Tuesday, February 12, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 03 - KUBUR BELANDA DAN RUNTUHAN GEREJA ST PAUL

Next kami nak panjat Bukit Melaka (Bukit St Paul) nak tengok ruins di atas tu. Dari kaki bukit ini boleh nampak Menara Taming Sari. 

Ada banyak info boards di kaki Bukit Melaka ni yang menceritakan sejarah keseluruhan Melaka secara ringkas. 

Dan yang bertambah buat kami gembira ialah semua papan keterangan ni adalah in very good condition, tulisannya jelas dan pada tahap ketinggian yang mudah untuk pelawat baca. Believe me these are very important necessities so that visitors can not only enjoyed the historical sites but also boleh immerse themselves in the historical facts by easily reading the well displayed information which, by the way, is conveniently brief and terse.  

Melaka di bawah pemerintahan British.

Melaka di zaman peralihan British-Belanda.

Serangan Belanda ke atas Melaka. 

Melaka di zaman pemerintahan Belanda.

Serangan Portugis ke atas Melaka.

Pentadbiran Portugis di Bukit Melaka.

Batu laterit.

Bukit St Paul.

Ada peniaga berjual barang seperti souvenir di kaki tangga naik ke Bukit Melaka.

Jom kita pelan-pelan panjat. 

Tu dah nampak runtuhan Gereja St Paul.


Sampai di atas ni ada pula kubur. 

Rupanya ada kubur Belanda di sini. Let's make a quick visit. 

Walaupun namanya Kubur Belanda, sebenarnya hanya terdapat 5 buah kubur milik orang Belanda di sini yang bertarikh 1670-1682. Kubur yang selebihnya adalah milik 33 orang pegawai tentera British dan keluarga mereka yang bertarikh 1818-1838. 

Sewaktu di zaman Belanda, tanah perkuburan ini dikenali sebagai St Anthony's Kerkhof. Ia kemudiannya diambilalih untuk kegunaan British pada tahun 1818. 

Jasad British yang pertama dikebumikan di sini adalah seorang kapten Tentera Laut bernama Captain John Kidd pada tahun 1818 dan jasad terakhir pula adalah isteri kepada seorang pegawai tentera British pada tahun 1838.

Hugh Scott, son of Robert Scott of Penang. Died 16 May 1843 aged 32.


Hubert Van Bragt. Died 21 April 1861 aged 49.




Runtuhan Gereja St Paul.

Amboii.. sampai macam tu sekali contented nyaaaa! 😊

Kubur besar ini mengandungi jasad 6 orang sekeluarga yang mati dalam tempoh yang singkat di antara satu sama lain.
Isabella Caroline Velge. Died 28 November 1853 aged 9 months.
Robert Malcolm Evans. Died 16 January 1856 aged 2 months.
Anna Maria Evans. Died 24 January 1856 aged 24.
Edward Nagel Evans. Died 24 January 1856 aged 3.
Louisa Augusta Evans. Died 2 February 1856 aged 4.
Frederick Theodore Velge. Died 8 February 1856 aged 1.

Robert James. Died 11 August 1846 aged 45. (kubur kanan)


Ok jom panjat tangga sikit lagi.

Rasanya ini adalah tangga batu yang asal. Jika betul, very likely these are laterite stones.

Sampai dah di puncak bukit ini. Ini sebahagian dari runtuhan Gereja St Paul yang masih ada di sini.

Ada pula a bit of street entertainment di sini. Tak la sunyi suasana.

Outer wall gereja ini yang masih kukuh berdiri. Fyi, ia dibina pada 1521, hampir 500 tahun yang lalu.

Info board. Super helpful.

Saya suka 3D map yang kiri ni.

Di perkarangan gereja ini, pemerintah British telah membina sebuah rumah api bagi menggantikan rumah api yang dibina oleh Portugis sebagai panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.

Maklumat tentang runtuhan Gereja St Paul.

Paderi St Francis Xavier menginap di gereja ini setiap kali beliau berkunjung ke Melaka di antara tahun 1545-1552. Dia juga dikebumikan secara sementara di gereja ini sebelum jasadnya dipindahkan ke Goa, India. Patung beliau turut dibina oleh Portugis di hadapan gereja ini.

Sebelum jasad St Francis Xavier disemadikan di Gereja St Paul pada tahun 1552, tangan kanannya dipotong untuk dihantar kepada Pope di Rome. Secara kebetulan, dua tahun kemudian pada tahun 1954, patung tangan kanan St Francis Xavier turut terputus apabila dihempap pokok.

Portugis telah membina sebuah chapel di atas tapak istana yang telah musnah di puncak Bukit Melaka. Chapel ini dibina oleh seorang kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari serangan musuh sewaktu berada di Laut China Selatan dan didedikasikan kepada Virgin Mary. Ia dinamakan Nossa Senhorado Monte (Our Lady of the Hill).

Chapel yang dibina Portugis ini kemudiannya diperbesarkan dan diberi nama Gereja St Paul. Gereja St Paul di Bukit Melaka ini adalah gereja Kristian tertua di Asia Tenggara. 

Ia kini Warisan Kebangsaan Malaysia.

Apabila Belanda menakluk Melaka pada tahun 1641, mereka telah menukar peraturan ibadat di gereja ini dari Kaholik kepada fahaman Protestant Gereja Reformasi Belanda dan gereja ini ditukar namanya kepada Gereja St Paul.

Jom kita masuk ke dalam runtuhan gereja ini. Besar juga dalamnya. Seperti kebanyakkan bangunan runtuhan lama, bahagian bumbung sudah tidak ada.


Dutch period headstones (1640-1795) di dalam runtuhan St Paul ini adalah besar-besar belaka dan dihias dengan ukiran dan nampaknya terpelihara baik. Ia dibuat dari sejenis batu yang tidak dijumpai secara tempatan menunjukkan bahawa mereka mungkin dibawa dari Belanda.



Selepas perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 di mana British menyerahkan Pulau Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British, British lebih menumpukan perhatian kepada pentadbiran Pulau Pinang dan Singapura tanpa mengenepikan Melaka. Gereja St Paul tidak lagi berperanan sebagai sebuah gereja. Namun perkuburan pembesar-pembesar Belanda masih dikekalkan di ruang utama. 





A closer look sebuah batu peringatan perkuburan di gereja. Pemilik batu peringatan ini telah disemadikan di gereja ini pada tahun 1659.

Pada tahun 1548, chapel ini telah diserahkan oleh Portugis kepada Society of Jesus. Ia diperbesarkan pada tahun 1556 menjadi dua tingkat dan dikenali sebagai Gereja Annunciation. Pada tahun 1590 sebuah menara telah didirikan di belakangnya untuk meninjau musuh. Menara ini telah dimusnahkan pada tahun 1745 tetapi temboknya diperkuatkan dan dijadikan sebagai kubu pertahanan.


Salib di bumbung Gereja St Paul.

Terdapat sebuah prasasti yang berkaitan dengan Fau van Riebeeck, isteri kepada Jan van Riebeeck, pengasas Cape Town, Afrika Selatan, yang meninggal di Melaka pada tahun 1664 pada usia 35 tahun.
Frau Van Riebeck (nama sebenarnya Maria de la Quellerie) yang disemadikan di sini adalah isteri kepada John Van Riebeck (Jan van Riebeeck), orang Belanda yang telah membuka Cape Colony di Afrika Selatan pada tahun 1652.

Jasad St Francis Xavier telah disemadikan selama 9 bulan di sini sementera menunggu perubahan Angin Monsun untuk membolehkan jasad tersebut dibawa ke Goa, India.

Bekas tempat persemadian ini telah ditutup untuk keselamatan.

Ada je la yang nak baling duit ke dalam tu. Apakah tujuan?

Tombstone yang sudah berusia 340 tahun. 

Berdasarkan bilangan batu peringatan yang terdapat di sini, memang ramai orang Belanda yang dikebumikan di gereja ini. Semua batu peringatan ini ditulis dalam Bahasa Belanda. Ada beberapa buah batu ini telah diterjemahkan kandungannya kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jika ada ukiran tengkorak pada batu peringatan, ini menandakan pemiliknya meninggal dunia kerana penyakit.

320 tahun.

Tombstones Belanda yang diletakkan berdekatan dengan tempat persemadian St Francis Xavier.

Berikut adalah foto-foto suasana di runtuhan Gereja St Paul ini.











Patung St Francis Xavier, tanpa tangan kanan.



Ok dah, selesai di runtuhan Gereja St Paul ni. Jom jalan ke tempat lain.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. dia meninggal di macau
    bawak ke melaka
    tanam kejap
    potong tangan kanan
    hantar ke pope
    lepas 9 bulan , gali balik
    bawak balik naik kapal
    untuk ditanam lagi

    jauh perjalannan dia nak tempuh ...

    ReplyDelete