Monday, January 8, 2018

EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE

Day 04, woke up in Bratislava, the capital of Slovakia. Waktu solat subuh di sana that day was at 4:51 am. The day's weather forecast pun looks bagus, dengan suhu atas 10°C towards noon time. Also tak hujan macam di Prague semalamnya. Alhamdulillah.

Sarapan di hotel ni, Hotel Bratislava. Banyak yang sajian tak boleh dimakan so ni je kami makan. Tak pe asal berisi perut. 

Seperti biasa lepas sarapan mesti kami jalan-jalan sekitar hotel. Ini bangunan hotel penginapan kami di Bratislava, Hotel Bratislava.

Suasana sekitar hotel.

Ini gereja Church of St Vincent de Paul.

Ada Tesco express di Hotel Bratislava ni. So it is super convenient kalau nak beli apa-apa keperluan asas. 

Bangunan-bangunan apartments di seberang jalan dari Hotel Bratislava.

Tak nampak banyak human activities masa tu, masih awal lagi. 

Kanan, bangunan Hotel Bratislava.  

Di sini ada small parks in between buildings.  Nice lah.

Walking the dogs. That's a Bull Terrier. Super active and excited nampaknya.. hehe.

We walked further a bit sebab nampak dari jauh macam ada taman. Indeed there was lah.. hehe. 

It was really lovely dengan cahaya matahari pagi. 

Tak tau ni pokok apa. Got this hairy fruits. 


It was really nice to walk around and just enjoy being in small parks like this. Tak ingat exactly suhu masa ni, I think close to 10°C agaknya. Dan tak berangin so tak la sejuk sangat. 


The morning light was simply gorgeous!

Sure you'll get to your destination a lot faster on a 2 wheel skate scooter.. hehe.

A woman walking her cute black pooch and a super busy looking magpie.

Dah jalan-jalan tu kami balik ke bilik dan bersiap untuk berkumpul di lobi and to check out. Style hotel ni ada sikit macam style Ibis hotels. 

Interesting art dalam hotel ni. 

Since masih ada masa lagi, lepas letak beg di lobi, saya berjalan-jalan lagi. Isteri tak ikut. Explore dan jumpa satu lagi small park in between buildings.  


So beautiful. 



Le sigh...

Foto gini harus dicapture.. hehe.

Tepat pukul 8:45 kami pun bertolak for the day's tour. 

Bandar Bratislava, ibu negara Slovakia. Dengan penduduk seramai 5.45 juta di Slovakia, seramai 427k ada di Bratislava. Ia adalah salah satu ibu negara Eropah yang kecil tetapi masih merupakan bandar terbesar di negara Slovakia. Slovakia adalah sebuah negara tanpa pantai, bersempadan dengan Austria dan Hungary. Bratislava terbahagi dua oleh Sungai Danube. Lokasinya di sempadan dengan Austria dan Hungary menjadikannya satu-satunya ibu negara yang bersempadan antara dua negara. Ia hanya 62 kilometer dari sempadan dengan Republik Czech dan hanya 60 kilometer dari ibu kota Austria di Vienna. 

Bas elektrik, salah satu pengangkutan awam yang utama di Bratislava


BMW, Bratislava.
Sejak tahun 2007, Slovakia merupakan pengeluar kereta per kapita terbesar di dunia, dengan sejumlah 1,040,000 kereta dihasilkan pada 2016 ke lebih daripada 100 buah negara. Dengan pengeluaran lebih daripada satu juta kereta pada tahun 2016, Slovakia adalah yang ke-20 dalam senarai pengeluar kereta dunia dan pengeluar kereta ke-7 terbesar di European Union. 80,000 orang bekerja di industri automotif pada tahun 2014, yang akan meningkat bila Jaguar Land Rover memulakan pengeluaran di Nitra pada tahun 2018.

Pengeluar-pengeluar kereta di Slovakia yang mempunyai their own automobile production plants ialah Volkswagen di Bratislava, PSA Peugeot Citroën di Trnava dan Kia Motors' Žilina Plant. Pada 2018, Jaguar Land Rover akan membuka kilang pemasangan kereta keempat di Slovakia iaitu di Nitra.



Selain bas elektrik sebagai pengangkutan awam, tram juga ada. 

Ok, Bratislava City Tour kami pagi tu bermula dengan lawatan ke Bratislava Castle. Tu dah mula nampak dah castle tu.

Semasa nak ke Bratislava Castle, kami passed by Grassalkovich Palace ni. Dibina pada 1760 oleh Count Anton Grassalkovich (chairman of the Hungarian Royal Chamber and advisor to Empress Maria Theresa), di palace ni sering diadakan aristocratic society events. Josepf Haydn, seorang komposer Austria yang popular, sering mengadakan konsertnya di istana ini. 

Sekarang ia adalah sebuah istana kediaman presiden Slovakia tapi dia tak tinggal situ. Cuma digunakan for various ceremonies with foreign officials. 

Ia adalah sebuah istana musim panas dengan French garden yang dibuka pada umum untuk dilawat. Juga dikenali sebagai Slovakia’s White House dan Presidential Palace.  

Di depan Palace ni ada satu fountain besar dengan satu globe yang melambangkan kebebasan. 


Sehari dalam setahun palace ini dibuka pada orang ramai.

Dah sampai Bratislava Castle. Sebuah istana yang dibina pada abad ke 9 dengan 4 menara di setiap bucu. Terletak di atas bukit berbatu Little Carpathians di gugusan banjaran Carpathian Mountains, di sebelah Sungai Danube. 

