Friday, January 5, 2024

TAIWAN - TAMSUI - TAMSUI FISHERMAN'S WHARF

Assalamualaikum.
Lepas lawat Yehliu Geopark, kami ke Fisherman's Wharf pula. Lokasinya di Tamsui District, lebih kurang 47 km atau perjalanan selama lebih sejam dari Yehliu Geopark.

Ini peta perjalanan kami dari Yehliu Geopark ke Tamsui Fisherman's Wharf yang menyusuri pantai utara pulau Taiwan. 

Perjalanan keluar dari Yehliu, Wanli District.


Seperti yang diberitahu Philips pagi tadi, petang itu hujan turun dengan lebat semasa perjalanan kami ini.

Perjalanan dari Yehliu ke Tamsui kami ini ikut jalan pantai utara Taiwan. 

Kelihatan beberapa benteng-benteng pemecah ombak yang dibina untuk melindungi bot-bot yang berlabuh.

Pemandangan East China Sea yang indah.

Passed by Jinshan District. Daerah ini popular di kalangan pelancong kerana ada hot springs.

Gigih kami merakam foto semasa perjalanan hujan lebat ini... hihi ๐Ÿ˜„.




Passed Shimen District. This is Fugui Cape Park with its Fugui Cape Lighthouse.




Caoli Fishing Harbor.

Kelihatan di atas sana Shimen wind power Station (Shimen Windmill Park), a wind farm. 
Northern Coastal Road, Danjin Highway 
 
Bentuk muka bumi yang agak rata dan angin kencang menjadikan lokasi itu ideal untuk menjana kuasa angin. Terdapat enam kincir angin besar di sini yang telah menjadi mercu tanda di sepanjang lebuhraya ini.

Ladang angin ini terdiri daripada enam turbin angin gergasi berukuran 47 meter diameter dan 68.5 meter tinggi. Menjana tenaga bersih dan boleh diperbaharui, turbin angin ini sendiri juga merupakan pemandangan yang indah. Semua kabel penghantaran yang mungkin mencacatkan pemandangan sekitarnya atau menghalang pemandangan indah Pantai Utara tidak kelihatan di mana-mana kerana ia tertimbus di bawah tanah — tidak dapat dilihat dalam landskap dan dilindungi daripada persekitaran.


Beautiful mama and baby whales mural at Northern Coastal Road, Danjin Road.
๐ŸณTerdapat hampir 90 spesies ikan paus dan ikan lumba-lumba di dunia dan Taiwan telah merekodkan 31 spesies, lebih satu pertiga daripada jumlah spesies global.
๐ŸณDi Taiwan pelancong boleh sertai boat cruise untuk whale watching. Musim puncak untuk melihat ikan paus di Taiwan adalah dari Mei hingga September setiap tahun.

This is Shimendong Wulong Palace (็Ÿณ้–€ๆดžไบ”้พๅฎฎ), a place of worship.


Passed by a small town at Shimen District. 

The area with the spherical structures is the Laomei Beach. 

Xingfushuangxin Park (Happy Double Heart Park). 

Masa itu sudah pun hampir pukul 1 tengahari. Jadi kami berhenti di restoran ini untuk makan tengahari. Masala-Zone namanya, di Beishizi, Sanzhi District, New Taipei City.

Masala-Zone adalah sebuah Indian/Pakistani Restaurant.

Ada tanda ‏ุญู„ุงู„‎ dengan ceritification dari Taiwan Halal Integrity Development Association. 



Jom masuk.

Suasana dalam restoran.

Kami pilih untuk duduk di dalam sebab sejuk ada air-con ๐Ÿ˜„. Duduk di verandah luar pun ok juga sebab mengadap pemandangan Laut China Timur.

The menu.

Macam-macam ada. Fyi, lunch kami ini sudah termasuk dalam pakej. Jadi boleh pilih saja mana yang kami nak. Of course ada limit la kot... hihi. Anyway, supaya cepat, kami order saja dish yang sama, the Prawn Briyani. 

Pelbagai pilihan makanan yang ada. Harga sepinggan makanan yang dihidangkan adalah di antara NTD 250 - 320 (RM 36 - 56).

Sambil menunggu makanan sampai, saya explore restoran ini.

Owner restoran ini adalah orang Pakistan dan dia kata di hometown dia ada banyak batu garam (rock salt). Kerana itulah dinding restoran ini dia hias dengan bata-bata rock salt yang diimport dari Pakistan.

We were quite impressed with how beautiful these rock salts are.




Ada corner jualan produk-produk dari Pakistan seperti rock salts and spice mixes yang ready to cook. Di Malaysia saya ada masak guna ready mix spices ini dan rasanya sangatlah sedap. Dan mudah sungguh memasak guna spice mix ini.

Salt lamps pun ada juga.

Hebat kaunter restoran ini ๐Ÿ˜ƒ.

Ada cerita panjang di atas tu. In Mandarin tapinya.

So here's the translation. It is about Himalayan Salt.

Verandah restoran dengan pemandangan laut.





Kelihatan di sana Zhilan Park, a coastal promenade with food outlets and sculptures.

A park with striking public artworks along a stylishly designed seaside boardwalk, with bars and cafe terraces.




Houcuo Fishing Harbor.



Makanan sudah pun sampai. Jemput makan.

Mana udangnya?


Rupanya ada dalam nasi briyani ๐Ÿ˜„. Dan banyak betul udangnya! Alhamdulillah.

Sup tomato yang sedap.

Sedap ke? Ini ha... licin! ๐Ÿ˜„

Bergambar kenangan dengan boss Masala-Zone.

Masa nak ke kereta, hujan masih lebat. Jadi terpaksalah pinjam payung restoran ๐Ÿ˜„.

Meneruskan perjalanan ke Tamsui Fisherman's Wharf.


Melalui Danjin Road, Tamsui District.

Tamsui ialah sebuah daerah di New Taipei City, di utara Taiwan. Ia terletak di pertemuan Selat Taiwan dan Sungai Tamsui. Nama daerah ini bermaksud "air tawar" dalam bahasa Cina. Walaupun saiznya sederhana (penduduk 189,271), Tamsui memainkan peranan penting dalam sejarah dan budaya Taiwan.

Kelihatan di depan sana Binhai Shalun light rail station. Ia adalah light rail station of the Danhai light rail, yang dikendalikan oleh New Taipei Metro.

Sistem transportasi ini dibina untuk menyediakan pengangkutan awam ke Danhai New Town, yang penduduknya dijangka mencecah 340,000 menjelang 2041.

Tamsui (Danshui) ialah salah satu tempat lawatan sehari paling popular dari Taipei. Daerah pesisir pantai New Taipei City ini mempunyai banyak tarikan - tarikan bersejarah, persiaran dan pelabuhan tepi sungai yang berangin, kuil yang besar, makanan unik, laluan berbasikal, pemandangan bunga sakura, pantai dan matahari terbenam yang sangat indah.

Tapi disebabkan masa itu sedang hujan lebat, tidaklah dapat kami merakam suasana cantik Tamsui.

Tamsui turut membentuk sebahagian dari New Taipei City. Ada banyak bangunan moden yang cantik di sini yang sebahagian besarnya adalah apartment-apartment kediaman yang moden. 

Kami pun tiba di Tamsui Fisherman's Wharf. Ini adalah Lover's Bridge.

Bangunan yang menempatkan restoran dan kafe.

Ketika itu hujan sedang lebat. Ditambah pula dengan angin yang kuat dan kencang. Mencabar sungguh nak ambil gambar ๐Ÿ˜…. Yang bestnya, Mr. Liu, our driver, beri kami baju hujan yang dia kata we can keep. Terkejut juga kami sebab baju hujan ini bukan baju hujan disposable tapi yang berkualiti. Agaknya sebagai pemandu untuk pelancong dalam negara seperti Taiwan ini yang ketika itu tengah musim hujan, Mr. Liu sudah pun bersiap sedia dengan baju-baju hujan demi keselesaan pelancong yang dibawanya. 

Setelah selesai kelam kabut pakai baju hujan dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, kami pun berjalan di Lover's Bridge ini. 

"Lover’s Bridge" yang terkenal sepanjang 165 meter ini adalah mercu tanda Fisherman's Wharf. Jambatan kabel satu sisi yang menyerupai layar putih ini merentangi dermaga dan menghubungkan boardwalk dan tourist fish market.



Lover's Bridge Tamsui ini mendapat namanya kerana ia dirasmikan pada 14 Februari 2003 sempena Hari Valentine.

Memanglah sangat mencabar mengambil gambar dalam keadaan hujan lebat/angin kencang. Click, click.... lap kamera. Klik klik... lap kamera ๐Ÿ˜….

Tamsui Fisherman's Wharf juga adalah lokasi penggambaran popular untuk drama bersiri Taiwan.

Pemandangan Tamsui Fisherman's Wharf. Dermaga ini ialah pelabuhan perikanan riadah pelbagai guna yang dibangunkan oleh New Taipei City Government. Terdapat jeti terapung yang indah dan taman yang luas, dengan jambatan dalam bentuk bot yang merentangi pelabuhan dan laluan kayu yang membentang lebih 300 meter di tepi pantai.

Dermaga ini juga menempatkan jeti feri untuk feri yang mengendalikan laluan di sepanjang Sungai Tamsui. Feri beroperasi di antara dermaga dan Tamsui Old Street, Bali, dan dermaga feri Dadaocheng di Taipei City.

Isteri saya tanya Philips, adakah keadaan sebegini dikira taufan. Bukan, kata Philips sebab angin yang bertiup ketika itu bertiup dari atas ke bawah. Kalau angin taufan, ia akan bertiup dari sisi. Alhamdulillah bukan taufan. Kalau taufan pastinya Philips will advise us against being out in the open like this right next to the ocean. In fact, kalau sudah ada ramalan taufan akan berlaku, pastinyalah Philips akan beritahu kami dan tentunya terpaksalah itinerari kami perlu ditukar.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Taiwan, taufan merupakan bencana alam yang paling kerap berlaku di Taiwan sejak 50 tahun lalu, diikuti dengan banjir dan gempa bumi. Angka dari Central Weather Bureau (CWB) menunjukkan purata tiga hingga lima taufan berlaku di Taiwan setiap tahun.
Julai hingga Oktober adalah musim taufan di Taiwan. Jarang sekali, taufan berlaku seawal Jun, atau selewat-lewatnya November, dan secara amnya taufan yang berlaku lewat dalam musim adalah taufan yang paling kuat. Kira-kira 3 hingga 4 taufan besar biasanya berlaku setiap musim panas, dan yang pertama selalunya datang pada bulan Julai.

Memanglah ketika itu tiada langsung pelancong lain. Maka terasalah seolah-olah kami have the bridge all to ourselves... hihi. Tapi kenyataannya.... ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†.

Kelihatan di hujung jambatan ini waterfront yang panjang. Kami akan ke sana sebentar lagi.

Bangunan bumbung biru itu adalah Fullon Hotel Tamsui Fisherman’s Wharf, sebuah hotel 5 bintang. Tiang tinggi warna merah itu pula adalah Lover's Tower. Boleh naik menara itu untuk lihat pemandangan panorama 360° Tamsui Fisherman's Wharf ini.


Kelihatan bot-bot nelayan sedang masuk ke dermaga.

Laluan ini juga adalah laluan masuk untuk feri-feri penumpang dan cruises.

Bangunan merah itu adalah coast guard station building (Coast Patrol Department Tamsui Second Fishing Port Security Inspection Office).

Saya baca the sunset seen from this wharf is one of the most beautiful in the world. 

Braving the heavy rain and strong winds ๐Ÿ˜….

Sudah hampir nak sampai di hujung jambatan.


Ada taman permainan kanak-kanak di jeti tu. Kelihatan juga bot-bot pelbagai jenis dan saiz.


Kelihatan kelam-kelam di sana itu adalah Bali District.

Dari Lover's Bridge ini juga kita boleh nampak sebuah jambatan sedang dibina untuk merentasi Tamsui river. Namanya Danjiang Bridge. 

Danjiang Bridge ialah projek jambatan yang masih dalam pembinaan yang akan mempunyai jalan raya dan light rail yang merentangi muara Sungai Tamsui. Ia akan menghubungkan Bali dan Tamsui di New Taipei City.
Wikipedia: 
The bridge was designed by architect Dame Zaha Hadid. It will be a single-tower, asymmetric cable-stayed bridge with a 920 metres (3,020 ft) long road, rail and pedestrian deck supported by a single 200-metre-high pylon. When completed in 2025, the bridge will be the longest single-tower, cable-stayed bridge in the world.

Mujurlah tiles lantai jambatan ini tidak licin walaupun tengah hujan lebat. Agaknya jubin jenis anti-slip. Otherwise, maunya kami jatuh terduduk dan tergelongsor ke hujung jambatan, which sounds like a lot of fun actually๐Ÿ˜„.

Walaupun hujan lebat, pemandangan di sini tetap kelihatan indah dan epik.

Kami pun sampai di hujung Lover's Bridge. This is the Tamsui Fisherman's Wharf Observation Boardwalk, a 300 meter waterfront.

Bergambar lagi dalam hujan ๐Ÿ˜„.

Kami merasa sungguh bersyukur kerana walaupun ketika itu hujan lebat dan angin kuat, tiada kilat sabung menyabung dan dentuman bunyi guruh yang kuat. Kalau ada, memanglah kami tak turun dari kereta pun. Namun kami tetap berhati-hati masa jalan-jalan di sini.

Juga tiada kami perhatikan laut bergelora ketika itu. Ini mungkin kerana lokasi Tamsui Fisherman's Wharf ini adalah di muara sungai Tamsui dan terlindung dari terdedah pada laut lepas. Juga mungkin kerana Tamsui Fisherman's Wharf ini terletak di bahagian barat pulau Taiwan yang mengadap Tanah Besar China (Fujian Province) dan makanya terlindung.


Di boardwalk ini rupanya sering ada live musical performances. How nice lah. 

Cepat-cepat minta isteri ambilkan gambar... hihi ๐Ÿ˜„.

Hujan masih lebat, showing no sign that it'll stop anytime soon. Jadi kami berteduh sekejap di shelter/gazebo di boardwalk ini. 

Lover's Bridge, yang direka seperti bentuk perahu layar.


A view of Fullon Hotel Tamsui Fisherman’s Wharf and Lovers' tower from Tamsui Fisherman's Wharf Boardwalk.


Projek pembinaan Danjiang Bridge yang bakal menghubungkan Tamsui District dan Bali District. 

Sebahagian Danjiang Bridge di Bali District.


Pemandangan Taipei Port Container Terminal Co., Ltd. yang lokasinya juga di muara sungai Tamsui tapi di Bali District.

Bergambar di gazebo Tamsui Fisherman's Wharf Observation Platform.

Then it was time to depart to our next tour destination.



Lover's Bridge is a non smoking bridge.

Akan dikenakan denda sebanyak NTD2,000 atau RM300 jika merokok di jambatan ini.

There are restaurants, cafes and a children playground on this side of the wharf.

Yep, masih lagi hujan lebat dan angin kuat masa kami berpatah balik ke kereta.


On the next place in our itinerary.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment