Showing posts with label fishermen jetty. Show all posts
Showing posts with label fishermen jetty. Show all posts

Friday, December 19, 2014

KAMPUNG GELIGA, KEMAMAN

Lepas Jeti nelayan di Kampung Kuala Kemaman, saya tanya Pak Harun ada ke kampung nelayan yg berdekatan. Ada kata Pak Harun tapi untuk ke sana kami akan bergerak ke arah berlawanan dari ke Kerteh. Betul tadinya saya ada kata tempat2 yg nak saya lawat cuma whatever yg ada between Chukai dan Kerteh memandangkan that I did not have that much time to explore otherwise.

Saya tanya jauh ke Pak Harun kampung nelayan tu? Dia kata ada dalam 20 minit. Haaaa.... tak le jauh sangat kan. 'Jom ke sana', saya ajak Pak Harun. Pak Harun ok je :).


Sampai di Kampung Geliga Pak Harun bawak terus ke tepi sungai di mana ada jeti dan bot2 nelayan. Kami bertemu dgn pak cik ni yg sedang enak tidur :).

Suka saya tempat ni. Begitu 'authentic' :). Hati2 sungguh saya jalan atas jeti kayu tu!


Saya juga sgt suka pemandangan macam ni. Syukur Alhamdulillah. Inilah view yg saya cita2kan masa nak ke sini :).





Langit cantik sungguh. Belah2 sini memang langit selalu cantik macam ni ke? 

Saya mula berharap ada la hendaknya beberapa orang nelayan. Setting suasana dah marvelous. If only got a few fishermen ke kan :) Tak der pun tak per sebenarnya. Ni pun dah syukur sgt dah :)






Then saya terperasan pak cik ni. Terus pasang lensa dan zoom ketat2 :)

Then saya ternampak pulak mereka ni. Saya terus tanya Pak Harun boleh ke kita ke belah sana tu? Dia kata boleh :)


Sebelum ke jeti sebelah, saya ambik dulu shots dari jeti yg ni cukup2...hihi.



Kalau lah ada majlis kawin masa tu kat situ! Mahu saya crash wedding tu...hahaha...


Ni entrance ke jeti yg sebelah tu.

An abandoned fishermen boat.

Seperti tadinya Pak Harun yg berteguran dulu and added in that he's a tour guide for the day...hihi. Saya juga beri salam dan bersalaman and made small talks dengan pak cik2 dan abang2 ni. It seemed Pak Harun kenal mereka. Pak Harun memang ada cerita dalam teksi tadi yg dia pernah duduk di kampung ni dulu. 

Pak cik ni tengah ikat jaring ni untuk tangkap ketam. 

Nama dia Pak Awang yang dah 30 tahun mencari rezeki sebagai seorang nelayan.

Laju betul pergerakan tangan Pak Awang mengikat. Habis hampir semua foto2 saya blur2...haha...

Abang ni bila saya hala kamera kat dia, terus dia pose cam ni. Cool! :)

Suasana di jeti.




Masa kami nak beredar tu saya perasan pokok asam jawa ni. Btw, ni la Pak Harun :) Dia petik a few untuk bawak balik. 

One last shot lah before we left :)

Ni teksi Pak Harun :)

'Tiada Halangan, Hanya Peluang'
Bersambung....

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Tuesday, April 8, 2014

KUCHING SARAWAK - SAMPAN RIDE - PART 03

I think it is only fitting for my friend yg tak pernah ke Kuching/Sarawak to experience as much as possible, within our means of course. So aku pun ke tour office kat hotel tu. I was so surprised when told the fee per head. Nak ke 2 places of interest [tengok orangutan & buaya] plus driver/van, sorang diaorg charge RM170.00!!! Maknanya kalau kami bertiga kena bayar RM510.00!!! Driver cuma drive saje bukan berperanan sebagai tour guide! Not included lunch! Ridic!! Kalau nak ke Cultural Village, tu dia, sampai lebih RM1k totalnya!

Still I wanted my friend to go home with some nice experience. Also bila kawan dah mintak tolong kita mesti do our best, betul tak? So aku fikir mesti ader tour operator kat luar yg can offer better package. 

So to start off we decided to take the sampan ride. Nak special sikit aku rent satu sampan just for the 3 of us. Also senang le aku nak ke sana sini ambik gambar dari dlm sampan tu.. hihi.. Sampan pulak yg style kampung i.e yg dok bersila... hihi. Tapi ader cushion le :). 

Nice slow ride of the kampung style sampan. Sambil bersila aku jengok luar sampan and took photos. Such a simple wonderful experience. I had such a nice time, masa tu aku rasa tak penting apa yg aku dpt shoot... hihi.. 

Yg best pemandu sampan kami En. Othman sgt peramah dan ceria orgnya. Macam2 dia bercerita. Sgt menarik dan informative. Antaranya dia cerita dia pernah appear sebagai driver sampan dalam filem lakunan Aaron Aziz dan seorg pelakun wanita terkenal dalam sampan dia. Dia kata nak shooting a short scene sampai berjam2. Sampan dah le kecik, besides the 2 actors, ader director, cameraman dan make up artist. Sesak tapi seronok kata En. Othman...hihi....

Satu lagi informasi penting dan sgt menarik yg diberitahu oleh En. Othman ialah akan ader kumpulan dari kampung2 berdekatan yg akan berlatih dragon boat mereka for the next coming tourment. Dia kata latihan tu selalunya ader 2 kumpulan dan bermula jam 6 petang. Wahh... aku terus jadi sgt teruja! Kawan aku yg 2 org tu sengih je tgk aku excited.. hahaha. Diorag kata masa aku shooting latihan tu petang nanti, diaorg nak gi rayau bandar Kuching. Aku ok je. Ye lah kan, aku dah promise nak bawak diaorg jalan, aleh2 aku sibuk dgn fotografi aku pulak. So aku tak le rasa guilty sgt if they have their own plan...hhihi...
Ni foto2 budak2 sekolah tgh berlatih berkayak....

Orang Sarawak memang best. Very friendly. Aku pun lambai balik, of course :)

Kalau perhati betul2 memang banyak yg menarik yg boleh di shoot :)
Tgh sembang2, tetiba En. Othman bertanya kalau kami dah ader plan touring to places of interest. Aku kata plan memang ader tapi bila tanya tour office kat hotel harga mahal sgt. Bila aku bagi tau harga tu, En. Othman terkejut sangat. Dgn humble dia tanya kalau kami berminat, dia boleh arrange satu tour package dgn harga berpatutan. Kata kami tentu la kami berminat...hihi. En. Othman kata dia sendiri boleh bawak kami berjalan dgn kereta dia ke 5 tempat, bawak ke tempat lunch yg sedap, leh rilek2 tak payah terkejar nak ikut schedule, boleh lama di satu tempat atau cepat kat tempat yg lain, dia siap jadi tour guide sekali which to us is ok sgt sebab masa bersampan tu pun kami dah ader good rapport dgn dia. Dan yg paling best semua sekali - 5 places, driver fee, minyak kereta, tour guide dan pick up from/to hotel - semua cost cuma RM280.00 untuk kami bertiga!!! Maknanya cuma RM94.00 sahaja per person!!! . 
Syukur Alhamdulillah. Aku kata kat kawan aku, 'Ni dah memang rezeki kau, bro' :).


Ni di jeti nelayan yg aku dah shoot dari darat. Ni shoot dari sampan pulak.

Very friendly right? :)

A beautiful scenery :)

kuching, kuching water front, sarawak, sampan ride, syed amran images, canon eos 7d, tamron 18-270mm, fishermen jetty, 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Sunday, April 6, 2014

KUCHING SARAWAK - PART 01

So I was yet on another vacation...hihi.

After Siem Reap [07/02/2014] and Penang [01/03/2014], aku ke Kuching pulak [10/03/2014]. Pas tu ke Jepun [26/03/2014] but the Japan entries will have to come a little bit later. Kena buat entry ke Kuching dulu.. :)

Syukur Alhamdulillah....

Ok, Kuching ni sebenarnya aku dah ke sana beberapa kali sebelum ni. Since my friend tak pernah ke sana, dia minta aku arrangekan a short trip ke Kuching. Kami pergi bertiga. Mula2 aku suruh my travel agent to make the arrangements tapi quotations sgtlah mahal. RM1.3k+ per person! Akhirnya atas cadangan isteri tersayang, aku buat sendiri. Beli tiket Malindo and reserve hotel rooms kat Grand Margherita [both recommended by my wife since dia sering ke Kuching atas sebab kerja]. End up costs per person was lower by almost 40% compared to the one travel agent aku bagi.

The Otw-arrival-short walk entries :)


Malindo Air - harga tiket yg affordable, on time, selesa with spacious leg room. 
Alhamdulillah, the flight was smooth.

Kami menginap di hotel Grand Margherita, Kuching located betul2 kat Kuching Waterfront. These are the views from my hotel room. Terfikir sejenak... kalau la masa tu  Sarawak Regatta.. wooo.... Cuaca memang sgt baik tengahari tu. Letak je bag, aku terus turun to take a few shots.  

Kat tepi hotel overlooking the river ader tempat lepak. Nice!

Dari jauh ternampak jeti nelayan.... Yay!
Aku terus jalan ke sana. About 100 meter. 




All in all, it was a really good start. Mula2 masa nak ke Kuching ni aku feel a bit reluctant cause dah a few times ke sana. Tapi kawan dah nak ke sana sebab dia tak pernah sampai Sarawak, aku ikut je la.
One thing I learn, tak kisah dah pegi ke belum, just enjoy yourself cause each trip will give different experiences :).
Contohnya, jeti nelayan ni. Aku tak tau pun ader jeti within walking distance dari Kuching Waterfront tu. Banyak lagi contoh2 lain yg aku akan share in the next entries :)

kuching, sarawak, syed amran images, canon eos 7d, tamron 18-270mm, fishermen jetty,

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.