Tetiba hari tu rajin nak morning walk di KL dan ambil gambar guna panoramic camera 'Insta360° Air' ni. Kamera bentuk bola ini instantly turns an Android phone into a 360° camera. Cool right.
Inilah rupa panoramic camera 'Insta360° Air'. Comel dan light weight, convenient to carry and easy to operate.
Ini cara pasang Insta360° Air camera pada handphone. Pacak je.
Saya ke KL naik LRT. So I start off dengan foto 360° di LRT Station ni.
Berjalan ke arah Petaling Street. Some may have issues about the image being melengkong-lengkong macam tu. Pada saya not an issue. In fact, saya suka pulak it is like that. So it's up to individual's personal preference lah.
Dengan imej 360° captured by the camera, kita boleh juga dapatkan imej seperti di bawah. Just scroll the 360° image and compose the way you like (like below photo) and save into your handphone.
Memang senang pakai kamera ni. Satu snap dapat capture keliling. Tak perlu risau kalau masa ambil gambar you tak pegang your handphone betul-betul horizontal sebab imej yang horizonnya senget boleh di automatically or manually corrected dalam handphone.
Dan ini imej 360° nya. Point your cursor on the image below and drag it to any direction you want to give a 360° view. Also boleh juga zoom-in and zoom-out using your scroller. To get a better and fuller view, elok kalau zoom-out maximum.
One thing saya perasan, images captured dengan camera ini will have overexposed areas macam langit in below photo. Sebenarnya ada saya baca cara nak elak the washed out area tu, tapi saya masih tak lulus lagi praktikalnya.. hehe... masih lagi imej bahagian langit saya putih macam ni... hehe.
Sebelum sampai ke Petaling Street, singgah dulu sekejap di Guan Di Temple di Jalan Tun H S Lee ni.
Photo composed from scrolling the 360° image.
Imej 360° boleh dirakam jauh dari subjek atau dekat seperti foto di bawah ni.
Ini foto composed dari imej 360° di atas.
Satu lagi kelebihan imej 360° ialah kita boleh compose foto dari pelbagai sudut by scrolling ke kiri dan ke kanan.
Untuk mendapatkan exposure yang elok untuk temple ini, makanya langit telah overexposed. Next time I should play more with the settings dan kalau ada HDR mode, then I should try that lah... hehe.
Dah di Jalan Tun H S Lee, masuklah juga ke Sri Mahamariamman Temple. It features the ornate 'Raja Gopuram' tower in the style of South Indian temples.
Nak masuk ke dalam kuil Sri Mahamariamman, mesti tanggalkan kasut dan disimpan dengan uncle ni for a small fee.
Founded in 1873, Sri Mahamariamman Temple is the oldest Hindu temple in Kuala Lumpur, Malaysia.
Sejak penubuhannya, kuil ini menyediakan tempat ibadat penting bagi pendatang awal dari India dan kini menjadi warisan kebudayaan dan kebangsaan yang penting.
Ini bahagian Main Prayer Hall. Camera 360° sesuai digunakan untuk capture imej di dalam suasana seperti ini.
Dan ini imej 360° nya.
Berikut adalah imej-imej dari foto 360° di atas.
Satu lagi foto 360°.
Satu lagi kelebihan imej 360° ialah kita boleh compose foto dari pelbagai sudut bukan sahaja by scrolling ke kiri dan ke kanan tapi juga ke atas dan ke bawah. Contoh compose by scrolling ke atas adalah seperti imej di bawah ini.
Dah, jom sambung jalan-jalan.
Kamera 360° juga sangat sesuai digunakan untuk capture keseluruhan wall mural yang panjang seperti ini. Tidak perlu berada jauh dari lukisan ini untuk memuatkan keseluruhan mural dalam framing camera. Oleh itu sesuai dalam keadaan di mana memang tidak ada kawasan yang luas di depan mural.
Dari foto 360° juga kita boleh buat fake panning photography seperti ini.. hehe. Fun stuff lah.
Tiba di Petaling Street.
Di simpang empat, Petaling Street dan Jalan Hang Lekir.
Berikut adalah beberapa imej composed dari satu foto 360° (foto atas).
Sau lagi foto 360° di Petaling Street.
Lagi satu feature yang best pada panoramic camera 'Insta360° Air' ini ialah kita boleh buat video-video seperti di bawah.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment