Monday, October 7, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 06 - MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH

Selepas spent time di Muzium Sultan Abu Bakar dan ke Galeri Pengangkutan Air (tengok dari luar je sebab galeri tu tutup), kami pun bercadang untuk singgah sekejap di Kompleks Tenun Pahang sebelum balik ke bandar Pekan. 

Jauh perjalanan nak balik so En. Badrul pergi isi minyak kejap. Sambil dia isi minyak saya makan kuih yang di beli earlier.. hehe. 

Lepas isi minyak, terus kami ke Kompleks Tenun Pahang. Ni masa passed by deretan bangunan shoplots lama di bandar Pekan. 

Dahulu bila tiba musim tengkujuh kawasan di jalan ini akan banjir.

Banjir berlaku bila air Sungai Pahang melimpah ke Jalan Sultan Ahmad ini hingga ke shoplots dua tingkat ini.

Sekarang kawasan ini sudah tidak lagi dilanda banjir serius selepas ia telah dinaik taraf, sungai didalamkan dan benteng pemecah ombak dibina. 

Ini bangunan Pasar Besar Majlis Daerah Pekan.

Masa lalu di Jalan Sultan Ahmad ni, kami nampak Muzium Masjid Sultan Abdullah yang putih cantik ini. Saya pun terfikir, since dah sampai di bandar Pekan ini elok juga kalau saya singgah kejap di muzium ini. Of course saya kena la tanya En. Badrul dulu sebab earlier saya dah agree kami nak menuju ke Kompleks Tenun Pahang. En. Badrul cool je, dia ok je kalau saya nak ke muzium ini. Nice lah.. hehe.

Muzium Masjid Sultan Abdullah ini lokasinya betul-betul di sebelah Masjid Sultan Ahmad Shah.

Lepas park kereta, saya pun menuju ke muzium itu merentas Sungai Parit melalui jambatan ini. 

Di tepi Sungai Parit ini ada kepala kereta api dengan 3 gerabak yang dibeli oleh pihak Muzium Sultan Abu Bakar. Sebelum ini lokasi kereta api ini adalah di Stesen Kereta Api Gemas yang lama.

Di hujung sana tu ialah bangunan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Tiba di perkarangan Muzium Masjid Sultan Abdullah.

Muzium Masjid Sultan Abdullah adalah sebuah Islamic Arts Museum.

Indah muzium masjid ini dengan gabungan seni bina Moorish, berwarna putih dan laman depannya dihiasi dengan kolam berair pancut yang panjang. Macam Taj Mahal kata orang. 

Selain sebagai mercu tanda dan tempat tarikan pelancong, lebih penting lagi Muzium Masjid Sultan Abdullah ini adalah simbol tertegaknya syiar dan kegemilangan Islam di Pahang.

Dan yang saya paling seronok ialah bila ada information macam ni. Tak kisah la walaupun dah lusuh asalkan boleh baca. 

Berikut adalah beberapa gambar lama bangunan muzium ini yang ketika itu masih digunakan sebagai sebuah masjid.

Masjid Sultan Abdullah over the years.

Sebelum dijadikan muzium, bangunan putih ini pernah menjadi masjid utama Pekan dan Pusat Dakwah Islam dan Perpustakaan Islam. 


Di papan maklumat ini ada Sejarah Masjid Abdullah. Masjid yang siap dibina pada 1930 di Kuala Sungai Parit ini dibina dengan campuran pasir dan putih telur. Dari apa yang saya pernah baca sememangnya banyak bangunan-bangunan dan kubu-kubu bersejarah dibina dengan putih telur. 


Di info broad ini juga ada beberapa foto artifak Islam yang dipamerkan di muzium ini. 


Maklumat tentang Muzium Masjid Sultan Abdullah.




Masjid ini adalah masjid yang pertama di Malaysia yang dijadikan sebuah muzium. Ia melambangkan keindahan budaya, agama dan sejarah Islam di bandar Pekan. Konsep reka bentuk renovasinya dibuat dari sudut pandang reka bentuk sebuah Muzium Islam dan bukannya renovasi masjid itu sendiri. Tiada mengubahsuaian besar dibuat pada bangunan asal masjid ini jadi inti pati Islamnya telah dikekalkan. 

Ok, moh kita masuk ke dalam. Masuk adalah percuma. Cuma perlu mendaftar sahaja. Sama seperti di Muzium Sultan Abu Bakar, ambil gambar di dalam muzium ini dibenarkan hanya dengan menggunakan kamera handphone sahaja. Oh ya, kasut juga kena tanggal. 

Ini ruang utama Muzium Masjid Sultan Abdullah, betul-betul di depan pintu masuk. Mendaftar dibuat di meja sebelah kanan itu di mana ada 2 orang staff muzium. Di ruang ini juga ada dipamerkan peralatan musik tradisional.

Bila berada dalam ruang circular begini maka haruslah diambil gambarnya secara 360° 😊. 
Ruang utama muzium ini dikelilingi oleh tiang putih dengan gerbang bentuk kubah. 

Dalaman muzium ini mempunyai susun atur senibina yang ditentukan oleh simetri dan bentuk ruangnya.

Putih suci dan cantik betul ruang utama ini. Pada saya salah satu ciri yang paling menarik muzium masjid ini adalah warna putihnya yang menyeluruh. Sama seperti luarannya. Pemilihan warna ini saya rasa memberikan muzium ini identiti visual yang bersepadu dan kesinambungan dari kawasan luar ke ruang dalamannya.

Ruang dalaman muzium ini dibahagikan kepada tiga zon bertema: Tamadun Islam, Alam Melayu dan Kesultanan Pahang. (The Islamic World, The Malay World and The Royal Realm).

Muzium masjid ini juga merupakan pusat pendidikan Islam moden dengan memberi peluang pengunjung meneliti dan memahami sesuatu fakta dengan melihat sendiri artifak bersejarah dan barang pameran dan bukannya secara teori sahaja seperti yang dipelajari di sekolah. 

Keindahan muzium masjid ini juga dapat saya rasakan dengan konsep terbukanya (openness) yang menjadikan cahaya dari luar dan lampu dalaman terpantul indah di dinding putihnya menerangi seluruh dalaman muzium.  

Sususan lingkaran bulat star shaped stained glass berwarna biru, putih dan kuning di bahagian kubah turut menjadikan ambiance dalam muzium ini lebih indah.

View siling ruang utama muzium. Exquisite.

Jom tengok barangan pameran dalam muzium masjid ini. 

Disebelah kanan pintu masuk ada digantung beberapa ketuk-ketuk yang merupakan alat komunikasi tradisional. 

Maklumat tentang ketuk-ketuk.

Selain ketuk-ketuk, beduk juga ada dipamerkan.



Decorated frames or border designs untuk Surah Al-Fatihah yang cukup indah.

Alat-alat musik tradisional Melayu di ruang utama.  

Let's have a closer look.

Bonang.
Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu.

Gambang.
Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain tersebut memerlukan 2 batang pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Saron. 
Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron.

Kenong.
Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Gendang. 
Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi. Gendang dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.

Gong. 
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan. Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

Di atas arches bentuk kubah pada tiang-tiang di ruang utama ini ada dua kalimah syahadah dan corak geometri Islam.

Di tengah-tengah barangan antik dan bersejarah dan barangan pameran lain ada sentuhan moden dalam bentuk touch screen consoles yang canggih yang memberi pengunjung peluang untuk mengetahui tentang barangan pameran dengan lebih mendalam lagi.

Mula-mula saya masuk dahulu ke bahagian Kesultanan Pahang / The Royal Realm. Ada pameran koleksi Al Quran. Rasanya semua items yang saya lihat di sini adalah merupakan pameran tetap. 

Koleksi Al Quran KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dipamerkan. 

Sebuah Al Quran tulisan tangan. 

Cantik sungguh tulisan tangan dalam Al Quran ini. 

Al Quran terjemahan bahasa Inggeris.

Ruang pameran koleksi Al Quran.

Ada beberapa Al Quran lama yang usianya mungkin sudah puluhan atau ratusan tahun.




Turut dipamerkan dinding kayu beserta pintu yang sangat cantik ini. 

Unfortunately saya tidak nampak sebarang maklumat tentang dinding kayu/pintu yang indah berukir ini. Mungkinkah it was part of the old mosque i.e Masjid Sultan Abdullah before it was converted to this museum? 


Pada bahagian atas daun pintu kayu ini terukir kalimah syahadah. 
Di sebelah kanan atas daun pintu: لا إله إلا الله
Di sebelah kiri atas daun pintu: محمد رسول الله

Pada bahagian dinding kayu ini pula terukir, kalau tak silap saya, Qasidah Al Burdah. Perhatikan juga ukiran bermotif tumbuh-tumbuhan yang cukup indah di bahagian panel atas dinding kayu ini.
Al Burdah (قصيدة البردة) merupakan suatu Qasidah (lagu-lagu) yang berisi syair tentang pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Syair ini dicipta oleh Imam al Busiri dari Mesir.

Peranan Istana. 
"Raja-raja Melayu mempunyai peranan yang sangat besar iaitu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri dan jajahan takluk masing-masing."

Sebuah cenderemata 

Di bahagian Alam Melayu / The Malay World. 
Berdasarkan kepada beberapa penemuan arkeologi, catatan sejarah dan hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan Pattani dan Aceh serta beberapa bahan artifak lain seperti Hukum Kanun Pahang, Timba Tembaga dan seramik, Pahang secara umumnya telah mula menerima ajaran Islam lebih 1,000 tahun yang lalu. 

Batu nisan Permatang Pasir.
Batu nisan Permatang Pasir menandakan kemunculan Islam di Pahang. Tarikh yang tertulis di atas batu nisan ini adalah 419 Hijrah bersamaan dengan 1028 Masihi. Selain tulisan-tulisan Al-Quran dan syair Arab yang tertulis padanya, juga terdapat tarikh kematian iaitu pada Rabu, 14 Rabiulawal 419 Hijrah. Ini jelas menunjukkan bahawa batu nisan ini jauh lebih tua daripada Batu Bersurat Terengganu (702 Hijrah / 1302 Masihi), (dinar) syiling emas Kelantan (577 Hijrah / 1181 Masihi), dan bahkan 300 tahun lebih awal daripada kewujudan Kesultanan Melaka.

Turut dipamerkan di muzium ini adalah Timba Tembaga yang digunakan di surau atau masjid pada 707 Hijrah (1308 Masihi).

Pelan ruang-ruang dalaman muzium ini dibuat dengan flow yang lancar membawa pengunjung dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. 

Replika miniature Muzium Masjid Sultan Abdullah.

Terdapat juga info tentang Senibina Masjid di Alam Melayu.

Foto-foto masjid-masjid lama di Malaysia.

Masjid Zahir, Alor Setar, Kota Setar, Kedah.

Masjid Kampung Kling, Melaka Tengah, Melaka.

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.

Masjid Tengkera, Melaka Tengah, Melaka.

Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang.

Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.

Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.


Masjid Kampung Laut (Kelantan), Masjid Papan (Perak), Masjid Langgar (Kota Bharu) dan Masjid Kampung Tuan (Terengganu).


Barangan tembaga.

Pemandangan perkarangan Muzium Masjid Sultan Abdullah dari dalam.

Seterusnya ke bahagian Tamadun Islam / The Islamic World.

Terdapat paparan tentang Masjid-masjid Terawal Dalam Islam.

"Sekurang-kurangnya terdapat 46 rujukan dalam Al Quran yang menyentuh perihal masjid."

"Masjid Al-Aqsa... disarankan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam untuk menziarahinya." 

Masjid Quba' dan Masjid An-Nabawi.

Masjid Qiblatain. 

Alhamdulillah setakat ini saya dan isteri telah pun dapat melawat Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi, Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain. Semoga dimurahkan rezeki untuk dapat juga melawat Masjid Al-Aqsa, insyaAllah.

Masjidil Haram yang di dalamnya terdapat beberapa tempat yang mempunyai keberkatan: Makam Ibrahim, Hajar Al-Aswad, Telaga Zamzam, Bukit Safa dan Marwah, Hijr Ismail, Rukun Yamani dan Multazam.

Masjid Al-Aqsa, masjid yang kedua yang dibina di muka bumi setelah Masjidil Haram.
“Maha suci Allah SWT yang menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid al- Aqsa (di Baitulmaqdis) yang diberkati sekelilingnya, bagi menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Al-Isra’: 1)

Masjid Quba'.
Sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba', lalu dia solat di dalam Masjid Quba, maka baginya pahala seperti pahala umrah." 

Masjid An-Nabawi.  
Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasulullah SAW bersama kedua sahabatnya Abu Bakar As Siddiq ra dan Umar bin Al-Khattab ra. 

Masjid Qiblatain. 
"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering mengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan”.
(Al-Baqarah: 144).

Ini adalah replika Al Quran Mushaf Uthman bin Affan. Yang asli ditempatkan di Dewan Koleksi Berharga (Emanat-i Mubareke), Istana Topkapi, Turki.



