Monday, January 7, 2019

EGYPT - DAY 09 - PART 01 - FAYOUM & TASIK QARUN

Dah pun hari ke 9. Esok nak balik dah. 

Ok, summary sikit. Touring kami di Mesir bermula pada hari ke 2 dengan itinerary lawatan di dalam Cairo. Day 3, 4 dan 5 kami ke Semenanjung Sinai melalui Suez dan ke bandar-bandar Dahab dan Saint Catherine. Hari ke 6 kami membuat lawatan di sekitar Cairo. Hari ke 7 kami ke utara Cairo, ke Alexandria. Hari ke 8 ke Giza.

Pada hari ke 9 ini kami ke selatan Cairo iaitu ke Fayoum pula. Sejam lebih perjalanan dari Cairo dengan jarak about 100 km.

Di Fayoum kami ke Qarun Lake, Wadi El Rayan dan Qasr Qaroun Temple.

Seperti pagi-pagi sebelumnya, kami turun awal untuk sarapan.  Tapi pagi ni memang kena bangun awal sebab nak bertolak ke Fayoum pada pukul 7 pagi. Sebelum masuk ke restoran hotel ni, kami jalan-jalan sekitar hotel dan bergambar. 


Pagi ni tiada pula burung-burung singgah di kolam hotel ni untuk bersosial dan bermandi manda seperti the mornings before.



Ok, jom breakfast.

Macam-macam jenis roti ada. Gebu-gebu belaka, nampak sedap.

Menu sarapan pagi di hotel ni pagi tu ada pula spicy chicken/beef balls. Sedap! 

Super heavy breakfast actually, pada kami la.. hehe.

6:50 am kami dah naik bas. Sementara menunggu group members lain, ambil la gambar. Kelihatan seorang ayah dan anak zabbaleen sedang mencari recyclable trash dari dalam guni sampah di tepi jalan untuk dibawa pulang ke rumah mereka untuk dikitar semula. 

Off we went. Fayoum adalah sebuah bandar di tengah negara Mesir dalam Faiyum Governorate. Di kira remote, jauh dari Kaherah so police escort diwajibkan mengiringi kami sebagai langkah keselamatan kerana perjalanan ke Fayoum akan menrentasi kawasan padang pasir yang luas. Escort begini samalah seperti ketika kami ke Semnanjung Sinai pada hari ke 3 hingga hari ke 5 dalam rangka lawatan kami di Mesir. 

Keeping Cairo clean.

Left: Cairo loofah sponges seller. 
Right: A couple of ladies on the way to farm to feed their livestock. 

Masih awal pagi sangat, lengang je King Faisal Street ni.


Pyramid of Khufu di Giza yang dah pun kami lawat tempohari. 

Pyramid of Khufu (kiri) dan Pyramid of Khafre.

Pyramid of Khafre.



Menuju ke El Faiyum Road.

Ini adalah kawasan perumahan 'Cooperative Housing Construction and Reconstruction of the Al-Ahram Desert'. 



Masuk ke jalan lebuhraya.

Dengan pemandangan padang pasir.

Melalui gerbang jalan yang besar ini dengan signboard 'محافظة الفيوم' yang bermaksud 'Fayoum Governorate'. 

Perjalanan dalam Fayoum Governorate menuju Fayoum City. 


Passed through vast desert landscapes. 

Development of luxury residences. 


Dovecotes memang banyak di Mesir ni. 
A dovecote is a structure intended to house pigeons or doves. Dovecotes may be free-standing structures in a variety of shapes, or built into the end of a house or barn. They generally contain pigeonholes for the birds to nest. Pigeons and doves were an important food source historically in Western Europe and were kept for their eggs, flesh, and dung. - Wikipedia

Kawasan perkuburan local.

Juga ada kawasan perkuburan orang Kristian dan sebuah chapel/ gereja.

Plaza Tol Fayoum. Ketika itu bersama kami di dalam bas sudah ada seorang escort polis. Bermula di tol ini ada sebuah kereta polis yang menunggu bas kami dan mengekori dan mengiringi bas kami ke mana-mana kami pergi.

Heading to Fayom. Juga dieja as Fayoum atau Faiyum atau El Faiyūm.  

Nice je suhu masa tu.

Seram tengok cyclist ni dekat sangat dengan lori tu. Also apa dia buat kayuh basikal di highway? 

More dovecotes.

Perasan tak ada orang dok atas timbunan dried plants tu?

Wilayah Fayoum ni memang subur. Btw, bandar Fayoum adalah salah satu bandar tertua di Mesir kerana lokasinya yang strategik.

Ok, saya cerita sikit tentang sejarah wilayah Fayoum ini. Pada zaman Mesir purba, kota itu dipanggil Shedet. Ia adalah pusat cult of the crocodile god Sobek. Jadi, orang Yunani memanggilnya "Crocodile City" atau dalam bahasa Latin sebagai Crocodīlopolis. Penduduk zaman dulu kota ini menyembah buaya suci yang  dijinakkan yang dipanggil Koine Petsuchos (the Son of Soukhos). Buaya ini dihiasi dengan pendants emas dan permata dan tinggal di kolam kuil yang istimewa dan diberi makan oleh priests dengan makanan yang disediakan oleh pengunjung. Apabila Petsuchos mati, ia digantikan oleh buaya lain.
Yang kiri tu ialah Sobek, the crocodile god. Yang kanan ialah ukiran pada dinding di Istana Qarun di Fayoum yang menggambarkan Sobek, the ancient Egyptian crocodile god.


Satu lagi fakta menarik tentang Fayoum ialah the 'Faiyum mummy portraits' atau death mask. Selama tiga abad pertama AD, rakyat Faiyum dan di tempat lain di Roman Egypt, mereka tidak hanya embalmed si mati tetapi juga meletakkan potret si mati atas bungkusan atau keranda mummy pada bahagian wajah. Orang Mesir ketika itu meneruskan amalan mereka untuk menguburkan mayat, walaupun orang Rom prefer pembakaran mayat. 
Ini adalah satu contoh Faiyum mummy yang ada potret. It is a mummy of boy with portrait.

Dipelihara oleh persekitaran padang pasir yang kering, potret-potret Faiyum ini merupakan satu koleksi potret paling besar yang bertahan dari sejak zaman dahulu hingga sekarang. Potret-potret ini juga mencerminkan yang masyarakat Fayoum ketika itu adalah berbilang kaum - Yunani, Rom, Syria, Libya dan lain-lain yang berkembang sejak 2,000 tahun yang lalu. Potret Faiyum dicat pada kayu dalam teknik lilin berpigmen yang dipanggil 'encaustic'.
Dan ini potretnya. Memang meremang bulu roma saya masa ambil gambar ni.

Delivering life chickens. Selain lembu dan kambing, beberapa kampung di Fayoum telah menjadi pusat pembiakan ayam dan ayam Fayumi adalah yang terbaik di negara ini.

Fayoum adalah wilayah yang banyak ditanam pokok papyrus. Papirus terkenal sebagai "kertas" Mesir purba tetapi juga digunakan untuk membuat bot nelayan kecil, tali, pakaian, mainan kanak-kanak, azimat, bakul, tikar, pengadang tingkap, sebagai sumber makanan, dan banyak lagi barangan lain.


Sebuah masjid dan funfare.

Rasanya these are olive trees.

Di Fayoum ini juga ada banyak kawasan tinggalan sejarah kampung dan bandar purba terutamanya dalam kawasan berdekatan tasik seperti tapak bandar Crocodilopolis/Arsinoe. Terdapat tinggalan arkeologi yang luas di rantau ini yang bermula dari masa prasejarah hingga zaman moden.
Tak pasti kalau foto-foto ini yang sempat saya ambil dari dalam bas adalah kesan peninggalan bersejarah. Looks like it. But if they are not, sesuai la buat gambar hiasan to depict the ruins 😊.

Wilayah Fayoum ini juga terkenal dengan buah ara (fig) dan anggur yang luar biasa. Pokok buah zaitun dan pokok bunga ros juga sangat banyak ditanam di sini. Faiyum juga memiliki baka kambing biri-biri yang sangat baik.

Berbeza dari oasis yang tipikal yang kesuburan bergantung kepada air yang diperoleh dari mata air, tanah perladangan subur di Faiyum terbentuk daripada lumpur sungai Nil yang dibawa oleh Bahr Yussef, panjangnya 24 km. Bahr Yussef adalah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Fayoum di Mesir.

Dan pastinya juga ada banyak pokok-pokok kurma. Kalau di negara kita pohon nyiur melambai, di Mesir pohon kurma lah. 

Fayoum digambarkan sebagai "Cool are the dawns; tall are the trees; many are the fruits; little are the rains" oleh  el Nabulsi, pada 750 tahun yang lalu.

Cara pertanian moden juga dilakukan di sini. 

Ini lori yang kami nampak tadi.

Haa.. foto yang ni jelas nampak ada orang dok atas tu.

Antara modern monuments yang kami nampak.

Banyak yang kami nampak adalah keldai dan kuda. Jarang nampak kambing/biri-biri.

Tanaman yang dah dituai dilonggok/dikeringkan macam ni.


Pada zaman firaun offerings are made to the ancient Egyptian gods for the gods to "grant an invocation offering of bread, beer, cattle, fowl, and every good and pure thing, every kind of vegetable".

Pemandangan ladang-ladang pertanian di Fayoum.

Sangat luas ladang-ladang di sini.


Teringat saya pada penerangan Ustaz semasa kami lawat sebuah ladang kurma di Madinah semasa kami mengerjakan umrah pada 2017. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beri tahukanlah kami pohon apa itu?” Lalu Rasulullah SAW menjawab: “ia adalah pohon kurma.” 

Pokok kurma menyerupai manusia dari sudut ketahanan, kegunaan dan faedahnya. 

Interesting fact yang Ustaz share ialah pelepah pokok kurma kalau tak dipangkas ia tak akan gugur.

Lembu juga adalah salah satu dari binatang ternakan di wilayah Fayoum sebagai working animal, untuk daging dan susu dan baja organik. Juga untuk dijual seperti anak-anak lembu. Di Fayoum makanan untuk ternakan ini is in abundance. Sejak ancient Egypt lagi cattle memang berperanan penting dalam masyarakat sebagai haiwan ternakan.

Lembu dan kerbau Mesir telah mula diternak sejak sejak zaman firaun lagi terutamanya di sepanjang tebing Sungai Nil. Haiwan ternak ini pada masa itu dianggap begitu penting sehingga banyak ancient Egyptian gods digambarkan dalam bentuk lembu, seperti dewa-dewa yang terkenal Hathor, Ptah (sebagai Apis Bull), Menthu (sebagai lembu Bukha), dan Atum-Ra (sebagai Mnevis Bull). 


Kepentingan lembu ketika zaman firaun jelas bila banyak artifak yang dijumpai mempunyai simbol/lukisan/patung lembu. Dan juga ada banyak lembu-lembu yang di mummified sebagai bekalan firaun yang dah mati untuk dibawa ke afterlife mengikut kepercayaan mereka.
 


Masa lalu di wilayah Fayoum ini memang kami nampak banyak keldai. Lebih banyak dari lembu dan kuda actually. Mostly yang kami nampak di sini keldai digunakan untuk tunggangan dan mengangkut barang. Tapi ada yang dagingnya dijual untuk human consumption. Like, seriously?

Dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Hukum memakan keldai ahli (peliharaan & domestik) ialah haram berdasarkan nas hadis Nabi SAW, kecuali keldai liar seperti zebra. Rujuk Nail al-Autar (8/129). Anas bin Malik RA meriwayatkan pada hari khaibar bahawa Rasulullah SAW meminta penyerunya untuk menyampaikan kepada manusia:
إنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ أَوْ نَجِسٌ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian semua daripada memakan daging keldai kerana ia adalah kotor atau najis.
Hadis muttafaqun `alaih
Wallahua’lam.
Pada tahun 2015, penguasa food safety di Mesir telah discover donkey meat farm di bandar Fayoum. Didapati daging keldai dari pusat sembelihan ini menjual daging ke beberapa buah restoran yang menghidangkan daging keldai kepada pelanggan. Sebanyak 1,500 ekor keldai hidup dan 30 yang sudah mati dirampas oleh pihak penguasa Mesir.

Jadi kenapa mereka jual daging keldai? Ini kerana masa tu di Mesir ada meat shortage. Masa Ramadhan harga daging naik sampai 30% dan US$200m daging terpaksa diimpot. Teruk sungguh kekurangan bekalan daging pada masa itu sampai ada yang tergamak menjual daging anjing juga untuk mengaut untung.

Asalnya daging keldai cuma dijual kepada circus owners untuk dijadikan makan harimau dan singa sarkas. Itu pun keldai yang sudah tua dan lumpuh. Ada pihak mengatakan bahaya dibuat begitu kerana dikatakan daging keldai ini pada singa macam daging manusia kerana coincidentally telah berlaku banyak kes singa membaham the circus trainers.
Ini satu contoh sarkas di Mesir. Namanya Faten Elhelw Circus berlokasi di Alexandria.

Merujuk kepada info di atas dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan ".....kecuali keldai liar seperti zebra.", saya terjumpa cerita yang somewhat related pasal sebuah Egyptian Zoo yang mengecat keldai dengan warna hitam dan putih bercorak seperti seekor zebra and try to pass them off as real zebras. Macam-macam! Kalau nak baca, ni linknya. 

Panjang pulak cerita pasal keldai kan..hehe. Ok sambung balik cerita perjalanan di Fayoum ni. Ini sebuah kedai buah-buahan. 

Fayoum, yang terletak kurang dari 100 kilometer dari Kaherah dan dengan warisan flora dan fauna dan arkeologinya yang kaya, adalah salah satu kawasan yang paling indah dan subur di Mesir. 

Dengan jumlah penduduk lebih dari 3 juta orang, 1/3 dari wilayah Fayoum adalah kawasan pertanian. Fayoum menikmati iklim kering yang panas dengan hujan yang jarang berlaku ketika musim sejuk yang bersuhu tinggi antara 11 dan 17 darjah dan rendah antara 4 dan 10 darjah pada bulan Januari. Purata hujan tahunannya adalah sekitar 17 mm.


Children paying among the haystacks. 



Orang-orang Fayoum biasanya mengklasifikasikan diri mereka dalam dua kumpulan etnik utama, majoriti orang Mesir di bandar-bandar dan kawasan-kawasan tengah, dan minoriti penduduk tetap "Bedouin" atau Arab.



Pengangkutan awam di Fayoum.

Kedai petrol. 
CAIRO (Reuters) - Mesir telah menaikkan harga petrol sehingga 50 peratus, kata kementerian minyak pada hari Sabtu, di bawah rancangan pembaharuan IMF yang memanggil langkah-langkah penjimatan yang menjadikan kehidupan lebih sukar bagi warga Mesir biasa. - JUNE 16, 2018 


Tanaman utama di Fayoum adalah Alfa Alfa (berseem), gandum, kapas, kacang luas, tomato, tembikai dan padi. Agaknya ini sawah padi.

Ladang sayur-sayuran.


Dan kami pun tiba di Tasik Qarun. Di Fayoum ada 2 kawasan yang diisytiharkan sebagai dilindungi oleh Kerajaan Mesir: Lake Qarun and Wadi Rayan National Parks.

Birket Qarun atau Tasik Qarun adalah sebuah tasik garam yang besar, yang kini terletak kira-kira 45 meter di bawah paras laut. Tasik ini meliputi kawasan seluas 250 kilometer persegi dengan kedalaman 8 meter. Ia hampir seperti saline seperti laut.

Birket Qarun (bahasa Arab untuk Tasik Qarun), terletak di Faiyum Oasis dan mengandungi ikan yang banyak, terutamanya ikan bulti, yang jumlah besar tangkapannya dihantar ke Kaherah. Pada zaman dahulu tasik ini jauh lebih besar, dan orang Yunani dan Rom kuno memanggilnya Lake Moeris.

Ada bermacam-macam jenis burung boleh dijumpai di tasik ini seperti dove, flamingo, heron, kingfisher, falcon, moorhen, pigeon, swallow dan banyak lagi.

Menurut Ustaz tasik yang sangat besar ini adalah bekas harta kekayaan milik Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT sebagai balasan ke atas kesombongan beliau yang enggan membayar zakat. 
Dari cerita yang kami dengar, ada banyak ekspedisi yang telah dilakukan untuk mencari harta Qarun yang tenggelam di dalam tasik ini tetapi semuanya tidak berjaya. Kerana itulah ada teori yang mengatakan mungkin bukan di sinilah harta Qarun dibenamkan. Tapi mungkin Allah SWT memandang hina kepada harta milik Qarun dan tidak mengizinkan harta yang tenggelam ini ditemui oleh sesiapa pun. Fyi, Tasik Qarun ini juga berbau kerana sistem pembetungan Fayoum banyak dialirkan ke dalamnya.

Qarun adalah sepupu kepada Nabi Musa AS. Pada mulanya dia hanyalah seorang yang miskin dan sering beribadah kepada Allah SWT. Qarun telah meminta Nabi Musa AS untuk mendoakannya menjadi kaya namun Nabi Musa AS keberatan kerana bimbang beliau akan enggan menunaikan zakat. Namun Qarun terus meminta didoakan menjadi kaya. Bila Allah SWT mengurniakan nikmat kekayaan kepadanya, Qarun menjadi lupa diri. Dengan sombong dia mengatakan bahawa kekayaan yang dimiliki adalah dari usahanya sendiri dan bukan datang dari Allah SWT.

Kisah Qarun diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-Qasas (28): Ayat 76-82: 

[76] Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."

[77] Dan carilah (pahala) di negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

[78] Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.

[79] Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata, "Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."

[80] Tetapi orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata, "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar."

[81] Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.

[82] Dan orang-orang yang semalam mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata, "Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya kepada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)."


Kisah Nabi Yusuf AS.
Nabi Yusuf AS adalah seorang nabi dari keturunan Bani Israel. Israel adalah sebenarnya nama lain kepada Nabi Yaakub AS. Anak-anak Nabi Yaakub AS berjumlah 12 orang, yang kelak menjadi 12 suku Bani Israel di zaman Nabi Musa.


Sewaktu kecil, Nabi Yusuf AS dianiaya oleh saudara-saudaranya, dan dibuang ke sebuah perigi di kawasan Sinai. Dia ditemui oleh seorang pedagang karavan dari negeri Madyan yang sedang melalui daerah itu ketika mengambil air di perigi. Nabi Yusuf AS terus dibawa bersamanya untuk dijual sebagai hamba di negeri Mesir. Kawasan tempat Nabi Yusuf AS dijual itu adalah Fayoum. Kawasan ini adalah tempat berkumpul para pedagang karavan dari berbagai negara di sekitar Mesir.

Di Fayoum inilah Nabi Yusuf AS dibeli oleh seorang pembesar bernama Potifar yang menjadikan beliau sebagai anak angkat. Kisah ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Yusuf (12): Ayat 21:

[21] Dan orang dari Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya, "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut dia sebagai anak." Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di negeri (Mesir), dan agar kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti. 

Fayoum yang subur.

Ketika ini kami melalui kawasan ladang pertanian.

Ada banyak terusan-terusan seperti ini yang mengairi kawasan ladang-ladang yang cukup luas.




Perjalanan kami sekali lagi menyusuri Tasik Qarun.

Sebuah resort di tepi Tasik Qarun.






Masuk semula ke kawasan ladang.

Kedai buah-buahan dan kedai kopi.

Sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan.

Pemandangan yang sering kami nampak di sana, penduduk tempatan sedang menunggang keldai bersama barang angkutan.

Selain terusan-terusan, kolam-kolam kecil begini juga ada banyak. Mungkin ada ternakan ikan. Atau sebagai takungan untuk kegunaan musim kering bila air terusan tak banyak.

Seterusnya kami akan ke Wadi el Raiyan.

Seperti di Kaherah, bumbung-bumbung rumah di sini juga beginilah rupanya.

Berikut adalah beberapa foto penduduk tempatan yang sempat saya rakam, giving me at least a glimpse of their day's activities.





Haaa.. baru nampak biri-biri.. hehe.


Next a few photos of owners and their donkeys di ladang.





Betul tu, lebih kurang sama je foto-foto ni sebab saya memang la suka sangat ambil gambar pemandangan macam ni.. hehe. 

Rasa macam rugi pulak kalau tengok je dan tak dirakam 😊.


I wonder agaknya ada tak pertandingan lumba keldai di sini. Rupanya ada. Ingatkan illegal. Tapi yang saya jumpa di internet, donkey race tu dibuat di utara Giza bukan di Fayoum ni. Lumba keldai tempatan di Mesir mula menjadi popular pada tahun 2013, yang dianjurkan oleh ahli dewan bandar tempatan dengan hadiah yang sesuai untuk meningkatkan popularitinya.

Agaknya kalau keldai kampung dari Fayoum ni race dengan keldai Kaherah, yang mana akan menang?

Lembu kanan yang badan hitam dan kaki/perut putih tu adalah baka Khalit. Yang brown tu Baladi cattle. Haa.. sampai baka lembu pun nak cari infonya.. hehehe. Patut la lambat siap blog ni! Hahaha.. Ala senang je nak cari info tu, kejap je 😊.




Such a beautiful green pasture.

Lembu-lembu Khalit dan Baladi 😊. Nampaknya baka ni yang paling banyak di Fayoum ni.

Sebuah masjid bermenara tinggi di tepi ladang pertanian.

Bekalan air dari saliran terusan seperti ini banyak membantu menyuburkan tanah Fayoum. 


Waterbirds di terusan Fayoum.

Happy dapat shot ini 😊.

Dan ini juga.



Lembu ni macam tak nak balik je 😊.



Tuk tuk pun ada di Fayoum.



Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment