Wednesday, July 18, 2018

HARI TU - PART 01

Siri 'Hari tu...' kembali 😄. Siri apa tu? Photos sharing from whatever I shot using my mobile phone lah. Also entries ini act as 'fillers' in between my travels entries... hehe. 

So dalam siri 'Hari tu...' ini for instance I share di sini photos I took while doing groceries shopping with my wife. Selalunya kami groceries shopping at supermarket near our house. Sesekali tu kami pergi je AEON Taman Maluri ni.

Hmm.. nice. Got 'Ready to Cook Corner'. Bagus la. Dah siap ingredients untuk macam-macam jenis masakan. Dah siap kopek/cut. Tinggal basuh dan masak.

Ramuan untuk masak Siakap Stim Lemon. 

Ayam Masak Kicap.

Ayam Masak Merah. 

Beef Black Pepper Stir Fry.

Grill Talapia Merah.

Udang Sweet Sour.

Ikan Bilis Tempe Goreng.

Yang ini pula bahagian noodles, siap ada instruction how to cook dan time taken to prepare the dish. Ada Mee Goreng Mamak, Mun Yee Mee, Bihun Goreng Kampung dan Black Pepper Udon. 

Mun Yee Mee dan Black Pepper Udon. 

Marinated Whole Chicken.

Siapa yang suka kambing, ni ha... Marinated Lamb Shoulder / Lamb Chump.

Chicken Chop. Dah siap lumur dah.

Dan selalunya kami akan lunch sekali di AEON Taman Maluri ni. Dan kebiasaannya di Black Canyon Coffee. I had fish and chips and my wife had her favourite, combination rice.

Always is a joy to look out my window and be mesmerized by the amazing views. SubhanAllah.




Di sekolah sebelah rumah, SMK Taman Kosas telah diadakan acara  Program Hari Anugerah Kualiti 2017 dan Komuniti Kepolisan PDRM yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah. 

Program ini dijayakan bersama oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas serta komuniti setempat. Turut dilancarkan pada hari itu ialah 'Program Community Policing IPD Ampang Jaya'.

Wah! Ada kuda! Mereka adalah dari Unit Berkuda PSP PDRM. 

Ada kumpulan tarian naga. 

Pelajar-pelajar perempuan SMK Taman Kosas.

Kerana berselfie itu sudah satu kemestian agaknya. 

Para guru dan tetamu.

Sambutan kehadiran Pengarah KDNKA. 

Students.

Kumpulan dari Persatuan-Persatuan SMK Taman Kosas bersedia diperiksa barisan.


Ahli persatuan Kadet Bomba dan Pengakap.

Berdiri sebagai penghormatan pada kehadiran Pengarah KDNKA. 

Dato' Sri Zulkifli memeriksa perbarisan dan berbual dengan ketua-ketua/wakil kumpulan persatuan-persatuan SMK Taman Kosas.



Persembahan kawad oleh persatuan-persatuan SMK Taman Kosas.

Generasi masa depan.

Suara pelajar perempuan ni!! Huiii..!!! Sangat la kuat dan lantang dan nyaring!! Sampai saya boleh dengar di rumah, di tingkat 8!! Mula-mula saya ingat dia pakai mirofon atau pembesar suara hailer. Tapi tak!!

Persembahan kawad kaki mereka adalah awesome! Syabas! 


Since saya menonton dari tingkat 8 maka formasi-formasi yang dibuat oleh kumpulan ini nampak lebih jelas, kemas dan cantik.


Good job!


Cakap pasal rumah kami ni di tingkat 8, even di 8th floor ni pun nyamuk boleh sampai. Alhamdulillah management condo kami ni sering mengadakan fogging.

Berkesan ke? Oh yes! Indeed it is! Lepas fogging tu kami boleh buka sliding door balcony depan tanpa risau nyamuk masuk. 

In adalah pemain-pemain rugbi SMK Taman Kosas yang sedang berlatih. 

Di kala bulan terang. 



Di kala matahari mula terbit. SubhanAllah, cantik!








Bas awam di Malaysia, moden dan selesa. 

Ada bas 2 tingkat. Tak pernah lagi kami naik bas ni. 

Juga ada bas percuma iaitu Bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Ampang Jaya. 

Juga ada bas 'Bantuan Bas Sekolah Percuma'. "DBKL Sentiasa Bersama Warga Kota".
Kelihatan bas ini di tepi SMK Taman Kosas.

Yang ini rasanya digunakan untuk bawa pelajar-pelajar sekolah tadika for a school trip. 


Biasa la kalau bela kucing, makanya banyak la bulu sana sini. Memang dah ada berus bulu kucing tapi saiznya kecil. Since si Tam Tam dah dewasa, maka luas permukaan body dia dah bertambah. Makanya juga perlukan berus bulu saiz besar. 

Wah! Brushing can help stimulate hair follicles to promote hair health and regrowth! I did not know that. Ingat berus cuma nak kurangkan bulu gugur je.. hehe. And to prevent Tam Tam from coughing out fur balls. 

The new brush. 

For a handsome and healthy cat.. hehe.

Our handsome and healthy cat spends his day dengan tidooooo je.. hehe. 

So peaceful sampai terjelir lidah macam tu! Hehehehe..

The calm before the storm. And quite a storm it was. 

Ada ke 'Pintu Rintangan Api' dipasang mangga? Jabatan Bomba suruh sentiasa ditutup pintu tu bukan lock terus. Kalau berlaku kebakaran, kena lompat keluar tingkap ke? Ni bangunan hospital. 

Bulan dan bintang.


Zooming in.




Habis zoom dah ni.. hehehe.

Fajar.

Lunch.

It was one of those days when you could hardly believe your eyes!

Yes, my 'Hari tu...' series have lots of food photos lah.. hehe. Ini di Dapur Penyet, Bandar baru Ampang.

Ni di restoran Bistro dekat rumah.

Sekali sekala harus pekena chendol.

Maka berdoalah ketika bumi sedang dibasahi hujan. 


Tidak pernah sekali pun ia pernah sama dengan yang sebelumnya dan selepasnya. Kekuasaan dan Kehebatan Allah swt.

Sukar nak tahan diri dari capai handphone bila view indah sebegini.

Dulu saya dah mendapatkan rawatan physiotheraphy di YapChanKor (YCK) Pain Treatment Center sebab sakit De Quervain's tenosynovitis pada pangkal ibu jari tangan kanan saya. Lepas tu sakit bahu pula. Sakit sampai tak boleh tidur. Adoii.. maka kena la dapatkan rawatan lagi di YCK ni. Below photos saya tengah buat senaman di YCK. Nampak macam biasa dan senang tapi sakitnya masa tuuu... huiii.... 

Lepas treatments, treat myself to this delicious breakfast.. hehe.

Out my window.


Di Masjid Amru Ibn Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. My wife's cousin bernikah di masjid ni.

A prominent mosque. Masjid Amru Ibni Al Ass telah mula dibina pada 03 Mei 1995, siap pada 18 Ogos 1997 dengan harga pembinaan sebanyak RM4,546,482.19 dan diguna sepenuhnya pada awal tahun 1998.  

Sebelum ianya didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, masjid ini dikenal dengan nama Masjid Bandar Baru Sentul. Hanya pada 12 Julai 1999 bersamaan 27 Rabiulawal 14200H masjid ini telah didaftarkan atas nama Masjid Amru Ibni Al Ass oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Masjid Amr ibn al-As yang di Mesir, juga dikenali sebagai Masjid Amr, mula dibina pada tahun 641–642 M, sebagai pusat kepada ibu negara Mesir yang baharu iaitu Fustat. Struktur asalnya menjadi masjid yang pertama di bina di Mesir dan seluruh Afrika. Lokasi masjid tersebut merupakan tempat berdirinya khemah panglima tentera penakluk Amr ibn al-As.

Amr ibn al-As merupakan salah seorang daripada tulang belakang tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Kelebihannya sebagai seorang ahli politik Arab banyak menyumbang kepada kemenangan tentera Islam ketika melakukan tipu helah, terutamanya ketika berdialog dengan para panglima tentera Rom dan merisik kekuatan dan kelemahan tentera Rom. Kemuncak kejayaannya apabila Amru dapat menyebarkan Islam di bumi Mesir dan seterusnya beliau dilantik oleh Umar Al-Khattab untuk menjadi gabenor di sana.

We attended a wedding of a dear friend of mine di Ideal Convention Centre Shah Alam IDCC Mall, Shah Alam.

Ada live tradisional music.

Keberangkatan tiba.




Bagus la combine. Jimat!!

Didoakan semoga kedua-dua pasangan bahagia hingga ke anak cucu.

Hari tu teringin nak makan di McD.

So ordered la Filet-O-Fish ni.

Buka kotak, begini le rupa Filet-O-Fish saya. Cheese macam dilempar je. Cheese tu dah sejuk so dah melekat pada kotak. I don't mind scraping it off the paper box and slapping it on the filet but decided to bring the burger to the counter and highlight the 'error'.

Saya tak de la marah pun, calm je. Human error je tu. The staff looked shocked and immediately offered to get me a new one. Told her I don't mind eating the one I had, just wanted her to be aware. She replaced it anyway.    

Lunch di 'Neighbours', Bukit Indah, Ampang. 


We ordered these. Verdicts? 2 enthusiastic thumbs up!





Lunch di Black Canyon Coffee lagi 😃. 

Bersambung..... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. :)

    you know what ..
    that is our red planet Mars beside our Lunar
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really?! Like, wow... terang. I wonder how many years it took for the light to travel for us to be able to see it.

      Delete