Inilah Al Quran Mushaf Uthman bin Affan yang asli yang kini berada dalam simpanan di Istana Topkapi, Turki. Al-quran ini dikatakan dibaca oleh Uthman bin Affan ketika dia mati syahid.
Source: The Sacred Trusts by Hilmi Aydin

Ini pula adalah ayat Al Quran yang ditulis sendiri oleh Uthman bin Affan. Ia adalah Surah Al-Baqarah Ayat 190-191.
Source: The Sacred Trusts by Hilmi Aydin

Foto-foto vintage dari L'illustration 1908.

Perayaan Muharram.

Solat berjemaah.

Sebuah binaan kubur.


Barisan belakang: para imam memegang tongkat.
Barisan depan: Imam-imam penjaga (guardian) Kaabah. 

Pedagang air Zamzam. 

Suasana dalam masjid selepas solat.

Pemandangan Kaabah dan datarannya dan kota Makkah. 

The heart of Islam - Kaabah dan kelambu Kaabah. 

Tempat berwuduq.

Jemaah haji bersolat di salah satu dataran masjid mengadap ke Kaabah. 

Ini sebuah Al Quran tulisan tangan yang ditulis oleh Engku Khatib b. Tun Abdullah pada abad ke 17. 


Interior Muzium Masjid Sultan Abdullah yang all white. 

I think dinding putih adalah klasik dan tak akan go out of style sebab nampak fresh dan suci.

Pengunjung ke muzium ini bukan sahaja dapat melihat artifak bersejarah dan barang-barang pameran lain tapi juga dapat menikmati keindahan seni binanya.

Di bahagian Alam Melayu ini juga ada dipamerkan beberapa tekstil yang menunjukkan tenunan yang menggabungkan nilai-nilai tradisi dan unsur-unsur Islam bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bukannya figura manusia dan haiwan seperti yang dilarang oleh Islam.

Selain dari ruang pameran, muzium masjid ini juga ada ruang solat.

Interior putih di muzium ini berfungsi sebagai kanvas kosong untuk interaksi cahaya-cahaya kromatik dari tingkap-tingkap stained glass, cahaya semulajadi dari luar dan lampu-lampu dalaman menjadikan suasana di ruang dalam muzium ini cukup indah sekali.

Ruang solat untuk Imam ketika solat berjemaah.

Aktiviti seperti kelas membaca al-Quran dan Fardu Ain dan mempelajari seni Khat untuk orang ramai turut diadakan di Muzium Masjid Sultan Abdullah ini.

Juga ada mihrab, di mana ada perkataan 'Allah' dan 'Muhammad' diukir dengan indah pada tembaga, di samping logo muzium.

Lantai ruang solat ini juga dialas dengan permaidani-permaidani indah. 

Pemandangan ruang solat mengadap ke pintu masuk.


Dikhaskan juga ruang solat untuk wanita di sebelah kiri. 



Ruang solat lelaki.

Juga ada minbar yang dihiasi dengan corak geometri Islam yang sangat cantik.




Asmaul Husna mengajak manusia supaya meningkatkan tahap kecintaan kepada Allah swt, hanya bergantung harap kepada Allah swt, mendekatkan diri (muraqabah) serta takut (khauf) hanya kepada Allah swt, bersifat sabar dan redha, bersifat malu dan bersyukur dan menekankan adab dengan Allah swt. 
Asmaul Husna refers to the glorious names of the almighty Allah. These names symbolize the attributes of Allah The Most Perfect (Kamal), The Most Beautiful (Jamal) and Most Exalted (Jalal). To know Allah through His Names and His Attributes will give rise to feelings of love, awe, to spread and acclaim Allah at all times anywhere.

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Surat Al-Hasyr Ayat 24
"Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

Sebuah lagi Al Quran tulisan tangan.

Seterusnya saya masuk ke bahagian Dunia Islam / Tamadun Islam / The Islamic World. 

Suatu paparan menarik tentang 'Pandangan tokoh-tokoh dunia tentang Islam'.
"Ini dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael H. Hart dalam bukunya 'The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History' yang memilih Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia kerana baginda adalah tokoh sejarah yang berjaya dalam dua bidang iaitu bidang keagamaan dan keduniaan."   

Beberapa pandangan tokoh-tokoh dunia terhadap Islam:

Mahatma Gandhi dan Javier Hernandez.

Mohammad Ali dan Cat Stevens.

Dave Chappelle dan Sarojini Naidu.

Frank Ribery dan William Montgomery.

Malcolm X dan Jermaine Jackson.

Liam Neeson dan Bernard Hopkins.

The beautiful section of 'The Islamic World' at Muzium Masjid Sultan Abdullah.

Alat-alat muzik.


Gambus.




Ada juga beberapa buku yang boleh dibaca oleh pengunjung.

I wished I had more time to browse through these excellent books. The thing is if I started doing that mahu tambah sejam lagi dalam muzium ni. Kesian pulak En. Badrul menunggu lama di kereta.


Beberapa lagi jenis alat muzik gambus.

Muzik dari sudut pandangan Islam.

Keindahan seni pada alat-alat muzik.


Some of the books on display. Tak pasti kalau pengunjung dibenarkan membaca buku-buku ini. Mungkin boleh tapi have to request agaknya.




Gitar.


Al Quran yang diterjemah dalam bahasa Cina.

Turut dipamerkan alat-alat kaji bintang

Astrolab. Sangat menarik!!




Jam. 


Alat-alat pembedahan Al-Zahrawi.



Peralatan Kaligrafi.


Pinggan biru zaman Ming yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al Quran.


Set-set perbaraan.


Evolusi Seramik Islam.

Pinggan seramik.


Pinggan Belanda.


Catur.

Emas dalam Islam.




Di bahagian Tamadun Islam ini ada grafik dinding yang sangat menarik bertajuk "Susurmasa Sumbangan Islam kepada Tamadun Manusia" atau "Timeline of Islam’s Contributions to Human Civilisation". 




Ibnu Sina, Al Biruni dan Ibnu Rusyd.

Susurmasa.





Tokoh-tokoh Islam.

🌓 Jabir Ibn Hayyan - Bapa  Kimia  Moden  (meninggal  803M).
🌗 Mimar Sinan - Arkitek Islam Teragung (1488-1588). 
🌓 Abu Al-Qasim Az-Zahrawi - Bapa Bedah Moden (936-1013M)
🌗 Abbas ibn Firnas - Pakar Sains Islam (809–887M)

🌓 Ibn Battuta - cendekiawan dan ulama, penjelajah dan pengembara dan penulis (1304 – 1368 or 1369).
🌗 Yaaqub  Ibn  Ishaq  Al-Kindi - Penetapan dos dalam penggunaan ubat (800-873M)
🌓 Ismail Al-Jazari - Ilmuan Ilmu Mekanik  (1136–1206)

🌓 Fatimah al-Fihri - Pengasas Universiti Pertama di dunia.
🌗 Mariam al-Ijliya al-Astrulabi - astronomi wanita abad ke-10 dan pembuat astrolab.
🌓 Zheng He (Laksamana Cheng Ho / Ma He atau Muhammad He) - Pelayar.
🌗 Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham - Bapa Optik Moden (965-1040M)

🌗 Ibn Sina -Tokoh Perubatan Islam (radang selaput otak) (980-1037M).
🌓 Mohammad  Bin  Musa  Al-Khawarizmi -Pengasas  Ilmu  Algebra  (meninggal  840M). 
🌗 Abu Abdullah Al-Battani -Ahli Matematik dan Astronomi (868-929M).
🌓 Mohammad Ibn Zakariya Ar-Razi -Ahli Kimia dan Perubatan  (864-930M). 

Ok, last sekali saya kongsi foto-foto Muzium Masjid Sultan Abu Bakar yang cukup indah ini. 




Jadi adakah saya recommend this museum be part of your vacation itinerary? Oh, most definitely. Without a doubt. 

Firstly because of its all white theme di luar dan di dalam muzium. So elegant, serene and pure. 

Secondly, and more importantly actually, tentulah kerana muzium ini dibuat berteraskan prinsip Islam. Artifak dan barangan pameran di muzium ini mempunyai nilai sejarah dan unik merangkumi beberapa aspek Tamadun Islam, Alam Melayu dan Kesultanan Pahang. 

Thirdly, kerana the whole museum boleh dikategorikan sebagai suatu media dakwah yang berkesan dan kotemporari dengan penggunaan teknologi moden berkonsepkan interaktif yang dapat menarik lebih ramai pengunjung muda. 

Di Malaysia ada lebih dari 150 buah muzium. Semoga muzium masjid ini dapat menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara, terutama yang dari dalam negara kita sendiri kerana trend percutian orang Malaysia lebih suka bercuti ke tempat-tempat peranginan.

Muzium Masjid Sultan Abdullah Pekan Pahang ini telah memainkan  peranan  dalam memajukan pemikiran Islam semasa melalui subjek ilmu sejarah Islam dengan membenarkan pengunjung melihat sendiri artifak bersejarah dan barang pameran dan bukannya secara teori sahaja seperti yang dipelajari di sekolah. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment