Monday, May 9, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 04 - PART 02 - KUCHING - BAKO NATIONAL PARK - TELUK PAKU TRAIL - PART 01

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selamat Hari Raya! 😃

Ok, saya sambung semula cerita percutian saya dan isteri di Miri/Kuching dengan cerita kami di Bako National Park.

Dengan perjalanan naik bot laju dari Jeti Nelayan Kampung Bako selama lebih kurang 20 minit maka kami pun selamat tiba di Bako National Park HQ di Pantai Teluk Assam. 


Ada sign board 'Taman Negara Bako' yang tiangnya dihiasi dengan corak ukiran seperti tiang yang terjumpai di tapak excavation Gua Niah. 

Di sini juga ada peringatan waspada buaya. 

Pemandangan Pantai Teluk Assam.

Ini bangunan Bako National Park HQ di Pantai Teluk Assam.

'Beware of wild animal attack' !! 😕😟



Abang Adam sedang membasuh kaki di depan bangunan Bako National Park HQ yang ada disediakan paip-paip air untuk pelawat membasuh kaki yang berpasir. Lepas itu dia terus masuk ke dalam bangunan untuk membuat pendaftaran untuk kami. Semua pengunjung yang tiba di Taman Negara Bako perlu membuat pendaftaran di Ibu Pejabat Taman Negara ini. Jika ingin membuat hiking pada trails yang ada di taman ini, pelawat mesti memaklumkan pihak taman trails mana yang mereka ingin jejaki. 

Pemandangan ke arah Pantai Teluk Assam. 

Ada info menarik tentang Sarawak Delta Geopark.


Ini peta Trails yang ada di Taman Negara Bako. Taman Negara Bako ialah sebuah taman negara di Bahagian Kuching yang ditubuhkan pada 1957. Ia merupakan taman negara tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi. 

Bako adalah salah satu taman negara terkecil di Sarawak. Walau bagaimanapun, ia menampilkan beberapa jenis hutan (termasuk hutan hujan), hidupan liar yang banyak, aliran hutan dan air terjun, pantai terpencil dan denai kembara (trails). Ada rangkaian 16 denai pejalan kaki yang dikenalpasti, dengan jarak-jarak dan cabaran-cabaran yang berbeza, untuk dijejaki oleh pengunjung. 

Abang Adam sedang memberi penerangan tentang trails yang ada di Bako National Parks. Dari yang mudah hingga yang sangat mencabar. Tentulah kami minta Abang Adam bawa kami lalui trails yang mudah. Truthfully, kami berdua masih belum lagi 'sembuh' sepenuhnya dari kepenatan jalan di Niah National Park dua hari sebelumnya 😓. 

Abang Adam kata jangan risau dan dia faham. Dia akan mula dengan membawa kami through the Teluk Paku Trail first and see how it goes from there. Dia kata jangan risau sebab kalau masa tengah jalan tu kami rasa tidak sanggup lagi nak teruskan, kami boleh saja berpatah balik. Better that we know our limits and not to paksa ourselves kalau tak larat, nasihat Abang Adam.

And if we decided to patah balik, Abang Adam kata dia boleh bawa kami jalan through Teluk Delima Trail pula kerana that trail is basically a plankwood trail. 

Di sini juga ada dipaparkan senarai Trails serta panjang setiap trail. Also displayed are the approximate time needed to complete each trail. Dengan maklumat ini bolehlah pilih trail berdasarkan keupayaan masing-masing dan masa yang diperuntukan. Bila sudah tahu how much time is needed, bolehlah juga arrange pick up time dengan boatman untuk pulang ke Terminal Bako later on.

Ini peta keseluruhan Taman Negara Bako dan Teluk Paku Trail. 

Ini peta Teluk Paku Trail zoomed-in. Panjangnya adalah 1.5 km dari Bako National Park HQ hingga ke Teluk Paku.  

Teluk Paku Trail secara umumnya dianggap sebagai laluan yang mudah di mana pelawat akan ambil masa lebih kurang sejam untuk selesai berjalan di trail ini. Denai ini bagus untuk mendaki dan berjalan kaki.

Baca doa dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ok, jom. 

Tak sure ini pokok buah apa. Is it pong pong atau labu kayu? Or perhaps some other fruits. But very likely pong pong because we saw the same green fruit at Niah National Park trail.

Batang pokok ini berwarna kelabu dan bertompok putih. Ia mempunyai getah putih yang boleh menyebabkan melepuh jika terkena kulit. Daunnya berbentuk seperti daun pokok mempelam. Buahnya seperti epal hijau. Buahnya secara tradisional digunakan untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus kerana baunya yang busuk. Pokok-pokok pong pong tumbuh menghampiri daratan seperti kawasan lumpur keras dan kawasan berpasir.

Forest lodges ada disediakan di sini untuk pelawat bermalam.

Bagi keselamatan dan memudahkan perjalanan pelawat, laluan titian kayu dibina. Ia juga dibina bagi mengawal pergerakan pelawat to stay on track supaya hutan ini terjaga dari sebarang kerosakan yang boleh berlaku akibat dari aktiviti-aktiviti kunjungan pelawat. Fyi, pada 2018 lebih kurang 70 ribu pelawat telah datang ke taman negara ini.  

Abang Adam bercerita lagi. Taman Negara Bako adalah taman negara yang ramai pelawat kunjungi kerana lokasinya yang hampir dengan Bandaraya Kuching. Juga kerana potensi nak nampak binatang di situ adalah bagus. 

Hutannya ada beberapa jenis hutan. Sarawak ada lebih dari 40 taman negara. The biggest one is Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary. 

Dahulu tanah di Bako adalah dimiliki oleh orang kampung di situ. Bila kerajaan dapati di Bako ada banyak spesis-spesis tumbuhan dan haiwan dan ditambah pula dengan pemandangan-pemandanganya yang cukup indah seperti formasi-formasi batu kapur di pesisir pantai maka Bako diwartakan sebagai sebuah taman negara. Oleh yang demikian ini secara langsung membantu penjanaan pendapatan bagi penduduk kampung. 

Pokok Daun Semun atau Bird's-nest fern, spesis pakis, pokok tumpang. 

Kelihatan tempat-tempat penginapan yang ada disediakan di sini. Menurut Abang Adam, ada 3 jenis taman negara. Pertama, taman negara seperti Taman Negara Bako di mana pelawat boleh bermalam di situ atau buat day trip visit. Kedua, taman negara jenis rizab alam semulajadi atau 'nature reserve' seperti Semenggoh Wildlife Center yang terkenal dengan orangutannya di mana pelawat boleh visit tapi tidak boleh bermalam. Dan yang ketiga adalah tempat perlindungan hidupan liar atau 'wildlife sanctuaries' di mana pelawat tidak dibenarkan masuk, cuma untuk researchers and scientists sahaja.

Penginapan di Taman Negara Bako dipanggil 'Forest Lodges' yang ada beberapa jenis dan 'Forest Hostel'. The rates ranges for RM50 to RM225.

Forest lodges ada yang 2 bilik dan 8 bilik with attached toilet and bathroom or shared toilet and bathroom. Ada yang berhawa dingin atau kipas siling atau ada peti sejuk. Forest Hostel pula ada 4 bilik with shared toilet and bathroom with fan and refrigerator. 

Kami perhati ada banyak monyet-monyet di sini. Maka, kata Abang Adam, kalau kita menginap di sini, kita mesti pastikan tingkap ditutup sebelum keluar kerana monyet-monyet ini suka masuk dalam mencari makanan.  

Terfikir juga kalau masa tu kita berada di lodges ini, kena ke juga pastikan semua tingkap bertutup? Kalau kita tengah makan di dalam dan tingkap terbuka masa itu, adakah monyet-monyet ini akan menerpa masuk? Also will the same thing happen kalau kita bersantai di beranda depan? Cemasnya! 😅 Tahan ke tingkap nak bertutup je. Lagi pun inikan 'Forest' lodge, jadi mestilah nak nikmati keindahan forest di sini dengan membuka tingkap 😅.

Bukan main lagi santai sambil cari kutu 😄.


Abang Adam kata lodges and hostel di sini sekarang semuanya adalah berkeadaan baik kerana baru dibaikpulih masa PKP dulu. Baikpulih dibuat setelah pihak taman negara mendapati the lodges and hostel were in bad condition i.e accommodations unbecoming of a tourists destination. 


Then we came upon Babi Berjanggut atau Bornean bearded pig ini.

Kata Abang Adam, Babi Berjanggut adalah merupakan haiwan yang dilindungi dan hanya boleh diburu dengan mempunyai lesen pemburuan.

Abang Adam kata babi jenis ini tidak menganggu manusia. Dia buat hal dia je walau pun kami berada dekat masa itu. So busy looking for food.

Cakap pasal cari makan, babi ini jenis pemakan segala macam edibles, seperti buah-buahan dan biji-bijian. Ia juga makan haiwan-haiwan kecil seperti cacing dan serangga. Even dead animals pun dia makan. Maka tiadalah bau busuk bangkai di hutan yang ada babi jenis ini.

Yang betina lebih dominant dari jantan.

Haiwan ini penting dalam rangkaian ekologi hutan kerana ia adalah agen penyuraian biji benih utama bagi banyak spesis pokok terutamanya dalam hutan dipterokap.

Selain itu babi berjanggut juga dikatakan memainkan peranan bagi pokok Rafflesia dengan cara memindahkan benih pokok yang terlekat di tapak kakinya semasa dalam proses mencari makanan. 

Begitu juga bagi biji benih durian, iaitu dengan memakan buah yang gugur dan membuang biji yang tidak dapat dihadamkan ke bahagian lain hutan melalui najisnya.

Meneruskan lagi perjalanan.

Melalui kawasan Hutan Pantai. Inilah salah satu keunikan Taman Negara Bako berbanding dengan taman negara lain di dunia. Ia mempunyai tujuh jenis hutan dalam sebuah taman negara iaitu hutan pantai, paya, bakau, bukit, kerangas, gunung dan hutan batu kapur.

Ini peta taburan 7 jenis hutan yang ada di Taman Negara Bako.

Meneruskan perjalanan di Teluk Paku Trail. Sebenarnya kalau ikut peta trails yang ada di taman negara ini, Teluk Paku Trail bermula jauh di depan lagi, dekat dengan tebing bukit. Manakala other source that I researched, Teluk Paku Trail ini bermula dari the Bako National Park HQ. Anyway, I'll use the latter to define the said trail for this blog.


Hati-hati! Buah kelapa gugur! So eloklah stay on the track and not go off course 😅. 

Walaupun Taman Negara Bako ini dikatakan taman negara paling kecil di Asia Tenggara, tapi ia adalah taman negara tertua di Sarawak. Malah ia adalah yang sangat unik kerana walaupun meliputi kawasan yang dikira kecil sebagai sebuah taman negara, di dalamnya terdapat hampir semua spesis tumbuh-tumbuhan yang ada di Borneo. 

Ada banyak pokok-pokok besar yang kami nampak masa berjalan di trail ini seperti pokok-pokok bakau, nibong, rotan dan campuran dipterokap seperti meranti. Di sini we came upon pokok nibong palma berduri yang cukup tinggi ini.

Abang Adam beritahu kayu pokok nibong sering digunakan oleh pembuat barangan kraftangan untuk membuat pelbagai hiasan dalaman rumah. Selain itu, pokok nibong juga pada zaman dulu ada digunakan sebagai alat berkomunikasi di dalam sesebuah kampung untuk pemberitahuan pada orang kampung tentang majlis kenduri, kematian dan lain-lain kejadian.

Kata Abang Adam lagi, seperti palm trees lain e.g pokok kelapa dan pokok kelapa sawit, pucuk pokok nibong juga boleh dimakan kerana ianya lembut. Pucuknya dipotong-potong dan dimasak dengan santan dan lebih sedap jika dicampur udang, daging atau ayam. 

Abang Adam bertanya kami tahu tak kenapa batang pokok nibong ini banyak duri. Duri-duri tajam dan besar ini adalah untuk menghalang pokok ini dari dipanjat oleh binatang-binatang dan memakan biji-biji pokok ini. Tapi Abang Adam kata pernah dia sendiri nampak seekor ular lidi successfully memanjat pokok ini 😄. Abang Adam juga kata pada zaman dahulu kala, ketika tak ujud lagi jarum, duri-duri pokok nibong digunakan untuk mencacah tatu di badan. Ini terutamanya dilakukan oleh kaum Iban. Dakwat tatu yang digunakan adalah dari arang. 

Kegunaan lain pokok nibong termasuk pembuatan atap-atap rumah menggunakan daun-daun pokok nibong yang dikeringkan dan dianyam. 

"Nampak tak bahagian akar pokok nibong yang exposed ini?" tanya Abang Adam. Haaa... bahagian ini setelah di polish sampai berkilat digunakan oleh para pengukir kayu kraftangan untuk membuat bahagian janggut pada patung kayu yang mereka buat seperti patung-patung sembahan kaum Cina God of Fortune.

Suasana cukup nyaman dan redup di hutan ini. Tapi tak dapat saya enjoy sebab saya kegatalan. Ada saja serangga menyerang. Padahal sudah pun tampal beberapa insect repellent patches. Lagi hairan when I saw my wife and Abang Adam relax je tak ada pun nampak tergaru-garu 😕.

Kami meneruskan perjalanan masuk ke bahagian Hutan Bakau pula.

Beautiful mangrove trees. Seperti yang kita tahu pokok-pokok bakau mempunyai peranan yang penting dalam memulihara dan memelihara ekosistem hutan dan kawasan pesisiran pantai.

Pokok bakau memulihara pesisiran pantai di mana ia menjadi lindungan semulajadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah jangka masa panjang. Kawasan hutan paya bakau mewujudkan zon penampan. Ia boleh menahan kekuatan ombak dan angin kencang serta mencegah pencemaran alam sekitar.

Pokok-pokok bakau juga boleh meningkatkan kualiti alam sekitar dan nilai estetika. Ia boleh menjadi daya tarikan pelancong lantas memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan.

Pokok-pokok Bakau juga berperanan memulihkan habitat pesisiran pantai. Ia menjadi koridor kepada kepelbagaian biologi serta memperkayakan sumber hasil pantai. Ia meningkatkan kepelbagaian spesies flora dan fauna serta menyediakan habitat baharu untuk hidupan liar. 
Salah satu kelebihan pokok bakau ialah sistem akarnya yang kompleks dapat menyekat lumpur dan mendapan sungai untuk memastikan kejernihan air mengalir ke laut.

Trail yang kami lalui seterusnya membawa kami ke tepi pantai iaitu di Pantai Teluk Assam.

Laluan konkrit dari hutan tadi bersambung terus kepada jeti di tepi pantai ini.

Kata Abang Adam, bila air pasang, bot-bot membawa penumpang akan menurunkan penumpang di jeti ini. Masa kami sampai earlier, air tengah surut, jadi kami diturunkan di tepi pantai dan seterusnya berjalan di pantai ke arah Bako National Park HQ.

Paya bakau melindungi kawasan pantai daripada hakisan, gelombang ribut dan tsunami. Ia mengehadkan hakisan gelombang kuat terutamanya semasa kejadian seperti ribut taufan dan tsunami. Sistem akarnya yang besar mampu melemahkan pukulan ombak dan boleh pula memperlahankan aliran air pasang untuk menghasilkan mendapan.

Di sini juga kami ternampak lagi the Bornean Bearded Pigs.

Tak tahu la apa yang disondol. Very like mencari makanan. Perhaps crabs, the sand bubbler crabs.

Saya baca babi jenis ini boleh berenang. Ada yang kata they can even swim to offshore islands. 

Pemandangan pantai Teluk Assam dan Laut China Selatan yang indah sekali. 

Seperti ketika kami mula-mula sampai di pantai ini earlier, Gunung Santubong masih lagi dilitupi kabus dan awan. 

Gunung Santubong.


Zoomed-in maximum. Ini kawasan pantai di mana kami diturunkan dari bot bila sampai di pantai Teluk Assam ini dari Jeti Nelayan Kampung Bako. 

Abang Adam masih lagi tercari-cari binatang-binatang liar untuk ditunjukkan pada kami. Gigih dia berusaha. Sebenarnya dia kata dia agak hairan kenapa pagi itu tak nampak pun haiwan liar. Sebagai seorang pemandu pelancong yang berpengalaman dan sering ke Taman Negara Bako ini, Abang Adam sebelum ini jarang sekali tidak ternampak haiwan liar ketika bawa pelancong berjalan di Bako trails. Still, bak kata Abang Adam, itu semua ikut rezeki masing-masing. 

Sambil berehat sebentar di jeti ini, we snapped a few more photos. 


Nelayan agaknya.

Two very important messages: 'Safety First - pakai life jacket' dan 'Awas! Danger! Buaya!'.
Kawasan pantai pun ada buaya? Ada, kata Abang Adam. Signboard 'Awas Buaya' ini dipasang di sini kerana pernah dulu ada orang ternampak buaya di kawasan ini. Agaknya sebab di sini ada banyak Bornean Bearded Pigs. 

Kerana kesiankan saya yang asyik tergaru-garu, my wife pun offer saya pakai sarung lengan dia. Lepas tu barulah saya boleh tersenyum 😄😁. Like seriously, rasa lega sangat tak gatal-gatal kena serang oleh serangga! Fyi, kalau sarung lengan tu warna pink sekali pun, saya tetap akan pakai! 😁 Begitulah rimasnya saya rasa kegatalan... hihi 😂.
Words of advice: masa jalan di trails Bako ni, eloklah pakai baju/t'shirt lengan panjang 😀.

Ada sebatang sungai kecil mengalir dari arah hutan masuk ke laut.

Ke arah laut.

Ada sebuah jeti kayu, perhaps used by the locals boatman/fishermen and rangers.


Setelah berehat selama lebih kurang 10 minit kami pun sambung semula perjalanan. 


Hutan paya bakau bukan sekadar memberi manfaat kepada ekosistem persekitarannya sahaja, malahan ia juga memberi banyak faedah langsung kepada manusia. Secara tradisi, hutan paya bakau telah digunakan sebagai sumber pembekal makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bahan binaan. Kulit pokoknya didapati mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat cat anti-karat. 

Kalau tak silap ini adalah pokok-pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata). Ia salah satu spesis bakau asli yang sering terdapat di kawasan hutan bakau. Ketinggian boleh mencapai 30-35m dan merupakan antara spesis bakau tertinggi di Malaysia. Kulit batangnya tebal dan mempunyai rekahan bersegi. Daunnya yang berwarna hijau gelap dan tebal berkilat. Mempunyai batang yang besar dan kuat. Sesuai dijadikan kayu binaan ringan, kayu pasak dan kayu arang. 

Pokok bakau mampu hidup di persekitaran air masin sehingga 100 kali lebih masin dari air yang boleh diserap oleh tumbuhan biasa kerana terdapat liang-liang halus di akarnya. Liang-liang halus ini mampu menapis hampir 90% dari garam yang terdapat dalam air laut yang memasuki akarnya.

Masa ini kami sedang lalu di salah satu dari 7 jenis hutan di Taman Negara Bako ini iaitu Hutan Paya Bakau. Bako mendapat namanya daripada perkataan ‘bakau’ yang tumbuh dengan banyaknya di sini. Dikatakan Bako hanya menjelma seribu tahun dahulu hasil dari pergerakan bumi dan kemerosotan air laut.

Paya bakau kaya dengan sumber nutrien. Daun-daun pokok-pokok bakau yang gugur ke kawasan paya merupakan asas kepada sistem jaringan makanan yang amat produktif. 

Daun-daun yang mereput membekalkan nutrien kepada plankton, invertebrat dan alga yang kemudiannya menjadi sumber makanan kepada anak-anak ikan dan lain-lain hidupan laut. Ombak menyebarkan bekalan nutrien ini ke kawasan paya lain, muara dan juga terumbu karang.

Abang Adam menunjukkan kepada kami daun pokok bakau ini. Dia suruh kami rasa air yang terpelowap pada daun ini. Air di bahagian depan daun tawar rasanya tetapi air yang terpelowap di belakang berasa masin. Waaa... terkagum kami! Daun-daun ini seolah-olah berfungsi sebagai penapis garam! SubhanAllah. 

Spesies bakau ini boleh mengeluarkan garam melalui kelenjar yang terdapat di bawah daun dan membentuk kristal garam di permukaan daun. Pokok bakau juga boleh menyimpan garam dalam daun-daun tua atau kulit pokok. Garam berlebihan ini akan dibuang apabila daun-daun tua tersebut gugur atau pun kulit pokoknya tertanggal.
Air pada bahagian atas daun ini rasanya tawar. 

Air di bawahnya pula masin.

Kami juga terperasan ada sesuatu yang bergerak-gerak di permukaan pasir/lumpur di sini. Upon closer inspection, rupanya ketam-ketam kecil. Namanya Ketam Rebab atau Fiddler Crab (Ocypodidae). Ketam rebab ini kecil tapi menarik. Habitatnya di kawasan hutan bakau dan pesisir pantai. Mudah dijumpai di kawasan dataran lumpur yang terbuka. Terdapat dalam pelbagai warna, tergolong dalam famili ocypodidae, dengan Genus Uca. 

Ketam jantan mempunyai satu sepit besar sebagai senjata dan juga sebagai pemikat ketam betina dengan cara melambai-lambaikan sepitnya yang besar. Gerakan-gerakan penyepit utama (the big claw) oleh si ketam jantan adalah untuk menunjukkan kepada ketam betina keadaan kesihatan si ketam jantan. Sepit kecilnya pula untuk mencari makan. Memakan alga, bakteria dan sisa-sisa haiwan serta daun-daun reput yang memenuhi permukaan tanah lumpur.
🔴Semasa makan ketam ini menggunakan penyepit kecil untuk memungut sedimen dari tanah dan menyuapkannya ke mulut, di mana kandungan sedimen tadi ditapis. Selepas mengasingkan dan memakan alga, mikrob, kulat dan makanan lain, sedimen selebihnya dikeluarkan dalam bentuk bola-bola kecil.
🔴Sesetengah pakar percaya cara makan fiddler crabs ini memainkan peranan penting dalam pemeliharaan persekitaran wetlands; dengan menyaring pasir, mereka mengalirkan udara pada sedimen dan mencegah keadaan anaerobik (lack of oxigen). 

Gerakan penyepit adalah cara ketam spesis ini berkomunikasi ketika dua ketam jantan bertempur nak rebut ketam betina. Jika semasa bertempur itu si ketam jantan hilang penyepit utamanya, penyepit itu akan tumbuh semula tapi bersaiz kecil. Jadi ketam tu tak ada big claw ke lepas tu? Ada, sebab penyepit yang kecil yang di sebelah pula akan mula membesar menjadi penyepit utama. 

Kejadian tsunami pada tahun 2004 telah menyedarkan ramai pihak tentang kepentingan hutan paya bakau sebagai penebat ombak. Ekoran dari peristiwa tersebut, langkah-langkah untuk menanam semula pokok-pokok bakau telah diambil bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara-negara lain juga.

Jelas hutan bakau penting untuk manusia dan alam sekitar kerana kawasan hutannya mempunyai nilai ekologi yang penting. Oleh itu memang seharusnyalah habitat ini dipelihara. 

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Salam bloghopping. Saya suka baca entry macam ni, bukan setakat boleh menghayati pengalaman tuan tanah, boleh dapat pengetahuan baru jugak. By the way, saya orang Sarawak tapi tak pernah lagi jejak kaki ke Taman Negara Bako. Agak malu jugak dengan orang luar Sarawak yang dah pernah sampai ke sana. Nasib baik Mulu saya dah pernah pergi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih singgah ke blog ini dan kongsi komen. Appreciate it :)
      Saya suka pack dalam cerita-cerita saya banyak foto dan info yang saya dapat masa jalan-jalan dan yang saya baca supaya later bila baca balik dapatlah ingat semula the experience.
      Tak pe, inshaAllah one day nanti cik sampailah ke Bako. Saya tak sampai lagi ke Mulu, tak tau la kuat lagi ke kami nak ke sana :).

      Delete