Wednesday, May 29, 2024

LABUAN - DAY 02 - PANTAI LAYANG-LAYANGAN

Assalamualaikum.
Lepas jalan-jalan di Taman Damai, saya lepak pula di Pantai Layang-Layangan yang lokasinya betul-betul di depan Taman Damai.

Sebenarnya saya hendak melihat sunset di pantai ini. Jadi saya sudah pun earlier buat transport arrangements dengan seorang pemandu Grab, En. Mohammad nama dia, untuk later hantar saya ke hotel. Sambil menunggu sunset saya dan En. Mohammad pun melepak di sebuah gazebo dan bersembang especially tentang Labuan.

Jom kita saksikan keindahan Pantai Layang-Layangan.

Terletak di pantai barat Labuan, Pantai Layang-Layangan adalah sebahagian daripada kumpulan pantai yang dikenali sebagai Pantai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Beach) atau UN’08. Akreditasi ini dibuat selepas laluan sejauh 6 km antara Layang-Layangan dan Surrender Point telah dianugerahkan Anugerah Pantai Terbersih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2008.

Sesuai dengan namanya, hamparan pantai yang panjang itu bersih dan merupakan lokasi kegemaran untuk melihat matahari terbenam. Pastinya pasir di pantai ini dipenuhi dengan 'karya-karya seni' semula jadi oleh ketam pasir kecil dan makhluk pantai lain, menjadikannya lokasi kegemaran para pencinta alam semula jadi.

Menghadap ke Laut China Selatan, pantai ini sesuai untuk berjalan-jalan pada waktu petang dan bersantai dengan deruan angin laut dan bunyi ombak.

Penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara sering mengunjungi pantai ini, terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Bandar Labuan terletak hanya 11 kilometer dari pantai ini. 

Pantai Layang-Layangan mempunyai pantai pasir yang panjang dan bersih. Lautnya yang terbentang luas dan kelihatan jernih pasti akan membuatkan pengunjung berasa tenang semasa berehat santai di sini. Apa yang menjadikannya lebih menarik ialah pelawat akan mempunyai peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam, yang benar-benar indah.

Pengunjung tidak hanya boleh berkelah dan beriadah di pantai ini tapi juga boleh berbasikal atau menunggang kuda di tepi pantai ini sambil menikmati pemandangan yang indah dan menghirup udara segar dari laut. Berjalan-jalan di tepi pantai sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung jika tidak mahir berbasikal atau menunggang kuda.

Kawasan pantai ini mempunyai lorong berbasikal untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti berbasikal. Terdapat juga meja perkelahan untuk mereka yang ingin bersantai dan makan-makan bersama keluarga. Tidak perlu risau jika tidak membawa atau terlupa membawa makanan kerana terdapat kedai makan di kawasan ini. 

Saya diberitahu di sini terdapat juga hiburan seperti persembahan live band pada hujung minggu atau musim cuti untuk tontonan pengunjung di sini secara percuma.

Bolehlah merancang perjalanan ke Pantai Layang-Layangan ini dengan memasukkan sekali lawatan ke Taman Damai dan Surrender Point dalam itinerari perjalanan kerana kedua-dua tarikan itu juga terletak berdekatan.

🔹Diberitakan seorang nelayan di kawasan ini telah menemui empat ekor ikan lumba lumba spesies "Tursip Truncates," atau ikan lumba lumba jenis hidung botol, terdampar di pantai Layang-Layangan pada May 2023.
🔹Nelayan tersebut cuba melepaskan semula ikan lumba lumba itu ke perairan yang lebih dalam, namun seekor daripadanya didapati telah  mati.
🔹Menurut Jabatan Perikanan Labuan penemuan ikan lumba-lumba di kawasan perairan Labuan adalah perkara biasa kerana ia adalah antara laluan kumpulan ikan lumba-lumba dalam perjalanan merentas selat.
Sumber: borneodailybulletin.com

Saya juga diberitahu adalah tidak sesuai untuk berenang atau menyelam di pantai ini.

Kelihatan beberapa orang adik-adik sedang bermain layang-layang. Jelas sekali lokasi ini sangat sesuai untuk aktiviti ini. 

In fact, saya dibertahu ramai orang bermain layang-layang di sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum sehinggakan sudah seperti ada pesta layang-layang. 



Pelbagai kaum dan bangsa terdapat di kawasan perkampungan di sini. Antaranya ialah kaum Kadayan, Brunei, Melayu, Kadazan, Cina dan India yang hidup aman damai dan berkerjasama dalam melakukan pelbagai aktiviti.




Pantai Layang-Layangan ini terletak dalam kawasan Kampung Layang-layangan. Nama Layang-Layangan ini berasal daripada sebuah pulau kecil yang terletak berhadapan dengan kampung tersebut. Pulau kecil 80 meter persegi itu dahulunya mempunyai banyak spesies ular dan burung layang-layang. Kampung ini dipanggil "Kampung Layang-Layangan" kerana burung layang-layang ini sentiasa kelihatan berterbangan di pantai kampung setiap petang. Sehingga hari ini, nama kampung itu masih digunakan.

Saya zoom-in kepada sebuah pulau kecil yang boleh dilihat dari pantai ini. Ia adalah Geopark Layang-layangan (Wildlife Sanctuary gazzette under Geopark and maintain by PERHILITANWPL)





Seperti lain-lain pantai, Pantai Layang-Layangan juga menghadapi risiko hakisan yang tertumpu di sepanjang selatan garisan Pantai Layang-Layangan dan Pantai Lubuk Temiang.

Jadi boleh dilihat juga benteng-benteng pemecah ombak dibina di pesisir pantai.

Kelihatan ada sebuah restoran di hujung sana. Jom kita tengok.


Waaa... cantik hiasan lampu-lampu di jambatan kecil ini. Waktu malam pasti lagi cantik. 

Dibuat pula satu canal kecil di sini. Nice!



Nama restoran ini adalah Layangan Sunset Cafe. What a wonderful name.

Pemandangan terusan dan laut lepas.





Ok, jom patah balik ke gazebo dan join semula En. Mohammad, the Grab car driver who had graciously agreed to drive me to this beach, wait for the sunset and later drove me back to the hotel. 

Haus.... pekena teh 'O' ais 😀.

Berikut adalah foto-foto sunset yang saya rakam dari Pantai Layang-Layangan Labuan ini.












SubhanAllah... cantik sungguh.







Sudah mula gelap. Lampu-lampu mula menyala. Cantik!

Ada full moon pula.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment