Friday, July 20, 2018

HARI TU - PART 02

Hari tu kami pergi wedding jemputan malam. Jarang kami pergi kenduri kawin waktu malam. 

Lihatlah venue majlis kawin ni. Gemilang. Fyi, kedua-dua banglo tu adalah milik tuan rumah dan untuk majlis kawin anak dia ni, disambungkan jadi satu venue besar. 





I wonder berapa la agaknya belanja keseluruhan nak buat majlis macam ni. Having said that, I'm sure dah save a lot sebab tak perlu bayar kos venue. 


View dari atas. Kami duduk di atas ni, di tingkat 3.

Nak naik ke tingkat atas rumah banglo ni guna lift. First time naik lift dalam rumah... hehe.


Hari tu jalan-jalan di KL. Singgah pekena cendol kejap.



Upgrade Unifi. Free of charge.

Lunch di Jombali, Ampang Point.




At Chickentwist, Ampang Point. Sesekali makan makanan Arab.

Kedai ni owned and operated by an Arab family.

Saya suka shawarma. Yang ini shawarma chicken. I prefer yang beef tapi susah nak cari. I wonder why. Dah pergi check a few other similar kedai/restoran tapi semua ayam je. 

Bau grilled chicken tuuu...! 😋

The menu.


Di Oldtown White Coffee, Ampang Waterfront.

My wife suka kuih tepung pelita ni. Dan saya selalu mintak semangkok ...hehe. 

Di Secret Recipe, Bandar Baru Ampang.



Di Dapur Penyet, Bandar Baru Ampang.

Di Oldtown White Coffee, Ampang Waterfront. Saya diberi makan roti bakar partially hangit. 

Menu vs real. Perfect toast (menu) vs partially burnt (real). Kenapa tak tukar, minta yang baru? Tak apa la. Separuh hangit pun masih boleh makan. Pahit pun telan je la. Wash down dengan teh tarik. Moreover, staff di situ baik belaka. Such nice people. Service mereka memang top. Tak nak susahkan mereka.

Hari tu di area kami tak ada air. Lama, nak dekat 5 hari. Saya pun ambik botol-botol kosong, letak dalam groceries trolley dan turun ke kolam renang. Ada beberapa tenants lain tengah ambil air. Pihak management membenarkan sebab dah kritikal. Nak flush pun tak ada air. Huii... imagine tandas rumah kita tak boleh flush! Tapi air kolam ni tak dibenarkan minum. Tak boleh dimasak lepas tu diminum. Not safe. Cuma guna untuk flush, basuh tandas dan yang sepertinya sahaja. Sekurang-kurangnya tandas bersih. Nak buat mandi boleh, cuma takut nanti gatal-gatal satu badan. 

Keindahan bumi Malaysia. Syukur Alhamdulillah.




Pagi yang sejuk nyaman. Dalam kepala 'berperang' decide samada nak turun pergi senam atau nak tarik selimut.. hehe.




Hari tu temankan isteri pergi kursus di Melaka. Singgah di RnR Ayer Keroh ni.


Cantik pulak tangga di RnR ni. Lawa jubin-jubinnya.

Section makannya pun cantik dah. Nampak baru dan selesa dan inviting. Very nice lah.


Dan makanannya pun sedap. Kami makan nasi lemak dan nasi ayam. Sedap sungguh sampai sebelum balik saya jumpa akak gerai tu dan bagitau makanan dia sedap dan thank her too. She was surpised.. hehe. Ok gerai dia ialah Gerai no. 9 - 'Nasi Lemak Istimewa'. Try it!

Sambung balik journey ke Melaka.

Kursus isteri saya dibuat di Gold Coast Malacca International Resort. 

Panas terik. Around 2 pm masa tu.

Lobi.

Sambil menunggu nak check-in, macam biasa saya round ambil gambar.

Art deco di lobi.

Sunyi je resort ni masa tu. Not peak season agaknya.

The facilities.

Ada kolam recreational. And dolphins yang mulutnya terpancut air.

Juga ada replika kapal lama dari zaman kegemilangan Melaka iaitu sebuah replika kapal layar Admiral Cheng Ho. It is actually a restaurant. Boleh kalau nak candlelight dinner on its deck.

Juga ada water park. Sesuai for families.

Panorama shot satu 😊.

Resort ini adalah resort style apartments. 


More dolphins shots.

Tak pasti ni dolphin specis apa. Bottlenose kot? 😊


Ada wave pool, family pool, Jacuzzi, children playground and water fountain.



Welcome!

More cute dolphins! 😁. They are the Gold Coast Malacca International Resort's mascots.


Lepas checked-in dan dapat kunci, kami terus ke apartment.

Spacious sungguh. Memang sesuai sangat kalau bawak family menginap di sini.

Ada living room, dining room, kitchen (got fridge and electric kettle), 1 master bedroom + 2 bedrooms, 2 baths. And it is fully furnished.  



Ada balcony overlooking the water park and the Admiral Cheng Ho's sailing ship replica. 







Dewan makan.

Dinner.

Ini foto-foto malam captured dari balcony. Ini Admiral Cheng Ho's sailing ship. Nice lah.



The water park. 

Sarapan.


On the way balik singgah di RnR.

Malam yang disinari cahaya bulan. Tarikh: 29/04/2018.







Bulan terang pada 02/05/2018.



Bulan terang pada 04/05/2018.



Sarapan di Oldtown White Coffee, Ampang Waterfront.


Fajar menyingsing indah pagi itu.

Lunch di Black Canyon Coffee, Taman Maluri. 





Kuala Lumpur.

Sarapan di Oldtown White Coffee, Ampang Waterfront.



Lunch di Spectrum Ampang.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. suka nho ambik gambor bulan!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sejak found out my compact camera tu boleh shoot bulan, pantang ada bulan terang mesti saya ambik gambar.. hehe.

      Delete