Monday, July 24, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY - MILAN CATHEDRAL

Assalamualaikum.
Masa di Pisa, kami tak sempat nak masuk dan lawat Pisa Cathedral, Masa di Venice pula kami tak sempat lawat Saint Mark's Basilica. Jadi di Milan ini since kami ada masa, maka kami lawatlah Milan Cathedral ini. 

⛪Milan Cathedral (Duomo di Milano) atau Metropolitan Cathedral-Basilica of the Nativity of Saint Mary, ialah gereja katedral Milan, Lombardy, Itali. Didedikasikan kepada Nativity of St. Mary (Santa Maria Nascente).
Katedral ini dibina di bawah arahan Duke of Milan yang bernama Gian Galeazzo Visconti dan mengambil masa hampir enam abad untuk disiapkan: pembinaan bermula pada 1386, dan perincian terakhir telah disiapkan pada 1965. Pembinaanya menggabungkan gaya Gothic antarabangsa dengan seni bina Lombard tradisional.
Gereja ini unik kerana menggunakan marmar dari kuari Candoglia berhampiran Lake Maggiore yang belum pernah digunakan dalam sebarang binaan lain sebelumnya. 
⛪Katedral ini adalah gereja Kristian kelima terbesar di dunia selepas St. Peter’s Basilica di Rom, Basilica of Our Lady of Aparecida di Brazil, Cathedral of St. John the Divine di New York dan Seville’s Cathedral di Spain. Ia boleh memuatkan 40 ribu orang.
⛪Dikatakan terdapat lebih banyak patung di katedral gaya gothic ini daripada bangunan lain di dunia. Terdapat 3,400 statues, 135 gargoyle dan 700 figures yang menghiasinya.
⛪Dikatakan di dalam katedral ini ada disimpan sebatang paku yang digunakan untuk menyalib Jesus Christ dulu. 

Kami ke InfoPoint ini. Nak masuk ke dalam mesti beli tiket di bangunan sebelah. 

Ada tandas disediakan di sebelah katedral ini. Macam pelik kenapa letak tandas di sini. 

Beratur untuk membeli tiket.



Maklumat tentang tiket. Ada pelbagai pakej disediakan untuk pelawat. Kami beli tiket untuk pakej yang paling basic berharga €8 (RM40) untuk lawatan bahagian dalam bangunan katedral dan tidak naik ke terrace, masuk muzium atau ke bahagian arkeologi. 

Kaunter tiket.


Nombor giliran.

The tickets.

Berjalan ke entrance depan katedral. Ini Piazza del Duomo (Cathedral Square). Bangunan di depan sana itu adalah Museo del Novecento, sebuah art museum.



Berjalan naik ramp ke pintu depan katedral.

Tinggi binaan katedral ini adalah 45 meter atau setinggi bangunan 18 tingkat.

Sebuah katedral yang ada sangat banyak ukiran patung-patung.


Untuk masuk ke dalam, selain pemeriksaan tiket, beg-beg kami juga di periksa secara ringkas. Fortunately, tiada long queue nak masuk ke katedral ini masa kami di situ. 

Silenzio. 

Beginilah suasana di dalam katedral ini. Ok, jom kita jalan tengok apa ada di dalamnya. 

Panjang bangunan gereja berbentuk salib ini adalah 153 meter, iaitu sepanjang 1 ½ ukuran padang bolasepak, dengan bahagiannya yang paling lebar ialah 93 meter.

Tiang di bahagian tengah gereja mempunyai ketinggian hampir 25 meter.

Dibina dalam tempoh lebih 600 tahun dengan 78 arkitek berbeza secara keseluruhannya, bahagian dalam katedral ini merangkumi beberapa reka bentuk dan era seni bina termasuk gaya Romanesque, Renaissance dan Gothic.


Info about ancient Milan.

Seperti katedral lain di Eropah, katedral ini juga ada banyak stained glass windows yang besar dan tinggi. Kebiasaannya lukisan-lukisan pada tingkap-tingkap begini menggambarkan kisah-kisah dari Bible. 

Lantai katedral telah dibina oleh Martino Bassi, menggunakan lakaran arkitek Pellegrino Tibaldi yang mereka bentuknya pada separuh kedua abad ke-16. Corak bunga geometri yang diulang secara berperingkat dibuat menggunakan tiga jenis batu: Marmar Candoglia dengan ton kelabu-merah jambu, marmar Arzo merah dan marmar hitam daripada Varenna.
Corak geometri dan bunga pada lantai marmar Milan Cathedral.

Kombinasi 3 jenis marmar digunakan untuk membuat lantai motif bunga yang cantik. Banyak pemulihan dan pengubahsuaian telah dilakukan pada lantai ini over the decades. 



The Duomo Milan is surrounded by the technicolor of skilled stained glasswork some of which portray the apocalypse and stories from the New and Old Testament.

Di bahagian setiap tiang-tiang besar ini ada diukir 8 patung-patung.






Confessional booth.

Tiang tiang besar dalam katedral ini menjangkau ke silingnya yang tinggi. Katedral ini mempunyai lima bahagian tengah yang luas yang dibahagikan dengan barisan 40 tiang berukuran 24 meter tinggi dan 2.5 meter diameter. 

Tiang-tiang itu diperbuat daripada bata pepejal dan ditutup dengan batu marmar yang disumbangkan oleh Gian Galeazzo Visconti, duke ketika itu. Bahagian atas tiang-tiang ini dihiasi dengan mewah, masing-masing dengan lapan patung di atasnya, dengan dua hingga tiga bulatan patung dan hiasan yang lebih kecil.





Stained glass windows of the Archangel Michael: they represent the eternal struggle between good and evil.

Stained glass window over the entrance door.

This stained glass window was made by Giuseppe Bertini in 1855. The work depicts Saint Charles Borromeo at the time of the sale of the principality of Oria, a strip of land belonging to his family located in Apulia, from which he obtained 40,000 scudi that were destined for the poor.

Katedral ini memang sangat besar di dalamnya. Bayangkan luasnya 1.5 padang bolasepak.

Mengapa katedral mempunyai siling yang tinggi begini? Ia direka bentuk untuk menghasil climate dalaman yang selesa dan juga mencipta kesan monumentaliti. Ketinggian yang menjulang tinggi ini memberikan ruang dalaman yang dramatik yang berfungsi untuk mengukuhkan kuasa gereja. 

Siling berkubah adalah ciri seni bina yang indah, tetapi peranan utamanya ialah supaya bahagian dalam katedral ini dilindungi apabila bumbung terbakar. Siling berkubah bermanfaat untuk mencipta rasa lapang dan menjadikannya kelihatan dan berasa lebih besar dan luas.


Stained glass windows of the four-crowned saints.


Sekumpulan pelancong sedang mendengar maklumat dari tour guide mereka.




The altar of St. Agatha.

This painting of St. Peter visiting St. Agatha was created by Federico Zuccari between 1597 and 1599 for the altar of Sant’Agata in the Milan Cathedral. 





Tempat persemadian Beato Andrea Carlo Ferrari yang pernah berkhidmat sebagai Archbishop of Milan 1894 - 1921. Mayatnya diletak dalam glass coffin di bawahnya.

Info tentang Beato Andrea Carlo Ferrari.











Selain patung-patung, juga ada banyak lukisan-lukisan besar.

Ini tempat persemadian seorang lagi Archbishop of Milan yang bernama Beato Alfredo Ildefonso Schuster.



Lilin.


Mayatnya juga diletak dalam glass coffin dengan muka ditutup dengan silver mask.





More stained glass windows. This is the Life of St. Ambrose window, patron saint of Milan and bishop from 374.

Left photo/top: The most tense episode: the Meeting between Ambrose and the Emperor Theodosius. Theodosius was the emperor of the East who squashed the revolt of many citizens in Thessalonica (today the Greek port city of Thessaloniki) in bloodshed. Ambrose could not remain impassive to such an atrocity. During the famous meeting, the Saint forbade the emperor from entering the Church, and admonished him. He was a sinner and like anyone else, he had to repent.
Left photo/bottom: St. Ambrose, with the pastoral staff in his left hand, is preaching to the community, while the vast audience listens on. The many nuances of the human soul shine through in the faces of the onlookers.

Bahagian atas tiang-tiang besar dalam katedral ini turut dihias dengan banyak patung-patung adn other ornate decorations.





Ini bahagian Presbytery dan Altar di tengah katedral yang merupakan bahagian gereja yang eksklusif untuk paderi sahaja. Presbytery ini dibahagikan kepada separuh bulatan yang dikelilingi oleh 10 tiang dengan altar tinggi purba berdiri di tengahnya. 

Altar tinggi ini asalnya dari basilica Santa Maria Maggiore, yang dibina pada 313 AD dan merupakan blok pepejal marmar brocatelle. Di tengah-tengah altar terdapat plak seorang lelaki yang memegang skrol, yang dikatakan sebahagian daripada Sarcophagus Rom abad ke-3.

On the left is the Organ of the Duomo. The largest in Italy, the grand organ of Milan cathedral is among the most remarkable musical instruments in the world, a technological 15,800-pipe giant.



Bishop's seat.

Left: Silver statue of Saint Ambrose. 

Stone altar of Saint Joseph. 








Ini patung Saint Bartholomew yang merupakan satu patung yang sangat terkenal di dalam Milan Cathedral ini.


Plak-plak di atas lantai katedral sebagai tanda penghormatan untuk mereka yang disemadikan di dalam katedral ini.



This is the Funerary monument for Gian Giacomo Medici which dates from the middle of the 16th century.



The Altar of Saint Giovanni Bono.
















Altar of 'Presentation of Mary in the Temple'.
On top is St. Giulitta stained glass window








Ini Patung Saint Bartholomew. Saint Bartholomew adalah seorang pengikut Jesus Christ yang taat. Dia telah merawat anak perempuan King Polymius of Armenia dari penyakit gila sehingga menyebabkan seluruh keluarga raja memeluk agama Kristian. Adik raja yang bernama Prince Astyages takut akan kehilangan kuasa setelah abangnya memeluk agama Kristian. Beliau telah membunuh Saint Bartholomew dengan cara dipancung dan disiat kulitnya. Disebabkan sejarahnya, Saint Bartholomew telah diangkat oleh Gereja Roman Katholik sebagai patron saint bagi penyembelih daging.

Sebagai penghormatan kepada kisah Saint Bartholomew, patung beliau di Milan Cathedral yang diukir oleh Marco da Agrate pada tahun 1562 ini digambarkan sebagai tidak mempunyai kulit. 'Pakaian' yang dipegang oleh patung ini adalah sebenarnya kulit beliau sendiri yang telah disiat keluar oleh Prince Astyages. 










The windows on the story of Catherine of Alexandria made by Arcimboldo family.













The New Testament stained glass window.





The Crypt: It is an uncommon fact known to many that beneath the high altar is a crypt made of dazzling marble. Officially called the Jemale Chapel of the Duomo, the crypt was designed in the 16th century by Pellegrino Tibaldi, the favorite artist of St. Charles Borromeo. Its dome-like ceiling is embellished with stucco engravings depicting the Passion of Christ and the Eucharist. In the middle stands an altar that contains sacred relics of Saint Charles Borromeo and is surrounded by marble-blended Tuscan columns.








Altars of the Cathedral: There are smaller altars located in the Duomo Milan. Mostly carved from stone, these altars contain a mix of high-relief sculptures and statues surrounded by marble pillars. In the right transept, you will find the Altar of the Madonna and the Tree. In the southern part of it, you will find the altar of San Giovanni Bono, an elaborate arrangement of sculptures of classical style. Although it looks like one piece, the altar is a collection of different sculptures. Another noteworthy sight is the altar of St. Joseph. 

In the apse, suspended 40 meters in the air is a small red light said to preserve the nail that was used to crucify Jesus. 

Paku ini yang digelar sebagai Holy Nail dikatakan telah ditemui oleh Empress Helena, ibu kepada Emperor Constantine yang mengasaskan kota Constantinople di Turkiye dulu sewaktu beliau melawat Palestine.

Maka selesailah lawatan kami di Milan Cathedral. Jom kita ke tempat lain pula.

Facade luar katedral.










Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment