السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi dalam bahagian 03 (terakhir) jalan-jalan kami di Penang Botanical Gardens trails.
Seterusnya kami masuk ke Rumah Orkid. Juga dikenali sebagai Orchidarium.
Sejarah Orchidarium.
Jom masuk.
Tentulah bila masuk kami expect there will be many beautiful orchid blooms of variety of colors. Unfortunately tiada bunga orkid masa kami ke sini.
Rumah Orkid ini luas dan bersiling tinggi. Like the Fern House we visited earlier, I'm sure this Orchidarium was also built to create an environment that is conducive for orchids to grow. Landskapnya juga cantik.
Ada sebuah kolam kecil di tengah taman ini.
So kenapa sebuah Rumah Orkid ini tiada orkid? Menurut pekerja yang ada di dalam rumah ini masa kami datang melawat, ianya kerana Covid-19. Semasa PKP Orchidarium ini ditutup dari menerima sebarang lawatan. Sadly, it was also left unattended. Tapi sekarang usaha-usaha sedang dilakukan untuk memulihkan kembali tumbuhan di dalam rumah ini. Tambah pekerja itu lagi, sekarang ada pokok-pokok orkid yang sedang dipelihara di tapak semaian (nursery) yang akan dipindahkan ke Rumah Orkid ini later on when they are ready.
Walaupun tiada orkid, tumbuhan lain di sini nampaknya dijaga dengan begitu baik dan tumbuh subur.
Pelawat boleh naik ke balkoni atas dengan tangga ini untuk mendapatkan pemandangan keseluruhan Rumah Orkid ini dari atas.
I must say I really like this wall garden atau vertical garden ini.
Menurut pekerja tadi, those are real plants. How fabulous! Tapi dia kata vertical garden ini masih lagi dalam proses pemulihan dan akan nampak lebih cantik lagi bila ia sudah pulih sepenuhnya.
Pemandangan ke luar Rumah Orkid.
Disebabkan tiada sekuntum pun bunga orkid masa kami lawat Rumah Orkid ini, saya letaklah sini foto-foto bunga orkid yang ada dalam arkib saya. Perhaps some of these orchids were the actual orchids that were in this Orchidarium.
Ini foto-foto bunga-bunga orkid pelbagai spesis yang saya rakam di Taman Orkid Kuching, Sarawak.
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Taman Orkid Kuching, Sarawak |
Ini pula foto-foto bunga orkid di O&R Garden di Cameron Highland.
O&R Garden, Cameron Highland |
O&R Garden, Cameron Highland |
O&R Garden, Cameron Highland |
Ini bunga orkid yang tumbuh liar di The Habitat, Penang Hill.
The Habitat, Penang Hill |
The Habitat, Penang Hill |
Dan yang ini pula set foto-foto bunga-bunga orkid di event Royal Floria Putrajaya 2015.
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Royal Floria Putrajaya 2015 |
Agaknya kesiankan kami tak dapat tengok bunga orkid di dalam Rumah Orkid ini, pekerja tadi mencadangkan kami pergi pula ke Kolam Lily which is not that far from the Orchidarium.
Masa dalam perjalanan itu kami spotted bunga ini. Check dalam internet namanya Pachystachys coccinea.
Untuk ke Kolam Lily ada dua laluan hutan berhampiran Orchidarium. Semasa di laluan ini, pengunjung dapat menikmati kenyamanan persekitaran dan menikmati rasa berada di dalam hutan hujan tropika.
Beautiful lush green tropical jungle.
Kami pun sampai ke Kolam Lily.
Kolam Lily ini dikelilingi kehijauan hutan. Pengunjung boleh duduk di sini berehat sambil menikmati ketenangan alam semula jadi.
Walaupun Kolam Lily ini adalah buatan manusia, ia telah disepadukan dengan baik ke dalam persekitarannya.
Di dalam Kolam Lily sebenarnya ada ikan kap dan kura-kura. Tapi kami tak nampak pulak sekor pun.
Pepatung berlegar-legar di teratai air dan tumbuhan akuatik di kolam ini.
Air yang mengalir keluar dari kolam ini disalurkan ke Sungai Air Terjun.
Terdapat anak tangga menuruni dari laluan pejalan kaki ke kolam ini.
Suasana di kolam yang dinaungi oleh pokok-pokok tinggi di kaki Bukit Pulau Pinang ini begitu nyaman sekali.
Dari jambatan konkrit kecil ini pengunjung boleh melihat pemandangan keseluruhan Kolam Lily.
Ok jom kita sambung lagi jalan-jalan.
We came upon this information board. It is about the Japanese War Tunnel in Penang Botanic Garden.
Such fascinating facts.
Kami pun sampai semula di jalan utama Penang Botanic Garden Trail ini.
Dulu-dulu taman ini dikenali sebagai Waterfall Garden sebab ada air terjun yang besar di sini. Jadi kami pun nak pergilah cari air terjun tu.
Ini Rumah Pokok Hiasan. Kami tak masuk sebab ketika itu kami sudah agak kesuntukkan masa sebab wife had to go for a meeting that afternoon.
Ada papan besar di sini yang sarat dengan maklumat tentang taman ini dari pihak Pengurusan Taman Botani Pulau Pinang.
Informasi yang menarik.
Berjalan lagi. Laluan ini menaik bukit sikit.
Kami pun passed by Taman Herba.
Maklumat tentang Taman Herba.
Kami tak masuk ke dalam taman ini, cuma ambil gambar dari luar sahaja.
Ok sambung jalan lagi mencari air terjun.
Pokok ini namanya Sausage Tree.
Info on Sausage Tree.
Kami juga passed by Arboretum buah-buahan.
Ini pokok Melaka.
Maklumat tentang pokok Melaka.
This is the Cannon Ball Tree. Rasanya pokok ini pokok paling famous di taman botanik ini.
Dan kami pun sampai lokasi untuk tengok air terjun Taman Botani Pulau Pinang ini. Sebenarnya awal tadi kami tersesat tak jumpa air terjun ini. Kami pun bertanyalah pada seorang auntie dan terus dia offer nak tunjukkan pada kami. 'Come follow me', kata dia. Kami pun follow tapi dia punya jalan, laju sungguh! Mencungap kami dibuatnya... hihi 😅. Walaupun auntie tu lebih tua dari kami but she is so much stronger and faster than us!
Auntie tu kata sekarang sudah tak berapa nampak air terjun tu disebabkan tumbuhan hutan yang makin lebat. Jadi pemandangan terhalang.
Sekadar ini sahaja yang kami nampak.
Ok let's complete the full circle of this loop trail, heading towards the entrance where we started earlier.
Taman Botani Pulau Pinang ini adalah sebuah taman botani yang pada kami cukup indah sekali. Beruntungnya orang Penang.
Beautiful white gazebo amidst the lush green. Nice! 😃
Ini adalah Cannon Ball Tree yang lebih besar lagi saiznya dari yang kami nampak earlier.
Information about the Cannon Ball Tree from scanning the QR Code provided by the Penang Botanic Gardens.
There is this beautiful arched metal trellis tunnel with steps that goes all the way down to the lower level of this garden.
Imagine how beautiful it will be when this trellis tunnel is completely covered with vines and climbing plants.
Di tepi laluan trail yang menuju ke arah pintu masuk taman ini, ada deretan pokok-pokok matang that are, I think, purposely preserved and be made part of the botanic garden's beautifications.
Ini pokok Kedah Bungur atau Malayan Crepe Myrtle.
Maklumat tentang pokok Kedah Bungur.
This magnificent tree is called Angsana or Sena.
Maklumat tentang pokok Sena.
Maklumat tentang pokok Sena yang disediakan oleh pihak pengurusan taman untuk bacaan pengunjung taman ini.
Cannon Ball Tree.
Maklumat tentang Kitaran Nutrien.
Laluan ini juga cantik dihiasi dengan pokok-pokok bonsai di kiri kanan laluan. Dengan itu maka selesailah cerita jalan-jalan kami di Taman Botani Pulau Pinang yang cukup indah ini. Alhamdulillah.
Sampai saja ke pintu masuk/keluar taman, saya pun call Grab Car and we both hurried back to the hotel as my wife had to get ready for her meeting.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment