Wednesday, February 21, 2018

EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ

Setelah selesai melawat Neuschwanstein Castle, kami terus turun ke Hohenschwangau, jalan-jalan sekejap di Lake Alpsee dan lepas tu terus ke Munich. 

Pemandangan sewaktu meninggalkan Schwangau.


Did not take many photos. Must have slept all the way.. hehe. 


Lepas lebih kurang 2 jam, kami pun selamat tiba di Munich. Alhamdulillah. Fyi, hujan masa ni.

Tiba di Munich, kami terus dibawa ke masjid yang bernama Mehmed Akif Camii yang jelas dibangunkan oleh komuniti Islam Turki di Munich.

Masjid ini sebenarnya adalah sebuah bangunan pejabat yang diubahsuai menjadi masjid. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan BMW Museum. 

Ini ruang masuk di pintu depan masjid. 

Tempat wuduk disediakan di basement bangunan. Dan ruang solat lelaki adalah di tingkat 1. 

Besar ruang solat lelaki di masjid ini. Alhamdulillah kami sempat menunaikan solat dan di tempat yang cukup selesa.

Ruang solat wanita pula terletak di tingkat 4. Kesian my wife kena rushing naik tangga masjid yang curam. Lift ada tapi nak cepat sebab waktu Asar ketika itu dah hampir nak luput.

Munich adalah kota asal kereta mewah BMW. Oleh yang demikian, antara aktiviti yang diatur di sini adalah melawat ke BMW Museum. Unfortunately, BMW Museum ditutup pada hari Isnin seperti waktu kami tiba di sana. Sebagai ganti, kami dibawa ke BMW Welt (BMW World) yang merupakan showroom BMW yang terbesar di dunia. Btw, BMW adalah singkatan kepada Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Works).

Hebat bangunannya.




Di hujung sana tu ialah pintu masuk besar ke BMW Welt.

Tapi sebelum tu ambik gambar motorsikal di bahagian depan ni dulu. Kepada yang minat motorsikal kuasa tinggi macam ni mesti teruja tengok. Saya? I just admire the design je yang futuristic.. hehe. 

Kami diberitahu harganya sekitar €13,000 (RM 55,000) sebijik. HuHa! With that amount boleh gi cuti pakej macam ni sebanyak 3 kali and for 2 pax! Hehehe... 😁.

Ok, jom masuk. 

Di dalam BMW Welt ni ada all the brands and products of the BMW Group - termasuk BMW, MINI, Rolls-Royce Motor Cars dan BMW Motorrad. 

Multi-use exhibition center BMW Welt ini adalah showroom BMW yang terbesar di dunia. Ada showrooms untuk barisan model-model kereta BMW dan motosikal BMW, dan dua lagi brand BMW iaitu Mini dan Rolls-Royce. 
It is described as "the building does not have the boredom of a hall, it is not only a temple, but also a market place and a communication center and meeting place for knowledge transfer". - Wikipedia

Berbagai model BMW dipamerkan di BMW Welt. Ada model terbaru dan juga model klasik. 

Peminat-peminat kereta pasti seronok datang ke sini kerana pengunjung dibenarkan masuk duduk ke dalam kereta dan melihat dengan dekat model-model kereta yang dipamerkan. Siapa yang minat BMW, memang harus la ke sini. Saya yang not so into cars ni pun jadi excited.. hehe. 

This exhibition hall is super huge! It was awesome.


My wife minat yang ni 😊.

Ini model BMW i8. Total price (German market) = 146.640,00 € atau RM 711,218.66. Tapi kalau di Malaysia harganya RM 1,211,800.00 😮.
Global sales since mid-2014 totaled more than 10,000 BMW i8s by early November 2016, making the i8 the world's top selling plug-in electrified sports car. The top selling markets are the United States, the United Kingdom and Germany. - Wikipedia



BMW X1 xDrive 25d xLine. 
Total price (German market) = 61.410,00 € (RM 297,844.64)

Ini model BMW X3, a compact luxury crossover SUV. 


BMW 330e iPerformance Sedan Edition Luxury Line. 
Total price (German market) = 70.060,00 € (RM 339,798.01).

Ada satu seksyen yang didedikasikan khusus untuk satu lagi model kereta keluaran BMW, Mini Cooper.


MINI John Cooper Works Countryman All4
Total price (German market) = 56.090,00 € (RM 272,042.11).


