Monday, June 11, 2018

PENANG - DAY 01 - PART 02 - FERRY RIDE FROM SULTAN ABDUL HALIM TERMINAL

Kami pun selamat sampai ke Stesen KTM Butterworth dari KL Sentral pada pukul 1:00 tengahari selepas lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan tren. 

Suasana di ruang menunggu Stesen KTM Butterworth. 

Stesen ini lokasinya dekat dengan tepi laut, jadi boleh nampak Pulau Pinang dari sini. 

Kelihatan Butterworth Ferry Pier.

Selepas bertanya pada staff di kaunter, untuk ke terminal feri kami perlu menaiki shuttle bas percuma di stesen bas di sebelah Stesen KTM Butterworth ini. 

Stesen KTM Butterworth.

Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral dilihat dari depan Stesen KTM Butterworth. Ke situlah kami perlu pergi untuk naik shuttle bus.

Ada laluan pejalan kaki yang disediakan dari Stesen Tren ke Terminal Bas.

Ikut saja papan tanda arah yang disediakan untuk mendapatkan bas shuttle ke Terminal Feri.

Sampai ke Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral.

Tidak ada ramai penumpang yang sedang menunggu di hub ini masa itu. Ada banyak bas yang disediakan untuk ke pelbagai destinasi.

Masa kami sampai ada staff di situ yang menegur dan sedia membantu kami. Bila kami kata nak ke feri, terus kami dijemput naik free bus shuttle to ferry.

Perkhidmatan shuttle ini adalah percuma. 

Nampak saya ambil gambar bas, staff tadi jokingly suruh saya ambil sekali gambar pemandu ini. Saya pun snap lah.. hehehe. Best la mereka berdua tu, very helpful and friendly. Made us felt very welcome to Penang. I guess that will be such a wonderful first impression especially for tourists from abroad. 

Keadaan shuttle bus ini adalah tip top. Air-con kuat. Lega sebab panas masa tu. Kami naik bas terus jalan.

Suasana di dalam bas.

Bangunan Penang Sentral. Rasanya belum lagi siap sepenuhnya.

Perjalanan melalui Butterworth Ferry Pier ini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (Ferry Terminal) dari Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral ambil masa cuma 10 minit sahaja. 

Tiba di Pangkalan Sultan Abdul Halim.


Turun dari bas, berjalan kaki ke feri.


Beli tiket di Kaunter Khidmat Pelanggan. Cajnya RM1.20 untuk dewasa bagi perjalanan sehala dari Butterworth ke George Town.
Pangkalan Sultan Abdul Halim adalah terminal feri di Butterworth di Pulau Pinang, Malaysia. Kemudahan dok ini digunakan untuk perkhidmatan Rapid Ferry antara Butterworth dan bandar George Town di Pulau Pinang.
Terminal feri ini terletak berdekatan dengan kedua-dua Penang Sentral dan stesen keretapi Butterworth. Ini membolehkan penumpang feri memilih antara mod pengangkutan bas dan kereta api ke pelbagai destinasi di Seberang Perai, serta Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.

"Welcome to Sultan Abdul Halim Terminal, Your Gateway To Penang, Pearl Of The Orient".

Kami ke Gate 2.

Beratur untuk melalui automatic ticket gate.

Masa menunggu tidak lama. Efficient. Sesuai la dengan nama 'Rapid Ferry'. Cuma elok kalau tempat menunggu tu berhawa dingin. Masa hari panas terik seperti hari kami di situ, keadaan di ruang menunggu terasa berbahang. 

Lepas kereta-kereta masuk, manusia pula board the ferry.

Pemandangan dari jeti.

Berjalan menuju ke feri.

Wonderful view. Ada oil tanker dan sampan-sampan di persisiran pantai.


Boarding the ferry. Nama feri ni 'Pulau Pinang'. Apparently, feri-feri ulang alik di sini dinamakan sempena pulau-pulau di Malaysia.

Luas feri ni.

Deretan kereta.


Kami ke tepi feri untuk ambil gambar.

Oil products tanker 'Ocean Pitta' currently sailing under the flag of Singapore.



Feri 'Pulau Payar'. 


Pemandangan bandaraya George Town dari feri.

Pada saya memang best ambil gambar dari feri ini especially bila view cityscape dengan latarbelakang gunung macam ni. 


Container ship, 'Victory Star'.

Juga boleh nampak kapal-kapal cruise besar. 

Yang ini Luxury Cruise Ship 'Queen Mary 2', a transatlantic ocean liner.

Star Cruises. 

Boleh juga nampak Jambatan Pulau Pinang.

Lokasi Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Penang Bridge.

More cityscape shots George Town.




Kami melepak di bahagian depan feri.



Shots Butterworth.



Rasanya ini kapal korek. 

Penang Port Container Terminal.



Feri yang berulang-alik antara George Town dan Butterworth. Feri ni namanya 'Pulau Angsa'.




Tanjung City Marina.


Feri 'Pulau Talang-Talang'.


Bangunan 3 blok tu ialah Sri Saujana Apartments. Yang kiri tu Sandilands Condominium. Berapa agaknya harga 1 unit?



Clan Jetties of Penang.



Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia.



Dah sampai ke ferry terminal Pangkalan Raja Tun Uda, George Town.









Alhamdulillah, selamat tiba di George Town.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment