Friday, May 1, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 05 - PART 04 - TUK TUK TOUR - WAT PHO


Sambung lagi cerita cuti-cuti Thailand kami 2019. Ni second last episode. One more after this and I'm done with cerita Thailand trip ni ๐Ÿ˜Š.

Our last program jalan-jalan di Bangkok ni ialah Bangkok Tuk-tuk Tour yang kami buat sendiri. Up to this point kami sudah ke Grand Palace (passed by), Chinatown (Yaowarat Road), Golden Buddha (Wat Traimit), Memorial Bridge dan Rajini Express Boat Pier. Dan sekarang kami nak ke Wat Pho yang ada reclining Buddha statue. 

Seperti di earlier stops, tuk-tuk tak dibenarkan park and wait depan Wat Pho ni. So Paksorn, our tuk-tuk driver will come around to pick us up once we are done, approximately in 20 to 30 minutes time.

Berjalan ke main entrance Wat Pho.

Ini pintu keluar Wat Pho.

Besar Wat Pho ni. Kami tak de plan nak explore the entire temple. Directly go see the reclining Buddha statue dan terus keluar lepas tu.

Pintu masuk utama Wat Pho. Membaca doa semoga dilindungi sebelum melangkah masuk. 

Terus je kami cari kaunter tiket.

Ini tiketnya. Harganya THB 200 (RM 27) with free 1 bottle drinking water.


Seperti kuil-kuil lain di Thailand, ada banyak patung-patung dewa mereka.

Prayer room/hall.



Kuil ini adalah yang pertama dalam senarai enam kuil di Thailand yang diberikan gred tertinggi untuk kategori kuil diraja. Kuil ini dikaitkan dengan King Rama I yang membina semula kompleks kuil ini di tapak kuil sebelumnya. Ia menjadi kuil utamanya dan di sinilah sebahagian abu mayatnya diabadikan. 

Kuil ini kemudian diperluas dan diubah suai oleh King Rama III. Kompleks kuil ini menempatkan koleksi gambar Buddha terbesar di Thailand, termasuk patung reclining Buddha berukuran sepanjang 46 meter. Kuil ini dianggap sebagai pusat pendidikan awam yang paling awal di Thailand. Ia menempatkan sekolah perubatan Thai, dan juga dikenal sebagai tempat kelahiran urut tradisional Thailand yang masih diajar dan diamalkan di kuil ini.

Wat Pho adalah kuil yang tertua dan terbesar di Bangkok. Ia mempunyai lebih dari 1000 buah patung Buddha di dalamnya. Sebahagian besar patung ini dibawa dari kuil-kuil yang telah ditinggalkan di Ayutthaya dan Sukhothai atas arahan King Rama I. 
Ada banyak bell shape towers.

Kuil ini dibina di atas tapak sebuah kuil lama yang telah wujud sejak dari zaman Ayutthaya yang dinamakan Wat Photaram. Nama 'Wat Pho' yang digunakan sekarang adalah singkatan dari Wat Photaram ini. Kedudukan Wat Pho kini adalah bersebelahan dengan Grand Palace. 

Di perkarangan Wat Pho terdapat binaan-binaan yang dinamakan sebagai Chedi. Chedi yang dibina setinggi 42 meter ini dihias dengan kepingan-kepingan porselin. Ia dibina untuk memperingati pemerintahan Dinasti Chakri yang masih memerintah Thailand sehingga sekarang.

Wat Pho yang juga dikenali sebagai Temple of the Reclining Buddha. Nama rasmi kuil ini adalah Wat Phrachetuphon Wimonmangkhalaram Rajtchaworamahawiharn. 



Jom masuk tengok the reclining Buddha statue. Nak masuk kena tanggal kasut dan masukkan dalam beg plastik yang disediakan.  Beg plastik tu are recycled so kami pilihlah yang bersih dan tak bocor. Bawa masuk kasut sebab pintu keluar is on the opposite side. And yes, please be careful of pickpocket. 

Pemandangan ke dalam bangunan kuil dari pintu masuk.

Patung ni sangat tinggi dan besar dan ianya dalam ruang yang sempit. Jadi memang susah nak muatkan the entire statue in one framing dalam kamera. Maka jadi sekerat-sekerat macam ni foto-fotonya.. hehe. 

So kalau nak muatkan, kena la guna kamera handphone dan set kepada Panorama mode. Masa shoot tu, move the handphone from top to bottom or vice versa. Also better shoot dalam format landscape (bukan portrait format) supaya the right and left sides can be captured as well. Et voilร  !! ๐Ÿ˜„ Habis semua siling dan pagar di bawah dapat dimuatkan dalam satu framing.. hehe.

Kuil dan reclining Buddha ini dibina oleh King Rama III pada tahun 1832. 

Gambaran Buddha yang berbaring melambangkan masuknya Buddha ke Nirvana dan berakhirnya semua reinkarnasi. 

Gaya berbaring ini disebut sebagai sihasaiyas, iaitu seperti seekor singa yang sedang tidur atau berbaring. 

Patung ini tingginya 15 meter dan panjang 46 meter, dan merupakan salah satu patung Buddha terbesar di Thailand. 
Seorang sami Buddha sedang melambai sambil chanting pada reclining Buddha statue.

Lengan kanan Buddha menyokong kepala berkeriting, yang terletak di atas dua bantal kotak yang bertatahkan mosaik kaca. 

Patung ini bahagian dalamnya dibuat dari batu bata, dibuat bentuknya dengan plester, kemudian disepuh.

Penganut agama Buddha sedang melakukan prayers mereka pada reclining Buddha.

Pada altar ini ada disediakan skrip The Chant for Reclining Buddha Image

Masa tu ada beberapa monks sedang melawat reclining Buddha statue ni. They were in red robes. Selalunya monks di Thailand yang kami nampak warna robes mereka ialah kuning/oren. 
"....some monks in Srilanka, Thailand, wear yellow robes. More so, Tibetan and Myanmar monks wear Red robes. While monks in China and Japan wear blue as well as grey. So color preference changes according to the culture of the place."
Jadi mungkin monks in above photos adalah dari Tibet atau Myanmar.

Tapak kaki reclining Buddha ini tingginya 3 meter dan panjangnya 4.5 meter dan bertatahkan dengan ibu mutiara. 

Setiap belah tapak kaki dibahagikan kepada 108 panel yang disusun, menampilkan simbol-simbol yang auspicious di mana Buddha dapat dikenali, seperti bunga, penari, gajah putih, harimau dan aksesori mezbah. 

Di tengah-tengah setiap belah kaki adalah bulatan yang mewakili chakra atau 'titik tenaga'.

Tibetan monks sedang bergambar dengan reclining Buddha statue.



Pada siling dan dinding kuil pula, ada lukisan yang menggambarkan kisah kehidupan Buddha.










Di belakang patung reclining Buddha ini ada lorong menuju ke pintu keluar. 

Di koridor ini ada barisan 108 mangkuk-mangkuk gangsa yang mewakili 108 watak Buddha yang auspicious. 

Penganut/pelawat boleh menderma dengan memasukkan duit syiling ke dalam mangkuk-mangkuk tersebut kerana dipercayai perbuatan menderma ini akan membawa nasib yang baik, disamping juga membantu para monks untuk menjaga kuil ini.




Di sekeliling bangunan utamanya, ada beberapa tempat ibadat kecil yang juga dikunjungi oleh penganut-penganut Buddha.


Ada papan info tentang temple ini: Wat Phrachetuphon Wimonmangkhalaram Rajtchaworamahawiharn. 


Selesai di Wat Pho, kami terus ke tempat Paksorn menunggu. Naik semula tuk-tuk menuju balik ke Nouvo City Hotel.


Banyan tree di tepi terusan.


Penjual nenas dan Thai monk (orange robe).

Thai tuk-tuk.

Kuil-kuil dihias dengan rentangan kain putih kuning. Agaknya those are colors for King's coronation / Royal Barge Procession / Royal events. 



Democracy Monument. 


The monument was commissioned in 1939 to commemorate the 1932 Siamese coup d'รฉtat (also called "Siamese Revolution of 1932" or just "1932 Revolution") which led to the establishment of a constitutional monarchy in what was then the Kingdom of Siam, by its military ruler, Field Marshal Plaek Phibunsongkhram. Phibun saw the monument as the centre of what he envisaged as a new, Westernised Bangkok, "making Thanon [road] Ratchadamnoen the Champs-ร‰lysรฉes and the Democracy Monument the Arc de Triomphe" of Bangkok.
Wikipedia





Ada replika bunga Royal Barge di tengah monumen sempena Royal Barge Procession.

Paksorn bawa kami ikut jalan-jalan belakang untuk ke hotel.

Kawasan backpackers.

Alhamdulillah selamat sampai ke hotel.

Ok, here's the summary of our short Bangkok Tuk-tuk Tour. Perjalanan bermula dari Nouvo City Hotel. Passed by Grand Palace dan masuk ke area Chinatown (Yaowarat Road). Lepas itu lawatan ke Golden Buddha (Wat Traimit) then short roadside stop tengok Memorial Bridge dan satu lagi stop di Rajini Express Boat Pier untuk melihat Sungai Chao Phraya serta beberapa Bangkok's landmarks across the river. Akhir sekali lawatan ke Wat Pho sebelum balik ke hotel. Overall, the tuk-tuk tour took about less than 2 hours to complete. Kosnya THB1,000, lebih kurang RM140 selama 2 jam, untuk sewa tuk-tuk with English speaking tuk-tuk driver. Well, Paksorn boleh la cakap Inggeris sikit-sikit, sufficent la.
Dan inilah peta perjalanan Bangkok Tuk-tuk Tour yang programnya kami buat sendiri dengan bantuan staff travel desk hotel ini. 

Masa kami sampai ke hotel, group members yang lain yang dibawa ke Old Siam Plaza masih belum lagi balik. Since kami dah check-out earlier, maka kami menunggu saja la di lobi sambil minum complimentary drink. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. saya pun akan rasa ada seram seram sikit kalo kena masuk tempat2 macam ni..
    baca macam2 sebab iyaala kan.. kita tak tahuu benda2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab tu kami tak berlama-lama di dalam tu.

      Delete
  2. Replies
    1. Altar tmpt prayers atau letak persembahan korban.

      Delete