Friday, February 4, 2022

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY ~ LANDSCAPES ~ GARDENS & LAKES

My Photography Journey ~ Landscapes diteruskan dengan landskap-landskap Gardens and Lakes. 


Taman Awam Taman Bukit Indah Ampang.


Taman Awam Jalan Keliling Seremban.


Agrotechnology Park Langkawi.



Laman Padi Langkawi. Boleh jalan-jalan di batas dan titi kayu. Makes very nice locations to shoot sawah padi landscapes.


Taman Lagenda Langkawi. Must visit garden ini sebab this garden is more than just beautiful landscapes. 



O&R Garden Cameron Highlands. That's orchids and roses. 


Lavender Garden Cameron Highlands. Siapa suka lavenders, tentu suka tempat ini. 

Taman Tasik Permaisuri Cheras. Ada satu section taman ini yang saya suka, per below photos. Rendang with rows upon rows of mature trees. Sejuk mata memandang.




Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak. Ini adalah satu taman yang saya highly recommend to visit. Sesuai for all age groups.








Bird Sanctuary Batu Gajah Perak. This was taken many years ago, in 2006. Jalan nak masuk ke sini adalah melalui dirt road yang berbatu-batu dan berlobang-lobang. Very rough road. Recently I was told the road is still like that. Sayang sekali sebab sanctuary ini sangatlah cantik. 



Seremban Lake Garden. Taman tasik tengah bandar yang cantik.


Jelita Ostrich Show Farm Seremban Negeri Sembilan. A really fun place to visit! 


Tropical Spice Gardens Penang. Taman ini sarat with all sort of vegetations and spices. A very beautiful taman untuk dilawati. 



Taman Kek Look Tong Ipoh Perak. Kalau ke Ipoh singgahlah ke sini. Tasik yang dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur. 




Taman Botani Shah Alam. Nature in all its glory.



Taman Herba Gopeng Perak. I was pleasantly surprised masa first time masuk taman ini. Tak sangka ada tasik besar yang cantik ini.


Taman Seri Empangan Putrajaya. Landskap sini saya suka. Ada blend modern structures and lake. 




Jejak Sisiran 1 Putrajaya. Sambil bersenam, elok juga berfotografi landskap di sisiran ini.



Putrajaya. Kalau nak berfotografi landskap eloklah ke Putrajaya juga. 

Boleh landskap bangunan.

Boleh landskap bangunan dan tasik.

Boleh landskap tasik.

Boleh landskap Putrajaya skyline.

Boleh ambil gambar dari jambatan-jambatan.



Taman-taman ada juga di sini.





Boleh juga berfotografi landskap semasa cruise Tasik Putrajaya.







Taman Rimba Ampang. Bila ada sungai bolehlah cuba-cuba rakam water smooth macam ni. Cumanya kena la rajin bawa tripod yang admittedly saya cukup malas nak buat 😄.


Selalunya ke taman rimba waktu pagi, as usual. Cahaya cantik dan orang pun tak ada atau tak ramai. 

Selalunya ada masa nak outdoor shooting ni hanya masa hujung minggu. Dan selalunya saya take note kalau-kalau malam hari sebelumnya tu hujan ke tidak. Kalau hujan adalah highly likely taman ni cantik berkabus esok paginya. 

Admittedly memang terkial-kial masa mula-mula try ambil water smooth macam ni. Asyik underexpose or overexposed. Kena banyak kali trials and errors.

Cantik juga kalau dapat shoot dari tebing tinggi tepi sungai. Dapat shoot wide angle cam ni.


Bila dah tahu bila nak agak-agak taman rimba akan berkabus esok paginya, maka makin rajinlah saya ke sini.. hihi 😄. 



Imo, taman-taman adalah antara tempat yang best bila nak belajar-belajar ambil gambar landskap😊. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, February 2, 2022

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY ~ LANDSCAPES ~ WATER CRUISES

Masa bercuti-cuti Malaysia ada kami sertai beberapa water cruises. Ada 8 cruises semuanya to be exact. Dan tentunya pemandangan landskap banyak dirakam semasa cruises itu. Hence, my next category for 'My Photography Journey with Landscapes Photography' is Water Cruises.


Actually water cruises yang kami sertai semuanya adalah river cruises. So these photos are essentially river landscapes. The first one yang saya nak share ialah the Kuala Selangor Eagle Feeding ~ Fireflies ~ Blue Tears Watching di Sungai Selangor. 

Disebabkan nak tengok eagle feeding, makanya the cruise started lewat petang sebab masa itulah akan ada banyak burung-burung helang makan. Juga sebab later on bila dah malam gelap barulah nampak kelip-kelip dan blue tears. 

Suasana senja di Sungai Selangor. Cukup indah sekali!


Cruise sampai ke malam. Tapi saya tak kongsi di sini foto-foto kelip-kelip dan blue tears tu sebab tak dapat rakam gambar landskap yang elok sebab gelap gelita ... hihi 😅.

Seterusnya di Kuala Terengganu bersama Pulau Warisan River Cruise. Dan tentunya dirakam landskap Bandaraya Kuala Terengganu semasa cruise ini. 

Dan haruslah juga kalau dah crusie di Sungai Terengganu ini, diambil gambar Jambatan  Angkat Terengganu yang ikonik ini. 

I found it quite intriguing that the abandoned fishermen's boat was left there by the riverside especially considering this particular part of the river is the famous Terengganu river cruise route.  

The various sea vessels parked at one of the many docks along the river. I am always on the look out for such landscape view sebab lain la sikit dari yang biasa saya shoot especially views macam ini hanya boleh saya rakam masa naik cruise 😄.

Another Kuala Terengganu landmark, the Bukit Besar with its huge 'الله PELIHARAKANLAH TERENGGANU' signage by the hillside. Dan jambatan itu adalah Jambatan Sultan Ahmad.

Sepanjang perlayaran semasa cruise ini kita dapat menyaksikan beberapa lagi mercu tanda Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. 

Pemandangan landskap Sungai Terengganu masa itu jadi lebih dramatik dengan suasana awan mendung. 

The 'fight' between light and dark created quite a nice coconut trees silhouette 😁.


Masa di Kuantan juga saya naik cruise iaitu the Kuantan River Cruise. 

Di Sungai Kuantan ini juga ada banyak water vessels yang berlabuh seperti bot-bot nelayan. 

Program Kuantan River Cruise ini special sebab ia ada a short stopover di Taman Bakau. Peserta cruise boleh jalan-jalan sambil menikmati keindahan Hutan Paya Bakau Kuantan. 

Ini adalah salah satu foto landskap masa cruise yang paling saya suka 😃.

Landskap pesisir Sungai Kuantan dan Masjid Tanjung Lumpur.

Moh ke Kuching Sarawak pula 😄.  Cruise sampan je, bukan bot besar... hihi.


Dari kesemua 8 water cruises, masa cruise sampan ni la saya rasa imho saya dapat a decent skyline shot of the city 😄.

Kalau dah ke Langkawi makanya haruslah juga kita ikut Langkawi Mangrove Tour. Saya dah isteri memang suka ikut tour-tour ni 😄.

Bila dapat lihat pemandangan macam ni, rasa rugi la kalau kami tak go for the Mangove Tour. It was so epic!


Ingat lagi saya masa ambil foto ini, ombak sedang kuat. Ini sudah dekat kawasan laut lepas jadi angin kuat. Terumbang ambing. Mujur la tak uweekkk 😅. Sebenarnya dalam imej asal, garisan ufuknya senget sebab umbang ambing tu. So terpaksa la guna editor kasi garis tu flat dan balanced 😄. My wife lebih prefer kalau dibiarkan saja senget. Barulah reflective of the actual situation kata dia. Eh... betul jugak tu 😃.

Pemandangan indah dan epik Pulau Langkawi yang bergunung ganang.

Watching the White-bellied Fish Eagle and the Brahminy Kite.

Dalam program cruise ini kami dibawa lalu di Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway, yang juga dikenali sebagai 'The Narrow Passage'. Bagi kami ianya benar-benar menakjubkan.

Seperti Kuantan River Cruise, dalam cruise ini kami juga ada short stopover di kawasan hutan paya bakau. For me it was such a wonderous place. SubhanAllah.

Harus dapatkan foto landskap epik ini 😃.

In Melaka we went for both the Melaka River Cruise and the Melaka Duck Tour. 

Ini pemandangan Masjid Selat Melaka yang boleh kita lihat semasa Melaka Duck Tour.


Satu lagi peluang nak dapatkan skyline photos adalah masa naik feri di Pulau Pinang. Nampak cantik bandar George Town. 






Di Kuala Terengganu, selain Pulau Warisan River Cruise, kita juga boleh sertai Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise. Routes for both the cruises are about the same.






Begitulah serba sedikit foto-foto dalam siri 'My Photography Journey - Landscapes - Cruises' 😊. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.