Tuesday, September 23, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 07 - FULL ISTANBUL TOUR - BLUE MOSQUE & LITTLE HAGIA SOPHIA

Selepas berjalan2 di Grand Bazaar, it was time for lunch :)

Kami dibawa Sinan ke restoran Semazen. Kami boleh pilih nak makan apa for lunch hari tu dan kami terus pilih spicy grilled chicken. No daging plssss.....hihi....

Restoran Semazen. Ambiance yg very nice :)

Yg nampak macam sambal tu ialah ezme. Saya siap tanya Sinan dan tanya cam mana buat sebab sedap sungguh rasanya makan dgn roti or with basically anything actually. Ezme ni is a paste or salad primarily based on tomatoes and hot peppers. 

Lepas makan tengahari, kami terus pula ke Blue Mosque atau Sultan Ahmed Mosque. Patutnya pegi pagi tadi tapi sebab hujan tak jadi. 

Informasi dan sejarah Blue Mosque. Sgt menarik!





Information/stats about Blue Mosque.

Masjid Biru mempunyai 6 buah menara dan sewaktu pembinaannya, ia tidak disenangi oleh penduduk Istanbul kerana ia dianggap cuba menyaingi Masjidil Haram di Makkah yang juga mempunyai 6 buah menara ketika itu. Untuk mengatasi perasaan tidak puas hati rakyat terhadap perkara ini, Sultan Ahmet kemudiannya mengarahkan arkitek yang membina Masjid Biru ini, Mehmet Aga pergi ke Makkah untuk menambah menara yang ketujuh bagi Masjidil Haram.

Masjid ini dipanggil Masjid Biru bukan kerana ia dicat dengan warna biru. Sebaliknya, ia dipanggil demikian kerana bahagian dalamnya dihiasi dengan jubin-jubin berwarna biru yang cantik. Penggunaan Stained Glass turut menambahkan keindahan bahagian dalam Masjid.

SubhanAllah, indah sungguh masjid ni. 

Visitors tidak dibenarkan masuk ke kawasan solat. Tapi kalau nak solat kat situ boleh masuk.

Exquisite! 






Cantik sungguh!

Ini di bahagian luar Blue Mosque after we exited.

Dan selepas Blue Mosque, kami dibawa ke satu lagi masjid.

Ini pula ialah Little Hagia Sophia. Dari luar, bangunan Little Hagia Sophia benar-benar kelihatan seperti bangunan Hagia Sophia yang sebenarnya, kecuali saiznya yang jauh lebih kecil. Seperti juga Hagia Sophia, ia dibina oleh Emperor Justinian dan isterinya Theodora.


Nama asal Little Hagia Sophia ialah Church of Saints Sergius and Bacchus. Ia kemudiannya telah ditukarkan menjadi sebuah masjid dan fungsinya sebagai masjid masih kekal sehingga ke hari ini.

Seperti juga di Hagia Sophia, Mihrab di Little Hagia Sophia senget 6 darjah kerana kedudukan Jerusalem dengan Makkah berbeza 6 darjah.

Ok... Full Istanbul Tour ni belum habis lagi... bersambung ke next entry :)

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. thank you so much En Syed, for 'bringing' me to Hagia Sofia and The Blue Mosque
    memang dah lama hajat nak pergi.. hajat je lah.. tabung asik keluar masuk keluar masuk je isinya..
    cantik sangat dalam masjid ni!!
    jaw dropping.!
    hehhehee.. you know me lah kann.. with old buildings, old architecture.. my passion for thoe and histiry..


    yang sorang tu.. pesal pakai payung dalam semejid..? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome doc. It was my pleasure :). So glad I am able to share with you and our other friends.

      InsyaAllah satu hari nanti doc akan dapat ke sana. Cakap pasal tabung ni, hmmm... sama le dgn saya. Banyak yg keluar dari yg ditambah...hihi. Risau gak kot ada peluang lain tak dapat gi sebab tak cukup duit!

      Ya docccc.... memang cantik sungguhhhh.... tak pernah saya tgk masjid yg secantik ini [except for Masjidil Haram dan Masjid Nabawi of course].
      Selain daripada keindahan architecture nya, sejarah masjid ni as doc knows is just mesmerizing...
      I rasa kalau doc nanti berdiri dalam masjid tu, doc akan terpegun sejenak dan tak terfikir pun nak ambik gambar...hihi...

      Hihi... dia tu la tour guide kami Sinan. Masa tu agak ramai pelancung2 lain so supaya kitaorg tak sesat, cari je payung tu...hihi. Actually bagus dia buat cam tu so that we can easily find him and gathered around him for a short penerangan about the mosque.

      Delete
  2. Ya Allah cantik sungguh masjid ni, rasa nak nangis tengok sebab macam ada satu perasaan hiba dengan keindahan ini.
    Sangat-sangat-sangat exquisite! !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pt, cantik sungguh kan. Walau pun kami tak lama di dalam masjid tu, tak selama yg saya inginkan, tapi kami puas hati sebab dapat melihat sendiri keindahannya. Details design2 nya sungguh overwhelming pada saya! :)

      Delete