Showing posts with label street photography. Show all posts
Showing posts with label street photography. Show all posts

Monday, July 3, 2017

VIETNAM - DAY 01 - ARRIVED HANOI

Bila saya baca balik entry trip Vietnam 2011 kami, banyak betul information and photos yang saya omitted. Actually, masa tu my concentration was more on the photography aspect and not on the travel itself. Still, I think I did not do justice to the photos. Also, the 5 day trip was condensed in a single very short entry.... urghh. Lagi tak best sebab several photos were cramped up to fit into one big frame. Tak puas hati betul bila tengok balik.

Inilah contoh several foto-foto yang saya susun dalam satu frame besar. Banyak details got chopped off!! 

Hence this repost 😊.   

Baik, cerita trip ni bermula begini. Actually kami plan nak ke Taiwan. Dah fully paid pun. Tapi travel agent terpaksa cancel sebab group dah tak cukup orang sebab 4 members of the group had to pull out as one of them had to undergo a major surgery. 

So instead of cancelling, we asked the travel agent to suggest other places for us. From the few recommended, we finally decided to go for Vietnam. Kosnya lebih murah dari ke Taiwan so instead of refunding us the balance, we requested to upgrade the Vietnam trip to a private tour.

Flight dengan Malaysia Airlines dari KL ke Hanoi ambil masa lebih kurang 3 jam. Beautiful paddy fields. 

Flight dari KLIA ke Noi Bai International Airport. 

Selamat tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi, Vietnam. Tak perlu isi Landing Card, use passport je. Masa tu la, now ni tak tau if required or not.

Tiba di Noi bai Airport, tour guide kami Quanh telah sedia menunggu. Kami diberitahu boleh guna US dolar di sini dan tak perlu tukar ke duit Dong. 

Melintasi Red River semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kami di tengah bandar Hanoi. Kata Quanh, punca Red River terletak di negara China. Sungai ini dinamakan Red River kerana pada musim-musim tertentu, ia membawa kelodak berwarna merah dari negara China. 

Walau Hanoi adalah ibunegara Vietnam, ia bukanlah bandar terbesar di negara ini. Kota terbesar di Vietnam ialah Ho Chi Minh City yang terletak di Vietnam Selatan. 

Bandar Hanoi. Kata Quanh apartments di Hanoi adalah sangat mahal dan ramai rakyat tak mampu nak beli. Jadi rumah-rumah dibina sendiri oleh yang memiliki tanah/rumah sendiri seperti dalam foto kanan. Bila ada anak mereka dah kawin, satu tingkat dibina untuk didiami oleh pasangan yang baru kawin tu. Dan bila ada seorang lagi anak kawin, satu lagi tingkat dibina. Meaning, dalam satu tingkat didiami oleh satu family. 

Di bandar Hanoi ada sangat ramai pengguna motosikal. Ada lebih kurang 4 juta motorists yang registered in the Vietnamese capital. Quanh kata kena sangat berhati-hati kalau nak lintas jalan. 

Di Hanoi, kami menginap di Flower Garden Hotel. Wayar-wayar elektrik yang berselirat kusut masai pada tiang tu adalah pemandangan biasa di Hanoi ni.

Bilik kami di Flower Garden Hotel, Hanoi. Ada complimentary fruit basket. Nice.

View dari tingkap bilik hotel. Ada bangunan-bangunan baru dan rumah-rumah bertingkat-tingkat lama yang bercampur aduk. Itu la yang uniknya bandar ni in my opinion.

Dari hotel kami juga boleh nampak Hồ Trúc Bạch (Trúc Bạch Lake).
On October 26, 1967, during the Vietnam War, US Navy aviator John McCain was shot down by an anti-aircraft missile on a mission against a Hanoi power plant and parachuted wounded into Trúc Bạch Lake, nearly drowning. He was dragged out of the water and beaten by city residents angry at having seen the area laid to waste by previous U.S. attacks. He was later taken away as a prisoner of war. A monument celebrating the downing of "Tchn Sney Ma Can" was erected at the western shore on Thanh Niên Road; McCain saw it on his first journey back to Vietnam in 1985. - Wiki

Lokasi Flower Garden Hotel dan Trúc Bạch Lake.

Pada saya cukup menarik sekali view dari bilik kami ni.. hehe.

Kebetulan masa tu di sebelah hotel kami ni sedang ada construction bangunan baru. 

Staff hotel yang tolong bawa beg hantar kami ke bilik kata tak perlu risau masalah bising dari construction tu. Memang betul pun tak bising. 

Ikut itinerary, hari pertama trip kami ni cuma travel dari KL ke Hanoi dan dinner di restoran yang akan dibawa oleh Quanh malam nanti. Since dinner lambat lagi dan hari belum lewat petang, kami decided untuk jalan-jalan di sekitar hotel menuju ke Trúc Bạch Lake dengan berpandukan peta Hanoi yang diberikan oleh Quanh, 

Kami memang cukup suka berjalan-jalan macam sebab dengan cara ini kami dapat lihat dengan lebih dekat lagi suasana di bandar ini. Dapat lihat the locals going about their daily lives.

Tapi dalam seronok tu, tentunya kami berhati-hati juga since kami jalan-jalan ni pun on our own tanpa Quanh. 

Baik, below are the photos that I managed to capture masa jalan-jalan petang di Bandar Hanoi ni 😊.


Saya suka shot ni 😊.

Di sepanjang jalan mesti ada orang berjaja.

Hampir nak terbeli sweet doughnuts snek ni 😊. But did not bila memikirkan kehalalan.

Fruit sellers pun ramai juga.

Bangunan tipikal di Bandar Hanoi ni. Well, in this part of the town lah. 


Also kami noticed di simpang 4 macam ni tak ada traffic lights. Tapi somehow pengguna-pengguna jalanraya berlalu dengan teratur. 

Penjaja-penjaja di tepi Trúc Bạch Lake.

Bau nenas tuuuu.... harum manissss... ! 😋


Inilah Trúc Bạch Lake.
"During the 18th century the Trinh lords built a palace on the lakeside; it was later transformed into a reformatory for wayward royal concubines, who were condemned to spend their days weaving pure white silk".



Patah balik ke hotel.







Untuk makan malam kami dibawa oleh Quanh ke Restoran Tandoor ni.

Makan di tingkat atas restoran ni. Nak makan di balkoni tu pun boleh tapi kami nak duduk di dalam sebab ada air-con.. hehe. Panas di luar tu. 

Pemandangan suasana malam di Hanoi dari dalam restoran.

Begitulah catatan hari pertama percutian kami di Vietnam.

Bersambung ke bahagian 2....

Berikut adalah list links untuk semua Vietnam travel saya:
1 - VIETNAM - DAY 01 - ARRIVED HANOI
2 - VIETNAM - DAY 02 - HANOI CITY TOUR
3 - VIETNAM - DAY 03 - HALONG BAY CRUISE - HOAN KIEM LAKE - WATER PUPPET SHOW
4 - VIETNAM - DAY 04 - MORNING WALK - BLUE GROTTO PAGODA - TAM COC SAMPAN RIDE

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Friday, February 6, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

Lepas Coban Rondo, kami turun Gunung Panderman untuk pergi lawat ladang epal [apel dalam bahasa Indonesia]. Ladang ni terletak di kawasan yang bernama Punten.

Saya memang look forward to this one sebab tak pernah gi ladang epal dan diberitahu Pak Iskandar views di sana cantik. 

Memang kawasan gunung ni pemandangannya indah sungguh. Besar je mata saya berjaga-jaga tak nak terlepas any sceneries yang cantik untuk ambik gambar. 


Bercucuk tanam adalah kerja utama di sini.

Tup tup lalu satu selekoh ada view ni! 

Tentunya saya juga ambik people shots :).


Cantik sungguh. Sejuk mata :)

Aktiviti paragliding pun ada.

Houses nestled between mountains... nyaman...

Then berselisih dengan pak cik ni at the back of the truck bawang tengah smoking. 



Topeng-topeng yang some of them agak menyeramkan ni are actually face masks :). Ramai motorists di sini pakai. 


Dah nak dekat sampai ladang epal. Ada banyak nurseries di sini. Udara nyaman, tanah subur. 

Kami stop sekejap di station ni kerana kami actually kena naik van angkutan kota warna merah ni untuk ke ladang. Btw, banyak warung makan tepi jalan di Indonesia hanya menyediakan tempat duduk begini untuk pelanggan mereka. Tidak ada kerusi dan meja makan disediakan. Santai :).

Masjid yang cantik.

Tunggu nak dekat 15 minit, then diberitahu tak perlu kami naik van merah tu. Boleh je ke ladang tu dengan van yang kami naik tu. Mungkin kena tunggu lama nak tunggu van penuh dulu baru jalan. Mungkin dah habis semua van tu kena book. Entah le. Apa-apa pun kami happy le sebab boleh gerak dah :).

Ladang epal yang nak kami lawat tu terletak di sebuah kampung. Aktiviti parawisata ke ladang epal ini diusahakan secara kolektif oleh penduduk kampung. Lokasi ladang sebenarnya agak jauh juga dari station tadi.



Ni view pertama ladang epal tu. Masa tu cuaca mendung so langit jadi dramatic. Tentu le saya suka dapat shots cam ni cuma takut kot hujan pulak nanti :). 

Di ladang ni pelawat boleh makan sebanyak mana yang larat with no charge. Kalau nak petik bawak balik baru timbang dan ada caj. Kami nak habiskan sebijik sharing pun susah lagi la nak bungkus pulak....hehe.

Memang la views di sini sungguh indah. 

Penduduk berdekatan. Bro tu attend to anyone yang nak petik epal dan beli.

Mengembar gembur tanah dan membaja. 

Jalan keluar masuk ke ladang. Viewnya cantik sungguh!

Nampak gelap sungguh awan tu. Tapi belum hujan lagi. Cepat-cepat saya ambik gambar...hehe. 

Dan semestinya a few shots of the apples and the apple trees. 

Kadang-kadang syok jadi typical tourist...hahaha... Buat kenangan... :)


Epalnya keras sikit tapi sedap macam epal yang pernah dimakan. 

View yang best sangat :)

Akak ni tengah berkebun. 

Ada juga pokok kopi.

Seronok dapat close up shots of the locals tengah bekerja di kebun mereka. 

Breathtaking view!

Then saya ternampak 2 pekerja ladang sedang menyembur racun serangga. 


Mereka ni memang best. Sangat ramah :).


Ni mesin penyembur racun serangga yang sedang mereka gunakan masa tu. 

Lepas tu saya ternampak pula pak cik ni sedang mencabut tanaman bawang. Excited saya! Maklum la kan bawang yang saya nampak selama ni cuma yang di pasar. Tak pernah yang macam di ladang macam ni :).

Pak cik ni ok je saya ambik gambar dia.

Dan saya terus dekat pada dia dan beri salam. 

Saya siap minta dia unjukkan bawang yang baru dia cabut tu untuk saya ambik gambar. Mesti dia rasa pelik kot...haha... Sebelum beredar saya ucapkan terima kasih pada pak cik tu. 


One more shot of the amazing view. 

Lepas tu kami pun gerak ke Kota Batu untuk makan tengahari. 



Bersambung... 

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.