Friday, September 12, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 03 - PART 04 - PHOTOGRAPHY & WALKING TOUR - VEFA BOZACISI, AQUEDUCT OF VALENS & ETHEM ZEYTINKAYA

Dan kami jalan2 lagi in the Photography & Walking Tour, dgn saya dibawa oleh tour guide Nurdogan.

Next Nurdogan kata nak bawa ke satu cafe minum boza. Ha? Boza?


VEFA BOZACISI
Dan kami tibe di Vefa Bozacisi sebuah cafe yg ada menjual boza. Apa boza tu? It is an “Ottoman-era drink in modern times”. 

Haaaa. itulah boza, dalam gelas tu yg berwarna kuning. Also yg owner cafe tengah cedok dan tuang tu. Hihi... owner tu very friendly orangnya. Berkali-kali dia cedok tuang, cedok tuang liquid boza tu sambil pose for camera...hihi...

Ewah... tgk tu dia pose...hihi. Saya tak pernah sebelum ni tahu pasal boza. Ianya macam an iconic treats kat Turkey dan authentic to Turkish culture. Kata Nurdogan susah nak cari boza ni kat tempat lain, at least yg good dan authentic macam di Vefa Bozacisi ni. 

Boza ni is a refreshment dibuat dari pemeraman bulgur [sejenis whole wheat] yang ditambah dengan air dan gula, ditabur sikit dengan serbuk kayu manis dan dimakan dengan sudu. Kalau ikut tradisi org Turki, boza ni dimakan dgn roasted kacang kuda.

So, did I try a serving? Nope, cause takut tak pasal2 nanti sakit perut ke apa ke. Dah lah tgh walking tour, buatnya perut meragam sibuk pulak suruh Nurdogan carikan jamban...haha...

Tengok tu lantai yg dah sgt worn out. I think owner tu saje biar cam tu to look authentic and 'historical', which I think is a really good idea :).

Suasana dalam cafe Vefa Bozacisi. Spend quite a nice time there relaxing sekejap after the long walk di tengah panas. Masa tu kulit saya dah makin gelap...haha...

Di cafe ni juga ada dondurma [ais krim]. Let me tell you they look so yummy masa tu sebab cuaca yg panas. But of course I just had a bottle of water.


Sedikit info tentang boza tertera di dinding cafe. 



Sebelah cafe ada Masjid.

Right outside the cafe, saw this broom seller. Quite a nice shot imho :).
Next kami ke Valens Aqueduct. 


AQUEDUCT OF VALENS
Then we made a quick stop di sini to see the Aqueduct of Valens. Ianya satu sistem pengaliran air yg besar ke kawasan bandar/kediaman yg dibina oleh Emperor Roman bernama Valens sebab pertambahan penduduk. Dari zaman Roman, ia terus digunakan oleh Byzantines dan Ottomans.

Aqueduct ni terletak di kawasan Fatih. Yang masih ada ialah sepanjang 921 meter, cuma kurang 50 meter sahaja dari yg original. 



Next Nurdogan kata nak bawak ke satu kedai music. Haa? Ikut je la kan. Could be interesting :)


Lepas tu kami jalan lagi dan pass by this mall. Nurdigan kata dulu sini tempat squatters with lots of beautiful wooden houses. Pas tu govt robohkan semua rumah2 yg cantik tu and built these ugly grey building, kata Nurdogan.

Yg pelik pada saya ialah ada kubur2 ditengah2 courtyard mall tu. Ada saya tanya Nurdogan tu kubur siapa, tapi saya dah tak ingat dah.

Ada few people jual cold bottled water by the roadside, sesuai masa hari panas cam hari tu.

Dan ini pula ialah Şebsefa Hatun mosque. 

Serba sedikit tentang masjid ini. Saya suka bila ada info macam di tempat2 bersejarah di Istanbul. Sebab masa jalan2 dan ambik gambar tak de masa nak take down notes. Nak cuba ingat lagi la serabut. So ambik je shots cam ni, senang :)


Shots of locals.

I think diaorg ni satu family kot.
ETHEM ZEYTINKAYA
Then tak akan saya guess in a million years that si Nurdogan akan bawak saya jumpa Turkish Music Producer lepas tu. How awesome was that! 


Nama dia Ethem Zeytinkaya. Rupanya Nurdogan dan Ethem ni dah berkawan selama 15 tahun. Dan ini adalah kedai musik Ethem. Dia produces mostly traditional Turkish music. 

Saya kata nak ambik foto dia. Dia ok je. I asked him to sit and pose dan suruh le senyum sikit. Banyak tu je yg dia senyum...hahaha... Masa sembang2 dia kata dia dari selatan Turki yg I dah lupa nama kampung dia. Dia tunjuk foto2 kampung halaman dia...woooo.... sooooo beautiful!



Tu Ethem dengan Cats Stevens/Yusuf Islam. 



Ok, end of Day 03 - Part 04....

Bersambung... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. alaaa....
    tak try boza tu..?! macam sedap danmanis ..

    bulat mata saya nengok aqeduct tu..saya ada baca pasal aqueduct ..takingat kat mana .. dan di history channel..
    amazing architecture!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa.. tak le doc. Perut sensitive, takut meragam kalau try2 yg tak pernah try..hihi...

      Kan. Sekarang kan doc, kalau saya gi cuti2 dan ke tempat2 yg ada kesan2 sejarah saya akan jadi lebih excited berbanding a few years ago. Now I'm seeing more than just ruins. Saya baca sejarahnya, saya bayangkan zaman gemilangnya.... lagi seronok.
      Ni doc punya influence la ni..hihi...

      Delete