Tuesday, February 18, 2025

SOUTH KOREA - DEPARTURE & ARRIVAL

Assalamualaikum.
"Jom la kita ke Korea", begitulah ajakan saya pada isteri yang saya nyatakan every time we were discussing where we're going to for our next vacation. You see, my wife sudah pun pernah pergi ke South Korea back in 2010 and I have not. Second reason, isteri ke Korea Selatan dulu tu pun cuma di Seoul saja. And of course, third reason being, 2010 is like 15 years ago. All these are valid reasons for her to agree to my suggestion... hihi 😄.

And she did agree lah 😄.

So off we went to South Korea for our next vacation in 2024. Yes, this was back in October 2024. Baru sekarang nak blogging... hihi 😅.

Pada mulanya kami nak ikut saja group tour, macam yang selalu kami buat sebab harga pakej group tour adalah within budget. Tapi semua pakej-pakej group yang kami jumpa ada banyak itinerari shopping, not much in capturing, as my wife said, "the essence of South Korea". 

On top of that, kami hendak pergi bukan sahaja ke Seoul tapi teringin juga untuk ke Busan dan Jeju. Dan kami juga teruja nak pergi ke DMZ. Unfortunately kami tak jumpa pakej yang cover those places (Seoul/Busan/Jeju/DMZ). Tapi kenapa sampai nak cover tempat-tempat itu semua? Sebab rasanya ini sekali sajalah kami nak ke Korea Selatan. I think it'll cost more if we were to make a second trip there in future. 

Makanya kami terpaksalah consider buat private package. Nak buat pakej Seoul/Busan/Jeju/DMZ secara private tour juga kami dapati adalah mencabar. Kebanyakkan travel agents yang kami hubungi tidak buat such tour dan cadang kami join their group tour. Ada yang iklan dalam website mereka, tapi bila kami hubungi, mereka kata pakej itu sudah tiada lagi. Heran betul. Ada yang kami hubungi that looked promising, asking us for a lot of information tapi lepas itu senyap saja. Ada pula yang tak tahu pun tentang DMZ. 

Dalam banyak-banyak travel agents yang ditanya, cuma satu yang bersedia melayan kami. Bukan saja mereka membantu kami dalam merealisasikan percutian Korea Selatan kami ini, tetapi juga perlu saya tekankan di sini cara mereka handle requests kami adalah dengan begitu profesional, friendly, very quick responses for all our queries and they also gave us a lot of suggestions and information. 

Travel agent itu adalah Selamatbercuti (Wan Vacation). Sebenarnya ini adalah trip percutian private package ke 4 kami bersama Selamatbercuti. Sebelum ini mereka ada aturkan percutian private tour kami di Manado (Sulawesi, Indonesia), Cebu (Philippines) dan Phuket (Thailand). Trip kami yang terkini ke Morocco, Spain dan Portugal juga sebenarnya diatur oleh Selamatbercuti. Sepatutnya perjalanan itu dibuat secara Group Tour. Tetapi disebabkan kurang sambutan pada tarikh yang dicadangkan, Group Tour tersebut telah dibatalkan. Namun begitu, Selamatbercuti tidak sekadar berlepas tangan dengan memulangkan pembayaran yang telah dibuat. Mereka sebaliknya berusaha mencari dan menguruskan Group Tour lain yang boleh kami ikuti.

Ok cukuplah dengan intro panjang... hihi 😁. Bukan apa, saya rasa perlu juga saya rakamkan di sini cerita dan proses yang terlibat in making this vacation happen, Agar Aku Tidak Lupa 😁. 
Realizing the value of a vacation can help you appreciate the time you have off and the experiences you have while traveling. 

Pukul 5 petang kami bertolak ke airport. Flight pukul 10:50 malam.

Beautiful Kuala Lumpur skyline. 





Selamat tiba ke KLIA2.

Kami ke  KLIA2 sebab kami menggunakan khidmat Air Asia X. Kali terakhir kami naik Air Asia X adalah sewaktu pergi ke New Zealand pada tahun 2019 dulu.

Saja sampai awal supaya tdak terkejar-kejar. Also untuk selesa untuk makan malam, bersolat dan check-in.

Inilah bagasi kami untuk percutian 9D7N Seoul + Jeju + Busan, South Korea. 
🔵2 beg besar bersaiz XL, 2 backpacks, 1 sling bag and 1 handbag.



Singgah mini mart beli roti untuk sarapan masa sampai Incheon. Takut tak sempat breakfast proper sebab as soon as we arrived to Incheon, we need to rush to the train station untuk ke Busan. Boleh la makan dalam keretapi laju KTX tu.


Check flight schedule in case of any changes. 

Flight kami ke Seoul-Incheon, Air Asia X D7 504 masih mengikut jadual.


Ambil Roaming Man device. 

Memang sudah jadi kemestian kami dapatkan pocket wifi rental ini setiap kali bercuti ke luar negara.

Roaming Man provides 4G High-Speed Overseas Travel Wifi Rental for 144 Countries. No Sims required.

Inilah device Roaming Man. Kami diberi free gift (collapsible telescopic bracket) pada hari itu. 

Seterusnya kami makan malam di Food Arcade KLIA2.






Mee Goreng dan Nasi Padprik.



Sunset over KLIA2. 

Next check-in at the Check-in Kiosk.

Memang terkial-kial kami... hihi 😅. Tapi jangan stress kerana sentiasa ada Air Asia ground crew yang sedia membantu.

Next, to the Self Baggage Drop counter.

Ikut saja panduan pada skrin. 


Ke Perlepasan Antarabangsa.

Jauh nak jalan ke gate. Inilah antara sebab kami suka sampai awal ke airport.




Enjoying our walkalator ride . 

Suasana malam di apron KLIA2.

Dekorasi sempena Deepavali. So beautiful. Boleh duduk bergambar di sini.


Dekorasi Deepavali oleh Eraman Malaysia.





Singgah di Food Court Perlepasan Antarabangsa ini untuk duduk dan jaga beg while both of us take turn bersolat di surau berdekatan.




Ke surau.

Surau dalam Perlepasan Antarabangsa.




Lepas solat, sambung jalan santai ke gate sambil ambil gambar. 




Check Pintu Perlepasan.

Pesawat D7 504 akan berlepas dari Pintu P8.

Little Malaysia & Delicacies of Malaysia.

Wah! Got very beautiful murals!


Mural kedai-kedai shoplots lama Malaysia.

Perhaps these murals are of old shophouses that date back to the time Malaya was a British colony. 







Menuju ke Pintu P8.



Pintu P8.



Pesawat Air Asia X yang akan membawa kami terbang ke Seoul.



Selain families, kelihatan juga ramai young ladies yang nak ke Korea.

Cabin crew.

Alhamdulillah tiada flight delay dan pesawat kami berlepas mengikut jadual pada malam itu.

Jom kita boarding.

Melalui aerobridge. 

Melangkah masuk sambil membaca doa.


Suasana di dalam pesawat.


Kami berdua memang ada tempat duduk favourite dalam pesawat, iaitu seats berdua yang lokasinya di ekor pesawat. Selain dapat duduk berdua tanpa ada penumpang ketiga, kami suka seats ini sebab the aisle adalah luas. So awal-awal lagi kami sudah beli seats ini sewaktu membeli tiket. 

🔵Ramai penumpang. Maklumlah, Korea Selatan adalah salah satu destinasi popular di kalangan orang Malaysia. 

🔵Menurut data terkini, kira-kira 300,836 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan pada 2024, menjadikannya destinasi pelancongan yang popular bagi rakyat Malaysia.

🔵Pemegang pasport Malaysia boleh memasuki Korea Selatan untuk tujuan pelancongan tanpa visa rasmi, hanya memerlukan pendaftaran K-ETA (Korean Electronic Travel Authorisation).

🔵Tinjauan menunjukkan keinginan kuat di kalangan rakyat Malaysia untuk melawat Korea Selatan, dengan ramai yang tertarik dengan budaya dan hiburan Korea.

🔵Ramai warga Korea Selatan sendiri yang melawat Malaysia untuk bercuti, dan terdapat kehadiran signifikan ekspatriat dan perniagaan Korea di negara ini. 
🔵Sebaliknya, rakyat Malaysia sering mengagumi budaya pop Korea, termasuk K-pop dan drama Korea, yang meningkatkan lagi minat dan persefahaman bersama.

Pesawat Air Asia X - Airbus A330-300.

Tepat pada pukul 10.50 malam mengikut jadual, pesawat kami Air Asia X D7 504 berlepas meninggalkan KLIA2 menuju ke Incheon International Airport di Seoul, Korea Selatan.

Pemandangan malam luar tingkap pesawat.



Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul-Incheon memakan masa 6 jam 20 minit.

Ada 2 sesi in-flight meals; sebaik sahaja pesawat berlepas dan ketika kira-kira 2 jam sebelum mendarat di Incheon. Penumpang boleh pilih which session that suits themselves. Since kami sudah makan malam, maka kami pilih sajian pada sesi kedua.



Our in-flight meals. I had Prawn and Chicken Wonton Noodles and wife had Cheese Stuffed Omelette.

Beli teh tarik.


Our first look of South Korea.

Land of the Morning Calm.

🔵"Land of the Morning Calm" merujuk kepada Korea Selatan. 
🔵Nama jolokan ini dikaitkan dengan pemandangan semula jadi yang indah di negara ini, sering digambarkan sebagai 'serene and tranquil', terutamanya pada awal pagi.

🔵Nama "Land of the Morning Calm" adalah terjemahan dari "Joseon," nama historical Korea Selatan, yang boleh ditafsirkan sebagai "morning calm".
🔵Pada akhir abad ke-19, orang Barat mencipta frasa "The Land of the Morning Calm" untuk menggambarkan Kerajaan Joseon Korea 1392-1910, menggambarkannya sebagai masyarakat yang tenang.

🔵Selain "Land of the Morning Calm", Korea Selatan juga sering dirujuk sebagai "Eastern Country" (Dongbang), "Land of Hibiscus" (Geunyeok), "White-Clad Nation" (Baeguiminjok), dan "Country of Scholarly Gentlemen" (Gunjaji-guk), dengan nama panggilan sebahagian besarnya merujuk lokasi geografi dan ciri budayanya di rantau Asia Timur.


SubhanAllah, cantik sungguh pemandangan luar tingkap pesawat pada ketika itu. 





Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Incheon Airport.

Incheon International Airport.







Disembarking.







Pesawat kami mendarat di Incheon Airport pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan. Waktu di Korea adalah sejam lebih awal berbanding Malaysia.

Menuju ke tempat pemeriksaan imigresen.

Baggage Claim bagi pesawat kami adalah di Carousel 10.


Suasana awal pagi di Incheon Airport.

🔵Incheon International Airport ialah lapangan terbang antarabangsa utama yang terletak di Seoul, ibu negara Korea Selatan. 
🔵Ia juga merupakan salah satu lapangan terbang terbesar dan paling sibuk di dunia.

🔵Incheon International Airport terletak di barat pusat bandar Incheon, di atas sebidang tanah buatan antara Pulau Yeongjong dan Pulau Yongyu. Laut cetek pada asalnya memisahkan dua pulau itu. 
🔵Kawasan di antara dua pulau itu telah ditebus guna untuk projek pembinaan menghubungkan pulau Yeongjong dan Yongyu yang satu masa dahulu pernah terpisah.
🔵Fyi, beberapa lapangan terbang terkemuka yang dibina di atas tanah tebus guna termasuk Hong Kong International Airport (HKIA), Singapore Changi Airport (sebahagiannya), dan Kansai International Airport di Jepun, yang kesemuanya memerlukan projek tebus guna tanah yang besar untuk mewujudkan kawasan operasi mereka di laut.





Lepas jauh berjalan, ingatkan sudah dekat imigresen tapi masih jauh lagi dan kena naik tren! Maklum sajalah, airport ini ada 111 boarding gates!




Jom kita naik tren pulak.



Laluan terowong tren menuju ke Main Terminal.


Tiba di main terminal.





Selepas dah selesai pemeriksaan passport, barulah kami ke Baggage Reclaim. Btw, pemeriksaan passport di Imigresen Korea juga cepat dan lancar. Maklumlah sebab segala dokumen perjalanan kami termasuk K-ETA telah disediakan oleh pihak Selamatbercuti.


To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment