Wednesday, January 24, 2024

PORT DICKSON - NEGERI SEMBILAN - LEXIS PORT DICKSON - GLORY BEACH

Assalamualaikum.
Day 02 at Lexis Port Dickson. Views from room's balcony. Glorious morning.




Itu adalah Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar (Tuanku Jaafar Power Station).

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar merupakan salah satu stesen janakuasa utama di Malaysia, terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Stesen janakuasa itu adalah milik Tenaga Nasional Berhad dan merupakan loji janakuasa kitaran gabungan yang canggih

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar kini adalah loji janakuasa pilihan (tertinggi dalam urutan merit) dengan kecekapan tinggi, automasi penuh (Automatic Governor Control-AGC), mengikut piawaian dan persekitaran antarabangsa.


Relaxing and enjoying the view from the balcony while sipping a mug of hot teh tarik ๐Ÿ˜Š.



Berjalan ke main building for breakfast.


Beautiful morning.










Electric buggy service.


Selat Melaka.

Kalau tak silap itu adalah Pulau Burong.



Kelihatan beberapa kapal kontena di tengah laut. I thought they were Container ships. Or were they oil tankers?

Zoom ketat-ketat, alas, imej tak jelas. Tapi can tell they are oil tankers lah.

Wikipedia:
Dari segi ekonomi dan strategik, Selat Malaka merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez atau Terusan Panama. 

Selat Melaka membentuk jalur pelayaran terusan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik serta menghubungkan tiga dari negara-negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia: India, Indonesia dan China.

Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat ke Timur setiap tahun. Justeru itu Selat Melaka sangat penting kepada kestabilan ekonomi dunia khususnya kepada negara Amerika Syarikat, Jepun, China dan lain-lain negara di Asia Tenggara. Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa melalui Selat Melaka. Pada 2003, 11 juta kontena barangan melaluinya setiap hari.

"Malaccamax" ialah istilah maritim untuk kapal-kapal besar yang muat memasuki Selat Melaka yang berkedalaman 25 meter. Banyak kapal kargo pukal dan kapal tangki besar telah dibina pada saiz Malaccamax, dan diistilahkan sebagai "kapal tangki sangat besar". 

Istilah lain seperti Panamax, Suezmax dan Seawaymax telah digunakan untuk kapal-kapal besar yang mampu melalui Terusan Panama, Terusan Suez dan Terusan St. Lawrence.

Kelihatan sebuah oil tanker sedang berlabuh di HRC Jetty Samudera (sebuah syarikat penapisan minyak di Daerah Port Dickson).

Kelihatan kapal BTS Tanker, The BTS CAPELLA. BTS Tankers ialah pengendali kapal tangki serantau yang terkemuka dalam pasaran petrokimia dan perkapalan perantara Asia Tenggara.
The vessel BTS CAPELLA is a Chemical/Oil Products Tanker built in 2010 (14 years old) and currently sailing under the flag of Singapore.

๐ŸšขOn the left, the red/white oil tanker is ES ASPIRE, Oil Products Tanker built in 2008 (16 years old) and currently sailing under the flag of Singapore.
๐ŸšขOn the right, the blue/white vessel is GLORY, an Oil Products Tanker built in 2001 (23 years old) and currently sailing under the flag of Singapore.



Itu adalah saluran paip minyak mentah yang menyalurkan minyak dari kapal-kapal tangki minyak ke kilang penapisan.


Lifebuoys / pelampung penyelamat.



Benteng pantai dan water chalets.



The resort's swimming pool.

Buffet breakfast di sini siap ada panduan traffic ๐Ÿ˜„, which I personally think is super helpful.


Suasana di Aqua Coffee House.


The breakfast buffet.




Our delicious breakfast. Alhamdulillah.

Lepas sarapan, isteri terus ke meeting. Saya pula berjalan ke Glory Beach. Tak jauh, cuma about less than 50 meters from the resort's main building.



Inilah Glory Beach. 

Selain Glory Beach ini, saya telah pun berpeluang ke beberapa pantai-pantai lain di Port Dickson ini. They are PD Waterfront, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Tanjung Pelanduk, pantai di Corus Paradise Resort, pantai di Thistle Port Dickson Resort, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Biru Port Dickson (Blue Lagoon), pantai Avillion Port Dickson, Pantai Teluk Kemang, Pantai Lexis Hibiscus Port Dickson (pantai buatan) dan pantai di The Grand Beach Resort.

Pantai Glory beach ini adalah seperti pantai-pantai besar/panjang lain di Port Dickson, in that, ianya luas berpasir dan landai. Dan bila air surut, pantainya jadi lebih lebar dan luas dan pengunjung mestilah jalan jauh ke tengah laut untuk mandi manda.

Pemandangan Lexis Port Dickson's water chalets and main building.


Lexis Port Dickson's Premium Water Chalets.



Pantai ini bersih...๐Ÿ‘๐Ÿ˜ƒ







HRC Jetty Samudera.

Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar.


Tapak kaki burung. Interesting.

Ini kesan tapak ketam. Lagi la interesting ๐Ÿ˜ƒ.

Glory Beach Resort.

HM Private Apartment Homestay at Glory Beach Resort.






Balik semula ke water chalet untuk pack up and check out.




Sebelum check-out, quick bite kejap with complimentary chocolates and cookies with hot teh tarik ๐Ÿ˜„.



Menunggu buggy sampai.

Dah sampai.

Bags loaded.

Ke main building.

Check-out.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment