Wednesday, March 20, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 05 - PART 01 - ROTORUA DUCK TOUR

Dah hari ke 5 percutian kami di North Island New Zealand. Ok, jom sambung cerita. 

Seperti malam semalamnya kami tidur di Victoria Lodge ini, tidur kami malam tadi juga lena. Sakit pinggang saya pun dah lega. Rupanya sakit tu sebab lenguh so a good night sleep was the best cure. Alhamdulillah.

Masuk waktu solat Subuh hari tu lebih kurang pukul 5 pagi. So we had ample time to pack our bags sebab kami akan check out hari ni dah terus pergi jalan-jalan. Malam nanti kami akan bermalam di Taupo. 
Hari pertama kami bermula di Auckland, seterusnya ke Rotorua. Dan pada hari ke 5 ni akan ke Taupo pula.  

And we had quite a hearty breakfast 😊. Dah ada roti/butter/jam, cereal dan apple/banana, masih nak tambah maggi cup.. hehe

Haziq, our tour guide, kata kami tak perlu check out awal sangat sebab aktiviti kami yang pertama hari tu cuma akan start pukul 10:30 pagi. Nak ke tempat tu pun dekat je dari lodge penginapan kami ni. Bandar Rotorua ni pun bukan ada traffic jam. So he said he will pick us up at 9:45 am. 

Jadi apa aktiviti pertama pada hari ke 5 ni? Aktiviti pertama kami hari tu ialah nak naik itik Rotorua bersama Rotorua Duck Tours. Mereka panggil kenderaan amphibian tu 'itik'.. hehe. How cute lah 😄.

Actually this activity was my wife's idea and what a fun idea it was. Kami suka pelbagaikan program cuti-cuti kami dan tak la banyak melawat geyser sahaja kerana di NZ ni geyser sudah memang salah satu attractions yang paling popular. Since dalam itinerary asal travel agent ada nak ke Rotorua so my wife pun carilah apa tempat menarik yang boleh di lawat di bandar ni. Dan terjumpa la this Duck Tour. So aktiviti ini pun kami requested untuk travel agent masukkan dalam itinerary kami menggantikan lawatan ke geyser. 

Present je booking printout yang kami dah buat di Malaysia secara online di kaunter ni dan register. Payment dah buat masa buat online booking. Staff di pejabat ni sangat peramah and really made us feel very welcome. Kami noticed orang New Zealand yang kami encounter ramah belaka.

Ini peta perjalanan-perjalanan Rotorua Duck Tours.  

Amphibious Landing Craft dari Perang Dunia ke 2 digunakan dalam tour ini. 

Ada 2 tours yang kita boleh pilih. Lepas bincang dengan travel agent mengenai how much time we have before we had to leave Rotorua for Taupo, maka kami pun pilihlah tour paling lama iaitu 'Tarawera & Lakes Tour' selama 120 minutes. Dalam tour yang ini boleh lihat 4 tasik yang terbentuk dari volcanic activities ribuan tahun yang lalu dan akan ada splashdown ke 3 tasik di samping melalui kawasan-kawasan yang scenic.  


Dan yang sangat menarik pada saya ialah mereka ada share sejarah landing craft ni, a WWII Amphibious Landing Craft. That got me super excited lah.. hehe. Saya bukanlah history buff tapi jarang saya nak dapat info tentang kenderaan amphibious ni since bukannya jumpa hari-hari. 

Pernah kami nampak vessel macam ni di Sungai Danube di Budapest dan pernah kami naik di Singapura dan Melaka. During those 3 times saya tak tahu pun apa-apa tentang vessel ni. 

Dah selesai register, sementara menunggu pukul 10:30 am, kami jalan-jalan dulu di sekitar pejabat Rotorua Duck Tour.

Came upon Hobbiton Tours - Rotorua Booking Centre ni. Jom masuk kejap. 

Ada patung Gandalf yang lifelike. 



Dan ada ginger beer. NZD18. RM50 sebotol. Mahalnya.

Ok, inilah the WWII Amphibious Landing Craft yang akan kami naik. From their official website, mereka ada 2 buah buat masa ini, satu lagi dah order. Ramai customers la tu. 
Kenderaan mereka ni memang mereka jaga dan pastikan patuhi segala macam regulations etc. Saya kongsi 'Quality Assurance' mereka for info. Bukan senang-senang nak operate tour macam ni.
🔵Our vehicles have been converted fully to comply with strict New Zealand Land Transport Association (LTSA) and the Maritime Safety Authority (MSA) safety regulations. The Duck complies to the same standards as a Passenger Service Vehicle and goes through Vehicle Testing six monthly. Our current PSL vehicle rating is 4.5.
🔵Rotorua Duck Tours is also government by strict Maritime New Zealand standards. We are audited every two years by Maritime New Zealand, we also have an independent auditor assess us annually to ensure the best possible safety standards are being meet.
🔵Rotorua Duck Tours also maintains the vehicles daily with a robust set of checks and maintenance that staff have to go through and signoff. Our drivers also undertake a rigorous training programme designed to prepare them for any situations that may arise on the duck. The training period is a 3-6 month training process and includes Maritime New Zealand approved training which is both in-house and external.
rotoruaducktours.co.nz

Mesti la bergambar dengan amphibious vehicle ni 😊.

Dah 10:30 am dah. Ok, jom naik. 

Dan inilah con'Duck'tor/driver/skipper kami that day. And he is H-I-L-A-R-I-O-U-S! Nama dia Marcus Flack, Duck Captain - Health and Safety Officer. So funny, so witty and full with fascinating anecdotes all delivered effortlessly and with enthusiasm. Memang tak kering gusi lah! 😃 

Yes indeed, tingkap open macam ni. Bestnya! Senang ambik gambar 😊.

Total penumpang yang join Tarawera and Lakes Tour pagi tu ialah 18 orang penumpang, mostly senior citizens dari USA. Dari Fenton Street, kami bergerak ke Rotorua Tourist Information Centre untuk ambil beberapa penumpang lagi di sana.

Life vest ada di atas tu. Si Marcus siap buat safety annoucement  and demosntration dengan gaya stewardess.. hehe.. memang kelakar! Dia kata, "In the unlikely event of a sudden loss of cabin pressure, oxygen masks will drop"... hahaha.. kelakar! 

Kami juga diberi complimentary duck whistle/duck caller. Tiup dan akan bunyi quacking.. hehe. Marcus minta kalau nampak sesiapa yang melihat kenderaan unik ini maka tiuplah wisel ini dan lambai. And we all did and dapat lambaian balas dan senyuman dari mereka.

Me demonstrating how to make the quack sound... hehe. Entah kenapa when I blow keluar bunyi macam itik gatal.. hahaha.

Bandar Rotorua yang tenang aman damai. 

Menuju ke tasik pertama, Lake Okareka.


Di New Zealand ni ada banyak pokok fern. Ini, kalau tak silap, ialah Wheki, one of New Zealand's most common fern tree.

Masa dalam perjalanan tu we saw beautiful forest landscapes. 

Perasan tak pokok-pokok tu kelihatan sekata in height and maturity. Tu sebab this is New Zealand man-made forest. Macam forest plantations.

Ini info tentang New Zealand's Forest Plantation.


Ladang hutan yang sebahagiannya already harvested and new trees planted. Ini pine forests.

Rotorua Quarry.






Tiba di tasik pertama dalam tour ini iaitu Lake Okareka. 

Biru sungguh airnya.

Marcus drove us straight to the lake's bank for a splashdown. 

Seperti di tasik-tasik lain di Rotorua ni, ada kawasan untuk piknik dan beriadah.


Lokasi tasik-tasik yang kami akan lawat. Ke Lake Okareka dulu. Tasik Okareka terletak sekitar 12 km tenggara Rotorua, ke arah Tasik Tarawera.


Lake Okareka ini juga dikenali sebagai 'The lake of sweet food' sebab dulu orang Māori pernah bercucuk tanam sweet potatoes di sekitar tasik ini.

Mereka sangatlah menjaga alam sekitar mereka seperti menjaga pest fish and weeds tidak merebak dan merosakkan ecosystem tasik.

Nutrients, suspended solids, bacteria and temperature tasik dipantau.

Ok, here goes! The first splashdown! 😊

Marcus pandu amphibious craft ni dengan berhati-hati sambil mulut dia tak diam-diam berkongsi maklumat, cerita dan buat kelakar... hehe.

It was a smooth splashdown. Good job Marcus 😊.

Beginilah splashdown dilihat dari atas. Ni foto dari official website mereka. 

Bila dah mula berlayar di Tasik Okareka ni, suasana tenang sekali.

Cuaca cukup baik dengan langit cantik biru. Suhu 22°C dan berada di tengah tasik ni suasananya nyaman berangin.

Lake Okareka di keliling picturesque setting of hills and native forests. 

Di tebing tasik ini juga ada beberapa rumah dalam kategori mewah kerana lokasinya yang scenic.

Marcus kata rumah-rumah di sini boleh sampai berjuta NZD harganya.

Tasik Okareka adalah salah satu daripada empat tasik kecil yang terletak di antara Tasik Rotorua dan Tasik Tarawera, di rantau Bay of Plenty di North Island New Zealand. Yang lain ialah Tasik Rotokākahi (Green Lake), Tasik Tikitapu (Blue Lake), dan Tasik Okataina. Semuanya terletak di Kaldera Okataina, di sepanjang tepi baratnya.

Tasik ini mempunyai lilitan 9.7 km dan terletak kira-kira 60 meter di atas Tasik Tarawera. Airnya mengalir di bawah tanah sejauh setengah batu dan membentuk air terjun Waitangi. Jadi, tasik Okareka ini dihubungkan dengan Tasik Tarawera dengan saluran bawah tanah.

Di sekitar tasik ini mostly adalah rumah persendirian dengan beberapa lodges dan BnB. Ada lebih kurang 600 orang tinggal di sini.

Mencabar nak ambil gambar kalau masa tu belah mengadap matahari. Siap pekup kamera.. hehe.

Ok, let's enjoy the beautiful sceneries. 



Tasik yang kecil dan kurang dikunjungi ini adalah tempat yang penuh pesona, dikelilingi oleh bukit-bukit yang berhutan tebal.

Suatu ketika dahulu, sekitar Tasik Okareka ini adalah tempat tinggal orang Māori. Terdapat penanaman di pinggir tasik, dan kegiatan memancing whitebait, the koura crayfish, and the little fish called toitoi, yang ada banyak di situ sebelum Pakeha trout diperkenalkan.

Pastinya kalau rumah dah tepi tasik mesti la ada bot. 

Sedang berkayaking. 



Aerial view of the beautifully blue Lake Okareka. 

Penempatan di sini mempunyai ketenangan dan daya tarikannya tersendiri. Kerana Tasik Okareka berada di luar laluan pelancongan utama, ia kurang dikunjungi oleh pengunjung.



Cantik jeti ni.







Salah satu spesis yang jadi inhabitant di tasik ini. 




Ok. selesai dah berlayar di Tasik Okareka dengan amphibious landing craft ni. Naik semula ke darat.

Aerial view duck craft naik ke darat.

Dari tasik boleh pula nampak kawasan bukit yang ada biri-biri sedang meragut. 


Permandangan tepi Lake Okareka.


So pristine.


Di setiap tasik ada papan kenyataan memaparkan apa yang wajib dibuat oleh pengguna tasik.

Before you leave...

Kenderaan duck pun dipark di tepi tasik dan Marcus explained apa yang perlu dia buat kepada semua passengers. Pest weeds yang terlekat pada duck craft ini perlu dibuang setiap kali masuk ke mana-mana tasik di sini. Ini kerana rumpai itu menyumbang kepada tahap nutrien yang tinggi di tasik. Ini meningkatkan pertumbuhan alga dan boleh menyebabkan kemerosotan kualiti air. Pembersihan ini juga untuk memastikan rumpai ini tidak merebak dari satu tasik ke tasik lain terutamanya kerana duck craft tours masuk ke beberapa tasik. Begitulah cara mereka menjaga alam sekitar mereka.

Perjalanan disambung semula ke tasik kedua iaitu Lake Tikitapu.

Dari Lake Okareka ke Lake Tikitapu.


Tu dah nampak dah Lake Tikitapu. 

One thing saya notice access ke tasik-tasik di sini adalah mudah dengan jarak yang dekat antara tasik-tasik tu. Jalan-jalannya pun bagus, tiada turun naik bukit sangat dan tiada selekoh berbelit-belit yang buat kita genggam seat kuat-kuat. 

Seperti Lake Okareka tadi, Lake Tikitapu ini juga cantik biru. 

Lake Tikitapu atau Blue Lake, adalah yang terkecil daripada empat tasik kecil yang terletak di antara Tasik Rotorua dan Tasik Tarawera di rantau Bay of Plenty di North Island, New Zealand.

Seperti tasik-tasik lain di kawasan ini, Lake Tikitapu terletak dalam kaldera gunung berapi yang terbentuk 300,000 tahun yang lalu. Warna biru tasik adalah kerana rhyolite dan pumice yang ada di dasar tasik. Air dari tasik ini tidak mempunyai saliran keluar yang boleh dilihat di permukaan. Saliran keluarnya adalah di bawah tanah, mengalir ke arah Tasik Tarawera.

Pada musim panas, tasik ini digunakan untuk pelbagai tujuan rekreasi seperti berenang, berperahu, ski air, jet ski, berjalan, jogging, berbasikal, memancing dan pelbagai acara tempatan. 

Banyak acara sukan juga diadakan seperti ski air dan triathlon. Seperti banyak tasik di daerah Rotorua, ia juga digunakan untuk memancing ikan trout. Ia adalah salah satu daripada tasik yang dikunjungi oleh kenderaan amfibia dari Rotorua.

Di sini lengkap dengan tempat parking, playground, bbq facilities dan tandas/changing room.

Air tasik kelihatan berwarna biru/turquoise disebabkan oleh pumice and rhyolite di dasarnya yang di pancar cahaya matahari.

Jom kita berlayar lagi 😊.

Papan info Lake Tikitapu.

Kalau ikut lagenda, tasik ni dapat namanya dari kalung batu hijau suci yang dipakai oleh daughter of a chief yang jatuh ke dalam tasik ini masa dia berenang.
Seperti banyak tasik lain di Rotorua, Lake Tikitapu juga mempunyai kisah legenda. Menurut ceritanya sewaktu anak perempuan seorang Ketua Māori sedang mandi di tasik ini, kalung sucinya yang dinamakan tiki terlepas dari lehernya. Kalung ini dipercayai masih tersimpan di dasar tasik. Dari situlah tasik ini mendapat namanya sebagai Tikitapu. Warna biru tasik yang amazing ini pun dikatakan berasal dari kilauan tiki yang jatuh ke dasar tasik ini.

This is our second splashdown dalam tour 3 tasik kami.

Berasal dari kawah gunung berapi yang runtuh, tasik itu cetek dengan bahagian terdalam kira-kira 27 meter.

Tasik Tikitapu adalah tasik kecil yang dikelilingi oleh semak belukar dan hutan yang cantik. Terkenal dengan warna airnya yang menarik, ia dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Blue Lake.

Sungguh indah sekali. SubhanAllah.




Selain kisah chief daughter's tiki jatuh dalam tasik ini, ada satu lagi kisah legenda yang lebih menarik tentang tasik ini iaitu kisah Kataore, seekor 'taniwha' (naga air), the monster of Tikitapu.

Ok gini kisahnya. Masa kecik Kataore tinggal di Tasik Rotoehu. At that time dia seekor naga air yang baik dan tak kacau orang, sampai penduduk di tasik tu dah anggap dia macam pet. Kataore ni adventurous so dia pindah ke Tasik Tikitapu dan disambut baik oleh chief di situ. Masa di Tasik Tikitapu, Kataore was described as harmless and seldom seen.

Lepas beberapa tahun timbul rumours tentang hilangnya beberapa orang yang lalu di tepi tasik ini. Rupanya dari dirinya yang adorable and harmless, bila besar Kataore jadi ganas dan suka telan manusia. Digambarkan setiap kali Kataore menelan seorang manusia, burung berhenti berkicau sehinggalah dia balik ke sarangnya.

Dari rumours jadi nyata terbukti bila Kataore menyerang dan menelan Tuhi-karaparapa (anak perempuan seorang chief) dan beberapa orang pengiringnya semasa mereka dalam perjalanan dari Tarawera to Ohinemutu untuk dikahwin dengan seorang chief muda bernama Reretoi. Beberapa pengiring Tuhi-karaparapa sempat lari dan segera membuat aduan.

Reretoi sangat bersedih dan berdendam untuk membunuh Kataore. Lalu dikumpulkannya 140 orang pahlawan yang mempunyai banyak pengalaman membunuh taniwha (naga air) di tasik-tasik lain. 

Mereka terus ke sarang Kataore. Di sana seorang Māori priest baca jampi sacred Karakia yang boleh melemahkan segala jenis taniwha. Dengan tali kukuh yang dibuat dari flax, Reretoi dan seorang pahlawan Pitaka (seorang dragon slayer) masuk ke gua dan terus menjerut Kataroe yang sudah lemah kerana its power were drained due to the sacred chant. Kataore diheret keluar dan semua pahlawan memukul dan membunuh Kataroe dengan segala macam senjata orang Māori. 

Daging Kataore terus dilapah dan dimasak. Sebahagiannya diberikan kepada kampung yang penduduknya pernah diserang oleh Kataroe. Mayat orang yang ditelan Katoroe dikebumikan. Jantung Kataroe dipotong, dimasak dan dimakan oleh Māori priest tadi di atas puncak antara Blue Lake and Green Lakes. 

Tapi tak habis lagi cerita ni. Tangaroa-mihi yang pernah bela Kataore masa kecik jadi sangat marah dan terus menyerang kaum Te Arawa in a long and bloody warfare. 

Taniwha adalah salah satu dari corak tattoo yang dibuat.

Saya baca, pada tahun 2002 di NZ, pernah ada satu kaum yang membantah pembinaan laluan lebuhraya yang dikatakan akan mengganggu tempat tinggal seekor taniwha. So lencongan terpaksa dibuat.




Memang ada orang berenang di tasik ini tapi airnya sangat sejuk. Still it is a very popular spot for a swim masa musim panas.

Tak ingat dah apa joke si Marcus masa ni. Banyak sangat jokes dia dan tak henti-henti dia bercakap.. hehe. Petah sungguh.. hehe.



Naik semula ke darat dengan concrete ramp.



Berkayak di Tasik Tikitapu.

Siap bawak anak lagi... comel 😊.


Ada juga seagull di tasik ni. May be dari Tasik Rotorua. 


Kami semua ramai-ramai meniup duck whistle/caller sambil melambai pada keluarga yang berbasikal ni 😊.


Off we went to the next lake.


Ada tempat parking yang luas di sini. Very convenient untuk pelawat.


Mau terus berdengkuran saya the moment I lay my head kalau berada di bawah pokok tepi tasik yang berangin nyaman ni!

The breathtakingly beautiful Lake Tikitapu/Blue Lake.

Panjang juga tepian 'pantai' tasik ni. Long stretch so selesa la untuk pelawat. 



Kawasan di tasik ini juga adalah popular untuk aktiviti lake walk/jogging. Berbentuk hampir bulat dengan jarak keliling about 5 km, pejalan kaki akan ambil masa lebih kurang sejam untuk buat satu pusingan lengkap. Kalau jogging macam lelaki ni lagi laju la.

Next ke Lake Tarawera.



Masa nak ke Lake Tarawera, kami passed by Lake Rotokākahi.

Ada lookout point nak tengok Lake Rotokākahi. Dalam tour ni tak ada splashdown ke tasik ini dengan kenderaan itik yang kami naiki.

Dalam keadaan suasana yang tertentu, Tasik Rotokākahi atau Tasik Hijau ini akan kelihatan berwarna hijau zamrud kerana ia lebih cetek daripada Blue Lake dan mempunyai dasar yang berpasir.

Ia dimiliki secara persendirian oleh keturunan Tuhourangi yang merupakan sub-tribe kepada suku Te Arawa yang lebih besar. Tasik ini dikelola oleh Lake Rotokākahi Board of Control.

Sebelum letusan Gunung Tarawera, tasik ini sering digunakan oleh penduduk Māori tempatan, terutamanya untuk mendapatkan native Kakahi shellfish. Jadi dari shellfish tu lah datangnya nama Lake Rotokākahi.

Di Tasik Rotokākahi ini ada sebuah pulau kecil bernama Motu-tawa, yang merupakan tanah perkuburan bukan sahaja ramai nenek moyang suku Tuhourangi tetapi juga kubur Pae-o-te-rangi, a young Ngaphui chief, and orang-orang dia yang dibunuh oleh orang Tuhourangi. Ada la tu kisahnya kenapa ada bunuh membunuh tu. Selalunya sebab dendam la.

Pembunuhan Pae-o-te-rangi menyebabkan serang balas oleh ketua Ngapuhi terkenal iaitu Hongi Hika yang kemudiannya membunuh, dikatakan lebih dari 1,000 orang penduduk Te Arawa di Pulau Mokoia di Tasik Rotorua. Kan like I said, dendam mendendam. Saya baca memang dulu-dulu mereka ni banyak membuat aktiviti berlatih berperang dan bertarung bukan sahaja kerana untuk mempertahankan diri tapi lebih kepada untuk membalas dendam.

Tasik Hijau Rotokākahi ini dianggap sangat suci (tapu) oleh penduduk Rotorua Te Arawa dan remains largely undisturbed, Jadi tiada sebarang aktiviti seperti memancing, berperahu atau berenang.

Sebab tasik ni dianggap 'tapu' i.e sacred by its owner, maka tidak dibenarkan Rotorua Duck's amphibious landing craft splashdown di situ.

Tiba di Lake Tarawera. 


Tasik Tarawera adalah yang terbesar dari siri tasik-tasik yang mengelilingi gunung berapi Gunung Tarawera di North Island, New Zealand. Seperti Gunung Tarawera, tasik ini terletak di Kaldera Okataina. Ia terletak 18 kilometer ke timur Rotorua, dan 5 kilometer ke barat Gunung Tarawera.

Tarawera bererti "Burnt Spear", yang dinamakan oleh seorang pemburu yang meninggalkan tombak burungnya di sebuah pondok dan bila dia kembali pada musim berikutnya mendapati kedua-dua tombak dan pondok itu telah habis terbakar.

Tasik ini telah terjejas oleh letusan Gunung Tarawera pada 10 Jun 1886. Letusan itu telah membunuh lebih daripada 150 orang, dan menimbus kampung Maori Te Wairoa di tepi barat daya tasik. Kisah lagenda menceritakan "waka wairua" (phantom canoe) muncul di tasik sebagai tanda kematian beberapa hari sebelum letusan berlaku.


Splashdown kami yang ketiga dalam Rotorua Duck Tour.


Dalam Tasik Tarawera ini ada banyak eels and rainbow trout. Pada musim panas, ia popular sebagai lokasi memancing dan bersukan air, dan juga berkhemah kerana terdapat beberapa pantai air panas.


Seperti tasik-tasik yang kami lawat earlier, tasik ini juga cantik dengan air yang biru. 



Sumber air panas utama terletak di bahagian selatan tasik ini, di Wairua Stream, Hot Water Beach dan Te Puha dan Tarawera fumaroles. Terdapat juga kawasan geoterma kecil di Humphrey's Bay, di selatan Tasik Okataina. Suhu air bervariasi antara 37°C dan 90°C.



Kalau mandi dekat pantai airnya cetek sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang suka shallow swimming. Kalau nak deep swim, boleh naik bot ke tengah tasik.


Absolutely breathtaking view. SubhanAllah.
















Huii.. memang puas hati ambil gambar di tasik ni. Cuaca baik, airnya biru, dengan dikelilingi hutan dan banjaran dan yang paling best hanya bot kami je yang ada di tengah tasik ni. It's like we had the whole lake to ourselves.. hehe.

Naik ramp ke darat.


Bergambar kejap 😊.

Rupa burung ni macam burung cormorant pulak. May be it is.




Harus ambil gambar klise macam ni kan.. hehe.


A lone seagull.

Ketiga-tiga tasik yang kami lawati airnya memang jernih dan bersih dengan hues biru, turqoise dan hijau. So beautiful.

Salah satu cara mereka menjaga tasik-tasik mereka.

Marcus sedang memeriksa duck craft ni for weeds yang mungkin tersangkut pada vessel ini. 

Dengan lawatan ke Tasik Tarawera tadi, maka selesailah sudah Rotorua Duck Tour kami. 


Perjalanan balik semula ke Rotorua.






Verdict: It was an absolutely quacking amazing tour! 😄 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. birunya air tasik-tasik tu!!
    ingatkan biru sebab kandungan sulfur dalamnya ..
    rupa rupanya sebab batu batu tu
    eh chop.. pumice kan terapung ?
    or sebab dah hancur .. maka dia tenggelam

    kihkihkihhhh..
    comellaaaa en syed bermuncung itik !!!!
    chop..
    mana tau bunyi itik gatal macam mana ??!!
    dan bunyi itik tak gatal macamana...?
    hehhehhee..

    berapa temperature kat situ masa ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Straight from the camera tu doc.
      Pumice stones terapung ke doc? I donno la. I supposing they are at the bed of the lake lah.

      Hahaha... tq *blush**
      Believe me mmg bunyinya gatal doc.. hehehehe...

      Di area tasik2 tu about 22°C.

      Delete