MINI Cooper S Clubman
Total price (German market) = 44.710,00 € (RM 216,847.97).

Austin Mini-Cooper 998 ccm. Klasik!

Senibina bangunan yang moden dan menarik. 

MINI John Cooper Works 3-door
Total price (German market) = 43.490,00 € (RM 210,930.85).

The MINI Story.


MINI Convertible.

Kedai Souvenir BMW. Unfortunately, mahal sangat. Like really. Though understandably so.


BMW Classic - BMW Isetta 250. The Isetta is an Italian-designed microcar.  

Roda 3 kereta kecik ni. Nak masuk, dibuka bahagian depannya. Comel betul. 

Satu-satunya model kereta di dalam bilik pameran ini yang tak boleh didekati dan hanya boleh dipandang dari luar ialah kereta Rolls Royce. Model Rolls Royce ini dikepung dalam pagar kaca.
Rolls Royce Dawn Black Badge.

Ini Rolls Royce Dawn. Harganya around RM4 juta. Huii !

Very comfortable sitting area.


BMW M4 Convertible.



BMW M5.


Dekat sejam jugalah kami di showroom ni. This was a nice mix in the entire trip, you know, lepas melawat all the historic places/buildings/statues/fountains etc to see something entirely different and modern.

Ok, jom ke Marienplatz pulak. Eh, kan dah gelap dah tu? Actually baru lebih kurang pukul 5:30 pm masa ni. So masih ada banyak masa lagi before going for dinner dan balik ke hotel.

Pemandangan BMW Headquarters dari depan pintu masuk ke BMW Welt.



Ini pula pemandangan Stadium Olimpik Munich dengan Menara TV Olympiaturm dari bangunan BMW Welt. 
Di belakang BMW Welt kita dapat melihat Stadium Olimpik yang digunakan dalam Sukan Olimpik Munich 1972. Sukan Olimpik Munich ini juga adalah antara yang paling diingati dalam sejarah kerana peristiwa di mana kumpulan militan yang bernama Black September dari Palestin telah menawan dan membunuh 11 orang atlit dari Israel serta seorang pegawai polis Jerman.

Stadium Olimpik Munich.

Terus naik bas menuju ke Marienplatz.

Lawatan seterusnya adalah ke Marienplatz, tetapi disebabkan bas tak boleh masuk sehingga ke sana, kami diturunkan di depan bangunan National Theater di Max-Joseph Platz. Dari sini semua group members form their own smaller groups and explored the area dan berjalan ke Marienplatz. Ramai juga yang nak bershopping di sini. 

Sebab masa ni dah gelap dan hujan pulak tu, jadi mencabarlah nak ambik gambar. Maka adalah wajar gambar suasana di sini dirakam dengan handphone juga 😊.

Sebuah bangunan menarik yang lain yang dapat dilihat dari Max-Joseph-Platz adalah Königsbau yang merupakan sebahagian dari Residenz Palace. Bangunan ini menyimpan khazanah Dinasti Wittelsbacher.

Max-Joseph Platz dirakam secara 360°. Dalam hujan. Lepas klik terus lap-lap.. hehehe.

Bangunan National Theater ini dibina oleh King Maximilian I dalam tahun 1811-1818. Senibina bangunannya diilhamkan dari bangunan Pantheon di Rome. Sewaktu pembinaannya ia adalah panggung opera yang terbesar di Eropah. Bangunan ini walau bagaimanapun musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua tetapi telah didirikan semula pada tahun 1958-1963.
The National Theater (German: Nationaltheater) on Max-Joseph-Platz in Munich, Germany, is a historic opera house, home of the Bavarian State Opera, Bavarian State Orchestra and the Bavarian State Ballet. Contents. - Wikipedia



Max-Joseph-Platz dinamakan sempena King of Bavaria yang pertama, Maximilian I Joseph. King Maximilian adalah bapa kepada Mad King Ludwig yang telah membina Neuschwanstein Castle yang telah kami lawati tadi.

Patung ini menunjukkan King Maximilian sedang duduk di atas takhta Roman dan memakai pakaian seperti orang Rom kerana dia adalah seorang Holy Roman Emperor.


Berjalan menuju ke Marienplatz. Silalah ignore bintik-bintik air pada foto-foto ni ya.. hehe.

Betul la, senang ambik gambar dalam keadaan macam ni dengan handphone... hehe. 

Spatenhaus tu sebuah restoran. Bucherer tu gedung jual jam branded seperti Cartier, Chopard, Longines, Omega, Rolex, TAGHeuer dan Tudor.

Munich's high-end shopping street. 



Dan kami pun sampai di area Marienplatz. Ini ialah Fish Fountain (Fischbrunnen) di Marienplatz menjadi bukti kewujudan sebuah pasar di sini pada masa dahulu. Pancutan air ini digunakan untuk menyimpan ikan hidup untuk jualan ketika itu. Ada adat yang dinamakan Purse Washing yang dilaksanakan di pancutan air ini sejak tahun 1400 di mana penduduk Munich akan mencuci dompet mereka di sini dengan harapan dompet ini akan terus berisi pada masa hadapan. Adat ini masih diteruskan secara simbolik oleh Datuk Bandar dan Bendahari Kota Munich sehingga sekarang.

Ini pula ialah bangunan Old Town Hall yang musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua. Telah dibina semula selepas perang tamat.

Marienplatz adalah pusat bandar lama Munich yang asalnya didiami oleh sekumpulan Benedictine Monks dalam tahun 700. Ia mula menjadi pusat perdagangan selepas kumpulan Monks ini mendapat kebenaran dari King Henry The Lion untuk mendirikan pasar jualan di sini.

Nama asal pasar yang dibina oleh Benedictine Monks ini adalah Schrannenplatz (Grain Square). Nama ini kemudiannya telah ditukar menjadi Marienplatz (St. Mary's Square) sebagai cara untuk memohon perlindungan Virgin Mary dari wabak kolera yang melanda ketika itu.

Bangunan yang sangat menarik di Marienplatz adalah New Town Hall (Neues Rathaus) yang dibina bagi menggantikan Old Town Hall (Altes Rathaus) yang berhampiran. New Town Hall ini terkenal dengan menara jam muzikalnya yang dinamakan Glockenspiel. Tapi kami tak dapat melihat persembahan muzik Glockenspiel kerana ia hanya berlaku setiap hari pada pukul 11 pagi dan 12 tengahari. Persembahan muzik ini menggambarkan kemeriahan pesta bagi meraikan perkahwinan Duke Wilhelm Kelima pada tahun 1546 dulu.

Virgin Mary Column di depan New Town Hall dibina oleh King Maximilian I pada tahun 1683 berikutan pengisytiharan Virgin Mary sebagai patron saint bagi Munich. 

Pengisytiharan ini dibuat bagi meraikan pembebasan Munich dari penaklukan selama 3 minggu oleh tentera Sweden dalam Thirty Years War dan tamatnya wabak Black Plague. 

Empat patung putti di kaki Virgin Mary Column menggambarkan pembebasan kota Munich dari peperangan, penyakit, kebuluran dan kesesatan.

Marienplatz dirakam secara 360°.

Pemandangan malam di Marienplatz ketika hujan.

Gerai bunga.


Seperti juga kota lain di Eropah, Munich turut dilanda penyakit Black Plague pada tahun 1517. Penduduk Munich ketika itu percaya yang wabak ini dibawa oleh Wurmeck Dragon. 

Wabak penyakit ini hilang setelah Wurmeck Dragon ditembak dengan meriam oleh pengawal kota. Kisah ini diabadikan dengan ukiran seekor naga pada satu penjuru bangunan New Town Hall.

Ini Frauenkirche (Church of Our Lady). Walaupun terkena serangan bom dalam Perang Dunia Kedua, kedua-dua menara Frauenkirche ini selamat dari kemusnahan.

Berjalan balik ke Max-Joseph-Platz.


Makan malam terakhir kami di Eropah Timur disediakan di sebuah restoran Pakistan yang bernama Deeba Restaurant di Munich.


Balik ke Hotel Azimut. Mandi, solat dan berkemas. Dan mestilah juga backup foto-foto 😊. 

Summary perjalanan dan lawatan kami pada hari ke 8:
1) Perjalanan dari Munich ke Hohenschwangau, Schwangau.
2) Melawat Neuschwanstein Castle.
3) Lawatan ke BMW Welt.
4) Lawatan ke Max-Joseph Platz dan Marienplatz.

Alhamdulillah.

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: