Monday, June 25, 2018

PENANG - DAY 02 - PART 04 - CHEW JETTY - PENANG HOP ON HOP OFF - BEACH ROUTE

Sebelum saya sambung cerita dengan Day 02 - Part 04, saya summary sikit dulu. 

We started off the day dengan menaiki Penang HOHO Bus ke Kek Lok Si Temple. Lepas selesai jalan-jalan di temple tu, kami naik semula HOHO bus dan turun di Pasar Chowrasta. Dari pasar tu kami went on walking tour mencari street arts dan heritage buildings sehingga kami sampai ke Masjid Melayu Lebuh Acheh, di Lebuh Acheh. Lepas tu kami ke Lebuh Cannon dan masuk ke Jalan Masjid Kapitan Keling. Lepas lunch di situ, kami bersolat dan jalan-jalan di Masjid Kapitan Keling. Selesai solat kami masuk ke Jalan Armenian for more street arts, sehingga la di hujung jalan kami bertembung Jalan Pengkalan Weld. So now saya sambung cerita kami ke Chew Jetty. 

In jalan masuk ke Chew Jetty. Jeti Chew ini adalah salah satu dari beberapa jeti that make up the whole Clan Jetties. Clan Jetties adalah perkampungan di atas air yang pada asalnya dihuni oleh imigran dari China yang datang untuk bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang. Kebanyakan pendatang pada waktu itu, berhijrah dari kawasan pantai di tenggara China yang dikenali sebagai wilayah Fujian dan turut membawa bersama ahli keluarga mereka.

The Chew Jetty Kongsi Penang. Pada masa kini hanya ada 6 buah Clan Jetty yang masih tinggal yang dimiliki oleh keluarga Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh dan sebuah lagi yang dinamakan Mixed Clan Jetty. Jeti yang kami lawati adalah Chew Jetty yang juga merupakan Clan Jetty yang terbesar.

Di entrance ke laluan jeti ada sebuah tokong milik Chew clan.



Pada dinding papan sebuah rumah di Jeti Chew ini ada satu mural bertajuk 'Grandma and Grandson'. 

Welcome to Chew Jetty. Kawasan perumahan on stilts di sini sudah ada sejak pertengahan kurun ke 19. Sekarang ini masih ada lagi 75 unit rumah. Waktu lawatan ke jeti ini adalah dari 9 pagi hingga 9 malam. Of course sama sekali tidak boleh menceroboh masuk ke dalam mana-mana rumah dan juga dilarang membuat bising.

Moh kita jalan-jalan di jeti ini.
'Chew Jetty: An old Chinese waterfront settlement is the largest and most lively in Penang'.

Rata-rata rumah-rumah di sini adalah rumah papan. Dan laluan antara rumah juga dari papan kayu. 

Lorong-lorong antara rumah.

Ini laluan utama, iaitu laluan pelancong. So ada banyak kedai souvenirs. 

Perlu berhati-hati jalan di sini kerana sekali sekala akan ada motorsikal lalu.


Seorang auntie jual buku-buku tentang Pulau Pinang. 

Tiang-tiang rumah di sini adalah dibuat dari konkrit. 

Mural.

Ada juga notices yang tuan rumah tampal pada dinding depan rumah mereka dengan amaran seperti, 'No Photography' / 'Tak boleh ambil gambar' / 'Cannot take photo'. 


Ada rumah yang berwarna warni.

Suka rumah yang ada pasu-pasu pokok bunga tersusun macam ni.


Di kedai ini ada dijual antaranya ding ding candy, dragon beard candy dan maltose candy. 

Di bahagian tengah jeti ini ada satu area jeti terbuka dengan pemandangn Selat Melaka. Very nice and windy here. And the green netting meredupkan suasana dan selesa untuk pelancong berjalan-jalan.


Suasana di jeti Chew.

Wooden houses with concrete stilts. Memikirkan dari segi keselamatan, boleh ke rumah-rumah di sini tahan ribut dan ombak besar? I'm sure they can sebab perumahan di sini dah lama ada di sini dan had survived for decades. Also since rumah-rumah di sini rumah papan, macam mana kalau ada kebakaran? Again I'm sure mesti dah ada bomba komuniti di lokasi berdekatan. Selain kebakaran, macam mana pula dengan anai-anai? Sekali lagi I'm sure mereka dah fikir itu semua. In all likely surely mereka guna kayu tahan anai-anai. Hehehe... macam-macam yang saya risaukan.. hehe. 

Ini rumah-rumah di jeti sebelah iaitu Lim Jetty.

Dari Chew Jetty ini juga boleh nampak bangunan Kastam Diraja Malaysia.

Ada beberapa bot berlabuh di jeti ini.

Di bahagian jeti ini juga ada sebuah restoran, 'Chew Jetty Big Bowl Noodles'. 

Haaa.. nampak tu, besar sungguh mangkuknya! Kami stop kejap dan tanya pasal mangkuk tu. Kata owner restoran ini, satu mangkuk mee boleh dikongsi 2-3 orang atau 4-5 orang mengikut saiz mangkuk. Still, jenuh tu nak habiskan!

Penduduk jeti sedang naik bot.

Ada sebuah Dragon Row Boat on display di jeti ini. Bot ini katanya pernah digunakan oleh penduduk di jeti ini dan menang dragon boat race di Penang.  

Di ruang kosong di jeti ini agaknya dulu pernah ada sebuah rumah. 

A jetty, houses on stilts, a grand temple and modern buildings. Beautiful!


It was a beautiful clear day that day. Alhamdulillah.

Cerah dan boleh nampak Butterworth dari jeti ini.


Sampai ke hujung jeti. 182 meter panjang jeti ini.

Sekumpulan aunties dari China datang menyerbu...hehe.

Di hujung jeti ini ada sebuah tokong.

Look-out point di hujung Jeti Chew. 


Kuan Yin Temple berhampiran Yeah Jetty.

Ada banyak bot/kapal di antara Butterworth dan George Town.





Juga boleh nampak Penang Bridge dari Chew Jetty ini.

Lokasi Chew Jetty dan Penang Bridge.


Habis ambil gambar di hujung jeti, kami pun berjalan keluar untuk program seterusnya. Meanwhile, ternampak pulak these small beautiful paintings of dragon, phoenix and koi.  

Ok, selesai dah jalan-jalan di Chew Jetty ni. Jom naik balik HOHO Bus. Dari Chew Jetty, kami berjalan ke perhentian HOHO yang berhampiran. Perhentian ini bernama Clan Jetties. 

Terminal Feri di seberang perhentian bas HOHO

Bas dah sampai! Haaa... air-connn! 😃

Church Pier, 1897.

Sampai ke Plaza Gurney. Ikut program, next kami nak naik bas HOHO dan tinjau the Beach Route. However, since bas tu tak sampai lagi maka kami yang ketika itu tengah kehausan masuk dulu ke dalam Plaza Gurney nak beli drinks. Panas terik masa tu. 

Aaa... syukur Alhamdulillah.

Ok HOHO bus 'Beach Route' dah sampai. Macam 'City Route', bas 'Beach Route' juga bermula dari Gurney Drive ini. In fact, di Gurney Drive inilah satu-satunya interchange bagi pertukaran antara 'City Route' dan 'Beach Route'.

Tak seperti laluan City Route yang bergerak dalam satu pusingan, laluan Beach Route adalah dua hala dari Gurney Drive sehingga ke Teluk Bahang. Laluan pergi dan balik adalah melalui jalan yang sama. Laluan menghala ke pantai dinamakan Westward, manakala laluan menghala kembali ke George Town pula dinamakan Eastward. Perhentian Bas Westward dan Eastward ini terletak bertentangan di seberang jalan antara satu sama lain.

Dalam bas ini kami noticed ada iklan 'Penang Bridges Tour' ini. Kami berminat tapi tour ini cuma dibuat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Duduk di seats favourite kami. 

Precint 10 and Island Plaza.

Straits Quay. Perhentian pertama HOHO Beach Route (Stop No.14) selepas meninggalkan Persiaran Gurney adalah Straits Quay yang merupakan sebuah pusat membeli-belah di George Town.

Sek Keb Tanjong Tokong.

Pasar Raya Besar Tesco.

Kawasan pantai Tanjong Bungah.

Penang Swimming Club (Kelab Renang Pulau Pinang), Tanjong Bungah. Founded in 1903. Kelab ini dah ada sejak 115 tahun yang lalu.

Hotel-hotel Rainbow Paradise dan Flamingo by the Beach. Hotel Flamingo is HOHO Bus' Stop No. 15.

In 2014, saya pernah duduk di hotel Flamingo ni. Kalau nak tengok entry 'Morning Walk' saya di pantai hotel ini sila la klik MORNING WALK - FLAMINGO HOTEL


Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Ia terletak di pantai Tanjung Bungah dan merupakan suatu landmark di kawasan ini. 

Sebenarnya ia tidaklah 'terapung' kerana dibina di atas tiang-tiang. Masjid-masjid 'terapung' lain di Malaysia dibina di tasik tapi masjid ini masjid terapung yang pertama dibina di laut. 



Dari Flamingo, HOHO bus membuat perhentian di Miami Beach (Stop No.16) yang merupakan sebuah pantai awam.

Ada peniaga/gerai di Miami Beach. 

Pemandangan pantai di Miami Beach.  

Jalan bengkang-bengkok, sempit dan mendaki di tepi pantai.

Ini adalah Masjid Lama Tanjong Huma di Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma. Masjid ini bermula sebagai surau untuk masyarakat Kampung Tanjong Huma, sebuah kampung nelayan Melayu yang terletak di kawasan di mana Resort Rasa Sayang ada sekarang. Masjid ini sendiri terletak di depan Golden Sands Resort, di seberang persimpangan Jalan Sungai Emas.

Tidak lama dahulu Batu Ferringhi adalah merupakan kawasan kampung nelayan Melayu, sebelum pembangunan pantai mula dibuat lalu mengubah ciri-cirinya selama-lamanya. Masjid Lama Tanjong Huma ini adalah sisa hari-hari awal tersebut yang masih ada sehingga kini. 

Golden Sands Resort.


Restoran The Ship.

Restoran dan Spa.

Holiday Inn adalah persinggahan HOHO yang seterusnya (Stop No. 17). Hotel ini terletak di Pantai Batu Ferringhi. Holiday Inn terdiri dari dua bahagian: yang terletak di sebelah pantai dan yang terletak di sebelah daratan. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan sebuah jambatan.

Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Ferringhi - sebuah masjid untuk komuniti setempat dibina bagi menentang penyerapan aktiviti sekular yang berlaku di sekelilingnya.

Sebuah lagi persinggahan di Batu Ferringhi adalah Hard Rock Hotel (Stop No. 18). Hard Rock Cafe Penang juga terletak di sini.

Bayview Beach Resort.

Susah sebenarnya nak tangkap gambar pantai di sini dari dalam bas. Jalanrayanya bengkang bengkok, pantai pula kecil-kecil dan sangat banyak pokok di tepi jalan. Dapat la juga a few buat kenangan. 





Selepas meninggalkan Batu Ferringhi, kita tiba di kawasan Teluk Bahang. Perhentian HOHO yang pertama di sini adalah Spice Garden (Stop No. 19). Taman ini menempatkan lebih 500 jenis tanaman tropika.

Bulatan dengan replika gergasi periuk kera. 

Btw, anda pernah makan lemang periuk kera? Ini la rupanya. Saya first time try pada hari raya yang baru lepas ni. 

Perhentian seterusnya adalah Penang National Park (Stop No. 20) yang mempunyai pantai-pantai yang cantik dan menarik seperti Teluk Duyung, Muka Head dan Pantai Kerachut. Taman negara ini juga istimewa kerana ia mempunyai sebuah tasik Meromictic. Tasik Meromictic adalah tasik yang mempunyai lapisan air tawar dan air masin yang berasingan. Ia adalah salah sebuah dari 3 buah tasik meromictic yang terdapat di Asia dan satu-satunya tasik meromictic yang terdapat di Malaysia. Tasik Meromictic di Pulau Pinang ini hanya wujud dari bulan Mei - Ogos. Ia kering dan tidak wujud di luar musim ini.

Perhentian kedua akhir dalam laluan HOHO Beach Route adalah Entopia (Stop No. 21). 
Entopia began its journey with David Goh, a young teacher with interest and passion for butterflies. Simply inspired, he set out to establish a tropical butterfly farm as a tourist destination in Penang. In 1986, this self-taught entomologist, founded the tropical world’s first butterfly and insect sanctuary, known as the Penang Butterfly Farm.

Over the years, Penang Butterfly Farm had been visited by more than 5 million local and international visitors, and it became the pride and joy of Penang. During its prime, it garnered many awards and was voted by visitors of TripAdvisor, acclaiming to be one of the best destinations in Penang.
Source: www.entopia.com

Perhentian terakhir dalam Beach Route adalah Taman Rimba Teluk Bahang (Stop No. 22). Selain Taman Rimba Teluk Bahang, Empangan Teluk Bahang juga terletak di sini. Bas HOHO berhenti a few minutes for toilet break.


Empangan Teluk Bahang yang terletak bertentangan dengan Taman Rimba Teluk Bahang.

Staff HOHO yang sangat informative.

Kemudian, bas kembali ke George Town juga melalui jalan yang sama. Perjalanan kembali ini diistilahkan oleh HOHO sebagai perjalanan Eastward.

Kelihatan beberapa buah bot-bot nelayan. 

Rumah-rumah mewah dekat dengan kawasan pantai.

Perhentian Hard Rock (Eastward).

Ada banyak gerai makan dan restoran di sini.

Souvenir shop dan restoran Arab.

Gerai makan dan reflexology center.

Durian pun ada.

Moonlight Bay Resort Villa. Harga seunit antara RM3,800,000 to RM4,500,000. Banyak betul '0' nya.

Double Tree Resort.

Beca yang kini lebih digunakan untuk tourism.

Miami Beach.

Luxury residential. 

Sebuah rumah persendirian lama yang betul-betul di tepi pantai. Berapa la agaknya harganya kalau nak dijual.

Perumahan eksklusif di George Town.

Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal.

Ini bulatan Gurney Drive yang dinamakan 'Wave of Prosperity', berharga 1/2 juta dibuat oleh IJM. Ia menggambarkan gelombang keluli yang seolah-olah muncul dari pusat mata air dan dihiasi dengan sekawan burung-burung camar. 

Konsep reka bentuk arca ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang halus dengan menggunakan kombinasi bahan-bahan moden dan unsur-unsur semula jadi. 
The feature stainless steel ‘wave’ at the upper part resembles the sea which provides various luxurious prosperous fortune and great income to all life forms around the area. The lighting balls as well as the stainless steel balls attached to the feature stainless steel ‘wave’ symbolise the ‘Pearl of the Orient’ (a name known to Penang Island), reflecting the state’s prosperity to the locals and also its environment. The ‘flying seagull’ sculptures that are randomly placed above the feature stainless steel ‘wave’ represent sanctity and harmony among the multiracial community on Penang Island. Lastly, the water cascading feature combined with water ejaculation on the slanted surface of polished granite tiles finish symbolise the continuity of prosperity in life.
Source: www.landart.com.my

Akhirnya tiba semula Perhentian HOHO di Gurney Drive. Maka tamatlah tour 'Beach Route' kami bersama Penang HOHO Bus. For us, memang la beneficial tour ini as it'll help us plan the next day's program.

Berjalan balik ke hotel.




Sebelum sampai hotel kami singgah dulu for dinner di Restoran Khaleel.



Letih dah nak makan berat-berat, kami order roti telur bawang dan roti canai sahaja. Sesungguhnya memang kedua-duanya sedap. Dare I say lagi sedap dari yang pernah kami makan sebelum ini. Memang sah la makanan di Penang ni memang sedap-sedap belaka. Alhamdulillah.

Selesai makan, kami sambung jalan balik ke hotel.

Cantik pulak Evergreen Laurel Hotel ni malam-malam. Stop kejap ambil gambar.. hehe,










Tiba di hotel penginapan kami, The Gurney Resort Hotel & Residences.




Pemandangan malam dari bilik hotel.





Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. i like lah this percutian
    sebab tak ada 'amoi bawak bendera' !! hehehhehehe

    saya tak wonder kalau berlaku kebakaran macamana .. [ you worrier you !! :)) ]
    saya wonder kemanakah air kotor dan kumbahan pergi !!??
    siap tunduk-tunduk nak nengok bawah rumah cari paip sisa kumbahan!!
    :))


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... dlm negara sendiri tak perlu lah.. hehehe.

      Mesti ada paip kumbahan tu doc. If not, pencemaran le. Dan bau busuk. Lari la pelancong.. hehe.

      Delete