Monday, August 8, 2022

PULAU PINANG - DAY 01 - PART 02 - JERUK MADU PAK ALI & TEOCHEW CHENDUL

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kami sudah rancang masa di Penang ni kami nak beli jeruk buah. So lepas check-in kami naik Grab Car ke kedai Jeruk Madu Pak Ali di Lebuh Tamil.

Bank of China Penang, Lebuh Pantai, George Town.

Bishop St.

Penang Street.

Street Art di Lebuh Gereja. 

Di Lebuh King ini ada deretan bangunan shoplot lama/warisan dan kuil-kuil lama.

This is the heritage building of Chong San Wooi Koon which is a Cantonese clan association. Bangunan yang dibina pada abad ke-19 ini menampilkan gaya seni bina dan hiasan Kantonis yang indah.

Bangunan warisan yang telah dibaik pulih dan dijadikan sebuah hotel ~ G Fortune Hotel, Church Street.

Sri Mahamariamman Temple dilihat dari Jalan Masjid Kapitan Keling.



Hotel Hong Ping at Jalan Chulia, George Town.

Grand Swiss Hotel by Moxy, Lebuh Chulia, George Town.


Medan Lebuh Campbell at Jalan Penang.

Kami pun turun di Pasar Chowrasta. 

Jeruk Madu Pak Ali di Lebuh Tamil/Jalan Penang.

Ada deretan gerai-gerai di Lebuh Tamil ini. Saya baca di sini ada dijual makanan yang popular sedapnya antaranya Ais Tingkap, Cucur Udang, Laksa Penang dan Teh Halia.


Ada banner besar Ais Tingkap di sini. Ok, jom kita masuk ke dalam kedai Jeruk Madu Pak Ali.

Saya dan isteri sekali sekala memang suka makan jeruk buah-buahan. Tapi selalunya bila cuba kami mesti sakit dan perit tekak. Sehinggalah kami beranikan diri mencuba Jeruk Madu Pak Ali ini. And we like it! 

Jadi setiap kali kami ada peluang ke Pulau Pinang, kami akan ke kedai ini. 

Tak banyak yang kami beli kali ini sebab the last time kami beli a bit extra langsung tak habis pun. Kami suka jeruk mangga dan mixed fruits.

Jeruk Betik.

Jeruk Sengkuang.

Jeruk Cerry Merah.


Selain jeruk, ada macam-macam jenis jajan lain yang juga dijual di kedai ini.


Our purchase. Those Coconut Cookies are very nice!

Selesai beli jeruk, kami nak makan cendul pula. Masa on the way we spotted a mural. Ada sebuah mural di bangunan di persimpangan Jalan Penang dan Lebuh Kimberley ini.  

Let's have a closer look.

Kami pun sampai ke Lebuh Keng Kwee. Di sinilah lokasi Teochew Chendul yang famous tu. 

Kami pun order 2 mangkuk chendul original. Tak nak makan berdiri saya pun tanyalah kalau ada kerusi untuk kami duduk. Auntie di situ kata kami boleh makan di restoran chendul mereka. Eh... tak tahu pun ada restoran. 

Sambil memegang mangkuk chendul masing-masing, kami pun berjalan ke restoran yang cuma beberapa meters away from the stall. Dan inilah restorannya. Rupanya ada juga dijual Laksa (famous Penang Rd. Laksa) dan Rojak Dessert.

Jom masuk dalam.


Suasana di dalam Restoran Teochew Chendul.

Kali terakhir saya makan Teochew Chendul ini di Penang adalah pada 2018 di Gurney Plaza mall. Yes, mereka ada satu branch di foodcourt mall itu. Dan first time saya cuba chendul ini adalah pada 2014, minum sambil berdiri di gerai je masa tu... hihi. So it seemed I have been having this dessert every four years: 2014, 2018 and 2022... hihi 😃😄. 


Our original Teochew Chendul. Kami memang suka yang original and prefer not to have any added items such as durian or coffee. Yes, they do have Chendul Durian dan Chendul White Coffee. And they have Chendul with Ice Cream, Milk Tea, Chocolate, Chempedak and Nutmeg as well.

Hmmm... yum 😋.

Me making mental reminders to ensure I take my evening medications before spooning this delicious dessert 😄😅. 

Selesai makan chendul kami pun nak pergi dinner di Padang Kota. Masa jalan keluar dari Lebuh Keng Kwee ini baru saya perasan ada mural besar yang sangat cantik ini! 😃

Mural besar seorang budak lelaki sedang minum semangkok Teochew Chendul ini dilukis oleh seorang Canadian street artist bernama Emmanuel Jarus.


Ada satu lagi mural oleh Emmanuel Jarus di Penang selain mural ini. Mural yang bertajuk 'Looking Up' ini ada di dinding 1st Avenue Mall, di Jalan Magazine, George Town, Penang.

Kami pun ambil Grab Car untuk ke Padang Kota for dinner. We had meals there before, in 2018, and it was quite good especially the Mee Sotong.


Masjid Kapitan Keling di Lebuh Pitt.


This is Goddess of Mercy Temple Penang. It is an elaborate Taoist temple dating to 1728 and dedicated to Guanyin, a bodhisattva and Goddess of Mercy.

St. George Church di Lebuh Farquhar.

Kami pun diturunkan oleh Grab Car driver di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Sebenarnya ini bukanlah tempat yang kami nak pergi tapi kami turun saja sebab our intended place was just across the padang. 

Tempat yang kami nak pergi namanya 'The Esplanade Park', di hujung sana Padang Kota Lama ini.

Kami juga nampak seorang uncle pengayuh beca roda tiga ini sedang berehat. 
🔶Di Pulau Pinang beca yang dahulu merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang penting, kini masih lagi beroperasi tapi lebih kepada untuk pelancong.
🔶Pada tahun 1950an ada beribu beca di Pulau Pinang. Sekarang tinggal cuma lebih kurang 200 dan penggunaannya kini adalah terbatas di kawasan dalam bandar sahaja.
🔶Biasanya uncles pengayuh beca roda tiga ini juga berperanan sebagai pemandu pelancong.
🔶Bilangan penarik beca ini makin berkurangan dengan peningkatan taraf hidup.
🔶Ramai yang dah berusia dan generasi muda pula tidak berminat membuat pekerjaan mengayuh beca. 

Jom kita rentas Padang Kota Lama ini.  Ramai juga orang sedang beriadah di padang ini.  

Senja di Padang Kota Lama. Suasana wide open space with green landscape memang cantik untuk capture sunset. 

Penang City Hall.

Penang Town Hall. 

Di sinilah sebenarnya tempat yang kami tuju, 'The Esplanade Park'... hihi 😄.

Sebenarnya saya nak makan Mee Sotong, unfortunately queue panjang. Foodcourt ini pula tutup pukul 8 malam dan masa itu sudah pun pukul 7 malam. Tutup awal sebab pandemik I reckon.

Foto-foto lama Mee Sotong yang sedap dan popular di Penang. Apa nak buat, dah malas nak beratur panjang, maka miss out lah.. hihi 😄.


Jadi kami pilih tempat duduk dan order saja di gerai yang tiada customers lain. 

Our dinner. Mee Goreng Seafood and orange juice. Simple, cepat dan sedap! 😋 Alhamdulillah. Fyi, food was served using plastic plates, spoon and fork. Pakai buang sebab pandemik.

Generous seefoodnya. 

Lepas makan ingat nak call Grab Car tapi bila tengok peta, rupanya Royale Chulan hotel is within walking distance. Jadi kami jalan kaki sajalah. Ini Queen Victoria Diamond Jubilee Clock Tower dan Pinang Fountain yang berbentuk buah pinang terbelah.




Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Lorong pejalan kaki menuju ke Hotel Royale Chulan.



Tiba di hotel.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment