Showing posts with label cherating. Show all posts
Showing posts with label cherating. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS

Pada pukul 7:12 malam kami pun bergerak dari Pantai Batu Hitam menuju ke Cherating untuk bermalam di sana.



Sebelum gi jalan-jalan ni saya dah buat online room reservation di Cherating di Payung Guesthouse and Chalets. Macam mana saya tahu pasal chalets ni? Kawan kepada kawan saya si Johan tu yang beritahu. Ada saya minta Johan tolong tanyakan kawan-kawan dia yang mana-mana orang Pahang ask kalau ada hotels/chalets yang rate semalam bawah RM100.00. Then one of his friend suggested a few places dan saya finally decided to go with Payung Guesthouse and Chalets.



Kenapa saya pilih Payung Guesthouse and Chalets ni? 

Rumah kayu!!! :D
Dan rate semalam hanya RM80.00 sahaja untuk yang ada air-con :)
Silalah ke sini dan check out website chalet ni.


Kami sampai ke Payung Guesthouse and Chalets ni pada lebih kurang pukul 8:00 malam. Kami disambut oleh Jaanos [Yanos]. Dia ni dari Estonia dan bekerja shift malam di chalets ni. Actually dia ni backpackers yang bekerja di chalets ni to support his travellings expenses. Jaanos beri kami serba sedikit penerangan tentang chalets tu dan areas surrounding the chalets like di mana restoran yang sedap dan murah nak makan, di mana ada kedai runcit, boleh sewa basikal kalau nak, juga boleh kami dihantar kalau nak ke airport atau ke stesyen bas atau teksi, juga kalau kami nak buat apa2 aktiviti2 yg boleh di arrange by the chalets. Lepas tu saya pun diminta mendaftar dalam guests book. Kami diberi chalet no. 4. 



Tengah letih-letih tu tetap jugak keluarkan kamera dari beg dan shoot.. hehehe... 



Simple je guesthouse ni. 



Ni information centernya. 



Banyak juga activiti2 yang boleh di organize by Payung Guesthouse for its customers. 



Nak river cruise, fishing trip, kayaking, batik painting semua tu ada :).




Ni bahagian depan nak masuk ke area chalets. 



Ni pula area lobby guest house ni. Open air je. Ada sofa, coffee table, TV, sinky dan cabinet kecil tempat letak cawan, gelas, mugs dan pingan mangkuk with sudu garpu. Also got cerek letrik dan tea/coffee. So kalau malam2 nak melepak2 di sofa ni sambil tengok TV boleh la buat kopi atau tea :). 



Dan ini pulak ialah the Guest House Reception. Macam rumah kampung je.. hehe... so nice. Tak sabar rasanya nak tunggu siang to see the guesthouse area ni!



Berjalan masuk ke laman Payung Guesthouse and Chalets. So nice. Sunyi dan nyaman sekali. 



Di bahagian belakang area chalet ni ada sungai Cherating. Ada spotlight yang sengaja dipasang supaya guests boleh relak2 tepi sungai dan menikmati keindahan malam di tepi sungai Cherating tu. 



Ni kunci chalet kami. By the way, chalets di sini adalah rumah-rumah style kampung siap tangga naik dan anjung. Macam style kampung sungguh lah!! :)



Saya memilih chalet yang ada air-con sebab cuaca agak panas di pantai timur masa tu. Plus kalau berhawa dingin ni kurang la nyamuknya, ye tak :).



Style sini kampung sungguh siap dengan pengalaman tidur digigit nyamuk macam di kampung...hehehe... Jangan risau sebab ada kelambu! Ubat nyamuk pun ada disediakan. Bukan yang guna letrik tu, tapi yang style berlingkar tu! Hahaha.... 



Haaa... gini le biliknya. Saya rasa sangat excited masa tu.. hehehe... Simple je, ada katil dengan bantal/selimut, towels, kelambu, meja kecil [actually tu meja TV yg ada roda tu, yg style 90an tu], almari kecil dan tingkap berlangsir biru.  



Ni bilik airnya. Selesa. Cuma tak de air panas. So pengalaman mandi pun macam dulu2 masa saya masih kecil di rumah arwah atuk dan nenek.. hehehe... 





Seronok betul saya ambik gambar dalam bilik ni... hahahaha... Bukan apa, ni la first time merasa bermalam dalam chalets style rumh kampung macam ni.. hehehe..





Ok, lepas mandi dan bersolat kami pegi isi perut. Kami makan malam di Nabil Cafe ni, cuma seberang jalan je dari Payung Guesthouse and Chalet tu. Oh ya, chalets ni tak de tempat parking tapi boleh park je kat tepi jalan. Ada area2 kosong. 




Selesa dan bersih. Masa tu customers tak ramai lagi. 



Ada fresh seafood table. Boleh pilih2 mana nak. 



Menu seafood.



Cam biasa, saya dengan perangai tourist yg typical saya gi ambik gambar2 ikan, sotong dan ketam.. hehehe... 



Everything look so fresh!




Tapi kami tak makan seafood tu. Mahal! Lagi pun ni trip bajet, so makan asal kenyang, minum asal hilang haus. So kami order goreng2 je. Si Johan order nasi goreng entah apa tah, dan saya mee goreng seafood basah. Sedap! 



Letih sangat dah masa tu. Perut pun dah kenyang. Jadi kami balik je terus ke chalets. Kami lepak2 kejap di anjung chalet tu.



Masuk chalet, dalam lebih kurang 15 minit, hujan pun turun. Uwaahhh.... bestnya! Malam tu agak warm juga. So the airconditioning really helped. Pas tu added pulak dengan hujan, memang lena sangat la. 



Tapi sebelum tidur saya gigih transfer foto2 yang diambil siang tadinya ke dalam laptop dan pendrive for safety reasons. Sampai tersenggok-senggok menunggu transfer tu siap.. hahahaha...



At end of each day masa jalan-jalan pantai timur ni sebelum tidur saya akan catat places yang sempat kami lawat. Kena la tulis sebab sure tak ingat bila dah balik nanti.  

Ok, ni summary Day 01:
- Bertolak dari Ampang ke Kuantan
- Pantai Sepat
- Pusat Tenunan Sutera Pahang [tutup]
- Kampung Budaya Pulau Keladi - Galeri Tun Razak
- Masjid Daerah Pekan, Masjid Sultan Ahmad Shah (Baru)
- Kedai Nasi Ayam Hainan Mak Yong
- Kuantan River Cruise dan Hutan Paya Bakau Kuantan 
- Masjid Negeri Sultan Ahmad
- Pantai Teluk Cempedak
- Pantai Beserah
- Pantai Batu Hitam
- Payung Guesthouse and Chalets, Cherating


Bersambung.......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, July 8, 2013

CHERATING TRIP - DAY 02 - PART 04

Lepas check out, sebelum bertolak balik ke KL, sempat ber ATV dulu :).






















































Otw balik tu sempat singgah gerai beli lekor dan sata.









Gitu le ceritanya :).

Saya senaraikan semua links untuk entries jalan-jalan Cherating saya di bawah:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.