Friday, July 31, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 02 - PART 01 - SUNGEI PALAS BOH PLANTATIONS






Good morning Cameron Highlands.

Beberapa ketika sebelum terbitnya matahari.

Balkoni bilik penginapan kami di Copthorne Hotel ini mengadap ke arah pemandangan Kea Farm yang luas dan indah. Ini pemandangan blue hour Kea Farm, Cameron Highlands.

Pastinya warga Kea Farm sudah sedang sibuk di ladang. Saya baca adalah kebiasaan mereka seawal pukul 4 pagi sudah bangun untuk mula bekerja.

Untuk hari ke 2 kami di Cameron Highlands ini kami sudah pun sign up for a Full Day Tour yang start pada pukul 8:45 pagi. So jom kita sarapan dulu di Coffee Shop.

Pakej sarapan di hotel ini ada 2 jenis: Set Breakfast atau International Buffet. Kami pilih buffet 😊. 

Suasana dalam Coffee Shop.


Macam-macam pilihan ada.

Jom pilih, senduk dan sepit mana yang suka 😋.

Our breakfast. Alhamdulillah.

Lepas sarapan, balik dulu ke bilik. Lambat lagi tour pick up time. Jom tengok lagi pemandangan dari balkoni. Oh ya, di sini suasana sejuk so tidur cukup sekadar pasang kipas sahaja. Tu pun slow je. 

Waaa... suasana dah terang. Nampak jelas hamparan Kea Farm di bawah tu.


Di bawah tu ialah apartments The Pines @Kea Farm yang design macam Tudor Houses

Ini peta lokasi Copthorne Hotel dan Kea Farm.

Selain ladang dan kebun juga ada perumahan, homestay dan sekolah.  

Saya perasan banyak juga tanaman di kawasan pertanian ini yang perlu dibumbungkan. Selain dari tananam seperti kubis yang boleh tahan terdedah pada elements alam sekitar, tanaman seperti bunga perlukan perlindungan contohnya dari hujan.

Dari sumber yang saya baca (bertarikh Mei 2019) kawasan pertanian di Cameron Highlands ini adalah seluas 3,500 hektar di mana 800 hektar adalah untuk tanaman pelbagai jenis bunga yang memerlukan bumbung. 

Bumbung yang banyak saya nampak dari balkoni Copthorne Hotel ini dipanggil Struktur Pelindung Hujan (SPH). Ia digunakan secara meluas di Cameron highlands dan merupakan salah satu punca utama masalah 'tanah miskin' atau 'tanah mati'. It is estimated that 70% of the total 200 penanam bunga di sini guna SPH. 

Pokok bunga paling popular ditanam di sini adalah pokok-pokok bunga mahal seperti kekwa dan ros. Kedua-dua bunga ini sensitif pada kelembapan, tak boleh ditanam secara terbuka dan senang kena serangan penyakit akibat air hujan. Jadi mesti pasang bumbung.

Jadi bila banyak guna baja, dan air hujan tak lalu sebab guna SPH, maka baja berlebihan akan terkumpul dan meresap dalam tanah. Makin lama tanah jadi mati dan tak sesuai untuk diguna tanam bunga atau sayur. 

Kawasan yang tak pakai SPH kurang ada masalah tanah mati sebab mengalirnya air hujan yang elak kandungan baja terkumpul dalam tanah.

Itu baru cuma tentang SPH, belum lagi tentang kesan menukar hutan dara jadi ladang teh, sayur dan bunga, penternakan, perumahan penduduk, jalan raya dan lebuh raya, pembalakan, pelancongan, penempatan semula untuk Orang Asli dan pembangunan infrastruktur (lojikuasa etc) dan lain-lain. Semoga, among others, di Cameron Highlands ini diamalkan pertanian lestari, pembangunan terkawal dan rancakkan ekopelancongan. 

Ehhh... cakap pasal serious issues pulak... hehe. I can't help it la but think such things 😊. 

Kekadang tu terfikir juga can we ourselves be responsible tourists? Ok, ok, I digressed lagi... dah tu... back to jalan-jalan story.. hehe 😄. 


Hutan dara diterangkan jadi tea plantations. 

Bila kawasan curam maka ada pertanian bertingkat.


Tak pasti tanaman apakah ini.




Ok, dah nak dekat masa for pick up. Jom turun ke lobi hotel.

Sempat bergambar di depan Copthorne Hotel Cameron Highlands.




Di depan Copthorne Hotel adalah The Pines @Kea Farm. 

The Pine @Kea Farm adalah rumah percutian keluarga yang selesa. Berlokasi di kawasan Kea Farm, ia berada pada paras 1,610 meter di atas permukaan laut dengan pemandangan lanskap pergunungan berhutan yang indah.

Copthorne Hotel berada pada paras 1,628 meter above sea level.


Menunggu di lobi hotel.

Ok, saya cerita tentang our Full Day Tour. Semalam, selepas kami turun dari bas di Tanah Rata (from TBS), kami terus ke kaunter CS Travel & Tours (syarikat bas yang kami naiki) di bangunan Cameron Fair to find out about tours di Cameron Highlands. 

As it turned out, CS Travel & Tours juga ada menyediakan beberapa tour packages for tourists yang nak jalan-jalan di Cameron Highlands. 

These are the tours offered by the travel agent.

Kami pilih yang ini, the Highland's Fullday Discovery which is a full day tour.
Fyi, kami tidak ke 'Peak of Gunung Brinchang' as per the package sebab according to the tour guide jalan ke sana sudah ditutup kerana sudah tidak selamat dilalui.

Di lobi Copthorne Hotel ini ada travel desk syarikat CS Travel & Tours. Staff di situ beritahu kami pick-up kami lewat sikit sebab the driver sedang pergi ambil peserta-peserta tour yang lain dulu. Pick-up kami adalah yang paling last sebab Copthorne Hotel ini adalah yang paling dekat dengan destinasi pertama kami pagi ini ~ Mossy Forest. 

Pukul 8:50 pagi (actual pick up time 8:45 am) Land Rover yang digunakan untuk bawa kami touring pun sampai. Tour Guide kami adalah seorang lelaki India tempatan yang bernama Uncle Maniam yang baik sangat orangnya. 
Mujur la lutut pak cik kuat pagi tu nak panjat belakang Land Rover ni... hehe. Maklum la dalam suasana sejuk nyaman ni kekadang lutut meragam 😃.

Leaving Copthorne Hotel for our Cameron Highlands' full day tour. 

Berfotoan di belakang land rover. Sungguh mencabar duduk cara mengiring ni dalam perjalanan yang turun naik bukit. Dan lambungannya juga made my butt hurt... hehehe. 

Dalam tour ni kami berdua saja yang Malaysian. Yang lain adalah 2 young guys from Spain and a couple from New Zealand.

Menuju ke Mossy Forest. Tapi sebelum tu Uncle Maniam akan buat a short stop di sebuah tea plantation. 

Curam jalan raya di sini. 

Perjalanan melalui kawasan hutan yang ada juga dekat lereng. 

Jenuh menahan kaki pada the opposite seat supaya saya boleh maintain seated at one spot on my own long seat/bench. Tapi still asyik la tergelongsor ke kiri dan ke kanan i.e ke depan dan ke belakang kenderaan ini bila kereta naik/turun bukit dan masa break... hehe.  

Dah masuk ke kawasan lembah tea plantations. Luasnya sungguh epik sekali. 

Teringat kami pada tea plantations masa percutian kami ke Sri Lanka dan Sumatera Barat. 






Kami pun sampai ke satu spot di ladang teh Boh for a quick briefing by Uncle Maniam about Cameron Highlands tea and to give us the chance to frolick among the tea trees 😃. Yes tree, not bush sebab kalau pokok teh tidak dicantas dan dibiarkan tumbuh boleh sampai berbelas meter tingginya. You're welcome 😊.

Dan ini lokasi spot tu. Saya panggil saja Tea Plantation Lookout Point.

Ada group lain sedang mendengar penerangan dari tour guide mereka.


Mendengar penerangan tentang ladang teh yang disampaikan oleh Uncle Maniam.

Bergambar kenangan bersama Uncle Maniam yang sangat peramah. Sudah berbelas tahun dah dia jadi tour guide bawa pelancong di merata tempat di Cameron Highlands ni.

Ramai yang kami nampak travel ke sini dengan kenderaan sendiri atau beramai-ramai naik pick up truck like below photo. Looks like a lot of fun travel gitu 😊.

Notis amaran dari The Management BOH Plantations Sdn Bhd.

Jom kita jalan-jalan celah pokok teh 😊. 

Kami berdua yang sudah pun sebelum ini pernah ke ladang teh di Sri Lanka dan Sumatera Barat masih lagi terasa teruja bila berada di sini 😊.

Beautiful mountainous landscape of epic proportions. SubhanAllah. 


Berbalam-balam.

Peta lokasi ladang/estate, kilang dan tea centers di Cameron Highlands.
🌓BOH adalah pengeluar teh terbesar di Malaysia, diikuti oleh Bharat Tea dan Sabah Tea. Boh mempunyai ladang teh terbesar, seluas 3,238 hektar, dengan ladang dan kilang terbuka untuk pengunjung di Habu di Ringlet dan Sungai Palas di Brinchang.
🌗Bharat Tea mempunyai ladang teh yang lebih kecil (keseluruhan 810 hektar) tetapi kedudukan yang lebih strategik di sepanjang jalan utama (khususnya di Tanah Rata dan Kuala Terla) yang membolehkan mereka menarik pengunjung yang tiba dari pintu masuk selatan (Tapah) dan utara (Simpang Pulai).
🌓Ladang teh besar juga pernah ada di Blue Valley, tetapi ditinggalkan oleh pemiliknya dan berubah menjadi ladang sayur.

Saya kongsi penerangan yang diberi oleh Uncle Maniam. 

Pokok teh yang pertama ditanam oleh seorang British yang bernama J.A. Russel pada tahun 1929. Kata Uncle Maniam, ladang Boh masih dimiliki dan diusahakan oleh keluarga Russel sehingga sekarang.

Pokok teh boleh hidup beratus-ratus tahun dan masih boleh mengeluarkan hasil pada usia begitu. Malah pokok teh yang kami lihat di ladang ini kata Uncle Maniam adalah pokok generasi pertama tersebut yang ditanam pada tahun 1929. 

Kata Uncle Maniam lagi, ladang-ladang teh di Cameron Highlands mula dibuka kepada pelancong sekitar tahun 1980-an.

Ada dua buah syarikat pengeluar teh yang besar di Cameron Highlands: Boh Tea dan Bharat Tea. Ladang Sungai Palas ini adalah milik Syarikat Boh. Selain dari ladang ini, Boh juga mempunyai sebuah lagi ladang teh yang bernama Fairlie Tea Plantation di Habu. Ladang Cameron Valley Tea yang kami lihat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands semalam pula adalah milik Bharat Tea.

Seperti pokok teh yang pernah kami lihat ditanam di Sri Lanka dulu, pokok teh yang ditanam di Cameron Highlands ini juga adalah dari spesies Broken Orange Pekoe (BOP). 
🌓Ini foto-foto yang saya rakam semasa melawat Glenloch Tea Factory, Sri Lanka yang menunjukkan Broken Orange Pekoe (BOP).
🌗BOP (Broken Orange Pekoe). Broken orange sebab ada bau buah citrus. Pekoe pulak asalnya dari the word Peking sebab pokok teh asalnya dari China.

Satu ketika dulu, pemetik teh di Cameron Highlands adalah buruh-buruh yang dibawa masuk oleh British dari India. Namun sekarang, seperti juga di serata tempat dan di dalam industri lain di Malaysia, kebanyakan pekerja pemetik teh di Cameron Highlands terdiri dari buruh-buruh asing yang berasal dari berbagai negara seperti India, Nepal dan Myanmar. 

Buruh-buruh ini dibayar upah mengikut berat daun teh yang dikutip. 120 kg adalah jumlah teh yang dikutip oleh seorang pekerja untuk sehari.

Ada beberapa buah rumah pekerja ladang dilihat berhampiran. Kata Uncle Maniam, semua pekerja pemetik teh diberikan kediaman secara percuma oleh syarikat teh.


Jom kita bergambar 😄.




Kerja memetik daun teh bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Satu ketika dulu, tugas ini perlu dilakukan dengan tangan.  

Sekarang sudah ada peralatan moden yang digunakan untuk memetik daun teh.

Ini contoh peralatan moden memetik daun teh: tea harvesting shears and machine.

Masa kami melawat ke ladang teh di Sri Lanka dulu, kami perhatikan daun teh di sana masih dipetik menggunakan tangan.
Ini foto-foto pekerja-pekerja pemetik daun teh di sebuah ladang teh di Kotagala, Sri Lanka yang saya rakam semasa bercuti di sana.

Apa pula yellow pads tu? Kata Uncle Maniam, seperti di ladang-ladang lain, di ladang teh juga tentulah ada bermacam serangga perosak. Serangga di sini suka sedut jus dari daun teh dan ini merosakkan dan merendahkan nilai dan kualiti daun teh. Jadi diletak glue traps atau sticky pads kuning ini di celah-celah pokok-pokok teh untuk memerangkap serangga. 

Let's have a closer look. Eww... 😧.

Arah ke Sungei Palas Tea Garden and Tea Center.


Berwaspadalah ketika memandu di sini. 

Pelancong dari luar negara biasanya lebih prefer to walk. 





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ooohhhh....
    kali ni saya tak roll the eyes and kata ' ambik tour lagi en syed ni ...' ...
    hehhehhe..
    sebab tak bawak kereta sendiri ..

    chop
    nak balik esok sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...

      Melihat kepada keadaan jalan di situ and having had the experience being in that landrover, mmg saya rekomen jangan la bawak kereta sendiri. Also driving di situ kena sgt berhati2. Bukan saja keadaan jalannya, tapi juga ada lain2 pengguna jalanraya tu... lori besar, kereta2 lain, motosikal, basikal, pejalan kaki...

      Delete