Wednesday, January 9, 2019

EGYPT - DAY 09 - PART 02 - WADI EL RAYAN NATIONAL PARK

Bahagian ke 2, hari ke 9 ni saya cerita lawatan kami ke sebuah taman negara di Fayoum. Indeed, di Mesir ni pun ada national park, tapi kawasan padang pasir la, bukan hutan rimba. Apa yang menarik ialah di wadi ni ada air terjun. Air terjun di padang pasir? 

Heading to Wadi El Rayan. 

Melalui kawasan padang pasir yang luas.

Tiba di pintu masuk ke Wadi El Rayan National Park.


Wadi El Rayan is a Protected Area under the supervision of Egypt's Ministry of Environmental Affairs (EEAA).

Gate ini juga adalah jalan masuk ke Wadi El Hitan, yang juga berada dalam the Protected Area. Tapi kami tidak ke Wadi El Hitan kerana lokasinya yang jauh.

Memasuki Wadi El Rayan Protected Area. Masa ini kami masih lagi being escorted by the police car. Untuk keselamatan, Alhamdulillah.

Ok, tadi bas kami dah menyusuri Tasik Qarun, menuju ke Wadi El Rayan. Lokasi Wadi El Hitan adalah lebih jauh ke dalam kawasan protected area ni, arah ke barat. Lokasi air terjun adalah di Wadi el Rayan, dipanggil Wadi Rayan Fayoum Falls. Qasr Qaroun Temple (Istana Qarun) kami lawat selepas Wadi el Rayan.  
Lembah Wadi El-Rayan luasnya 1759 km persegi, dan 113 km persegi daripadanya adalah didominasi oleh tasik Wadi El Rayan iaitu Upper Lake dan Lower Lake. Ia terletak kira-kira 65 km barat daya dari bandar Faiyum dan 80 km di sebelah barat Sungai Nil. 

Fyi, di Wadi El Hitan ada fosil tulang ikan paus yang telah pupus. Maka disimpulkan yang padang pasir di sini satu ketika dulu, a long long time ago, adalah sebuah lautan.  

Wadi el Rayan ini dibentuk oleh 2 tasik iaitu Upper Lake dan Lower Lake. Lokasi Wadi Rayan Fayoum Falls adalah di antara kedua-dua tasik ini. Jadi ke situlah kami dibawa.  

Passed by Wadi El Rayan's Upper Lake.

We could hardly see any tourist at this lake. Perhaps the attraction di wadi ini adalah the waterfall. 

Such beautiful morning sunlight shimmer on the lake's surface.


Tu, dah nampak Wadi El Rayan's Lower Lake.


Belok ke kiri. Kalau terus, tu nak ke Wadi El Hitan.


Visitor Center.

First impression memang nampak macam deserted. Tapi kata Ustaz time libur ramai yang ke sini.




Facilities di sini pun nampak unoccupied.


Tiba di tempat parking bas. Kuat angin masa tu jadi elok la cover hidung. Btw, lelaki yang memakai kot warna kelabu di sebelah kiri tu adalah polis escort yang duduk dalam bas bersama kami. 

Kafe di Wadi Al Rayan.

Kami dibawa berkumpul dulu di kafe ini untuk sedikit penerangan oleh Ustaz tentang wadi ini. Juga untuk guna toilet. 


Pemandangan Lower Lake dari kafe. Jauh tu nak jalan ke sana. Mujur suhu just nice masa tu.

Nampak besar sungguh Lower Lake tu!

Dengan pandangan mata kasar memang tak nampak ada bot-bot di tepi tasik ni. So gigih la saya mengezoom.. hehe.

Aaaaaa.. so beautiful... a flock flamboyance of flamingos.   

SubhanAllah.

Nampaknya mereka ni nak berkelah di tepi tasik.

Opposite the cafe ada bangunan masjid ni.  

Di sebelah masjid tadi ada bangunan ini, yang unik sungguh bentuk bumbungnya. 

Nampak macam dovecotes pulak.

Punya la saya excited nampak info board ni! Hehehe..

While group members lain semua bergegas ke air terjun, kami cepat-cepat ke sini nak baca dan ambil gambar maklumat.

About Wadi El Rayan Protected Area.

Ada peta lokasi Wadi El Rayan dan Wadi El Hitan, Wadi Rayan Fayoum Falls dan available facilities. 

Menarik betul wadi ni. Ada banyak tempat-tempat 'View Point' di sekitar kedua-dua tasik. Ada trail for hiking dan tempat untuk camping. Boleh naik unta dan kuda, dan naik bot di tasik. Macam definitely boleh spend the whole day here.

Tentang tasik di Wadi El Rayan.

Seperti dalam imej di bawah, kedudukkan Upper Lake adalah lebih tinggi dari Lower Lake maka terbentuklah Air Terjun Wadi Al Rayan (Wadi Rayan Fayoum Waterfall) di saliran yang menghubungkan kedua-dua tasik. Fyi, both lakes are man-made lakes.

Di Fayoum juga ada Nature Art iaitu ketulan-ketulan batu bulat yang terbentuk secara semulajadi hasil kesan dari suhu dan tekanan. Batu-batu unik ini banyak ditemui di Qarun Protected Area.  

Beginilah rupa Nature Art yang sangat indah di Qarun Protected Area.


Ada beberapa ketul batu bulat ini dibawa dari Qarun Protected Area dan diletakkan di plaza Wadi El Rayan ini untuk tatapan pelancong.

It is amazing to ponder that batu-batu bulat ini terbentuk secara semulajadi.

Entah-entah bukan batu tapi fossilized dinosaur eggs ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ƒ. The sahara desert is afterall a few million years old ๐Ÿ˜Š.

Tasik-tasik di wadi ini juga kaya dengan macam-macam migratory birds. Kawasan tasik di sini jadi tempat singgah mereka masa musim sejuk. Migration berlaku 2 kali setahun dan 75% dari burung-burung di sini adalah migratory birds. Ada spesis burung yang lepak sini sepanjang musim sejuk dan ada yang stop sekejap di sini sebelum terbang lebih jauh ke selatan. 

Antara spesis burung yang ada di sini.

Fayoum telah dikategorikan sebagai 'Important Bird Area'.

Jenis-jenis vegetation yang ada di sini.

Ok, jom kita tengok air terjun tu. Ada signboard amaran.
Risiko kematian - ุฎุทุฑ ุงู„ู…ูˆุช 
Dilarang melompat ke dalam air terjun - ู…ู…ู†ูˆุน ุงู„ู‚ูุฒ ู…ู† ุงู„ุดู„ุงู„ุงุช ูŠูˆุฌุฏ ุฃุญุฎุงุฑ ูู‰ ุงู„ู‚ุงุน  

Kerana wadi ini had been declared sebagai protected area, maka air sungai/air terjunnya bersih. Persekitaran pun tiada sampah sarap. Nice lah, since tempat ini sering dikunjung dan popular especially among locals.

As stated above both the Upper Lake and Lower Lake are man-made. Jadi apa yang menyebabkan ia perlu dibuat? Air Fayoum oasis pada asalnya disalirkan ke Tasik Qarun di utara. Tetapi tasik itu boleh mengambil hanya jumlah tertentu air saliran. Kalau melebihi kapasiti, paras air tasik itu akan naik dan membanjiri tanah di sekelilingnya, sering mengakibatkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kerana kandungan garamnya yang tinggi. Ini bermakna bahawa jumlah air yang boleh digunakan di Fayoum adalah terhad oleh kapasiti saliran maksimum rantau ini. Sehubungan itu, sehingga baru-baru ini tanaman yang water-intensive seperti padi dan reeds (tall, grass-like plants of wetlands) boleh ditanam hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit. Selain itu, tiada tanah baru boleh ditebus guna tanpa menyebabkan tanah ladang yang sedia ada berhampiran Lake Qarun dibanjiri. Maka terdapat keperluan mendesak untuk mencari lembangan saliran alternatif, dan Wadi El Rayan didapati sesuai.
Oleh itu pada tahun 1974, saliran terbuka sepanjang 9 kilometer dan terowong sepanjang 8 kilometer dibuat melalui padang pasir dari sebelah barat Fayoum depression ke dry depression of Wadi El Rayan. Air saliran kini mengalir ke dalam Wadi El Rayan dan membentuk dua tasik besar, Upper Lake dan Lower Lake. Air mula-mula sampai ke tasik utara (Upper Lake) dan bila dipenuhi, aliran mengalir ke arah sebuah lagi tasik (Lower Lake). Bila aliran air itu menghakis laluannya dan mencurah turun di tingkat-tingkat batu, batuan semula jadi terdedah dan Fayoum Waterfall terbentuk.

๐Ÿ”ตKatakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".(Al-Mulk 67:30) 
๐Ÿ”ตDan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, (Yaa Siin 36:34)

Boleh je kalau nak rendam-rendam kaki. Kami malas sebab leceh bila kaki basah, nanti dalam kasut basah, dengan pasir melekat lagi.. hehe. 

Lagi pun kami tak de banyak masa dan masa ni kami belum lagi ke tepi Lower Lake. Jauh nak jalan ke sana tu. Bercuti gaya group package kena la pandai-pandai bajet masa.. hehe.

Ini salah satu 'View Point' di Wadi El Rayan ni, untuk melihat Fayoum Waterfall. 

Wadi El Rayan Fayoum Waterfall ini bukanlah air terjun semula jadi. Ia terbentuk semasa saliran air dibuat untuk menghubungkan Upper Lake dan Lower Lake pada tahun 1974. 


Tinggi air terjun ni cuma 10 meter sahaja tapi sangatlah impressive sebab it is in the middle of the desert.

In fact it is the one and only air terjun di Mesir. 

At first macam pelik dengar deruan air terjun di tengah padang pasir ni. Such a wonderful experience.

Pemandangan aliran air di bahagian bawah.


Air dari Upper Lake ini terus mengalir masuk ke Lower Lake nun di hujung sana.

Itu Lower Lake. Sangat besar nampak macam laut.

Eh, ada sekeluarga keldai pulak.

Ada sebuah Hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”. [Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan al-Tirmizi]

Looking back, tu kafe tadi.

Facilities yang ada di plaza ini.

Mana la tuan keldai-keldai ni. Ini kan like in the middle of no where. Kami tak nampak pun kawasan penduduk for kilometers. I think I worry to much la.. hahaha.

Surah Jumu'ah (62): Ayat 5:
[5] Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Di dalam Al Quran Surah Luqman (31): Ayat 19 pula ada menceritakan perihal Luqman yang menasihatkan anaknya supaya merendahkan suara bila bercakap:
[19] Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.

Kami pun berjalan ke arah Lower Lake. On the way tu ternampak kesan-kesan tapak kaki binatang. Very likely ini tapak kaki burung tapi donno what burung.

May be ini tapak kaki keldai.

Di muara saliran air dari Upper Lake masuk ke Lower Lake ada pelabuhan kecil untuk bot-bot nelayan dan lake cruise operators.

Saliran ke Lower Lake.

Kesan hakisan nampak jelas di tebing.

Bila ada sumber air, maka banyaklah vegetations. 


Berjalan ke tepi Lower Lake. Jauh juga nak jalan tapi kami enjoy la sebab bukan selalu dapat jalan di padang pasir. Moreover, masa ni suhu pun just nice dan tidak terlalu panas.

Also tak terasa panas sangat sebab angin kuat. 
Hep!! Jangan gelak! Hahahaha... Saja nak demo strong wind masa tu.. hehe. 

Kalau nak cruise Lower Lake ni boleh sewa bot. A few of our group members went for it. 

Kami lebih prefer jalan-jalan di sekitar tasik ambil gambar.



Hari kami ke sini ialah hari Jumaat. Di Mesir hari Jumaat ialah hari weekend. Jadi ramai la locals yang datang ke sini untuk spend time with family dan beriadah. 

Nampaknya persisiran tasik ni cetek dan selamat untuk kanak-kanak. Bahagian tasik ni yang paling dalam ialah 30 meter.


Tak ada shades so mereka erect makeshift tent. Nampaknya family ni bawa banyak bekalan. Nak berbbq kot.

Tu group members kami sedang nak berlayar. 




Nelayan sedang menjala. Ikan di tasik-tasik Fayoum are basically ikan laut kerana airnya yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.


Kerana wadi ini had been established as a protected area, maka the birds populations had been thriving here. 

Kira-kira 10 tahun yang lalu, dua saintis memutuskan untuk menganggarkan jumlah burung di planet ini. Jumlah yang mereka hasilkan adalah antara 200 hingga 400 bilion burung individu. Berbanding dengan 5 bilion orang, (sekarang about 7.7 bilion) ini berjumlah 40 hingga 60 ekor burung setiap orang.

Sejak 1500-an, jumlah burung telah merosot dari segi bilangan spesies (kira-kira 500 spesies) dan bilangan burung individu (kira-kira 20-25%). Penurunan ini adalah disebabkan oleh aktiviti manusia, seperti penebangan hutan, pencemaran, spesies invasif dan perubahan iklim disebabkan manusia.

Daripada semua spesies burung yang diketahui, 129 telah pupus dan 9,787 masih hidup hari ini.

Menjelang tahun 2100, sehingga 14% daripada semua spesies burung boleh pupus. Dan 7-25% (28-56% di oceanic islands) boleh menjadi "functionally extinct." Ini bermakna bilangan burung individu dalam spesies ini akan menjadi begitu rendah sehingga spesies ini tidak lagi memainkan peranan penting dalam ekosistem mereka.

Burung adalah salah satu komponen penting dalam ekosistem dan mereka melakukan tugas yang penting. Sebagai contoh, burung pollinate dan menyebarkan benih banyak tumbuh-tumbuhan, termasuk banyak tanaman yang penting kepada manusia. Mereka juga membantu dalam mengawal perosak tanaman. Dan burung scavenger seperti vultures membantu penguraian bahan organik.

Jadi bila ada Protected Area seperti di Wadi El Rayan ini, juga di banyak lagi tempat di seluruh dunia, kepupusan banyak spesies burung dapat dihentikan atau sekurang-kurangnya dilambatkan.

Anak berendam, bapak berpayung.. hehe.

Budak-budak walau di mana pun kalau jumpa air memang la mereka super excited.. hehe.

Sampan-sampan nelayan di tebing tasik.

Local fishermen.


Ustaz Toyyeb dah jalan balik ke kafe. 

Memang kuat angin di tepi Lower Lake ini. Mujur la tidak berdebu atau ada pasir halus berterbangan.

Banyak sekali burung-burung di tasik ni. Also sampah pun banyak jugak. Sayang la tercemar macam ni. 


Dah tiba masa untuk jalan balik ke bas. Since group members yang naik sampan tadi belum habis cruising lagi, maka kami stop sekejap sekali lagi di Fayoum Waterfall. 

Selain bahagian air terjunnya yang besar setinggi lebih kurang 10 meter, terdapat beberapa tingkat lain di air terjun ini, yang tingginya tak lebih dari daripada 2 hingga 4 meter. 

Still it attracted ramai penduduk Mesir tempatan, mungkin kerana ramai di antara mereka yang tidak pernah melihat air terjun sebelum ini. 

Air terjun ini juga telah dipaparkan dalam banyak video dan filem Mesir. 

Walau bagaimanapun, air terjun ini tidak akan berterusan ujud selagi tahap air Lower Lake terus meningkat. 

Air terjun ini akan terus ada hanya sehingga kawasan permukaan yang luas di kawasan ini membolehkan kadar penyejatan sama dengan jumlah air yang mengalir ke dalamnya.

Sayang sungguh la kalau air terjun yang cantik ini lenyap tenggelam jadi sebahagian dari Lower Lake. Still I guess it won't happen for many many more years.  








Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehehhehe..
    kecik je air terjunnya!!
    kesian depa kan..
    tak jumpa air terjun

    berkelah panas panas gitu?!
    saya nengok pun dah rasa terbakar

    ada buat video tak?
    boleh masukkan lagu Gerua masa angkat angkat shawl tu

    a flamboyance of flamingoes
    saya pun search lah
    came across this ..
    interesting.. :)
    https://www.businessinsider.my/odd-names-for-groups-of-animals-2016-3/?r=US&IR=T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye doc, kecik comel je.. hehe.. tapi cantik sebab in the middle of padang pasir. So unik.
      Kan. Sebab tu kita kena appreciate dgn apa yg kita ada.

      Hahaha... mereka dah biasa dah doc. Tapi tepi tasik tu nyaman la juga sebab berangin. Angin tasik, so bearble la.

      Hahahaha.. kalau ada video, terus masuk arkib and will never see the light of day ever again... hahahaha...

      A shrewdness of apes
      A congregation of alligators
      A cauldron of bats
      etc etc

      Yg paling best of course...
      A clowder, clutter, pounce, dout, nuisance, glorying, or a glare of cats :)

      Delete