Wednesday, July 4, 2018

PENANG - DAY 03 - PART 04 - TROPICAL SPICE GARDEN - PANTAI TELUK BAHANG

Selepas spending time di Fort Cornwallis, kami bercadang nak ke Tropical Spice Garden pula guna bas HOHO Beach Route. Which means we need to head on back to Plaza Gurney sebab di situ adalah Perhentian interchange bas HOHO untuk Beach Route. Kami masa itu berada dalam HOHO's City Route. 

Since masa tu dah hampir pukul 4:00 petang dan next HOHO Bus Beach Route akan berlepas dari Gurney Plaza pukul 4:30 pm, kami pun decide naik teksi saja ke Gurney Plaza dari Fort Cornwallis ini.

Fortunately kami terserempak dengan seorang pemandu teksi, Uncle Ram nama dia, sebaik sahaja keluar dari Fort Cornwallis. Uncle Ram sebenarnya sedang menunggu ketibaan kapal cruise Superstar Libra yang dijangka tiba di Pulau Pinang petang itu bersama-sama ramai pemandu teksi yang lain, tapi dia tak keberatan menghantar kami dulu ke Gurney Plaza.


Dalam perjalanan kami berbual dengan Uncle Ram. Kata Uncle Ram, dia dah berpuluh tahun membawa teksi. Anak sulungnya bekerja sebagai pegawai farmasi di Kuala Lumpur dan anak keduanya bertugas sebagai jururawat di Singapura. Yang bongsu pula sedang membuat praktikal kejuruteraan di Kuala Lumpur.

Uncle Ram juga sedang berkira-kira nak bercuti ke Kanada bersama isterinya sambil melawat adik isterinya yang bekerja di sana. Adik Ipar Uncle Ram ini bekerja sebagai seorang tukang masak di Kanada. Dia telah memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Muslim dari Malaysia yang juga bekerja di Kanada. Kata Uncle Ram, dia juga tak kisah jika ada anaknya nanti yang nak menukar agama bila berkahwin asalkan mereka hidup bahagia.

Dhammikarama Burmese Buddhist Temple and Wat Chayamangkalaram, Penang's first Buddhist temple.

Tiba di Plaza Gurney.

Since ada masa lagi maka kami pun masuk dulu ke dalam Plaza Gurney. Lagi pun panas nak tunggu di bas stop tu. And we had icce cream.. hehe.

We had Sangkaya ice cream. Selalu nampak di KL, tapi tak pernah nak cuba. Sedap rupanya. But too sweet, for me that is.

Lepas tu kami ke Perhentian Penang HOHO Bus untuk naik bas Beach Route.

Bas dah sampai, jom kita naik. Tak sabar nak naik bas sebenarnya sebab petang tu panas. 

Boleh tahan juga ramai penumpang bas HOHO masa tu.

Macam biasa penumpang lain prefer duduk di tingkat atas. Kami lebih suka di bawah. 

Straits Quay. 

Four Points by Sheraton.  

Masjid Terapung Tanjung Bungah. 


Masjid Lama Tanjong Huma.

Dan kami pun sampai di Tropical Spice Garden di Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang.


Info tentang Tropical Spice Garden. Ada Guided dan Audio tours.


Ada lebih 500 species of flora and fauna dalam garden ini.

Di perkarangan depan dekat pintu masuk Tropical Spice Garden.


Masa kami sampai dah pun pukul 5 petang. Garden ni tutup pukul 6 petang. Jadi kami ada cuma sejam sahaja. Pada kami itu dah lebih dari cukup. Dan kami diberitahu kalau nak round habis taman ni perlukan masa lebih kurang 2 jam. So we just assured the staff di ticket counter that we'll be out in less than an hour and bought our tickets. 

Harummm....

Jom jalan-jalan. Dah petang masa tu dan cuaca pun sudah agak redup. Tambah lagi dalam taman ini yang suasananya nyaman. So it was a nice walk. Plus (and it was a huge 'plus'), bau serai wangi cukup semerbak di sini jadi kami tak de tergaru-garu gatal digigit nyamuk.

Peta Tropical Spice Garden menunjukkan Garden & Arts Features, Audio Tour Exhibits and Rules & Guidelines For Visitors.

Memandangkan kami cuma ada masa sejam, kami sempat berjalan dari entrance hingga ke Giant Swing sahaja.

Melalui Water Garden. According to map, sepatutnya ada Giant Water Lily. Tak ada pula masa tu. 

Jalan di Heliconia Path. 

Bunga Heliconia tergantung. Lebih dikenali sebagai lobster-claw. 


Pemandangan di dalam Tropical Spice Garden ini lebih kurang macam di The Habitat yang kami lawat pagi tadi. Cuma bezanya, jika pokok-pokok di The Habitat tumbuh secara semulajadi, pokok-pokok di Tropical Spice Garden ini ditanam pada asalnya oleh pasangan Rebecca dan David Wilkinson pada tahun 2003. 

Jambatan kayu menyeberang kolam.


Pemandangan Water Garden dari atas jambatan kayu.

Tak kami nampak cicak hutan ni. 

So saya share di sini satu foto cicak ni yang saya ambil di Taman Rimba Ampang.

Arah ke Spice Terraces dan Heart of the Garden.

Pokok yang so magnificent, so epic. SubhanAllah.

Teringat saya pada 'Pokok Cinta' ini di Gaharu Tea Valley, Gopeng.
 

Saya suka the plants overflowing onto the path macam ni. Everywhere look so dense and lush and green. Beautiful!

Foto kanan: Tebing Bromeliad. Pokok Pandanaceae. 
Foto kanan: Pokok Orkid Slipper. Tapi tak ada orkidnya.

Info on Slipper Orchid.

Ada Giant Swing dalam taman ini.

Info on Bromeliad Bank dan Nanas.

Did I mention what a relief it was to switch from the heavy dslr camera to a compact camera.. hehe. 

Indeed there are so many species of trees dalam taman ini.

Beautiful flowing pond with steps.

Info on Fish Tail Palm.

Info on Rainforest Ecosystem. 

Giant Swing tadi.

There are a few rivulets scattered around the garden membuatkan suasana di taman in rasa tenang dengan bunyi deruan air bersama dengan other equally calming jungle sounds.  

Info on Palms at Tropical Spice Garden. There are Crop Palm, Date Palm and Coconut Palm.



Another rivulet.

Ini tangga naik bukit untuk pengunjung jalan lebih jauh lagi di taman ini. Kami sampai sini, patah balik. Masa pun tak cukup nak explore lebih jauh. Moreover, kami berjalan berdua saja ni, tanpa guide. Mana la tau kot sesat, tambah lagi hari dah mula nak senja. 

Cantik air terjun mini buatan ni.

Yes, dalam taman ini ada disediakan banyak kerusi untuk pengunjung berehat or just to simply sit and enjoy this beautiful forest. 

Laluan di sini ada yang rata dan landai...

... ada yang kena panjat dan turun tangga. All in all tak strenuous. 

Info on Tacca / Bat Lily / Lili Kelawar / Devil's Tongue / Cats Whiskers / Tiger's Whiskers. Banyak betul nama bunga ni. Di Malaysia bunga ini digunakan oleh penduduk kampung untuk mengubati rashes. In China, used to treat gastric ulcers. Di Thailand, ia digunakan untuk kawal tekanan darah. 


Kalau la masa kami di situ lizard ini muncul, dan dapat pulak kami ambil gambar... oiii.. sure best lah.. hehe. Cantik lizard ni!

SubhanAllah.... cantiknya.









Kami berjalan sampai setakat di 'Heart of the Garden' in sahaja before making our way back to the entrance.

Heart of the Garden.




Berjalan keluar.


Ada batu pengisar rempah tradisional di laman.

Maka selesailah jalan-jalan singkat kami di Tropical Spice Garden. Would I recommend this garden for you visit? Yes, tapi bagus kalau ikut the guided tour, not like us. With a guide you will learn more about the trees and the spices, which ultimately will make the exploration more meaningful lah.

Selepas melawat Tropical Spice Garden, kami berjalan menyeberang jalan menuju ke tepi pantai pulak. Disebabkan hari itu hari Isnin dan pantai ini terletak agak jauh dari George Town, Pantai Teluk Bahang kelihatan sepi. Kedai makan kat tepi pantai pun tak dibuka.

Jom jalan-jalan sekejap since ada masa lagi sebelum bas HOHO akan lalu di situ.








Bas HOHO akan sampai lagi 15 minit maka kami bergegas ke bas stop. Kalau terlepas bas tu, next bas will be at 7:10 malam. 

Sambil tunggu bas sambil ambil gambar monyet.. hehe.



Bas HOHO sampai, kami naik menuju semula ke George Town. 

Antara pemandangan yang sempat kami rakam dari dalam bas.


Selamat sampai ke Plaza Gurney. Alhamdulillah.

On the way jalan ke hotel kami singgah di Restoran Khaleel Nasi Kandar untuk makan malam. Restoran ini dibuka 24 jam dan terletak dalam perjalanan kami pulang ke hotel. Makan roti telur bawang dan roti canai saja. Letih masa tu nak makan berat-berat.

Selesai makan, sambung jalan balik ke hotel. Nak berkemas malam ni sebab esok dah nak balik KL.

Cantik pulak lampu-lampu landskap di depan Hotel Evergreen Laurel. So kena la stop kejap ambil gambar.. hehe.



Pemandangan pinggiran pantai di tepi Persiaran Gurney di malam hari.


Sampai ke hotel. 

Pemandangan Persiaran Gurney dari tingkap bilik hotel.

Sambil kemas beg, sambil download foto. 

Dan minum secawan teh.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: