Wednesday, December 19, 2018

EGYPT - DAY 07 - PART 05 - MAKAM-MAKAM IMAM AL BUSIRI & MURSI AL ABBAS

Lawatan kami seterusnya ialah ke makam-makam Imam Al Busiri dan Muris Al Abbas.

Makam Imam Al Busiri terletak di dalam bangunan masjidnya yang tersendiri di depan Masjid Mursi Al Abbas.

Ini Masjid Mursi Al Abbas. Di sebelah kiri ialah Masjid Imam Al Busiri.

Lokasi Masjid Mursi Al Abbas (kiri - Abou El Abbas El Morsy Mosque) dan Masjid Imam Al Busiri (kanan - El Boseary).

Masjid Imam Al Busiri.

Mula-mula kami melawat makam Imam Al Busiri dahulu di dalam Masjid Imam Al Busiri.


Di depan Masjid Imam Al Busiri ada taman pohon-pohon kurma.

Nampak macam dah masak. Adakah begini rupa buah kurma yang dah masak? Saya pun sebenarnya tak pasti. 

Pintu masuk ke Masjid Imam Al Busiri.

Ada beberapa orang peminta sedekah yang datang.

Berwuduk.

Di ruang solat Masjid Imam Al Busiri.

Makam dan Masjid Imam Al Busiri di daerah Anfushi di Alexandria baru-baru ini telah dibaikpulih dengan bantuan para penaung tempatan. Kedua-dua masjid dan makam ini kembali mempunyai peranan penting dalam kehidupan kota Alexandria disamping menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia.

Struktur sekarang ini pada asalnya ujud sejak tahun 1863 bila Muhammed Said Pasha, anak lelaki gabenor Mesir/Albania yang terkenal iaitu Muhammad Ali Pasha, menaja rekonstruksi lengkap struktur yang sudah tua itu. 


Pengubahsuaian lanjut berlaku pada 1889 di bawah Tawfiq khedive, dan sekali lagi pada akhir 1990-an.

Penyair Mesir Imam al-Busiri dianggap sebagai pengarang puisi yang paling terkenal yang memuji Nabi Muhammad ﷺ iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri. 
مَوْلايَ صَلِّ وَسَلِّـمْ دَائِمـاً أَبـَـدًا
عَلى حَبِيْبِـكَ خَيْــرِ الْخَلْقِ كُلِّهِـمِ
Wahai Tuhanku ! selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasih Mu sentiasa selamanya sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan

Masjid ini terkenal dengan kaligrafi muralnya yang indah, yang merangkumi 94 ayat puisi terkenal al-Burdah yang ditulis dalam skrip ta'liq. Terdapat juga beberapa inskripsi Al-Qur'an yang penting oleh calligrapher Abd al-Ghaffar al-Duri.

Beberapa rangkap dari Qaṣīdat al-Burda yang dipaparkan di dinding masjid. 
Umat ​​Islam Sunni secara tradisinya menghormati puisi Al Burdah. Ia diingat dan dibaca dalam jemaah, dan ayat-ayatnya menghiasi dinding bangunan awam dan masjid. Puisi ini menghiasi Al-Masjid al-Nabawi di Madinah selama berabad-abad tetapi telah dipadamkan dan tinggal cuma dua baris. Lebih daripada 90 ulasan telah ditulis pada puisi ini dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi, Urdu, Turki, Berber, Punjabi, Inggeris, Perancis, Jerman, Sindhi, Saraiki, Norway, Cina (disebut Tianfangshijing), dan bahasa-bahasa lain. Ia dikenali dan dibaca oleh sebilangan besar Muslim Sunni, biasanya dan pada majlis-majlis khas, seperti Mawlid, menjadikannya salah satu puisi yang paling banyak dibaca di dunia.

Silalah dengarkan qasidah ini di link ini.

Dibahagian mihrab dan minbar.


Seperti kebanyakkan masjid bersejarah di Mesir, di dalam masjid ini juga ada telaga lama.

Cahaya matahari menerangi ruang solat.

Seni binanya adalah dari inspirasi Uthmaniyyah, dengan tiga kubah besar dan sebuah halaman dengan air pancut/tempat berwuduq. 

Mendengar penerangan Ustaz Faiz mengenai Imam Al Busiri.

Kemudian kami masuk ke bilik makam Imam AL Busiri.

Al-Busiri narrated the circumstances of his inspiration to write the Burdah:

I had composed a number of praise poems for the Prophet, Allah bless Him and salute Him with peace, including one that was suggested to me by my friend Zayn al-Dīn Yʿaqūb b. al-Zubayr. Some time after that, I was stricken by fālij (stroke), an illness that paralyzed half of my body. I thought that I would compose this poem, and so I made supplications to the Prophet Muhammad, Allah bless Him and salute Him with peace, to intercede for me and (ask God to) cure me. I repeatedly sang the poem, wept, prayed, and asked for intercession. Then I slept and in my dream, I saw the Prophet, Allah bless Him and salute Him with peace. He wiped my face with His blessed hands and covered me in His Mantle (Burdah). Then I woke up and found I was able to walk; so I got up and left my house. I had told no one about what had happened.

I encountered a Sufi (faqīr) on my way and he said to me: "I want you to give me the poem in which you praise the Prophet, Allah bless Him and salute Him with peace."

I said: "Which one?"

So he said: "The one that you composed during your sickness."

Then he recited the first verse and said: "I swear by God that I heard it in a dream last night being sung in the presence of the Prophet Muhammad, Allah bless Him and salute Him with peace. I saw the Prophet, Allah bless Him and salute Him with peace, was pleased with it and covered the person who sang it with His Mantle."

So I recited the poem to him and he memorized it and related his vision to others.
— Imam al-Busiri
Source: Wikipedia




Selesai lawatan ke makam Imam Al Busiri, kami pun keluar untuk melawat satu lagi makam. Ini Masjid Mursi Al Abbas.

Seterusnya kami melawat ke makam Mursi Al Abbas. Tak seperti kebanyakan makam lain yang ditempatkan di dalam sebuah bilik khas di dalam masjid, makam ini terletak di bahagian bawah Masjid Mursi Al Abbas.
Masjid Abu al-Abbas al-Mursi ialah sebuah masjid besar Mesir di kota Alexandria. Ia didirikan di atas makam seorang ilmuwan Spanyol, Abu El Abbas El Mursi (1219-1286). Masjid ini telah direka bentuk semula dan dibina dalam bentuknya seperti yang ada hari ini oleh Eugenio Valzania dan Mario Rossi pada tahun 1929/1945, yang sangat dipengaruhi oleh bangunan-bangunan dan seni bina lama Mesir dinasti Islam Mamluk.

Untuk ke sana, Ustaz bawa kami melalui sebuah terowong yang penuh dengan kedai-kedai. 

Disebabkan keadaan ekonomi Mesir yang tidak memberangsangkan, banyak kedai-kedai ini ditutup dan tidak beroperasi.

Masjid Mursi Al Abbas.


Pintu masuk ke makam Mursi Al Abbas.

Ruang solat di kawasan makam.

Makam Mursi Al Abbas.

Wali Allah, Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia termasuk Murcia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia.

Di Tunisia Mursi Al Abbas bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas Tarikat As Syaziliah. Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria dan mengajar di situ. Mursi Al Abbas telah berkahwin dengan anak gurunya dan mendapat seorang putera dan dua orang puteri. Selepas bapa mertuanya meniggal, beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As Syaziliah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi.

Di dinding ruang solat di makam ini juga ada foto-foto makam-makam wali Allah yang lain.

Seterusnya kami melawat lagi beberapa makam. 

Berdekatan kawasan Kompleks Masjid Mursi Al Abbas juga terdapat sebuah bangunan yang menempatkan 12 makam wali-wali Allah, termasuk seorang cicit Rasulullah ﷺ.

Inilah bangunan yang menempatkan makam 12 orang wali Allah.

Penjaga makam.

Makam-makam yang terdapat di dalam bangunan ini.


Ini makam wali yang juga merupakan cicit Rasullullah ﷺ.



Makam-makam wali Allah serta nama-nama mereka.






Cenderamata juga ada dijual di sini.


Nama para wali yang dikebumikan di dalam bangunan ini ditulis pada tingkap di bahagian luar dekat makam mereka.





Selesai lawatan di sini, kami beredar untuk ke destinasi seterusnya.



Tram Alexandria sedang lalu.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. Budaya cantik, bangunan cantik, langit cantik, cuaca cantik...

    ReplyDelete
  2. Sudah berubah rupa. Dahulu 2003 suasana makam 12 kurang dipelihara

    ReplyDelete
  3. Very useful post. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. Really its great article. Keep it up. ziyarat packages 2024

    ReplyDelete