Monday, February 18, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 07 - WALKING TOUR

Cerita walking tour kami diteruskan. Next kami masuk ke Kampung Ketek untuk melawat sebuah makam lama iaitu Makam Syamsuddin Al Sumatrani.

Ada rumah-rumah Melayu Melaka tradisional di kampung ini

Arah ke Makam Syamsuddin Al Sumatrani.

A few years ago masa saya ke Melaka, rumah ini saya dapat lawat masuk ke dalam untuk melihat dengan lebih dekat sebuah rumah Melayu Melaka. Memang ada seorang mak cik yang duduk di situ dan dia menerima kunjungan pelancong. Tapi pada hari kami di situ, ia kelihatan tiada orang. 


Lokasi Makam Syamsuddin Al Sumatrani agak tersorok di belakang rumah-rumah di Kampung Ketek.

Maklumat tentang Makam Syamsuddin Al Sumatrani. Syamsuddin Al Sumatrani adalah seorang ulama, sasterawan dan pahlawan terbilang di negeri Aceh di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Apabila Melaka ditakluk Portugis pada tahun 1511, Aceh sering menyerang Portugis di Melaka untuk mengembalikan Melaka kepada keadaan asal dan bebas dari jajahan takluk orang-orang Barat dan juga menegakkan syiar Islam.


Makam Syamsuddin Al Sumatrani. Makam ini sangat panjang berbanding makam-makam lain di sekitarnya. 

Makam Syamsuddin sangat panjang: sekitar 14 meter. Sekeliling makam dilapisi seramik yang berwarna oren. Bahagian tengahnya yang dibiarkan terbuka dan ditaburi batu kerikil putih. Inilah satu-satunya makam di kompleks ini yang dipagari konkrit dan dipasang atap.


Pemandangan pusara di sekitar Makam Syamsuddin Al Sumatrani.

Ada pokok Melaka di kawasan perkuburan ini.


Walking tour diteruskan di Jonker Street.

Tart Nanas yang popular di Jonker Street. Sedap baunya.

Panas terik masa tu, so kami cari tempat to lepak sekejap for a drink.

Nampaknya Kafe Maliff ni, terus kami masuk. Ni je pun restoran yang kami nampak yang halal. 

Minum petang kami awal sikit hari tu.. hehe. Kuih bahulu washed down with cold drinks 😊. 

Kuih Bahulu di sini dijual dalam set 10 biji. Jenuh pulak kami berdua nak menghabiskannya. Tambahan pulak bahulu-bahulu tu sungguh la manis yang amat. Pada saya la sebab saya dah memang lama tak makan benda manis. Bila ternampak ada dua orang budak perempuan yang juga singgah di kedai ini untuk makan tengahari, terus saya mempelawa bahulu kami yang tak terhabis tu kepada mereka. Mujur mereka terima dengan senyuman. Kami pun rasa gembira la sebab taklah terasa bersalah membazir tak habis makan bahulu tu.

Lalu depan kafe ni anda pasti akan terbau keenakan bau kuih bahulu yang baru dibakar.

Ada pelbagai jenis cookies tradisional dan jajan dijual di sini. Dah macam kedai jual kuih raya 😊. 

Dah cukup rehat dan recharge, kami sambung jalan lagi. Berada di zon bebas asap rokok. Ada a few pelancong dari Tanah Besar China yang saya nampak tak peduli pun.

Seterusnya kami singgah sekejap di Makam Hang Kasturi. 


Mengikut keterangan yang diberi di makam ini, Hang Kasturi, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu berlima telah pergi berguru dengan seorang petapa di Bukit Pancalusa yang bernama Aria Putera dengan hasrat ingin menjadi hulubalang terbilang di Nusantara.

Setelah tamat perguruan, Hang Kasturi dan sahabatnya kembali ke kampung halaman dan telah menunjukkan kehebatan ilmu persilatan yang dimiliki dengan menewaskan seorang yang mengamuk di kampungnya. Keberanian dan sifat kepahlawanan mereka telah menarik minat Bendahara yang turut menyaksikan peristiwa tersebut. Kelima-lima sahabat ini akhirnya menjadi hulubalang kesayangan Sultan Melaka.

Larangan melakukan amalan-amalan Syirik dan Khurafat di Makam Hang Kasturi

Pemandangan Makam Hang Kasturi.

Makam Hang Kasturi.



Sambung lagi jalan-jalan. Uncle ni menjual gula ketuk atau juga dipanggil ting ting candy. 

Gula keras dalam loyang diketuk menggunakan alat pahat dan penukul besi untuk memecahkan gula keras tu into small pieces and makan macam makan gula-gula. 

Bunyi ketukan tu menghasil bunyi 'ting ting ting' so tu yang dipanggil ting ting candy tu.



Sebuah restoran chicken rice. Tak halal tapi. 



Then we came upon Mamee Jonker House ni. Jom masuk tengok ada apa di dalam.


Ada gift shop, but of course. 

Dan yang menariknya ada macam mini diorama kilang buat mee Mamee. 

Mixing.

Rolling.

Slitting.

Steaming

Cutting.

Seasoning shower.

Frying.

Cooling.

Packaging.

Ada sebuah mini muzium mengenai sejarah dan evolusi produk Mamee. Muzium ini dinamakan The World of Good Taste.

Dalam Mamee Jonker House ini juga ada sebuah restoran makanan Halal yang dinamakan Mamee Cafe. Ada macam-macam pilihan makanan tempatan yang nampak sedap di sini seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Goreng, Cendol dan berbagai lagi. Kalau la kami tak lunch lagi dan tak makan bahulu tadi, maunya kami try nasi ayam di sini.. hehe.  

Nice ambiance dalam restoran ni.


Bahagian penyediaan makanan dalam Mamee Cafe. 

Hmmm... nampak sedap 'Signature nasi Lemak' tu. Nampak macam chickan rice balls! 

Signature nasi Lemak.

Mamee Jonker House ada dua tingkat. Bahagian atas adalah tempat pelbagai aktiviti yang boleh disertai seisi keluarga.

Ada workshop yang dinamakan Lil Monster Kitchen di sini. Kanak-kanak boleh mereka sendiri bekas noodle cup mereka di sini. Lepas noodle cup dah siap, boleh pulak mencipta perisa Mamee sendiri menggunakan pelbagai seasoning dan dried condiments yang disediakan.




Sambung lagi jalan-jalan. Comel je adik dua orang tu tengok cotton candy 😊. Hopefully parents mereka belikan la untuk mereka. Kesian pulak tengok. 

Berjalan ke arah Sungai Melaka.



Sebuah kedai souvenir namanya 'Orang Utan'.


Bangunan dengan mural menarik di tepi Sungai Melaka. 

Ini adalah Kiehl's Wall Mural. Mural ini dilukis oleh artis dikenali sebagai @fritilldea. Established in 1851, Kiehl's is the pioneer of natural skin care, with more than a century of experience of creating effective skin care formulations.



Ramai yang bergambar di sini. 

I guess, the vibrant colors helps make instagram-worthy photos.



Ini Memorial Peringatan Pendaratan Laksamana Cheng Ho di Melaka pada tahun 1405.

Tiba dah semula di lokasi kami mula walking tour earlier, tapi on the other side of the river.

Jambatan Tan Kim Seng.


Hard Rock Cafe Melaka.

Dari Jonker Street, kami berjalan menyusuri Sungai Melaka untuk ke jeti Melaka River Cruise. Came upon this arca yang menggambarkan penemuan Melaka oleh putera dari Palembang yang bernama Parameswara.


Antara kesan sejarah lama yang telah dibina semula oleh Jabatan Warisan Malaysia adalah sebuah kren lama untuk mengangkut barang dari kapal di Sungai Melaka. Kren ini mula digunakan di zaman Belanda dan terus diperbaiki dan digunakan di zaman British.


Info tentang kren ini.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. tau tak apa makna ketek ?
    gadang / atau godang ?
    tak ..?
    isyyy..
    kena lah bawak pergi SSumbar lagi ni !! hehhehe
    ketek is kecik
    gadang is besar ..

    ReplyDelete
  2. ketek --kecil
    gadang --besar

    kecik je kampung tu ..

    ReplyDelete