Wednesday, January 10, 2024

TAIWAN - SHIFEN - SHIFEN WATERFALL

Assalamualaikum.
Next kami ke Shifen Waterfall. 



Perjalanan kami dari Fort San Domingo ke Shifen Waterfall ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit sejauh 51 km. Ini kerana kami menempuhi suasana hujan lebat di sepanjang perjalanan.

Kami pun tiba di Shifen. Pada masa itu sudah pun pukul 4:47 petang. Sudah hampir gelap ketika itu sebab sunset pukul 5:30 petang.

Untuk ke tempat waterfall, kena berjalan agak jauh juga serta melalui 2 jambatan.

Terus saja kami mengikut Philips. Kena bergegas masa itu kerana sudah hampir closing time.


Di bawah itulah 2 jambatan yang perlu pelawat lalui untuk ke Shifen Waterfall.

Kena sangat berhati-hati masa turun tangga ini kerana licin dan hujan lebat.

Anak sungai yang bercantum dengan sungai Keelung ini nampaknya deras kerana hujan.


Jambatan pertama.



Ini jambatan kedua ~ Guanpu Suspension Bridge. Guanpu (่ง€็€‘) means appreciating waterfalls.


Betul-betul di sebelah Guanpu Suspension Bridge yang sedang kami lalui ini ada sebatang jambatan dengan landasan kereta api bersejarah, namanya Guanpudiao Bridge.




Ada notis merah di jambatan gantung ini.
Notice to tourists
๐Ÿ”ธThe number of people passing through a suspension bridge is limited to 100, and please do not sway on the bridge.
๐Ÿ”ธThe second suspension bridge is for pedestrians only, and motorcycles are prohibited from entering to maintain safety.
Produced by New Taipei City Government Tourism Bureau

Next, kami turun dari Guanpu Suspension Bridge dan berjalan lagi ke lokasi Shifen Waterfall.

Shifen adalah sebahagian kecil dari Daerah Pingxi. Kawasan ini secara tradisinya diduduki oleh komuniti petani. Semasa tahun 1900-an ia mengalami ledakan perlombongan arang batu, tetapi ini berakhir pada tahun 1980-an. Kerana itu ada diletakkan di sini gerabak kereta api arang batu untuk mengenang sejarah perlombongan arang batu Shifen.

Proper walking path ada disediakan untuk keselesaan pelawat.

Then we came upon a Buddhist shrine with a collection of horse statues with lucky red ribbons. Ikut kisah legenda, kawasan ini dahulunya sering dilanda banjir, tetapi selepas pembinaan kuil itu, tiada lagi kejadian banjir. 

Kelihatannya reben merah diikat pada semua mulut patung-patung binatang ini. Upon closer look, leher, ekor dan kaki juga diikat reben. Dikatakan ikatan-ikatan itu dibuat oleh pelawat who wished for good luck.

Kelihatannya bukan sahaja ada patung kuda, tapi juga patung-patung haiwan-haiwan lain. Juga patung-patung ini disusun sebaris mengadap ke arah sungai dan sebaris lagi mengadap ke darat/gunung. Agaknya ada la tu its significant in their beliefs.

Buddhist shrine.



Selain patung-patung haiwan tadi, juga ada Buddha and farmer statues.


Souvenir and snack shops.



Ada banyak juga kedai/gerai food and snacks.


Kedai souvenirs.

Inilah Shifen Waterfall. Air terjun ini adalah 20 meter tinggi dan 40 meter lebar, dengan keluasan keseluruhan 800 m2 menjadikannya air terjun terluas di Taiwan. Ia adalah air terjun lata di mana airnya mengalir ke satu arah dan batu-batunya bercerun ke arah berlawanan. 

Air Terjun Shifen ini adalah yang paling mengagumkan terutamanya ketika hujan seperti suasana masa itu. So it seemed that we were here at the right moment lah. Selepas musim kemarau, ia boleh jadi kurang dengan hanya beberapa titisan sehingga ada tajuk utama artikel bahasa Mandarin 2022 membandingkan situasi itu dengan "a peeing child" dalam satu kes yang melampau.

Sungai Keelung dan waterfront.

Sebenarnya pelawat boleh turun ke walkway di bawah sana tu, tapi laluan masuk untuk turun ke bawah sudah pun ditutup kerana ketika itu sudah pun closing time.

Sebenarnya ada beberapa viewing platforms untuk melihat air terjun ini dari lain-lain sudut tapi, as stated earlier, since it is already closing time, laluan ke platforms itu sudah pun ditutup.
Amaran papan merah pada pagar di tepi air terjun:
่ซ‹ๅ‹ฟ่ทจๅ、ๅ€š้ ๆฌ„ๆ† ไปฅ้˜ฒๅฑ้šช - Please do not sit astride or lean on railings to avoid danger

Air terjun ini juga digelar sebagai Little Niagara of Taiwan kerana bentuknya seperti bentuk horseshoe. Walaupun sungai ini agak cetek, kolam di bawah air terjun ini adalah sangat dalam. Dasar sungai air terjun ini terdiri daripada beberapa lubang yang berpunca daripada aliran sungai yang tidak sekata, sekali gus mewujudkan pusaran air yang menyebabkannya berputar dan mengukir lubang. Jadi berenang di situ adalah dilarang sama sekali.

Tanah di sekeliling air terjun ini adalah tanah persendirian sejak sekian lama dan sebuah syarikat swasta mengenakan bayaran masuk pada pengunjung. Pada tahun 2014, New Taipei city's Tourism and Travel Department memperoleh tanah di sekitar air terjun ini dan mewujudkan taman perbandaran dan membuat kemasukan ke taman itu percuma.

Ada kolam ikan dengan jambatan kecil untuk ke platform tempat duduk.

Ok, kami pun tidak boleh berlama-lama di sini sebab ada satu lagi tempat yang kami akan lawat iaitu Shifen Lanterns.

Mini lanterns as souvenirs.

Mini lanterns ini siap ada dengan lampunya sekali. Just plug in and lit it up. So beautiful. Boleh buat lampu tidur. 




Bigger lanterns, beautiful as indoor or for outdoor garden decorations.

Beautiful lanterns with exquisite flowery patterns.





A Buddhist shrine with elephant statues.



Berjalan semula di Guanpu Suspension Bridge.

Di tepi Guanpu Suspension Bridge ini ada satu lagi air terjun namanya Yanjingdong (Eyeglass Cave) Waterfall.

Yanjingdong Waterfall (Eyeglass Cave Waterfall) mengambil namanya daripada bentuknya seperti sepasang mata di kedua-dua belah air terjun ini. Air terjun kecil ini dinamakan "Thunderbolt Waterfall" oleh Gabenor Jeneral Jepun Taiwan, Kenjiro Den (1855-1930) semasa Zaman Penjajahan Jepun di Taiwan.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment