Monday, July 23, 2018

HARI TU - PART 03

Sambung dengan siri 'Hari tu...'. 

This is the view from our kitchen balcony, just like any other day. But then I noticed something. That white dot pada bukit tu. Nampak tak? 

Ok, let's zoom in. Ooo.. laaaa... ingatkan apa la.. haha... sampai masuk hutan, panjat gunung nak pasang!

Macam-macam questions came to mind. Like berapa upah bayar orang yang pergi pasang tu? And it is pretty obvious yang mana satu tak dipasang dengan elok dan kukuh. Also kenapa all three pasang pada spot yang sama? Kan gunung tu besar and any other spots would have been clearly visible as well. Also, pada foto ni saya boleh la nampak dengan jelas (blur2 la jugak actually) sebab zoomed-in camera ni sampai max. Kalau tengok dengan mata kasar, dari jauh memang tak nampak (see 1st photo). So worth it ke nak pasang di situ? Kan dah banyak dah pasang all over the place?

Macam di sini, kan dah cukup visible dah. Tak payah la pasang di gunung tu.. hehe. Oh well, may be I'm not 'seeing' the point of it all.. hehe.



Pada pagi hari mengundi tu, dari rumah kami dah nampak rakyat jelata dah mula beratur sejak dari pukul 7:00 pagi. Mungkin nak elak crowd. Nak elak beratur panjang dan lama. Mungkin pagi tu mereka ada hal nak ke lain tempat. Tapi mungkin juga pergi awal sebab semangat. 

Kami berdua tak la pergi seawal itu. 

Pintu pagar sekolah SMK Taman Kosas dibuka dan pengundi berpusu-pusu masuk. 

Kami pergi sarapan dulu. Kalau tak nanti rebah pulak lama sangat beratur dengan perut kosong. 

9:30 am kami pun ke pusat mengundi. Terus kami beratur di lane ke bilik no.3.

Mujur awal lagi. Dan masih redup. 



Around pukul 10:15 am kami masuk mengundi. So tak la begitu lama beratur.

Sampai rumah kasi Tam Tam hidu jari berdakwat ni. He seemed to dislike it, like macam puzzled je rupanya trying to figure out bau apa agaknya. Like he can't decide was it a yay or a nay.. hehehe.

Hari undi 9th May. Till I wrote this blog which was on 15th July, masih ada lagi sikit ink tu pada kuku. 

Sekali sekala indulge jugak la. Saya suka milo. Iced. No sugar. Ooo... nice lah. 

Wife suka yang masam-masam.

Our lunch. Syukur Alhamdulillah.

Masa beli groceries di supermarket, ternampak barang-barang retro ni. Nostalgic kejap.. hehe.

Hari tu kami ikut my wife's brother pergi hantar anak saudara my wife balik ke asrama dia di MRSM Terendak. Kami singgah di Masjid Al-Syuhada Kem Terendak yang indah ini untuk bersolat. 

Masjid ini terletak berhampiran dengan kem tentera iaitu Kem Terendak. 

Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1989, namun kerana masalah kewangan, pembinaannya tertangguh selama beberapa tahun.

Pada 9 Zulhijjah tahun 1420 Hijrah bersamaan 15 Mac 2000, azan dan solat Asar jemaah pertama dimulakan di masjid ini. 

Masjid ini bercirikan rekabentuk Islam-China menggambarkan kedatangan dan pengaruh China di Melaka ketika zaman pemerinthan Kesultanan Melayu Melaka.

Masjid ini dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 20 April 2000. Masjid dibina dengan kos keseluruhan RM 3.12 juta.

Masjid ini dibina bagi kegunaan warga tentera dan ahli kariah dikalangan penduduk awam disekitar Kem Terendak, Melaka. 

Sebelum penubuhan masjid ini, warga kem terendak menggunakan Gereja Katolik yang dipindah milik dan diubah suai untuk digunakan sebagai masjid yang terletak di dalam kawasan Kem Terendak bersebelahan bangunan PERNAMA sekarang ini. 
Sumber: Link
Gereja Katolik itu adalah sebuah gereja era Tentera British, gereja Tentera Komanwealth. Pada masa itu para jemaah mengadap pada arah suatu sudut di dinding gereja, kerana hala bangunan gereja yang asal tidak tepat ke arah kiblat di Makkah.

Kem ini dahulunya dibina oleh tentera British bagi menempatkan markas 28 Commonwealth Infantry Brigade yang merangkumi 1 batalion tentera British, 1 batalion tentera Australia, 1 batalion askar Melayu dan 1 kompeni tentera New Zealand beserta peralatan bantuan perang dan perkhidmatan. Tetapi apabila mereka berundur, kem ini telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.
Sumber: link & link





Saya suka rekabentuk binaan Masjid Al-Syuhada Kem Terendak ini.


Adalah inner courtyard dalam masjid ini.

Pemandangan Masjid Al-Syuhada Kem Terendak dari atas.



Ruang solat utama Masjid Al-Syuhada Kem Terendak.



Ruang solat wanita.



View ruang solat utama dari tangga naik ke tingkat 1.


Di tingkat 1.

Pemandangan ruang solat utama dari tingkat 1.
















Wangi-wangian yang disedekah oleh jemaah. 



Banyak monyet di kawasan Kem Terendak ni.



Menuju balik ke KL. Ini Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah, Melaka. 

Heritage buildings di Masjid Tanah, Melaka.



Ok, ni cerita lain pulak. Sukacita betul saya tengok kucing-kucing jalanan ni dapat makan cat dry food yang diletak oleh individu-individu yang baik hati di kawasan dekat situ. 

Still saya rasa kesian la tengok kucing-kucing ni. Sedih pulak. Balik rumah terus cari Tam Tam dan peluk-peluk dia. Dia cakar dan lari, rimas la tu.. hehe. 

Perasan tak now ada banyak kedai alter pakaian yang dikendalikan oleh mereka yang berbangsa seperti lelaki di dalam foto ini. Unfortunate betul saya hantar pada dia ni. 

Laaaa... tidur atas chopping block!! Horror!! Hehehehe... sedap kot tidur atas kayu tu. 

Kesian pulak tengok... 



Isteri ada ke Kemaman for work and she bought for me this delicious Satar Gulung. Isi sata yang dibungkus dengan kulit popia. 

Sedap sungguh! Kalau anda ke belah-belah Pantai Timur, sila la cari satar gulung ni! Must buy! 

Beautiful glowing moon... SubhanAllah...

Pada malam yang lain, langit berawan. 





Other nights nampak jelas.


My 12 years old niece painted this! I was so pleasantly surprised! Tak pernah tahu dia pandai melukis sebelum ni. 

Style dia macam bersahaja je. Love it!

Love the brush strokes!


Kek Hari Raya kami tahun ini.. hehe. Mesti la diphotographed dulu.. haha.


Hari Raya tahun ni first time saya makan lemang periuk kera. Sedap!

Semestinya entry siri 'Hari tu...' saya got lots of food photos.. hehe.




Memang puas dah ambil gambar out my window tapi bila jengok keluar tingkap nampak view macam ni, maka haruslah dirakam.


Bila musim hujan maka nyamuk pun banyak. Pihak management condo kami terus hubungi pihak MPAJ untuk datang ke condo kami buat fogging. 



Thorough sungguh semburannya.


Sedang fogging. 




Fogging dibuat di setiap tingkat. Ini di depan unit kami. Tebal asapnya sampai tak nampak. 


Food photos lagi.. hehe. Makan di Dapur Penyet.


Sup ni sedap sangat!



Di Black Canyon Coffee.


Di Secret Recipe.



Setiap tahun saya pergi check mata di Hospital Ampang. Yang row atas ialah photos of the back of my eyeballs taken last year. Barisan bawah yang diambil tahun ini. Tiada perbezaan.   

Alhamdulillah, tidak menunjukkan tanda-tanda diabetic luar kawalan. Tak ada veins yang burst.

Tammat.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya rasa sedih kat kucing2 tu
    saya rasa alhamdulillah ada orang yang prihatin bagi makan kat kucing2 tu
    nanti bawak tau bekas makanan kucing dalam kereta..
    bila nampak ada kucing kat tepi jalan bagi tau !!!
    :)

    saya selalu bagi , ada dekat 15 ekor selalunya tunggu kereta saya kat tepi masjid tu
    pada suatu hari ... mereka tiada .
    seekor pun tak datang
    saya pun sedih..
    ingatkan Bandaraya datang tangkap semua
    En Syed tahu je lah kalau bandaraya tangkap
    they will be put to sleep..[ orang kata lah ]
    the saya dapat tahu..
    rupa rupanya ada sorang ni , suka bela kucing
    ada dekat 30 ekor kucing dekat rumah dia.. tu lah kucing2 yang saya selalu bagi makan tu
    tapi dia dah tak larat nak jaga sebab sakit ..
    maka.. ada sorang ni , Syed Azmi nama dia.. selalu buat kerja amal
    dia up kan kat fb.
    mintak tolong sesiapa yang boleh ambik kucing2 ni , adopt them
    sebelum Bandaraya ambik
    habis !!
    tinggal dua ekor je yang saya selalu jumpa dan bagi makan..
    begitulah ceritanya..
    happy ending.
    jangan risau
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Me too. I just cannot see them like that. I feel that they should be taken care of and loved.
      Alhamdulillah.
      Saya pernah tegur dan sembang and thanked seorang auntie Cina yang sgt baik hati bagi kucing-kucing jalanan makan.
      Ok, dah beli dah tupperware kedap udara. Akan bawak dalam my sling bag :).

      Tu la.. suspen saya baca.. apakah nasih kucing2 tu!!!
      Alhamdulillah dah selamat diadopt! Baiknya Syed Azmi tu kan.
      Doc pun baik juga bagi kucing2 tu makan. THANK YOU!! May Allah bless you and your family always.

      Delete