Friday, September 19, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 07 - FULL ISTANBUL TOUR - HIPPODROME & HAGIA SOPHIA

Hari ke 7 kami di Istanbul we went for a guided tour by Karavan Travel on the 'Full Istanbul Tour' program. Tour ni memang saya nanti2kan sebab tak sabar nak masuk Blue Mosque dan Hagia Sophia :). Tour secara sit-in-coach ni turut disertai oleh pelancung dari Armenia, Pakistan, USA dan Australia. Semua sekali 21 orang. 

Ok, dalam entry ni saya cover dulu lawatan ke Hippodrome dan Hagia Sophia. 

Mula2 sekali kami lawat Hippodrome yg terletak di satu kawasan lapang antara Blue Mosque dan Hagia Sophia di Sultanahmet. Hippodrome ni dulu masa zaman pemerintahan Byzantine ialah tempat chariot races. Juga ada 3 monuments Column of Theodosius, The Serpentine Column dan Column of Constantine. Pelumba chariots tu akan race kelilling monuments tu.


Sedikit sejarah:
Chariot races yg pada mulanya aman, lama2 di influence oleh 2 opposing political groups. Satu yg sokong pemerintah masa tu Emperor Justinian dan satu lagi yg tentang Emperor tu. So Emperor pun hantar seorang wakil untuk jadi pendamai tapi both parties tak suka. Kejadian ni  telah jejas kredibilit Emperor Justinian dan dia tidak lagi di hormati.

Realizing that pengaruh baginda makin kurang, Emperor Justinian pun buat declaration yg dia akan turun tahta dan minta both parties to convene at the hippodrome. So diaorg pun datang dan expect yg a new leader akan dipilih dari kalangan mereka.

Actually ni semua tipu helah Emperor Justinian. Bila semua dah masuk ke dalam Hippodrome, Emperor Justinian pun arah semua pintu2 keluar/masuk Hippodrome tu dikunci. Lepas tu tentera2 baginda pun bunuh semua yg ada dalam Hippodrome tu. Dahsyat dan sungguh kejam. Seramai 30,000 orang yg mati dan total penduduk Constantinople masa cuma tu ada 150,000 sahaja. 

Lepas tu Emperor Justinian bina Gereja Hagia Sophia sebagai tanda bertaubat di atas perbuatan baginda melaksanakan pembunuhan beramai-ramai itu. 

Hippodrome kini hanyalah sebuah dataran lapang yang luas. Bangunan stadium ini telah lama roboh dan yang tinggal kini hanyalah Column of Theodosius, The Serpentine Column dan Column of Constantine yang dulunya terletak di tengah-tengah gelanggang, tempat chariot-chariot ini berpusing dalam perlumbaan.

Dan dia ni namanya Sinan our tour guide for the tour. He was a funny guy and loves to sings oldies...hihi. Bukan le dia nyanyi depan kitaorg semua cuma ada ketika masa kami berdua dan Sinan bersembang jauh dari group members yg lain suddenly he will break into a song...haha. 

Peta Hippodrome.
The Wall Obelisk. 

The Serpent Column. The three intertwined bronze serpents form the column. Tiang tu dibawa dari Temple of Apollo di Delphi Greece oleh Emperor Constantine the Great.

The Obelisk of Theodosius. 

In pula German Fountain. It is an octagonal gazebo style fountain. Fountain ini dihadiahkan oleh seorang Raja Jerman, Emperor Wilhelm II sebagai tanda persahabatan beliau dengan Kerajaan Ottoman. 

Sebahagian dinding yg tinggal of the Hippodrome kat sebelah car park ni. Itu adalah dinding yg original. 

Cuaca yg tadinya terang benderang tetiba je jadi mendung gelap. Dan hujan pun turun. Tapi kami ok je sebab dah siap bawak baju hujan disposable...hihi. So Sinan cadang kami berteduh di Blue Mosque dulu sementara hujan berhenti. Masa berteduh tu Sinan beri byk lagi info2 tentang Blue Mosque. Tapi queue nak masuk Blue Mosque tu panjang pulak so Sinan tukar bawa kami ke Hagia Sophia. Seronok pulak lari2 dalam hujan renyai2 tu...hihi...

Tiket masuk ke Hagia Sophia Museum.



Dan inilah Hagia Sophia. Ni baru bahagian entrance je saya dah teruja. Ye lah dah 6 hari di Istanbul asyik tgk je dari luar tapi tak lawat2 lagi muzuim ni.


Sedikit info:
Lepas Ottoman tawan Constantinople, kota tu ditukar nama kepada Islambol dan kenudian disebut sebagai Istanbul. Gereja ni pulak ditukar jadi masjid tapi namanya dikekalkan Hagia Sophia.

Huwaaa...... cantik betul kat bahagian dalam muzium ni. Actually yg belah kiri tu tgh under renovation. Sinan sibuk bagi penerangan, saya sibuk dok dongak dan ambik gambar...hihi...

Satu pemandangan yg mungkin sukar saya terlupakan for a long time. There I was standing there in awe. 

Masa ditukar jadi masjid, semua lukisan Kristian di tampal. Tapi Presiden Republik Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk telah menukarkan masjid ini menjadi sebuah muzium dan mengarahkan supaya plaster yang menutupi lukisan ini ditanggalkan untuk menunjukkan ciri gerejanya yang sebenar. Ada Virgin Mary and Baby Jesus dan angels. 

Masa berfungsi sebagai masjid, Hagia Sophia dihiasi dengan nama-nama Allah swt, Nabi Muhammad saw, keempat-empat khalifah: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta nama 2 cucu Nabi Muhammad saw: Hassan dan Hussin yang masih dapat dilihat pada hari ini.

Suasana di dewan utama Hagia Sophia.


Omphalion - di sinilah upacara pertabalan Raja-raja Roman Byzantine dilaksanakan pada masa dahulu.

Muezzin Gallery - tempat muezzin azan.




Sewaktu dibina sebagai sebuah gereja Kristian, bangunan Hagia Sophia dibuat menghadap ke Jerusalem. Kerana itulah Mihrab Hagia Sophia senget 6 darjah kerana kedudukan Makkah dan Jerusalem berbeza sejauh 6 darjah.




In the middle are Virgin Mary with baby Jesus holding a pen and a scroll. Di sebelah kiri ialah Emperor Justinian memegang sebuah model Hagia Sophia and di sebelah kanan pula ialah Emperor Constantine memegang model city of Constantinople. Kedua2 emperors ni offer these sacramential gifts to the Virgin Mary.  Di kepala mereka ada aureolas menunjukkan yg kedua2 emperor tu pun adalah divine, or sacred.


Di tingkat atas ialah the Empress Lodge. Dulu2, agama Kristian tidak benarkan wanita beribadat bersama kaum lelaki di gereja. Kerana itulah galeri di tingkat atas Hagia Sophia ini dinamakan Empress Lodge, kerana dari sinilah isteri Maharaja Roman Byzantine akan menyertai upacara-upacara yang diadakan di gereja.


Another mozaic panel. 

Virgin Mary, Jesus Christ dan John the Baptist.

Pandangan dari Empress Lodge.

Virgin Mary & baby Christ dengan Emperor John II Komnenos dan Empress Irene.

The Emperor and his wife donating money to Hagia Sophia.

Christ and Emperor Constantine IX Monomachos and Empress Zoe

Constantine holds a sack of gold, and Zoe holds a scroll with the list of her donations to the Church.

Bahagian galeri.

Hagia Sophia as we exited the building.

Puas hati rasanya sebab akhirnya dapat juga kami melawat Hagia Sophia yg selama ini cuma dapat dilihat di internet. Alhamdulillah. 

Bersambung seterusnya ke bahagian ke 2 of the Full Istanbul Tour...

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. MasyaAllah...cantiknya, sungguh cantik.
    Tengok di sini pun saya sangat teruja apa lagi kalau berdepan.
    Tak tegambarkan dengan kata-kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tak percaya pt kami ada rezeki melawat kota Istanbul dan tempat bersejarah ni. Syukur Alhamdulillah.
      Berada di dalam muzium tu, walau pun ramat pelancung2 lain, saya was transfixed dan macam tak perasan pun masa tu orang ramai. Begitulah engrossed saya masa tu sambil ambik2 gambar...hihi...
      The sheer size, the richness of its history, the ambiance and the amazing architecture making it such a captivating experience for me.

      Delete
  2. saya pernah nengok di History channel pasal Aya Sofia ni..
    they focus tentang the architectural wonders.. the buttresses..the arches..
    tak berkelip[ tipu.. :) ] mata saya
    ni dapat nengok the amazing internal decorations.. the intricate mosaics
    sungguh cantik , dan menakjublan,,
    thanks for sharing En Syed..
    love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang doc, sgt menakjubkan. Jadi 2 kali ganda menariknya bila baca history tempat ni...

      Doc nak tau, tak all the time kalau saya point lensa kamera saya ke arah siling muzium bermakna saya tgh ambik gambar. The decorations and intricate details of the designs semua tu saya teropong dgn zoom lens..hihi... Sebab hanya dgn buat cam tu je baru saya nampak dgn jelas. Tak kira dah masa tu tangan lenguh dok pegang camera ke atas. Tak kisah dah tenguk sakit dok asyik mendongak je...hihi....

      May be I should try cari documentary tu kat utube kot ada...

      Delete