Friday, October 18, 2019

KUANTAN - DAY 04 - PART 04 - A PAINTER & PASAR KARAT

Selesai lawatan di Rumah Klasik Kuantan, saya terus dapatkan Grab Car menuju ke the next destination in my Jalan-jalan Kuantan program. Nak ke mana pula? Haaa.. semalamnya En. Badrul (the Grab Car driver yang drove me masa day 2 and day 3 saya di Kuantan) yang tahu saya minat dengan kesenian, ada beritahu saya yang brother-in-law dia adalah seorang pelukis. Nama dia Munif. Dan dia kata kalau saya mahu saya boleh je pergi ke tempat bro-in-law dia. Menarik juga tu.   

'Mini studio' En. Munif ada di shopping mall Kuantan Center Point, Jalan Haji Abdul Rahman, Kuantan.

Berpusing juga saya dalam mall ni akhirnya jumpa juga tempat En. Munif ini.

Unfortunately, En. Munif was not around. Saya sudah cuba call nombor telefon yang tertera pada drawing board ini several times but no answer. 

Described as 'pelukis tegar', En. Munif adalah salah seorang dari barisan pelukis-pelukis terkenal Pahang. 


Saya baca selain di Kuantan Center Point, tempat beliau melukis juga ada di Telok Chempedak dan Galeri Citra Cita. Not sure la tapi since this info was dated a few years back. And that was all the info I could find about him in the internet. Alangkah bestnya kalau saya dapat jumpa beliau. Macam-macam boleh tanya dia. Saya hanya tahu melukis 'stick man' je.. hehe.. so I thought it would be nice if I could meet him and asked about his inspirations and experiences. Oh well, dah tak ada rezeki saya. 

Since some of his paintings were on display so saya pun looked around and took a few snaps. Kalau En. Munif ada terjumpa blog saya ini, saya mohon maaf ya ambil gambar tanpa minta kebenaran En. Munif dahulu. Harap En. Munif benarkan. 

Left: 'Kebaya Nyonya IV'


'Potret Diri'. 


'Senyum seorang pak kaduk',
"...di suatu stesen keretapi bawah tanah beliau tersenyum memandang kearah keretapi datang". 
Quote from En. Munif's FB.


A beautiful collection of paintings.

Kanan: 'Pak'nawa' 
Kiri: 'Brown Turban'



Kiri: 'Uyghur Man' 

Kanan: I'emblandt 


Caption dari FB En. Munif untuk lukisan panda: "kungfu panda jika beliau tidak berkungfu sedikit pun tidak terjejas kecomelan nya....itu sangat jelas kelihatan". 




Obviously I did not stay long. Since Kuantan Center Point ni tak jauh dari Mega View Hotel, saya decided to walk back to the hotel. 

Dah tentulah sambil jalan tu ambik gambar.. hehe.

Tu ha.. dah nampak pun Menara Teruntum, which is near to hotel penginapan saya dan isteri.

Gambar Menara Teruntum diambil dari Jalan Mahkota which is the 'Kuantan Heritage Walk' route.


Kawasan around Padang MPK 2. Dulu ini adalah lokasi pasar lambak. Now dah dinaik taraf yang dibuat sempena Sukma 2012. 

Di sini ada Taman Kerang Kuantan, sebuah taman yang dipromosikan oleh MPK sebagai sebahagian daripada zon budaya Kuantan since it is located along the 'Kuantan Heritage Walk' route. 

Kerang Raksasa Kuantan. Dikatakan replika kerang gergasi ini sudah ada sejak tahun 80an lagi. 

Pre-war buildings at Jalan Mahkota. 

Jalan Mahkota ini adalah sebahagian dari laluan 'Kuantan Heritage Walk'.

Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Jalan Lebai Ali Food Street. Ianya berkonsep tempat makan 'trak makanan' atau 'food truck'. 

Masa berjalan nak dekat sampai hotel, terasa lapar pula. So saya stop kejap di Intan's Oven Bakery & Cafe. 

Delicious muffins.. 😋.


Hari masih cerah lagi, so saya jalan-jalan di waterfront di tepi hotel. 










Ehh.. apa yang bergerak-gerak tu?! 😮

Ooo.. ketam halus rupanya. Kecik sangat! Zoom-in sampai nak dekat maksimum baru nampak.. hehe. Ada la dalam beberapa cm je besarnya. Kalau tak silap nama ketam spesis ini ialah sand fiddler crabs.

Waa... garang betul! Macam nak ajak gaduh! Gerak-gerak kiri kanan sambil aksi menyepit-nyepit! Hehehe... Saya baca rupanya gerakan penyepit adalah cara ketam spesis ini berkomunikasi ketika dua ketam jantan bertempur nak rebut ketam betina. 

Jika semasa bertempur itu si ketam jantan hilang penyepit utamanya, penyepit itu akan tumbuh semula tapi bersaiz kecil. Jadi ketam tu tak ada big claw ke? Ada, sebab penyepit yang kecil yang di sebelah pula akan mula membesar menjadi penyepit utama. SubhanAllah, hebat sungguh ciptaan Allah swt. 

Masa saya ambil gambar ni, I spotted two fiddler crab species. Yang ini spesis warna putih. 

Yang ini pula spesis warna merah.

Gerakan-gerakan penyepit utama (the big claw) oleh si ketam jantan adalah untuk menunjukkan kepada ketam betina keadaan kesihatan si ketam jantan. 

Jadi menghayun-hayun penyepit utama yang besar itu akan menunjukkan si ketam jantan itu sihat dan adalah calon suami yang bagus, berupaya menghasilkan anak-anak ketam yang sihat dan kuat. 

Ketam spesis ini hidup dalam lubang yang digali yang mempunyai hanya satu pintu masuk. Lubang ini dalamnya boleh sampai 60 cm (2 kaki). 

Ketam ini selalunya makan dekat dengan lubang-lubang mereka supaya mereka boleh cepat lari masuk ke dalam lobang mereka jika diganggu. Lubang ditutup menggunakan 'mud plug' atau penutup lumpur. Inilah juga cara lubang mereka ditutup semasa air pasang. 

Semasa makan ketam ini menggunakan penyepit kecil untuk memungut sedimen dari tanah dan menyuapkannya ke mulut, di mana kandungan sedimen tadi ditapis. Selepas mengasingkan dan memakan alga, mikrob, kulat dan makanan lain, sedimen selebihnya dikeluarkan dalam bentuk bola-bola kecil.  

Kehadiran bola-bola sedimen berhampiran pintu masuk ke lubang adalah petunjuk yang baik yang lubang itu ada penghuninya.

Sesetengah pakar percaya cara makan fiddler crabs ini memainkan peranan penting dalam pemeliharaan persekitaran wetlands; dengan menyaring pasir, mereka mengalirkan udara pada sedimen dan mencegah keadaan anaerobik (lack of oxigen). 

Dalam banyak spesis fiddler crabs, ketam betina akan menduduki lubang pasangan mereka ketika bertelur. Kajian menunjukkan bahawa saiz penyepit utama ketam jantan juga dikaitkan dengan lebar lubang sarangnya dan saiz lubang ini mempengaruhi suhu inkubasi telur. Oleh itu, ketam betina akan memilih pasangan yang mempunyai saiz penyepit yang menunjukkan persekitaran lubang/sarang yang paling baik untuk telurnya.


Begitulah, ke mana sahaja kita pergi, di mana sahaja kita berada, jika kita memerhati sekeliling kita walau cuma sejenak sahaja, pasti kita akan nampak kehebatan ciptaan Allah swt dari sebesar-besar keindahan langit biru hinggalah sekecil-kecil fiddler crabs ini.

Pemandangan Jambatan Jalan Tanjung Lumpur dari Kuantan waterfront.




Rangka bot.

Saya rasa ok kalau rangka bot ini dibiarkan di situ (better if removed la) sebab ia dibuat dari kayu tapi elok la kalau tayar-tayar itu dikutip dan dihapuskan dengan cara yang betul. Tambahan pula kan ini di kawasan pelancongan / di Kuantan waterfront / Taman Esplanade.

Bot nelayan.








Memancing.








Malam tu kami makan di restoran yang sama as the night before. 



Sedap dengan portion yang mengenyangkan. Alhamdulillah. 

Pagi tadi kami ada ternampak banner ni. Terus plan nak check it out. 

So lepas makan kami pun ke Pasar Karat / Kuantan Pickers Market. 2 doors away je from restoran tadi.. hehe.


Ada tanjak.

Mula-mula teragak-agak juga saya, but I worked up the nerve and requested for a photo which Encik ni so graciously agreed. So nice of him. I like orang Kuantan 😊.

Seterusnya foto-foto peniaga-peniaga di Pasar Karat ini.




















Selesai jalan-jalan, kami pun balik ke hotel. Nak pack up sebab esok dah nak balik KL.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. banyak info tentang ketam saya belajar hari in!!
    betul lah saya kata yang pasir berbiji-biji dekat lubang ketam tu ' tahi ' ketam :))
    bola sedimen tu..
    satu sepit patah , tumbuh yang baru.. indah ciptaan Allah kan..

    mahal jugak pinggan bunga kangkung tu tak en syed!!
    https://my.carousell.com/q/vintage-collectibles-650/pinggan-bunga-kangkung/?hl=en

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Masa saya baca pasal ketam tu saya terus rasa kagum dgn kehebatan ciptaan Allah swt. Something so small can be so full with wonderment. Dari sepit tumbuh semula, pengudaraan sedimen, to ensure survival of the fittest, pemilihan ketam jantan oleh ketam betina utk inkubasi telur... semua itu tersgt perfect hanya Allah swt sahaja yang mampu mencipta kesempurnaan sedemikian.

      Waa.. boleh tahan juga harga pinggan tu.

      Delete