السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung cerita Bahagian 02 jalan-jalan kami di Penang Botanical Garden.
In bahagian nurseri taman. Ada pelbagai pokok hiasan ada di tapak semaian ini.
Di belakang sana ada macam-macam jenis bunga berwarna warni. Understandably, this is a prohibited area as it is a nursery.
Ok, jom kita exit dari Taman Formal ini.
Kami meneruskan perjalanan Penang Botanical Garden Trail. We came upon Botanika. It is a giftshop with items on sale like Botanical books, books on local interests, t-shirts and refreshments.
Dengan kehijauan yang menenangkan dan udara yang segar, aktiviti riadah di sini sentiasa menjadi kegemaran pengunjung. Taman ini paling ramai pengunjungnya terutamanya pada waktu pagi dan petang untuk bersenamrobik, berjoging dan bersenaman lain.
Di taman ini terdapat banyak pokok-pokok besar dari pelbagai spesis yang usianya sudah berpuluh tahun. Maybe even more than a hundred years old.
Huge high green canopies brilliantly lit so gloriously by the morning sun. SubhanAllah.
Taman jadi lebih indah dan damai dengan adanya water element seperti anak sungai ini yang begitu jernih airnya.
Ok, jom kita masuk ke Rumah Paku-Pakis.
Ia sebuah taman khusus untuk penanaman dan paparan pokok-pokok paku-pakis kepada pelawat Penang Botanical Garden ini. Di dalam rumah ini terdapat pelbagai spesis pokok paku pakis yang unik.
Pada asasnya rumah paku-pakis adalah sejenis rumah hijau (greenhouse) atau rumah teduh (shadehouse) untuk menanam paku-pakis.
Papan maklumat hari dan waktu lawatan rumah ini.
Let's explore this wonderous fern house.
Masa melangkah masuk ke Rumah Paku-pakis ini terasa macam lalu inter-dimensional portal ke prehistoric earth... hihi 😃.
Pokok-pokok paku-pakis di dalam rumah ini tumbuh dengan begitu subur dan rimbun sekali.
Cahaya pagi turut mengindahkan lagi suasana di dalam rumah ini.
Secara umumnya pokok paku-pakis adalah merupakan tumbuhan vascular (dengan urat saluran air). Ia tidak berbuah, berbiji atau pun berbunga dan membiak dengan menggunakan spora.
Siling Rumah Paku-Pakis ini dibina tinggi dengan keliling luarnya terdapat pokok-pokok besar menjadikan suasana di dalam rumah ini redup dan sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok paku-pakis.
Pada masa ini terdapat sekitar 12,000 jenis pokok paku-pakis yang tumbuh di serata dunia. Dan dari 12 ribu jenis ini dipercayai terdapat sehingga 20,000 spesies yang berbeza.
Oleh kerana terdapat spesies yang banyak dalam kumpulan tumbuhan ini, pokok paku-pakis mempunyai pelbagai rupa bentuk, saiz dan juga ciri-ciri unik lain untuk spesies-spesies tertentu.
Terdapat juga spesies paku-pakis yang mempunyai batang yang meninggi seperti paku gajah atau Cyatheaceae yang boleh tumbuh setinggi 20 meter (66 ft).
Kebiasaannya ketinggian pokok paku pakis adalah antara 2 inci dan boleh tumbuh sehingga 80 kaki.
Manakala yang lain kebanyakannya tumbuh pada ketinggian tanah dan menjalar.
Ada juga yang tumbuh di atas pokok-pokok yang lain.
Pokok paku-pakis mempunyai akar berserabut yang mudah menyerap air dan semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan.
Pokok paku-pakis cenderung tumbuh dengan subur di iklim tropika. Makin tinggi latitud, makin kurang tumbuhan paku-pakis kerana latitud yang lebih tinggi mempunyai bekalan lembapan yang semakin berkurangan.
Terdapat laluan-laluan yang melingkari taman paku-pakis ini untuk pengunjung explore dan menikmati keindahan pelbagai pokok-pokok paku-pakis.
Mestilah juga bergambar kenangan di dalam Rumah Paku-Pakis yang cukup indah ini 😊.
Honestly, my wife and I really had a good time exploring this Fern House. Packed full with so many ferns species at every corner.
Tidak seperti kebanyakan tumbuhan berbunga, pokok paku-pakis individu adalah samada jantan atau betina - bukan kedua-duanya. Jantina mereka terjadi selepas percambahan, pada peringkat awal pertumbuhan mereka.
Beberapa spesis pokok paku-pakis mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun.
Dipercayai pokok paku-pakis mula-mula muncul di bumi lebih 360 juta tahun dahulu iaitu pada Zaman Devonian. Bukti ini tentulah diperolehi daripada fosil yang ditinggalkan oleh pokok paku-pakis tersebut.
Paku-pakis mampat bertukar menjadi bahan api fosil dan menjadi asas kepada minyak dan gas. |
Walaupun banyak tumbuhan di hutan hujan telah wujud selama berjuta-juta tahun, paku pakis telah wujud lebih lama daripada itu. Mereka muncul dalam rekod fosil sejak lebih 360 juta tahun dahulu.
Paku-pakis merupakan salah satu kumpulan tumbuhan tertua di bumi yang sudah ujud 200 juta tahun sebelum munculnya tumbuhan berbunga.
Jenis paku-pakis yang kita lihat sekarang telah ujud sejak 45-50 juta tahun.
Kebolehan pokok paku-pakis membiak tanpa memerlukan agen pendebungaan inilah yang membolehkan ia membiak hampir di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Malah melalui sporanya yang halus, pokok paku-pakis boleh dilihat tiba-tiba muncul di satu-satu kawasan.
Fern leaves are called fronds and they uncurl from croziers.
Beberapa pokok paku pakis, seperti lady fern dan maidenhair fern, adalah tahan matahari dan boleh tumbuh dengan baik apabila diletakkan di bawah pancaran cahaya matahari langsung.
Walau bagaimanapun, kebanyakan jenis pokok paku-pakis langsung tidak memerlukan cahaya matahari, dan mereka boleh tumbuh dalam suasana redup. Kebanyakannya tumbuh dengan baik ketika berada dalam kira-kira 60% hingga 70% keredupan.
Pokok paku-pakis juga mempunyai pelbagai kegunaan pada manusia dan alam. Sebahagian pokok paku-pakis boleh dijadikan sebagai sumber makanan, sebagai hiasan, memulihkan tanah yang tercemar, mencegah hakisan, digunakan untuk menyerap gas-gas merbahaya dari udara selain turut digunakan untuk upacara tertentu, perubatan dan kesenian.
Pokok paku-pakis membantu dalam mencegah atau menghapuskan pencemaran kerana ia mengeluarkan dan menapis toksin, seperti logam berat, daripada persekitaran dan dengan itu menyediakan bioindikator untuk kesihatan ekosistem.
Pokok paku-pakis juga menyediakan mikrohabitat, serta tempat perlindungan dan naungan kepada haiwan-haiwan kecil.
Sebahagian jenis paku-pakis juga menyediakan sumber makanan atau ubat untuk haiwan, termasuk manusia.
Dinosaur herbivor seperti Stegosaurus dan Triceratops juga memakan paku-pakis selain conifers, cycads and mosses. Analisis kandungan perut fosil dinasour herbivor mendedahkan bahawa ia memakan paku-pakis jenis-jenis tertentu.
Bunga Anthurium atau Laceleaf.
Encik ini adalah penjaga Rumah Paku-Pakis ini. He was trimming and pulling off dead leaves. Sempat saya berbual dengan dia. Dia ditugaskan menjaga Rumah Paku-Pakis sudah belasan tahun and he takes pride in doing the job. From the way he talked about the variety of ferns here, I can feel that he is very passionate about the vegetations and the job of maintaining and making sure all the ferns are well taken care of. Alas, he said he will be retiring soon.
Baik, selesai sudah jalan-jalan dalam Fern House, Penang Botanical Garden. Tapi sebelum saya sambung semula cerita jalan-jalan di bahagian lain taman ini, saya kongsi beberapa foto-foto taman dan tumbuhan paku-pakis yang bermacam jenis yang sempat saya rakam ketika percutian-percutian dan photo outings saya yang lalu. Here they are...
Taman Tasik Permaisuri Cheras |
Taman Tasik Permaisuri Cheras |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Taman Botani Negara Shah Alam |
Taman Botani Negara Shah Alam |
The Treasure @ Taman Herba Gopeng |
Taman Eko Rimba, Mossy Forest, Cameron Highlands |
Taman Eko Rimba, Mossy Forest, Cameron Highlands |
Copthorne Hotel Cameron Highlands |
Copthorne Hotel Cameron Highlands |
The Habitat Penang Hill |
The Habitat Penang Hill |
The Habitat Penang Hill |
The Habitat Penang Hill |
Tropical Spice Garden, Teluk Bahang, Pulau Pinang |
Teluk Paku Trail, Bako National Park, Kuching, Sarawak |
Teluk Paku Trail, Bako National Park, Kuching, Sarawak |
Teluk Paku Trail, Bako National Park, Kuching, Sarawak |
Teras Harau, Jorong Lubuak Limpato, Tarantang, Lembah, Kec. Harau, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia |
Teras Harau, Jorong Lubuak Limpato, Tarantang, Lembah, Kec. Harau, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia |
Hamilton Garden, Hamilton City, New Zealand |
Skyline Rotorua, Ngongotaha Mountain, Fairy Springs, Rotorua, New Zealand |
Skyline Rotorua, Ngongotaha Mountain, Fairy Springs, Rotorua, New Zealand |
Government Gardens, Rotorua, New Zealand |
Government Gardens, Rotorua, New Zealand |
Geothermal Valley Te Puia, Rotorua, New Zealand |
Orakei Korako Geothermal Park & Cave, Mihi, New Zealand |
Orakei Korako Geothermal Park & Cave, Mihi, New Zealand |
Baik, sambung semula cerita jalan-jalan kami di Taman Botani Pulau Pinang.
Taman Botani Pulau Pinang yang sudah berusia 136 tahun kekal menjadi kegemaran sepanjang masa bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk menikmati udara segar, kehijauan, kemudahan rekreasi dan untuk dekat dengan alam semula jadi.
Taman ini adalah sangat luas dengan pemandangan padang hijau, pokok-pokok matang dan bukit bukau. Kalau tak silap di belakang tu adalah Zi Zai Hill atau Penang Hill.
Kehujauan yang menyejukkan mata.
Trail di taman ini ada yang rata, yang curam sederhana dan curam mencungap... hihi 😄. Tapi tak apa, pelan-pelan je kami jalan, sambil stop-stop every now and then untuk ambil gambar 😃.
Pokok renek Royal Purple.
Masa ini sudah pukul 9:30 pagi. Embun di daun-daun ini masih belum evaporate. Suasana di taman ini memang nyaman.
Fortunately, tiada monyet ganas masa kami lalu di sini. Memang kami pastikan kami tak carry any food with us at that time.
What a beautiful tree, subhanAllah.
Such glorious morning light.
Pokok besar ini namanya Senegal Khaya atau Khaya Senegalensis.
Maklumat tentang beberapa pokok-pokok di taman ini ada dipamerkan di papan maklumat begini untuk pengetahuan pengunjung.
Saya scan the QR Code dan ini maklumatnya. Nice! Thank you Penang Botanic Garden 😃.
Landskap taman yang indah dengan pokok-pokok besar yang rendang.
Ini antara gazebo-gazebo yang dibina di taman ini untuk pengunjung berehat dan berteduh sambil menikmati keindahan taman.
And there are many strategically located benches for visitor to rest and enjoy the sceneries.
Wonderful huge tall tree with bright pink flowers.
Berangan kejap konon ini pokok cherry blossom... hihi 😃😄.
Cantik sungguh bunganya.
Ini pokok dan bunga Cherry Blossoms sebenar di Kiyomizu Temple, Kyoto, Japan.
Di taman botani ini juga terdapat padang-padang hijau yang besar dan rapi.
Terdapat sebuah Bandstand dibina di padang ini. Perhaps for events.
Ini pokok Kelat Jambu.
Maklumat tentang pokok Kelat Jambu.
Juga dikenali sebagai Kelat Laut.
Ini pula pokok Malabar Ebony.
Maklumat tentang pokok Malabar Ebony.
What an amazing tree.
Yes indeed, please don't feed the monkey sebab they will kejar you aggressively for more food 😄.
Another huge tall magnificent tree. Mungkin usianya sudah berpuluh atau lebih seratus tahun.
Ada gazebo dan jambatan yang merentasi sungai.
Ini pokok Enau atau Kabung atau Sugar Palm.
Maklumat tentang pokok Sugar Palm.
Ini pokok Enau/Kabung yang saya rakam ketika dalam perjalanan di Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia. Pokok ini sudah boleh diambil air niranya sekitar usia 5 tahun dan paling produktif antara 10-20 tahun. Boleh menghasilkan 15-20 liter nira tiap hari. Cairan ini mengandungi antara 10-15% gula.
Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia |
Bahagian pokok yang diambil nira adalah pada tangkai bunga jantan. Dari tangkai bunga betina juga boleh tapi dari bunga jantan jumlah dan mutu adalah lebih bagus.
Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia |
Takungan batang buluh digunakan. Ia sepanjang lebih kurang antara 1-1.5 meter. Naik/turun adalah menggunakan batang buluh yang dilubangi dan dimasukkan sebatang kayu untuk tempat berpijak seperti dalam gambar.
Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia |
Melihat daun pokok ini yang lebar, besar dan panjang mengingatkan saya pada Al Quran yang dibuat dari palm leaves dengan ayat-ayat Al Quran ditulis tangan dengan paku panas.
Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy, Jabriya, Kuwait |
Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy, Jabriya, Kuwait |
Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy, Jabriya, Kuwait |
Ini pula pokok Kelat Hitam.
Maklumat tentang pokok Kelat Hitam.
Nama Kelat Hitam merujuk kepada buah pokok ini seperti buah beri yang menjadi hitam apabila masak.
Ada air terjun buatan kecil di sini.
Bunyi air terjun ini sungguh mendamaikan.
Jambatan konkrit merentasi anak sungai.
Cantik sungguh pancaran cahaya matahari pada pagi itu.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment