Friday, October 4, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 05 - GALERI PENGANGKUTAN AIR

Lepas lawat Muzium Sultan Abu Bakar, saya dan En. Badrul pun ke seberang jalan nak ke Galeri Pengangkutan Air yang kami nampak earlier. 

Galeri Pengangkutan Air ini terletak di Pulau Beram. Lokasi ini sesuai kerana saya baca galeri ini memaparkan pengangkutan air pelbagai bentuk dan fungsi yang pernah digunakan di laut dan sungai Pahang. Terdapat beberapa replika pengangkutan air saiz sebenar di sini.

Dari arah Jalan Sultan Ahmad boleh nampak pagar batu galeri ini yang bentukya dibuat seperti hujung sebuah sampan. 

Lokasi pagar batu bentuk hujung perahu di hujung Pulau Beram. Seen from above, the Beram Island itself bentuknya nampak macam bentuk sampan.

Galeri Pengangkutan Air dilihat dari Pekan Heritage Route di Jalan Sultan Ahmad.


Persisiran Warisan Pekan atau Pekan Heritage Route.


Lorong ke jambatan menyeberang sungai ke Galeri Pengangkutan di Pulau Beram.


Itu jambatannya.

Waktu Operasi Galeri Pengangkutan Air / Watercraft Gallery. Tutup setiap Isnin dan masuk percuma.

Ehh... tak buka ke? Hari Khamis masa saya ke sini.

Pemandangan dari jambatan ke Galeri Pengangkutan Air.


Laaa... tutup rupanya. Tidak ada pun sebarang notis pada pagar besi ini kata galeri ni tutup, sebab tutup (naik taraf ke, baikpulih ke), tutup sampai bila or any other information that can be very helpful for visitors. 

Tak ke the moment you locked the gate and not open the gallery ikut waktu operasi seperti yang tertera di info board, terus otomatik akan tahu perlunya letak notis tutup (sekali dengan statement 'sorry for the inconvenience caused')? 

Saya rasa sedikit terkilan dan sedih pulak tak dapat masuk ke galeri ini. Saya ni bukannya selalu dapat peluang nak ke bandar Pekan yang menarik ni. And I would reallly love to see all the sampans on display. I really do. Tapi apa kan daya, tak ada rezeki saya hari tu. 

Sekadar inilah sahaja foto-foto galeri ini yang saya dapat saya abadikan dan kongsikan di sini. 

Bersusah payah la juga saya nak zoom-in untuk dapatkan foto ini. Itu pun, quite unfortunately, all the perahu sudah ditutup dengan plastic canvas. Ingat kan bila dah zoom-in maksimum dapat la tengok sikit perahu/sampan di situ 😞😢. Kesian kan...
Aduhhh.. nampak tu hujung perahu dengan ukiran yang sangat menarik tu!!
**Sabar Syed, sabar je la...***

Apa lagi nak buat, berpatah balik la saya. Later ada saya bertanya pada beberapa local passerby dan mereka beritahu yang galeri ni sudah lama ditutup. Ada yang kata dah berbulan. Ada yang kata dah bertahun. I understand kenapa ada perbezaan tu sebab tak ada sebarang notis pasal penutupan dan bila ia mula ditutup dan apa sebab ditutup. Ada a couple of them yang share dengan saya, in frustrated voices, yang mereka rasa kecewa sebab galeri ni bagus dan ramai visitors yang datang melawat. Really, it is such a shame, they added. Dah la saya rasa kecewa masa tu, then kena pulak dengar keluhan dan kekecewaan mereka. And I also understand kenapa ramai orang datang kerana obviously yang membuat ramai visitors datang sini adalah kerana Muzium Sultan Abu Bakar yang awesome tu. And kebetulan Galeri Pengangkutan Air berada betul-betul opposite the excellent museum, maka elok la visitors lawat galeri ni sekali. Dah susah-susah promote visitors datang ke muzium, tapi bila nak lawat this gallery ia tutup pulak. 

Untuk memujuk hati dan meredakan kesedihan, maka saya pun ganti lawatan ke Galeri Pengangkutan Air ke lawatan ke gerai kuih muih ini 😃.

Hati saya serta merta jadi riang ria bersuka cita bila nampak kuih muih tradisional yang sedap ini 😃. 
What gallery? Hahahahaha....

Agaknya begitulah Allah swt gantikan rezeki saya. Tadi tak ada rezeki lawat galeri. Then diganti dengan rezeki kuih muih ni. Syukur Alhamdulilah ya Allah. Saya of course sememangnya tidak tahu menahu akan ada orang buka gerai kuih muih tradisional di sini. 

Ada Kuih Kasturi / Kuih Kacang Hijau. 

Pulut seruding kelapa rasa ikan. Rasanya la. 

Pulut serunding kelapa pedas. 

Tepung gomak.

Roti sardin gulung goreng.

Kalau tak silap kuih ni macam onde-onde tapi tanpa biji bijan dan intinya kacang merah.

Onde-onde.

Tentu la saya minta izin dulu ambil gambar kuih muih ni. Adik yang berjual di gerai ni ok je. And apparently, kuih muih di sini sedap-sedap belaka sebab for the few minutes saya di gerai ni ada sahaja orang yang berhenti beli kuih. 

Saya beli seketul setiap satu except for the kek marble tu sebab nak yang tradisional. Ingatkan nak tinggalkan seketul dua for my wife tapi saya tidak berdaya.. hehe.. It's ok sebab my wife kurang suka makan kuih muih.

So there. Walau pun tajuk entry ni 'GALERI PENGANGKUTAN AIR' tapi isinya tak ada pun cerita tentang galeri tu. Sebab sudah ditutup. Tutup for good? I do not know and neither were the few locals I asked. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya lupa apa nak dikomen bila nampak kek batik dan tepung gomak tu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I totally understand.. mcm saya di situ masa tu la.. nampak kuih muih tu langsung terlupa kekecewaan tak dpt masuk galeri pengangkutan air tu.. hehehe.
      Doesn't take much for me to forget and forgive.. hehehehe.

      Delete