Monday, July 17, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY - VENICE TO MILAN

Assalamualaikum.
Ok, saya sambung lagi cerita percutian Italy/Switzerland kami dengan hari ke 5. Pada hari ini kami akan bertolak dari Venice ke Milan pula. 

Jom kita sarapan dulu.

Ramai yang menginap di Hotel Crowne Plaza Venice ini pada masa itu, jadi sarapan ada schedule. Kami punya time adalah pada pukul 7:00 pagi. Elok la buat begitu, selesa dan tidaklah bercampur dengan groups lain. 

Head waiter di sini adalah seorang lelaki Bangladesh yang pernah bekerja di Petaling Jaya Malaysia selama 5 tahun. Nampaknya macam dia suka melayan dan berbual dengan kami walaupun dia sudah tidak berapa fasih lagi bertutur dalam bahasa Malaysia. Dia rindu Malaysia kot.


Sarapan kami. Alhamdulillah... yang penting kenyang.



Lobi hotel.

Since masih lagi ada masa sebelum bertolak, kami jalan-jalan di sekitar hotel ini. 

Hotel ini dalam kawasan perumahan Quarto D'Altino. 

Nampaknya suasananya tenang. Mungkin sebab masa itu masih awal pagi.


Crowne Plaza Venice East - Quarto D'Altino, an IHG Hotel, Viale della Resistenza, 18/20, 30020 Quarto D'altino VE, Italy.


Kelihatan adik ini sedang berbasikal ke sekolah. Agaknya ada sekolah berdekatan hotel ini. 

Pokok zaitun dalam pasu besar di depan hotel.


Ristorante Il Campielo, tempat sarapan kami tadi.



The hotel.

Seorang lagi student sedang ke sekolah. Pendidikan awam adalah percuma untuk semua kanak-kanak yang bermastautin di Itali tanpa mengira kewarganegaraan. Sekolah awam adalah berkualiti tinggi, setaraf atau lebih tinggi daripada sekolah swasta. Sekolah diwajibkan dari umur 6 hingga 16 tahun. Persekolahan wajib dibahagikan kepada tiga peringkat: rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Then we found out betul-betul sebelah hotel ini ada Stesen Keretapi Quarto d'Altino. 

Wikipedia: Quarto d'Altino is a railway station serving the town of Quarto d'Altino, in the region of Veneto, northern Italy. The station is located on the Venice–Trieste railway. The train services are operated by Trenitalia.





Ok, sudah masa untuk bertolak ke Milan. Jalan depan hotel ini sempit, bas tak boleh masuk. Jadi kami tolaklah beg ke jalan besar. Kata Amar, Vinco our bus driver happy dengan kami sebab kata dia group kami punctual... hihi. 

Kami bertolak pada pukul 8:30 pagi dan tiba di Milan dalam masa 3 jam. Seperti kebiasaan masa dalam perjalanan, kami suka merakam pemandangan dari tingkap bas. Alhamdulillah cuaca pagi itu cukup baik sekali.

Cartotecnica Grafica Vicentina - Display stand manufacturer in Al Passo, Italy.

Menuju ke Milan/Milano.


Suhu ketika itu 19℃.


Di Itali ada banyak vineyards dan luas-luas belaka. Ini Villa degli Olmi Winery & Vineyards.

Secara amnya wain dianggap sebagai satu bentuk kemewahan, di Itali meminum wain secara sejarahnya dianggap sebagai salah satu bentuk makanan. Orang Itali menganggap wain sebagai ekspresi penting budaya mereka. 

Itali adalah salah satu negara yang boleh mendakwa menghasilkan beberapa 'wain terbaik di dunia'. Itali juga merupakan salah satu negara pengeluar wain tertua di dunia, dengan wilayah yang telah menghasilkan wain sekurang-kurangnya seawal abad ke-2 B.C.

Itali menghasilkan sejumlah besar wain dan wain memasak. Terdapat 3 wilayah utama yang menghasilkan wain berkualiti tinggi iaitu di Veneto, Tuscany dan Piedmont. Kawasan ladang-ladang anggur yang luas yang kami lalui ini adalah dalam wilayah Veneto.


SOS, to make emergency calls.

Milano, lagi 184 km lagi. Jarak dari Hotel Crowne Plaza Venice ke Milan adalah 281 km.

 Parrocchia di Santa Maria Maggiore/Parish of Santa Maria Maggiore.



Another winery, Az.Agricola MONTE TONDO.

Kelihatan dari highway Soave Castle. Ia adalah artifak tentera tipikal zaman Pertengahan yang mewakili salah satu contoh terbaik seni bina istana di Veneto.

Nampaknya kawasan yang kami lalui ini adalah kawasan ladang anggur belaka. 

Wain Itali telah dihasilkan selama lebih 4,000 tahun, dan dianggap sebagai persekitaran yang sesuai untuk menanam wain, sebahagian besarnya disebabkan oleh iklim negara (yang sesuai untuk penanaman anggur). Malah, apabila orang Yunani mula-mula menjejakkan kaki ke Itali Selatan, wain telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup setiap hari Itali.

Sekali sekala akan ternampak juga perkampungan di atas bukit yang ada gereja besar. Banyak penempatan zaman dulu di Itali dibina di atas bukit sebab pertahanan, senang untuk nampak kemaraan musuh dan susah untuk musuh menyerang. 


Apakah jenis anggur yang paling banyak digunakan di Itali? Anggur jenis Sangiovese adalah anggur yang paling biasa ditanam di Itali dan yang paling terkenal digunakan untuk membuat Chianti, wain Tuscan yang dinamakan sempena wilayah di mana ia dihasilkan.

Di Itali terdapat lebih dari 350 jenis anggur wain yang berbeza yang digunakan untuk menghasilkan wain seperti Barolo, Chianti Classico, Prosecco dan banyak lagi.




Le Corti Venete is a shopping mall.

Iper, La grande i  - a hypermarket.

Air Liquide - an industrial gases company - a French multinational company.

A vineyard tractor. 

Nampaknya farmer ini tengah spraying something.

Di Italy, penuaian buah anggur berlaku antara akhir Ogos dan pertengahan Oktober. Para penuai menghabiskan sepanjang hari mereka di ladang anggur memetik anggur dengan tangan dan memilih hanya tandan yang terbaik.


Penuaian buah anggur dilakukan secara manual bagi memastikan setiap petikan rangkai buah anggur diletakkan dengan gentle di dalam bakul pungutan sebelum dibawa segera ke cellar. Buah anggur dibuang tangkainya, diperah dan perahannya dialirkan ke dalam tangki penapaian dan proses pembuatan wain.

Penjagaan yang sangat teliti perlu dilakukan pada semua peringkat proses, termasuk penanaman, pemangkasan, dan penuaian buah anggur. Tidak seperti buah-buahan lain, anggur tidak terus masak selepas dipetik, jadi penuaian anggur perlu diatur masanya dengan baik.




Selepas 2 jam perjalanan, bas membuat perhentian di R&R San Giacomo Nord di Brescia. Di sini ada sebuah kedai yang bernama Chef Express.



Suasana di dalam R&R ini.

Kotak-kotak chocolates and cookies bersaiz giant!


Restoran.




Sandwiches, snacks and aqua.

Bottom shelf on the right is Salsiccia Napoli, a salami made out of spiced pork meat. 

Ada bermacam jenis pasta. Kebanyakkannya tak pernah sama nampak sebelum ini. Pasta sangat digemari di Itali sehingga individual consumption melebihi pengeluaran purata gandum negara. Oleh itu, Itali sering mengimport gandum untuk membuat pasta.

Ada la kami beli sikit di R&R ini.

San Carlo Veggy Good chips. 

Kami juga beli Pasta Al Nero Di Seppia (cuttlefish ink) - pasta dakwat sotong.

Meneruskan perjalanan ke Milan.


A horse ranch.





Autogrill - R&R.

Texpack - a manufacturer of packings, tapes, twisted ropes, cloths and sleeves, for thermal insulation with dynamic use, of pumps and valves.


Ini pesawat syarikat penerbangan Wizz Air.
Wikipedia: Wizz Air, legally incorporated as Wizz Air Hungary Ltd. is a Hungarian multinational ultra low-cost carrier with its head office in Budapest, Hungary. The airline serves many cities across Europe, as well as some destinations in North Africa, the Middle East, and South Asia.


Foppapedretti - produces made in Italy wood products.

Stone City - stone supplier.




Suhu makin meningkat pada tahap nyaman which was a good thing sebab di Milan nanti kami akan buat outdoor walking tour. 

Ini menara Bergamo - Torre dei Venti atau the Tower of the Winds of Bergamo ialah sebuah bangunan yang dibina pada tahun 1941 di persimpangan yang menghubungkan bandar ke Milan - Venice.

Tenaris Dalmine - leading manufacturer of pipes and related services for the world's energy industry and certain other industrial applications. Also supplies pipes and tubular components for low-carbon energy applications.


Fratelli Beretta - Deposito - food producer.

Bales of hay being transported.

Devero Hotel, a 4 star hotel.

Star Stabilimento Alimentare - food processing company.

Toll booth Barriera Tangenziale Est - Barriera Agrate. 



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Woww best and cantik view. Ya betul mcm2 jenis pasta ada kat Italy kan. Geram je nak beli banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Pelbagai bentuk, saiz dan warna. Rasa macam nak try semua :).

      Delete