Assalamualaikum.
Selepas selesai Boat Trip kami pun berjalan balik ke Suria Beach Resort, check-out dan terus ambil teksi ke terminal feri.
π΅Ada dibuat sebuah monumen replika kapal kayu di lokasi bertentangan dengan Pangkor Coral Bay Resort di Jalan Pasir Bogak.
π΅Kalau diperhatikan reka bentuk replika ini menyerupai sebuah kapal lama penjajah, versi miniature.
π΅Ini kerana ia mempunyai 3 tiang layar (fore mast, main mast and mizzen), bermakna ia kapal lama yang menggunakan layar, dan bahagian depan yang mempunyai bow sprit dan di bahagian belakang ada Quarter deck.
π΅Mungkin kapal penjajah dipilih untuk dibuat replika sebagai referensi sejarah.
π΅Tapi pada saya lebih sesuai dan bermakna kalau bot-bot kayu nelayan Pulau Pangkor dipilih untuk dibuat replika sebagai mewakili bot-bot nelayan Pulau Pangkor kerana pekerjaan nelayan adalah salah satu perkerjaan tradisional pulau ini yang sudah dilakukan sejak beradab yang lalu dan masih dilakukan sehingga hari ini.
π΅Juga bot-bot nelayan Pulau Pangkor patut dipilih untuk dibuat replika memandangkan bot-bot itu adalah istimewa kerana ia adalah buatan tempatan di Pulau Pangkor. Ini adalah cara yang bagus untuk meraikan tradisi pembuatan bot kayu di mana pembuatannya di Pulau Pangkor ini telah dilakukan sejak turun temurun.
Nak cari tempat makan di Pulau Pangkor tak susah. Yang susahnya pening nak pilih yang mana satu... hihi π.
Ok, jom ke masuk ke jeti. Jeti Pangkor ketika itu sibuk dengan begitu ramai pelancong-pelancong yang baru tiba disebabkan hari itu adalah Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-67.
Pastikan melalui lorong perlepasan yang betul kerana ada lorong berasingan disediakan untuk feri yang berlepas ke Pekan Lumut dan juga ke Marina Island Lumut.
Kami perhatikan hanya kami sahaja yang bawa beg-beg besar... hihi π. Pengunjung lain kebanyakkannya bawa smaller overnight bags atau weekender bags. Walau pun kami cuma hanya semalam sahaja di Pulau Pangkor, tapi sebelum ke Pulau Pangkor kami di Ipoh beberapa malam.
Ok, jom kita saksikan pemandangan yang sempat kami rakam semasa di Jeti Pangkor ini. Actually, foto-foto yang isteri saya rakam, bukan saya, sebab saya jadi tukang tarik/sorong beg-beg besar kami... haha π.
Tiket feri kami ke Lumut yang kami beli secara on-line adalah untuk trip 11.15 pagi. Tapi disebabkan tidak ramai penumpang yang hendak ke Lumut ketika itu, kami dapat naik feri yang berlepas ke Lumut Marina lebih awal, iaitu pada pukul 10.30 pagi.
Semalamnya, masa kami ke Pulau Pangkor, feri ini penuh dengan penumpang hingga kami tak dapat tempat duduk. Pada hari balik ini, kosong.
Cuaca semakin gelap sewaktu kami meninggalkan Pulau Pangkor. Syukur Alhamdulillah kerana cuaca cukup baik dan cerah sewaktu kami membuat Pangkor Island Day & Night Tour semalam dan juga sewaktu membuat Boat Ride pagi tadi.
Laut yang memisahkan Lumut dan Pulau Pangkor ini dinamakan Selat Dinding.
Tiba di Marina Island Lumut.
Begitulah kisah-kisah percutian Ipoh/Pulau Pangkor kami. Alhamdulillah.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment