Showing posts with label keramat sungai udang. Show all posts
Showing posts with label keramat sungai udang. Show all posts

Friday, December 27, 2019

NEGERI SEMBILAN - KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS & KERAMAT SUNGAI UDANG

And off we went to the next location.

Sampai di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. 

Saya kalau tengok road signs macam ni mesti fokus pada petak yang berwarna coklat sebab those are the places of interests. When I saw this one, saya pun tanya la pada En. Zarir ada apa di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas tu. Terus dia jawab, 'Jom kita pergi tengok'. Ehh.. bagusnya.... of course saya setuju je...hehehe. Saya setuju also sebab kompleks itu tidak jauh lokasinya from where we were at that time.   


Pengkalan Kempas. 

Dah sampai ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. 

Lokasi kompleks ini adalah di Pekan Pengkalan Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kompleks ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang, Keramat Ujung Pasir atau Fort kempas.

Tapak kompleks yang menempatkan peninggalan purba ini telah diiktiraf sebagai Tapak Arkeologi Warisan Kebangsaan. Ia adalah kawasan tamadun lama yang dianggarkan berusia lebih 600 tahun.

Ada papan maklumat di kompleks ini. Let's have a closer look. 

Ada makam seorang syeikh yang dianggap wali dan batu-batu megalith.

Di sekitar Kuala Pilah direkodkan ada 3,500 batu-batu megalith yang berusia antara 200 hingga lebih 3,000 tahun. Jadi batu-batu megalith ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan perlulah 'diselamatkan' dari terus terbiar dan rosak. Oleh itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah memindahkan sebahagian dari peninggalan arkeologi bersejarah itu ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas ini supaya ia dapat dijaga dengan lebih baik. 

Di tapak ini ada sebuah perigi yang mungkin satu ketika dahulu digunakan oleh Syeikh Ahmad Majnun dan pengikut-pengikutnya.







Tapak Megalith Pengkalan Kempas telah didaftarkan sebagai 'Warisan Kebangsaan' di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementarian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  

Ada je la orang-orang macam tu! 

Makam Syeikh Ahmad Majnun
Di Kompleks Sejarah Pengkalam Kempas ini juga ada sebuah makam tua serta sebatang nisan batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu kala. Seperti yang tertera pada papan maklumat rasmi di situ ia adalah Makam Syeikh Ahmad Majnun. Dikatakan beliau adalah merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kubur lama ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.

Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Maka ini juga bermakna bahawa tapak sejarah ini dianggarkan bertarikh sekitar abad 14-15 M berdasarkan pentarikhan (relatif) kubur Syeikh Ahmad Majnun itu.

Papan rasmi maklumat di kompleks ini juga mengatakan yang Syeikh Ahmad Majnun dianggap oleh pengikut-pengikutnya sahaja sebagai seorang Wali. Sumber lain mengatakan beliau adalah pendakwah terkenal zaman Kesultanan Melayu Melaka yang bertaraf wali. 

Di papan maklumat rasmi juga cuma mengatakan yang Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia semasa dalam satu perjalanan dan dimakamkan di tapak sejarah ini. Tapi sumber-sumber lain mengatakan seperti di bawah:
1- Dikatakan Syeikh Ahmad Majnun dibunuh ketika pertembungan dengan Bendahara Tun Perak dan bala tentera yang diutuskan oleh Sultan Mansur Shah, pemerintah Melaka pada zaman itu. Ia adalah kerana berpunca daripada perbezaan mazhab yang dianuti pemerintah dan masyarakat pada masa itu (iaitu Mazhab Syafie) dengan mazhab yang dianuti Syeikh Ahmad Majnun dan pengikut-pengikutnya.
2- Syeikh Ahmad Majnun terbunuh dalam pertempuran menentang tentera Sultan Mansor Shah (1457-1477) pada tahun 1467. Tiada pula dinyatakan sebab pertempuran itu.

Berikut adalah penerangan tentang makam ini:
Sumber: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Keliling makam itu diikat dengan ketul-ketul batu empat segi berturap simen setebal dua kaki. Bahagian tengahnya tidak berturap dan ditumbuhi busut kecil.

Di kiri-kanannya terdapat dua binaan tembok batu empat segi yang digunakan sebagai meja tempat meletakkan surat-surat dan kitab-kitab. Pada bahagian kepala makam itu, terletak satu tempat bara membakar kemenyan. Di sini juga terletak sebatang tiang batu empatsegi. Tiang batu ini tingginya tiga kaki sebelas inci.

Sumber: Jabatan Warisan Negara.
Terdapat juga makam yang dikenali dengan Syeikh Ahmad Majnun. Hiasan pada batu tegak berunsur binatang kuda, ular, ikan, kala, merak, Allah dan suluran bunga melambangkan unsur prasejarah, klasik dan Islam. Berperanan sebagai tempat perbincangan masyarakat dan menjatuhkan hukuman berhubung dengan status adat.

Menurut satu sumber lagi, penjaga tempat ini mengatakan ada beberapa orang yang berkunjung ke makam ini yang mengatakan bahawa mereka adalah keturunan daripada Syeikh Ahmad Majnun. Adakalanya ada bunga rampai dan bunga-bungaan diletak di atas makam ini.


Apa pula kisah tiang berlubang ini? Dikatakan satu ketika dahulu ia digunakan untuk membuktikan jika seseorang itu berbohong atau tidak. Contohnya, seorang yang dituduh dimasukkan tangannya ke dalam lubang itu, dan disoal siasat. Jika yang dituduh itu berbohong, lubang itu akan 'mencengkam' tangan dan menyebabkan kesakitan. Kiranya macam a magically gruesome medieval lie detector apparatus that immediately punishes.
Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Terdapat batu pasir 4 persegi dengan ketinggian 1 meter diukir dengan tulisan Arab dan (Jawi Lama?). Terdapat lubang yang tidak dapat dipastikan fungsinya.


General info tentang batu megalith.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi. 
Di Malaysia sendiri, kebudayaan megalit dijumpai di Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak. Ia turut dijumpai di Sabah dan Sarawak. 

Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan megalit juga agak terbatas.

Di Negeri Sembilan khususnya di Lembah Terachi terdapat lebih daripada 300 tapak megalitik yang dikesan semasa survei dilakukan pada tahun 1990 (Muhamad Mahfuz 1997). Kebanyakan tapak megalitik yang ditemui terdapat dalam tanah adat milik masyarakat Minangkabau yang mana terkenal dengan adat.

Para penyelidik membahagikan megalit kepada tiga lokasi mengikut kedudukan di mana ianya ditanam di tepi-tepi sawah, ditanam di lereng-lereng bukit dan ditanam di tanah-tanah lapang. Tapak megalitik yang ditemui di tepi-tepi sawah adalah merupakan tanah adat milik warisan turun temurun malah setiap pemilik tanah mempunyai satu tapak megalitik yang ditanam oleh mereka.

Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Budaya megalith penanaman batu secara berpasang-pasang dipercayai dibawa oleh orang-orang Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu melalui 3 muara sungai dan membina penempatan. Kawasan penempatan megalith merupakan kawasan yang mendukung Adat.

Batu megalith di Negeri Sembilan dan Melaka dipercayai wujud sezaman, zaman islam di Melaka. Meskipun tiada pentarikhan secara saintifik.

Terdapat 3 jenis batu Megalith yang ditemui di Malaysia iaitu.
1. “Kubur Kepingan Batu” yang ditemui di lembah Bernam dan Sungkai Perak. Tidak ditemui Sebarang rangka di dalamnya. Hanya terdapat pecahan porselin.
2. “Menhir” iaitu jenis Megalith berdiri tegak yang terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan.
3. Dolmen - Sejenis batu berbentuk seakan meja batu yang terdapat di Sarawak.

Pemusatan batu-batu megalith. 
Jadi kenapa batu-batu megalith dipindahkan dan dikumpulkan tapak Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas ini? Kerana nilai sejarahnya yang tinggi maka ia perlulah dilindungi dari kerosakan terdedah pada cuaca. Moreover, lokasi batu-batu ini berselerak di banyak tempat jadi sudah untuk dijaga. 

Sebab lain saya rasa specifically batu-batu megalith ini dipilih untuk diletakkan di sini adalah kerana batu-batu megalith ini adalah unik. Unik kerana ianya adalah satu-satunya megalit yang diukir dan dipahat, in this case, dengan bentuk binatang, matahari/bulan dan terdapat perkataan Arab iaitu “Allah”.  Megalitik di tempat lain tiada mempunyai sebarang motif.

Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Isu berkaitan dengan pemusatan tapak megalitik di Negeri Sembilan menimbulkan pelbagai konflik dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Berkaitan dengan pemindahan batu megalit di sekitar Negeri Sembilan ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Port Dickson menjadi isu perdebatan masyarakat. Walaupun pemindahan ini dilakukan bagi memelihara batu berkenaan yang mana mempunyai nilai sejarah yang tinggi, namun ianya menjadi isu sensitif kerana masyarakat mempercayai bahawa tapak megalitik merupakan kubur nenek moyang mereka jadi tidak hairan jika ramai yang tidak bersetuju dengan pemindahan batu megalitik tersebut ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Port Dickson.

Tentang batu megalith.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Morfologi megalit yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan adalah unik kerana ianya mempunyai megalitik berbentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Kesemua imej ini asasnya dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungkait dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Hal ini kerana megalit yang terdapat di Pengkalan Kempas adalah satu-satunya megalit yang diukir dan dipahat dengan bentuk binatang, matahari/bulan dan terdapat perkataan Arab iaitu “Allah” dalam huruf jawi. 

Sumber: Jabatan Warisan Negara.
Hubungan antara Megalitik dan kesenian dapat dilihat berdasarkan kepada peninggalan batu hidup yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. la dapat dibahagi kepada dua aspek utama, iaitu pertama, Megalitik yang mempunyai bentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Kedua, pola hias atau estetika pada batu hidup ini turut dapat dibahagikan kepada dua unsur iaitu, alam dan binatang yang diwakili hidupan langit, air dan daratan. Sementara pahatan binatang pula diwakili oleh burung merak yang sedang mengembangkan sayapnya, kuda, (batu tegak kemudi), ular dan gajah (batu tegak pedang / keris). Hiasan binatang air pula seperti ikan / katak (batu tegak kemudi), hiasan yang bersifat tumbuhan pula adalah suluran bunga (batu tegak kemudi).

Kesemua aspek ini asasnya dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungan dengan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan. Pada waktu yang sama terdapat juga pola hias yang mewakili zaman berlainan berdasarkan kepada ragam keseniannya, sebagai contoh pada batu hidup berbentuk pedang terdapat hiasan yang mewakili zaman Klasik iaitu kala. la dalam pengertian ikonografi berperanan sebagai pengusir dan mengawal daripada gangguan kuasa jahat. Pada bahagian atasnya pula mempunyai kalimah Allah yang jelas menunjukkan penerimaan Islam telah dikenali oleh masyarakat semasa pembuatannya dengan tidak melepaskan unsur-unsur sebelumnya. Justeru, keberadaan batu hidup, kuburan Syeikh Ahmad Majnun dan batu bersurat menggambarkan peranan tempat ini yang sememangnya sesuai dengan konsep sakral. Terdapat tiga batu tegak yang berbentuk kemudi, sudu dan pedang. Terdapat batu persegi empat di hadapannya sebagai batu duduk.

Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Megalith paling unik di Malaysia terletak di Pengkalan Kempas, Linggi yang menyerupai Pedang, sudu dan kemudi. Di ukir dengan motif bintang, matahari bulan dan ukiran tulisan kalimah Allah.

Kepercayaan masyarakat.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu megalit atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup.  Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian, penyembahan atau semah, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu megalit atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa megalit merupakan kubur-kubur nenek moyang, khususnya masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Hal ini kerana mereka mengaitkan tokoh-tokoh sejarah tempatan dengan penubuhan Negeri Sembilan. Antaranya Dato Patah, Dato Ahmad, Tok Saleh, dan sebagainya (Muhamad Mahfuz 1997). Perubahan budaya, sosial dan ekonomi masyarakat daripada semasa ke semasa turut membuatkan masyarakat menukarkan fungsi batu megalit dengan menggunakan serpih batu sebagai batu nisan serta peralatan harian.

Masyarakat percaya bahawa batu megalit yang berada di kawasan mereka adalah sebagai kubur nenek moyang. Batu megalit ini juga dikenali sebagai “batu hidup” dan dipercayai semakin tinggi dari masa ke semasa. Hal ini kerana masyarakat melihat perubahan saiz batu megalitik yang semakin meninggi dan menganggap batu tersebut hidup dan semakin meninggi. Selain itu, tapak megalitik juga dianggap sebagai keramat dan suatu ketika dahulu masyarakat setempat telah membuat ritual pada batu megalitik dengan membakar kemenyan serta membaca jampi. Namun begitu, masyarakat percaya bahawa tapak megalitik merupakan tanah kubur nenek moyang. Hal ini kerana amalan menandakan kubur bagi orang yang telah meninggal dunia dengan batu adalah amalan biasa dalam kalangan masyarakat kampung. 

Megalith dan Kepercayaan Masyarakat Tempatan.
1. Dianggap sebagai kubur nenek moyang.
2. Dikenali sebagai “Batu Hidup” dipercayai semakin tinggi dari masa ke semasa.
3. Setiap tapak megalith mempunyai nama. Contoh:
Datuk Tua, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Serban Kuning, Datuk Mata, Fatimah Bunga Tanjung dan sebagainya.
4. Dianggap sebagai Keramat, pada waktu tertentu masyarakat lama membakar kemenyan dan membaca jampi di pangkal batu yang besar.
5. Tidak boleh melakukan sesuatu yang melanggar pantang larang keatas Batu Hidup nanti akan di timpa musibah.
6. Adanya keyakinan membesarnya batu menguatkan lagi kepercayaan kepada perkara luar biasa. Adakalanya mereka datang ke batu tersebut untuk membayar nazar, meminta keselamatan dalam perjalanan dan membuka tanah. 

Upacara Mendoa Benih.
Upacara mendoa benih sering kali dilakukan oleh masyarakat dahulu. Upacara ini dilakukan pada setiap kali musim menanam padi. 

Benih akan diletakkan dikeliling ‘ibu batu’ dan upacara tahlil dan doa selamat dan solat sunat dilakukan dikawasan tersebut.

Benih yang telah didoakan akan disemai. Semasa proses semaian dilakukan terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi antaranya seseorang tidak dibenarkan menghalau ayam atau binatang lain yang memakan benih tersebut untuk tempoh 2 minggu. Selepas dari tempoh itu benih akan diubah ke petak sawah.


Di kawasan kompleks ini juga ada Galeri Megalith Negeri Sembilan. I was excited to find out more about the megalith. Unfortunately, galeri ini tutup masa tu. Jadi saya carilah maklumat di internet, seperti yang kongsikan di atas tu.

Jadi kenapa mesti kumpulkan dan dilindungi batu-batu megalith ini? Selain supaya terpelihara dari kerosakan, usaha melindunginya adalah salah satu cara untuk mengekalkan peninggalan warisan-warisan negara, yang mana-mana masih lagi ada sebelum musnah tidak dijaga. 

Seperti tinggalan sejarah lain, batu-batu megalith ini juga adalah rekod purba tanahair yang penting yang perlu dikaji. Dan bila dah dikumpulkan di satu tempat, maka selain memudahkan batu-batu megalith ini dijaga, ia juga mudah dilawati oleh rakyat dalam usaha memperkenalkan sejarah ini. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, December 25, 2019

MELAKA - PERIGI HANG LI PO

Ok so a quick recap. Jalan-jalan Port Dickson dan Melaka saya kali ini dimulakan dengan exploring the Thistle Hotel beach front and its golf course. Lepas tu saya nak Grab Car ke Hang Tuah Center di Kampung Duyong, Melaka dan juga Perigi Hang Tuah. Semuanya dah pun saya blogkan in previous entries. 

Next saya bercadang nak ke Perigi Hang Li Po pula. And as it turned out saya juga telah berpeluang membuat an unexpected and unplanned visit ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas / Keramat Sungai Udang. 

Ok now saya sambung cerita. Lepas spent time hampir 4 jam in total di Hang Tuah Center dan Perigi Hang Tuah, saya dan En. Zarir (pemandu Grab Car yang bersetuju bawa saya jalan-jalan pada hari itu) pun tentulah sudah kelaparan. Terus kami bertolak ke Bandar Melaka for lunch. Saya kata pada En. Zarir saya nak makan lauk ikan pari asam pedas. Saya kalau ke Melaka mesti nak at least sekali meal makan masakan asam pedas... hehe. 

