Monday, May 16, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 04 - PART 04 - KUCHING - BAKO NATIONAL PARK - TELUK DELIMA TRAIL

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, selepas berjalan di Teluk Paku Trail, Abang Adam bawa kami jalan di Teluk Delima Trail pula. Dia kata trail ini adalah excellent trail for spotting proboscis monkeys.


Teluk Delima Trail ini essentially berjalan atas titian kayu sahaja. Nice and flat dan tak ada pendakian, which was such a relief for us setelah kepayahan memanjat Hutan Tebingan di Teluk Paku Trail earlier 😅. 

Dengan hutan hujannya, hidupan liar yang banyak, sungai, air terjun, tumbuh-tumbuhan yang menarik, pantai-pantai terpencil, panorama pantai berbatu, pembentukan batu yang aneh dan rangkaian denai trekking yang luas, Taman Negara Bako menawarkan kepada pengunjung pengenalan yang sangat baik kepada hutan hujan dan pantai Borneo. 

Bako mungkin tidak mempunyai tarikan yang dikenali serta-merta (except may be the sea stacks), tetapi terdapat sangat sedikit tempat di dunia yang dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi dalam satu kawasan yang terhad. Lokasinya yang hanya 37 km sahaja dari Kuching juga menjadikan Bako sebagai salah satu taman paling popular di Sarawak.

Di Taman Negara Bako ini pelawat-pelawat boleh melihat hampir setiap jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Borneo. Taman Negara Bako luasnya cuma 27 km² berbanding dengan pulau Borneo yang mempunyai keluasan sebesar 743,330 km². In other words, Bako National Park covers only 0.003% of the Borneo island and yet it has most of the plants that can be found in the entire Borneo island.

Terdapat 25 jenis tumbuhan yang berbeza yang membentuk tujuh ekosistem lengkap di Taman Negara Bako - Tumbuhan Pantai, Tumbuhan Tebing, Hutan Kerangas (Heath Forest), Hutan Bakau, Hutan Dipterokarpa Campuran, Tumbuhan Padang atau Padang Rumput dan Hutan Paya Gambut. Ekosistem hebat ini boleh diterokai melalui denai-denai hutan yang ada di sini.

Sarawak mengandungi hutan hujan tropika yang besar dengan spesies tumbuhan yang pelbagai dan sebahagian besar daripada hutan ini sedang dikaji untuk tujuan perubatan. Hutan hujan Asia Tenggara kita lebih kaya dengan tumbuhan perubatan berbanding hutan hujan di tempat lain, termasuk di hutan Amazon. Penyembuh perubatan tradisional kita menggunakan lebih daripada 6,500 tumbuhan melawan malaria, ulser perut, bronkitis dan gangguan lain berbanding kira-kira 1,300 tumbuhan di Amazon. Semua tumbuhan yang berbeza ini mempunyai satu sifat yang serupa, iaitu ia kaya dengan bahan kimia. Terdapat lebih banyak tumbuhan ubatan di Asia Tenggara kerana sifat hutan hujan iaitu kebanyakannya dipterokarpa.

Tumbuhan hutan hujan telah lama dikenalpasti mempunyai potensi untuk menyediakan ramuan penyembuhan berbagai penyakit. Orang asli di hutan hujan telah menggunakan tumbuh-tumbuhan ubatan untuk merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan manakala ahli farmakologi barat telah memperoleh beberapa ubat daripada tumbuh-tumbuhan tersebut.

Ini satu contoh pokok yang mempunyai nilai perubatan. Namanya Calophyllum Soulattri seperti dilabelkan pada pokok ini. Antara kegunaan pokok ini:
🔷An infusion of the root is rubbed on to affected areas in order to alleviate rheumatic pain
🔷Fresh bark from the shoots is used as medicine for women who have just given birth
🔷The oil obtained from the seed is used externally in the treatment of rheumatism and skin infections
🔷Injected into the muscles, the refined oil relieves the pain in leprosy
🔷The leaves & roots are used to treat urinary tract infection
Calanolide, ubat anti-HIV yang berasal dari pokok Bintangor atau Calophyllum, kini dalam peringkat percubaan klinikal & anti-kanser

Kata Abang Adam pengunjung ke taman negara ini berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan liar seperti babi hutan berjanggut, monyet proboscis, lebih dari 150 spesis burung dan juga haiwan-haiwan kecil seperti kancil. Tambah Abang Adam lagi, masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif.
Pokok mengkuang.

Masa jalan-jalan di trails Bako ini Abang Adam begitu berusaha mencari-cari monyet proboscis nak tunjuk pada kami. Kiranya monyet itu adalah macam the star attraction di taman negara ini. We appreciate his efforts dan tidak sampai hati nak beritahu dia yang kami sudah pun pernah tengok monyet itu sebelum ini di Sandakan dahulu. Saya kongsi di sini beberapa foto-foto monyet proboscis yang dirakam semasa lawatan ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sandakan.



Other inhabitant at Bako.


Satu lagi spesis pokok yang ada di Taman Negara Bako.

Pokok yang berduri ini namanya Pokok Ridan. 

Kata Abang Adam, batang Pokok Ridan sering digunakan oleh Orang Iban di Sarawak untuk membuat sumpit.


Satu lagi spesis tumbuhan di taman negara ini. Yang ini ada buah merah. Tak ingat apa namanya.


Abang Adam sedang memberi penerangan.

Then we came upon this very tall big tree. Namanya Pokok Durian Hantu.     

Coelostegia borneensis atau Durian Hantu. Pokok ini ada akar banir yang besar.

Inilah rupa buah duriannya yang sudah gugur.

Kata Abang Adam buah Durian Hantu saiznya kecil. Ia tidak sesuai untuk kita makan sebab ada banyak ulat. Terus saya teringat pada lawatan kami ke Hutan Lipur Durian Perangin di Langkawi di mana di lereng bukit di tepi air terjun di situ ada pokok-pokok durian hutan yang juga banyak ulat dan tak sesuai untuk dimakan. Mungkin they are the same durian spesis.

Meneruskan perjalanan. Suasana memang cukup nyaman except for the occasionaly insects bites 😅.


Kami pun sampai di hujung trail ini. Perjalanan kami di Teluk Delima Trail ini ambil masa cuma lebih kurang 30 minit sahaja.

Laluan titian kayu Teluk Delima Trail ini berakhir di sini dan bersambung dengan trail seterusnya iaitu, kalau tak silap, Lintang Trail.

Pokok mengkuang gergasi.


Ini permulaan Lintang Trail. Uuiisshhh.... tak sanggup kami 😅.

Dan kami pun berpatah balik ke Bako National Park HQ untuk makan tengahari.

Syukur wife ada bawa dan cadang saya pakai sarung lengan dia. Kalau tidak, asyiklah saya akan tergaru-garu teruk diserang serangga 😅.

Inilah Teluk Delima Trail.

Ini pula kombinasi Teluk Paku Trail dan Teluk Delima Trail. 

Sampai di Bako National Park HQ, kami terus dibawa Abang Adam ke Kerangas Cafe untuk makan tengahari. 

Ada pilihan untuk duduk di dalam atau di verandah luar. Kami pilih duduk di dalam sebab tak nak diganggu monyet 😄. 


Lega sungguh rasanya dapat duduk berehat 😁.

Our drinks. 

Makan tengahari sudah termasuk dalam harga pakej. Kami boleh pilih dari menu restoran ini nak makan apa. 



Ok saya kongsi maklumat tentang accommodations yang ada disediakan oleh pihak Taman Negara Bako untuk pengunjung-pengunjung yang mahu bermalam di sini.



Maklumat penting yang lain.

Lepas makan, sebelum melakukan aktiviti seterusnya, kami tinjau dulu beberapa pameran tetap yang ada di HQ ini. Ini peta National Parks, Nature Reserves and Wild Life Santuaries yang ada di Sarawak. 

About Sarawak Forestry Corporation. 

Ok, jom tengok pameran-pameran seterusnya.

Haiwan-haiwan yang dilindungi. 














Seterusnya kami masuk pula ke galeri Visitor's Center. Di dalam ini ada lagi banyak info menarik tentang Taman Negara Bako.

















































Selesai di galeri Vistor's Center Bako National Park HQ, kami pun ke pantai menunggu our boatman untuk bawa kami tengok sea stack yang popular itu.

Sambil menunggu itu kami menikmati keindahan Gunung Santubong yang cukup memukau. 

Ini lokasi kami, di Pantai Teluk Assam dan lokasi Gunung Santubong. Gunung Santubong terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Lokasinya adalah di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal.

Ini pula peta lokasi gunung-gunung lain yang ada di Sarawak.

Dalam sejarah bangsa asal Dayak Iban, nama Santubong berasal dari bahasa kaum Asal Dayak Iban yang bermaksud keranda atau perahu roh.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong di mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

Santubong mempunyai beberapa tarikan semula jadi yang hebat berpusat di lereng hutan hujan Gunung Santubong, hutan bakau, sungai, berhampiran perairan pantai dan dataran lumpur. Habitat yang berbeza ini adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar menjadikan Santubong sebagai salah satu tapak terbaik di Sarawak untuk melihat pelbagai hidupan liar dalam persekitaran semula jadi.

Kawasan Santubong adalah salah satu tempat terbaik di Sarawak untuk melihat ikan lumba-lumba Irrawaddy (Irrawaddy dolphins) yang jarang ditemui, yang mendiami sungai, muara dan kawasan pantai cetek. Kadang-kadang ikan lumba-lumba tanpa sirip (finless porpoises) dan ikan lumba-lumba bungkuk Indo-pasifik (Indo-pacific humpback dolphins) dilihat di perairan Santubong. 

Kabus dan awan yang menyelubungi Gunung Santubong awal pagi mostly sudah clear. Barulah nampak puncaknya. 

Puncak Gunung Santubong dilihat dari Pantai Teluk Assam. Gunung ini tingginya sekitar 810 meter.



Bila sebut 'Santubong' maka pasti ramai yang tahu cerita mitos Puteri Santubong, cerita akibat pertelingkahan yang melanggar sumpah, Puteri Santubong serta Puteri Sejinjang telah disumpah oleh ayahanda mereka bertukar menjadi gunung.


Ini bahagian pantai di mana kami diturunkan dari bot earlier.


Ada papan info tentang Sarawak Delta Geopark. 












Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment