini tidak sesak, menjadikan setiap bahan pameran special deserving a close look and be admired. 

Nowadays, pakaian baju kurung/Melayu atau pakaian tradisional lain sudah banyak dimodenkan. Dalam lain perkataan 'dievolusikan'. Tapi pada mata saya yang original tetap sedap mata memandang. Ianya lebih elegan. Tengok la busana ini! Ok je kalau nak diberi 'suntikan' baru tapi jangan la ketat sangat sampai menjolok mata. Berevolusilah ke arah kesejahteraan ummah 😊.

Kerana.... 
"Di dalam rupa bentuk pakaian mahupun tekstil yang dihasilkan terbentuk nilai keindahan dan etika masyarakat yang mendukungnya".

“Tun Hassan Temenggong (anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir) yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal tangan dan memanjangkan tangan baju. Akan dahulu baju Melayu kecil juga. Maka dipantun orang:
Murah kata derji
      Empat hasta sehelai baju
Muda berusul Lela Manja
      Bagai mutiara dalam teraju”
- dari buku Sejarah Melayu

Baju Melayu dan Baju Melayu Pahang.

Tahukah anda kenapa baju kurung ada pesak sejak zaman-zaman dahulu lagi? Sebabnya ialah supaya kelihatan longgar dan mengikut hukum syarak. Ia bukan sahaja menutupi bahagian tepi pakaian tetapi kelonggaran yang sengaja dibuat itu menutupi aurat si pemakai agar tidak nampak bentuk susuk badan yang akan kelihatan jelas jika ianya dibuat ketat seperti kebanyakkan baju kurung moden sekarang yang sengaja dipotong ikut bentuk badan. Kebanyakkan baju kurung moden kini telah lari dari landasan awal rupa bentuk dan potongan asal yang mengikut hukum Islam. 
Lihatlah baju kurung ini. Sangat anggun dan timeless. Pada zaman dahulu baju kurung tetap dibuat longar walaupun penggunaan kain amat terhad kerana selembar kain sahaja memakan masa berbulan-bulan untuk dihasilkan menggunakan mesin tenunan secara manual di mana benangnya harus ditenun satu persatu. Tapi sekarang dah terbalik. Lagi senang dapat kain, lagi ketat baju kurungnya.

"Proses evolusi dan teknologi pemakaian orang Melayu mengalami tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Ia bermula dari orang-orang istana hingga kepada rakyat kebanyakkan mengamalkan cara pemakaian yang sama cuma yang membezakan rupa gaya dan perhiasan yang digunakan". 
Sumber: penerbit.unimap.edu.my - Perkembangan dan Evolusi Pakaian Alam Melayu
Evolusi pemakaian lelaki Melayu.

Evolusi pemakaian wanita Melayu.

Di bahagian galeri ini dipamerkan Baju Kurung wanita dan Baju Melayu lelaki. 

Di sebelah kiri: Baju Belah Pahang, Baju Kurung Pahang dan Baju Kebaya Pahang.
Di sebelah kanan: Baju Melayu dan Baju Melayu Pahang.

Ini Baju Melayu dan Baju Melayu Pahang yang mengikut potongan asal, yang berpesak. Seperti 'evolusi' Baju Kurung, Baju Melayu lelaki juga kini banyak diubah potongannya jadi ketat dan sendat di mana adakalanya pesaknya dibuang terus. Ini menampakkan rupa bentuk yang berubah tidak mengikut gaya potongan asal baju Melayu. 
Baju Melayu dan Baju Melayu Pahang yang berpotongan asal. Nampak regal dan segak.

Baik, mari kita tengok satu per satu Baju Melayu lelaki yang dipamerkan di sini.

Baju Melayu Pahang / باجو ملايو ڤهڠ

Baju Melayu Pahang باجو ملايو ڤهڠ


Baju Melayu / باجو ملايو

Baju Melayu / باجو ملايو

Sekarang kita lihat pula Baju Belah Pahang, Baju Kurung Pahang dan Baju Kebaya Pahang.

Baju Belah Pahang / باجو بله ڤهڠ

Baju Kurung Pahang / باجو كوروڠ ڤهڠ

Baju Kurung Pahang / باجو كوروڠ ڤهڠ

Baju Belah Pahang / باجو بله ڤهڠ

Baju Kurung Pahang / باجو كوروڠ ڤهڠ

"Antara warisan pemakaian Melayu yang mendapat perhatian sehingga kini ialah Baju Kebaya. Baju Kebaya ini diolah oleh orang tempatan dari baju yang dikenali sebagai baju belah. Baju belah ini berpotongan longgar dan labuh serta berbelah di bahagian hadapannya. Baju ini lebih mirip kepada baju orang Islam di Asia Selatan dan Timur Tengah. Ia juga menyerupai potongan baju kimono dari Jepun. Baju Kebaya Labuh juga adalah hasil potongan orang Melayu lama yang berbentuk longgar dan berbelah di bahagian hadapan. Berlainan dengan lengannya yang berpesak dan ada juga yang berkekek sapu tangan. Baju Kebaya ini juga amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Indonesia dengan nama panggilan baju panjang yang lazimnya dipakai dengan kerongsang tiga dihadapan."
Sumber: penerbit.unimap.edu.my - Perkembangan dan Evolusi Pakaian Alam Melayu

Baju Kebaya Pahangباجو كبيا ڤهڠ

Baju Kebaya Pahang / باجو كبيا ڤهڠ

Baju Kurung Pahang / باجو كوروڠ ڤهڠ

Baju Kurung Pahang / باجو كوروڠ ڤهڠ

"Sementara itu Pengarah LMNP, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal berkata, pameran tersebut menampilkan koleksi persalinan KDYMM Tuanku Azizah menggunakan kain Tenun Pahang Diraja dengan teknik ikat, teknik benang lurex dengan bermotifkan bunga cengkih, bunga pekan, tampuk manggis dan bunga tanjung. Persalinan tersebut direka khas oleh pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim yang menampilkan rekaan baju kurung moden kontemporari dengan tambahan manik, labuci dan jemeki."
Sumber: www.facebook.com/wmpahang

Beautiful Baju Kurung elegantly showcased. 


Jewelries tradisional yang dipamerkan. 

A unique chandelier. 

Baju Kurung dan Baju Belah Pahang yang elegan cantik longgar dan berpesak. Such beautiful colors.

Pameran barangan perhiasan diri tradisional. Ini bahagian gelang. 

Cucuk sanggul.

Pending. 

Gelang.

Tali pinggang. 

Keronsang.

So elegant.


137 TAHUN SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU PAHANG
"Kini sudah hampir 137 Tahun sistem Kesultanan Melayu Pahang moden berfungsi didalam Negeri Pahang ini. Bendahara Wan Ahmad telah diangkat oleh Orang-Orang Besar Pahang sebagai Sultan Pahang adalah pada tahun 1882 dan diadakan istiadat gelaran rasmi pada tahun 1884.Walaupun pada asasnya Kesultanan Melayu Pahang ini bermula telah sekian lamanya tetapi ia bersilih ganti keturunan yang memerintah Negeri Pahang ini.Kebijaksanaan Raja-Raja Pahang memerintah Negeri Pahang ini telah menjadikan Negeri Pahang ini aman dan makmur bertepatan lirik yang terdapat dalam lagu "Allah Selamatkan Sultan Kami" yakni lagu rasmi Negeri Pahang."
Sumber: www.facebook.com/wmpahang


Sultan Mahmud, Sultan Pahang ke 2.



Kiri: Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah, Sultan Pahang ke 3.
Kanan: Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.



Selesai di Galeri Fesyen & Tekstil, we moved on to the next section.

More ceramics items. 

Kutani.


Porcelin Imari.

Porcelin Biru Putih Zaman Dinasti Ming.

Porcelin Biru Putih Zaman Dinasti Ming.

Porcelin Imari.

Seterusnya kami ke galeri senjata Melayu.  

Di dalam galeri ini ada dipamerkan pelbagai senjata Melayu seperti keris, lembing, kapak, pisau, rencong, badek, lawi ayam dan belati. 

Sejarah keris. 
"... sehingga kini masih lagi belum terdapat maklumat tepat tentang asal kewujudan senjata berseni tinggi ini."
Imagine that...

Keris-keris yang dipamerkan di sini adalah very exquisite. Ini adalah Keris Cerita (Gelugur), Keris Sepukal Pattani dan Keris Panjang Sumatera (penyalang).

Lakaran-lakaran hulu keris. Ini lakaran hulu tajong. Hulu Tajong mencerminkan kedudukan dan jawatan pemiliknya. 

"Kebanyakkan hulu keris diperbuat dari bahan kayu yang keras dan berserat bagus seperti Kemuning dan Kenaung serta beberapa bahan lain seperti tanduk, gading dan gigi paus atau gajah."


Seni Keris.
"... tingginya budi bahasa dan martabat seseorang terletak kepada keindahan pakaian dan kerisnya..."

".. memilih jenis kayu yang sesuai dan mengukirnya mengikut reka bentuk tertentu berdasarkan perwatakan dan niat pemiliknya."

"Antara pamor yang terhasil dekenali sebagai Beras Tumpah, Semangka dan Besi Miang".
Pamor adalah berkas atau guratan terang pada bilah senjata dari logam yang muncul akibat pencampuran dua atau lebih material logam yang berbeza. Pamor terjadi akibat pemanasan, pelipatan, dan penempaan yang berulang-ulang

Pendongkok.
"Antara motif yang digunakan ialah bunga Anggerik, Bunga Bayam Peraksi dan Telor Ikan."

Saya suka betul cara lembing-lembing dipamerkan. 


Ada pelbagai jenis, reka bentuk dan saiz kepala lembing. 



Tahukah anda beza antara lembing dan tombak?

Such beautiful intricate designs. Pastinya dibuat oleh pandai besi yang menggunakan warisan seni pembuatan hiasan logam yang berkualiti tinggi. 

Yang berbilah begini pun ada. Macam Poseidon's trident. 

Ukiran kayu tradisional motif Bunga Ketumbit.

Ukiran kayu tradisional motif Ketam Guri. 

Gubahan motif Bunga Ketumbit.

Design glass casing yang digunakan untuk display keris-keris di muzium ni memang world class. 

Pameran keris dan lembing mendominasi bahagian tengah galeri senjata Melayu ini.

Keris Sempena ini dianggar berusia antara 350 hingga 450 tahun.

Keris Sempena Riau (Tambang Sari). Usia: not stated.

Pernah tonton filem ni tak? 

Saya juga suka display deretan keris ini.


Di galeri ini juga dipamerkan kepada pengunjung lakaran-lakaran yang digunakan untuk ukiran keris dan senjata lain which to me is so fascinating. Saya memang suka meneliti design yang awesome begini terutamanya bila ia bermotif tumbuh-tumbuhan. 

Lukisan ukiran bermotif tumbuh-tumbuhan: Bunga Kerak Nasi, Bunga Pepulut, Bunga Ubi Jari Buaya dan Bunga Kangkong. So beautiful!

Lakaran hiasan Bunga Kerak Nasi. 

Glass casing filled with many types of Malay weapons.

Kapak kecil dan Pisau Sumatera.

Keris Panjang Sumatera Ular Lidi, Sikin Pahang dan Anak Kelewang Jambul.

Bilah lembing.

Rencong Aceh dan Badek Berlok.

Lawi Ayam dan Pisau Beladau.

Badek Pupuk dan Pisau Jembiah.

Pelbagai senjata ciptaan nusantara Melayu.

Dan di hujung galeri ini ada dipamer more beautiful sketches of carvings. Maaf ya kalau foto-foto di bawah tidak jelas sebab dibolehkan ambil gambar dalam muzium ini hanya dengan handphone sahaja. 



Gubahan motif Kelopak Bunga Melati dan Daun Bayam Peraksi.

Corak Pusaran dan motif Bunga Asam Paya.

Tapak rebab berukir.


Kategori Kelopak Maya Tradisional. Motif Bunga Sepulut. Corak Awan Larat Pecah.

Papan Congkak Burung Petala Wati dengan 12 lubang Congkak diperbuat dari logam tembaga kuning dan buah congkak diperbuat dari logam perak.

Kategori Kelopak Dewa Tradisional Klasik. Motif Daun Langkasuka mewakili 4 unsur-unsur tenaga iaitu Tanah, Air, Api dan Angin.

Ukiran hiasan minbar masjid.

Ukiran kayu pada nisan Tok Ku Tuan. 


Falsafah Keris. 
"... menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan, kegerunan dan kemistikan...".

"... berkaitan dengan empat unsur utama iaitu tanah, api, air dan angin..." 

Keris berlok 3, 7 dan 13. 

"Pamor adalah bentuk lukisan atau lakaran simbolik yang mencerminkan daya atau kekuatan ghaib..."

"... berbentuk jalur bujur sangkar...".

Pihak muzium ini telah menyediakan suasana ambiance yang condusive untuk para pengunjung mengamati setiap barangan pameran.

Pada dinding galeri ini juga ada beberapa seni khat besar yang cukup indah sekali.


Senjata-senjata berbentuk keris dan pisau.

Dari kiri: Pisau Bugis (Kelantan/30 tahun). Badek (Kelantan/100 tahun). Keris Sempena Bugis (Terengganu/150 tahun). 

Tengah: Badek Rencong (Terengganu/150 tahun). 
Kanan: Keris Selit Gading.

Koleksi Sikin, Parang, Pedang dan Golok.

Dari kiri: 2 Sikin Pahang, Parang (80 tahun) dan Alamang (Pedang Bugis/Sulawesi/150 tahun).

Dari kiri: Golok Bakong (Sumatera/150 tahun) dan Dagah/Pedang Jawa (Jawa/100 tahun).

Kanan: Golok Bakong (100 tahun).

Koleksi Keris.

Dari kiri: Keris Sempena Bugis (Parong Sari) dan Keris Sepukal (Kelantan).

Dari kiri: Keris Sempena (Pattani/300-400 tahun) dan Keris Singgora Lok Rahsia (Sumatera).

Dengan lawatan kami ke galeri senjata Melayu itu tadi maka selesailah lawatan kami di bahagian dalam Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang ini. 

Oh ya, pada hari itu saya tidak berpeluang untuk melawat galeri Kesultanan Pahang dan Arkeologi & Masyarakat Orang Asli kerana galeri-galeri di tingkat 1 itu ditutup kerana pihak muzium sedang membuat persediaan pameran.

Ini di bahagian antara 2 bangunan muzium ini. Ada laman.

Very nice and shady.


Ke tandas sekejap. Menarik pulak sign 'Gents/Ladies' for the toilets.. hehe. Yang lelaki bersilat dan yang wanita menari 😊. 


Di laman ini juga ada beberapa monumen keris yang cukup menarik. Tidak ada sebarang maklumat for each of these monuments yang kata each of them represents jenis keris apa. So saya agak-agak je la ya 😊.

Nampaknya seperti hulu keris monumen ini seperti burung kakaktua. 

Ini agak saya ialah Keris Pekaka. Minta betulkan saya kalau tersilap ya.


Keris Semenanjung, rasanya la. I think that since these are 'monuments' the designs are a bit exaggerated, so hard la for me to identify 😊.


Keris Sundang, I think.


Beautiful.

Di hujung laman ini ada hiasan dinding watak-watak dalam wayang kulit. 

Let's have a closer look.

Sri Rama.

Siti Dewi.

Laksamana.


Hanuman.

Pak Dogol.

Rawana.

And with that, maka berakhirlah kisah lawatan saya ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang ini. 

Cerita lawatan saya ini bermula dengan meronda di perkarangan muzium dahulu di mana ada kepala dan gerabak kereta api, jet TUDM, kereta perisai dan helikopter TLDM. Dan yang paling menarik bagi saya ialah adanya arca-arca kayu kuda, bangau, gajah, rusa dan Orang Asli kaum Batek yang dibuat oleh sculptor dari Indonesia, Abdul Ghofur. 

Kemudian diteruskan dengan lawatan di dalam muzium yang merangkumi lawatan ke bahagian galeri seramik, fesyen dan tekstil dan senjata Melayu.  

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Assalammualaikum..

    Pengembaraan yang pastinya memukau pandangan dengan segala artifak2 warisan..cuma satu nak tanya berkenaan barangkemas yang dipamerkan terutama kerongsang. Tiada maklumat terperinci ke berkaitan kerongsang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      Unfortunately, memang tidak ada maklumat seperti yg ditanyakan itu.

      Delete