Ke Pusat Bandaraya. 

Tiba di Pusat Bandaraya Melaka.



Di jalan Laksamana. 

Passed by Dataran Belanda. Dari kiri: Balai Senilukis Melaka, Christ Church Melaka dan Bangunan Stadthuys. 

Muzium berbentuk kapal, Muzium Samudera. One of my favorite museum. 


Menara Taming Sari. Kalau anda ke Melaka, buat la plan naik menara ni. Dan kalau boleh, rancang untuk naik masa sunset. Seriously cantik!



Wall art by Kenji Chai. 

Saya memang la suka murals seperti ni dan bila dilukis pula oleh street artist seperti Kenji Chai, lagi la saya suka. His art works had been described as 'often playful and gently humorous, and often somewhat sardonic and rebellious'. Exactly like this art! 😁

Ini adalah foto mural yang saya ambil di Jalan Raja Chulan, KL karya Kenji Chai dan rakannya Cloak bertajuk 'The Village and the City', salah satu dari art works dalam program Petronas #tanahairku Street Art Exhibition.




Then perjalanan kami disekat oleh Polis. Ada kenderaan tentera sedang lalu. Mereka baru selesai raptai Hari Kebangsaan 2019. 




Since saya tak familiar dengan Bandar Melaka ni, saya pun minta la En. Zarir ke mana-mana restoran yang ada lauk ikan pari asam pedas. Lepas round a couple of times looking for a particular restaurant yang En. Zarir kata sedap makanannya, we found out ia tutup pulak. So saya ajak makan di restoran 'Asam Pedas Lauk Kampung' ni saja yang lokasinya di Jalan Merdeka, opposite Menara Taming Sari. 

Saya kalau makan asam pedas, saya prefer the whole meal to be as 'basic' as possible. I mean tidak 'diserabut' dengan macam-macam lauk lain. Just the asam pedas and sayur, in this case sayur peria.

Bila dah 'basic' macam ni baru la terasa sungguh sedap. Alhamdulillah.

Dia punya sedap pedas sampai berpeluh kepala. Bukan saja dahi berpeluh, tapi kepala saya sekali.. hehehehe.. 

Lepas lunch kami relaks sekejap di restoran dan bersembang sebelum ke destinasi lawatan seterusnya. 


Menuju ke Kampung Bukit China.

Dari Jalan Munshi Abdullah, En. Zarir pun membelok masuk ke Jalan Puteri Hang Li Poh dan park kereta di depan kedai-kedai across the road from Sam Po Keng Temple. Kami pun terus ke Perigi Hang Li Po. 

Inilah Perigi Hang Li Po. Perigi ini ditutup rapat dengan penutup pagar.

Dikatakan perigi ini adalah salah satu tempat wajib lawat bagi pelancong dari China kerana selain dikatakan ada 'tuah', perigi ini juga ada hubungan sejarah antara China dan Melaka dan Hang Li Po mempunyai susur galur dari negara tersebut.

Maklumat yang ada pada perigi ini. 
"... sesiapa meminum air dari perigi ini mereka akan balik samula ke Melaka'. 
Tapi ada pula yang kata siapa yang melontar duit syiling ke dalam perigi ini dia akan kembali ke Melaka pada masa depan.

Fascinating.

Ada lagi 2 papan maklumat di enclosure ini. Saya ni memang la suka sangat bila nampak info boards macam ni.. hehe. 

Sama sahaja maklumatnya.

Since itu je maklumat yang ada di perigi ini maka saya pun cari-cari la juga di internet. 
"Semasa Puteri Hang Li Po datang ke Melaka, beliau telah membawa 500 dayang bersamanya. Oleh itu, Sultan menghadiahkan Bukit Cina kepada sang puteri dan berjanji tanah itu akan menjadi hak milik kekal mereka. Kini, Bukit Cina masih hak milik komuniti Cina, tetapi telah menjadi kawasan perkuburan mereka. Kawasan perkuburan itu dianggap ‘auspicious’ dan kawasan perkuburan terbesar selain di negara China."
Sumber: melakakini.my

Jadi dari manakah datangnya cerita di atas? Ianya dari sebuah buku sastera Melayu klasik iaitu 'Sejarah Melayu', karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17. Sebagai perdana menteri Empayar Johor pada abad ke-17, Tun Seri Lanang, penulis karya tersebut, telah mengumpul banyak peristiwa sepanjang perjalanan sejarah Melayu, khasnya peristiwa yang berlaku di istana masa itu. Penulisannya bukan sahaja sangat penting, tetapi juga sangat menarik. Namun, sebahagian penulisannya berdasarkan legenda atau fiksi. 

Tentang 'Sejarah Melayu'.

Inilah yang ditulis oleh Tun Seri Lanang tentang Puteri Hang Li Po:

Hatta maka musim akan pulang pun datanglah. Telah berapa hari antaranya, maka Tun Perpatih Putih (utusan Melaka-pengutip) pun bermohonlah hendak kembali. 

Maka Raja China pun fikir di dalam hatinya, “Baik Raja Melaka aku ambil akan menantuku, supaya ia berkirim sembah kepadaku”.
Maka titah Raja China pada Tun Perpatih Putih: “Suruhlah anakku Raja Melaka menghadap aku kemari, supaya aku dudukkan dengan anakku puteri Hang Li Po”.

Maka sembah Tun Perpatih Putih: “Tuanku, akan paduka Ananda Raja Melaka, tiada dapat meninggalkan negeri Melaka, kerana negeri Melaka permusuhan; jikalau Tuanku hendak menganugerahkan paduka Ananda itu, marilah patik bawa. Insya Allah taala selamat sampai ke Melaka”.

Maka Raja China pun memberi titah pada Li Po, menyuruh berlengkap akan menghantarkan Ananda baginda ke Melaka, seratus buah pilu, seorang menteri yang besar akan panglimanya, Di Po namanya. Setelah sudah lengkap, maka dipilih oleh Raja China anak para menteri yang baik-baik parasnya, lima ratus banyaknya diberikan baginda akan dayang-dayang Ananda baginda. Telah itu maka Tuan Puteri Hang Li Po dan surat itupun diarak orang ke perahu; maka Tun Perpatih Putih dengan Di Po belayarlah ke Melaka membawa tuan puteri anak Raja China itu.

Ada berapa hari lamanya di jalan maka sampailah ke Melaka; maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Mansor Syah mengatakan Tun Perpatih Putih datang membawa puteri China. Maka baginda pun terlalu sukacita menengarnya. Maka baginda berangkat sendiri mengalu-alukan had Pulau Sebat. 

Setelah bertemu, maka dengan seribu kebesaran dan kemuliaan dibawa baginda masuk, lalu ke dalam istana. Maka Sultan Mansor Syah pun hairanlah melihat paras tuan puteri anak Raja China itu. Maka disambut baginda puteri Hang Li Po itu, disuruh masukkan Islam. 


Telah sudah Islam, maka Sultan Mansor Syah pun kahwin dengan puteri Hang Li Po itu, beranak seorang anak laki-laki, dinamai baginda Paduka Mimat; ia beranakkan Paduka Seri China, ayah Paduka Ahmad, ayah Paduka Isap. Maka segala anak menteri China yang lima ratus disuruh baginda Islamkan, disuruh diam di Bukit China (i.e. Bukit Cina—pengutip). 

Maka sampai sekarang bukit itu disebut orang Bukit China. Ialah yang menggali perigi di Bukit China itu, dan anak cucu orang itulah dinamai biduanda China. Maka Sultan Mansor Syah pun memberi persalin akan Di Po dan segala menteri China yang membawa anak Raja China itu.
(Sejarah Melayu)


Perigi Hang Li Po telah didaftarkan sebagai 'WARISAN' di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 

Susah nak dapatkan pandangan jelas bahagian dalam perigi ini kerana ada penutup berpagar. Nowadays, air perigi ini adalah tidak bersih dan for some people dah jadi a wishing well.

Bagaimana pula kisah pengakhiran Sang Puteri dari China itu? Kalau according to sebuah pementasan drama yang pernah diadakan di Malaysia tentang kisah Puteri Hang Li Po pada 1991-1992 yang bertajuk 'Tarian Hang Li Po', beginilah akhir kisah Sang Puteri.
"Dalam babak IV ditunjukkan Putera Samura yang telah lama mengidamkan kekayaan Melaka itu sudah didesak nafsunya untuk merebut Puteri Hang Li Po, maka menyerang Melaka dengan bala tenteranya."

"Setelah masuk ke istana, dia cuba melarikan Puteri dengan kekerasan. Pada ketika itulah juga Sultan tiba dan mereka berlawan. Dalam perlawanan itu Putera Samura jatuh akibat ditikam Sultan. Sultan fikir musuhnya itu sudah terkorban. Tetapi, dia terbangun dan hendak menikam Sultan. Dalam saat genting itulah Puteri Hang Li Po menyelamatkan Sultan dengan menghadang dadanya sehingga tertikam oleh Putera Samura. Akhirnya, Putera Samura dibunuh oleh Sultan. Walau bagaimanapun, Puteri Hang Li Po sudah terkorban demi menyelamatkan Sultan yang dicintainya."


Ada satu lagi enclosure. Mungkin ini adalah tembok dengan lubang-lubang meriam yang dibina Belanda seperti yang tercatat pada papan maklumat tadi. 

Lokasi Perigi Hang Li Po adalah bersebelahan dengan Sam Po Keng Temple. Ada ramai peniaga makanan dan buah-buahan di depan dan tepi kuil ini.

Main entrance ke Sam Po Keng Temple. Ada seorang uncle di situ suruh kami masuk ke kuil ini kerana di dalam ada satu lagi perigi bersejarah. Baiknya uncle tu. 

Kami berdua pun masuk.

Suasana di dalam Sam Po Keng Temple.

We passed through the main prayer hall dan masuk ke bahagian belakang kuil ini. Ada beberapa papan maklumat di sini. Let's have a closer look.

Penerangan tentang satu lagi perigi yang dimaksud oleh uncle di depan kuil ini tadi.

Inilah periginya, yang dikatakan digali oleh tentera Admiral Cheng Ho. Namanya Perigi Sam Poh atau Sam Poh Well.




Lokasi Perigi Hang Li Po dan Sam Po Keng Temple ini adalah berdekatan Bukit China. Di atas bukit ini ada Ming Period Chinese Tombs. Saya tak naik ke bukit itu sebab kesuntukkan masa dan kerana tak larat nak panjat bukit tu. Jadi bagus la ada maklumat begini sebagai ganti. 
Tombstone ini dibuat pada tahun 1614, which means ia sudah berusia lebih dari 400 tahun.

Malacca Warrior Monument. 

About Cheng Hoon Teng Temple. It is the oldest Chinese temple in Malaysia, built in 1673, which is 346 years ago.




About Admiral Cheng Ho. Dikatakan 'Sam Poh' adalah nama lain bagi Admiral Cheng Ho. 














Ok, jom ke tempat lain pulak.

Kami melalui gerai-gerai buah-buahan di tepi Sam Po Keng Temple ini untuk ke kereta. Then saya terperasan yang salah seorang peniaga di situ mempunyai tattoo yang begitu banyak di badan tangan dia. Langsung saya beritahu pada En. Zarir. Jokingly saya kata la how cool it would be kalau saya dapat ambil gambar tattoo lelaki tu. Saya cakap tu secara joking je. Terus En. Zarir kata dia boleh tanyakan. Huha.. cemas saya sekejap.. hehe. Cemas tapi memang nak ambil gambar, so I said ok... hehe. 

And as it turned out, lelaki ini sangat friendly. Mula-mula memang la dia hairan sebab dia kata sebelum ini tak pernah lagi ada orang request pada dia nak tengok dan ambil gambar tattoo dia. 

Sambil ambil gambar tu saya pun tanya la a few questions like tak sakit ke masa buat tattoos tu, sejak bila ada tattoo ni, apa kata bini dia etc. Yang part bini tu, dia kata itu saya kena tanya bini dia sendiri... hehe. 

Sampai tattoo di kaki dia pun dia tunjuk. And of course before leaving I thanked him la for his willingness to entertain us. Orang Melaka memang best. Peramah!

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.