View Bratislava dari gate masuk ke Bratislava Castle. 


Berdekatan dengan gate masuk ke Bratislava Castle ada bangunan National Council Of Slovak Republic di Alexander Dubček Square. 

Bangunan ini tidak mencukupi untuk menampung semua officials and representatives kerana ia dibina semasa zaman Czechoslovak, di mana masa tu badan perundangan biasanya meeting di Prague.

Dan local guide kami pun sampai. Eva nama dia. 

Lepas berkenalan dan a bit of briefing, Eva bawa kami masuk ke kawasan Bratislava Castle melalui Vienna Gate.

Jalan ke Bratislava Castle ni naik bukit sikit.

Ada info board untuk area Bratislava Castle.

Ni saya besarkan.

Ni legendnya.

Bratislava menjadi bandar penobatan rasmi untuk Raja-raja Hungary dan Bratislava Castle menjadi tempat rasmi raja-raja Kerajaan Hungary. 11 kings dan 8 queens telah dinobatkan di sini pada masa dulu.

Dahulu kala, istana ini terletak di persimpangan penting ancient routes dan mempunyai kepentingan geografi yang strategik semasa tempoh pemerintahan the Great Moravian Empire.
Ada restoran, kedai cenderamata dan pejabat pentadbiran di bangunan tambahan ini. 

Ketika Tartar raids (1241-1242), Bratislava Castle tidak ditakluki dan turut melindungi Hungary daripada serangan dari barat. Juga, kerana lokasi Vienna adalah dekat dengan istana ini, maka Vienna juga diberi perlindungan terutamanya semasa Ottoman expansion pada abad ke-16.

Empress of Austria dan Queen of Hungary Maria Theresa membina semula istana ini sebagai tempat kediaman dan representative place, bukan lagi sebagai sebuah kubu. 

Istana baru ini dikenali sebagai Theresianum. Dia juga bina beberapa bangunan lain dan French Gardens. 

Selepas Maria Theresa dan anaknya Joseph II meninggal dunia, istana ini telah ditinggalkan kosong dan menjadi military garrison. 

Pada Mei 1811, kebakaran berlaku di gudang tentera dan tinggal hanya runtuhan-runtuhan.

Selepas Perang Dunia II, istana ini menjalani serious reconstruction and renovation. 
Mercu tanda yang terkenal di sini ialah patung King Svätopluk I yang dirasmikan pada tahun 2010. Dia adalah pemerintah Great Moravia yang meliputi Bohemia, sebahagian besar Slovakia dan beberapa bahagian dari Slovenia, Hungary, Poland dan Ukraine pada abad ke-2.

Istana ini juga menyaksikan beberapa detik sejarah penting seperti pada tahun 1968, pemimpin negara menandatangani dokumen di sini semasa menubuhkan Persekutuan Czechoslovakia. Pada tahun 1992, perlembagaan baru Slovakia bebas ditandatangani di sini juga.

Kata Eva, dulu ada sebuah mahkota 'Holy Crown of Hungary' disimpan di salah satu menara di Bratislava Castle ni yang dijaga oleh 112 orang castle guards. According to tradition, Raja keturunan Hungary sahaja yang boleh memiliki crown ini. Yang tak de darah Hungary seperti Maria Theresa boleh pakai dan itu pun masa upacara pertabalan sahaja. 

Selain dari info di atas, Eva juga bercerita pada kami tentang Empress of Austria dan Queen of Hungary Maria Theresa. 

Ini Maria Theresa Walburga Amalia Christina, adalah satu-satunya pemerintah wanita dalam Empayar Habsburg dan yang terakhir dari the House of Habsburg. Dia adalah pemerintah Austria, Hungary, Croatia, Bohemia, Transylvania, Mantua, Milan, Lodomeria dan Galicia, Belanda dan Parma. Dia jadi ruler sebab bapak dia Emperor Charles VI tak de anak lelaki.    
Maria Theresa dianggap sebagai raja yang lemah, mengakibatkan satu demi satu wilayah di bawah kekuasaan Austria dirampas oleh negara-negara berjiran.

Jadi untuk dapatkan sokongan dari Hungary, Maria Theresa berangkat ke Bratislava untuk bertemu para aristokrat di sana. Plan Maria Theresa berjaya kerana para aristokrat di Hungary menyokong dia. Dengan bantuan kewangan yang diperolehi, Maria Theresa membina tentera Habsburg untuk conquer balik wilayah-wilayah yang telah dirampas.

Maria Theresa memerintah selama 40 tahun dan berjaya membuat banyak perubahan di bawah pemerintahannya. Ia meliputi memperkenalkan undang-undang pemilik tanah, memperbaiki sistem kesihatan awam dan kehakiman serta mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Di akhir hayatnya, baginda merupakan antara pemimpin Habsburg yang paling berjaya.

Ini Francis I, Holy Roman Emperor, suami 
Maria Theresa. Kerana dia seorang wanita, kebolehan Maria Theresa mentadbir negara di pandang rendah. Untuk membina keyakinan beliau berusaha menjadikan suami beliau ni jadi co-ruler. Tapi banyak cadangan dari suaminya terutama dalam hal-hal peperangan dan pertelingkahan antara negara-negara laindi Eropah ditolaknya. She went on and executed her own decisions.

Bersama mereka ada 16 orang anak, 6 meninggal dunia masa kecil. Maria Theresa terkenal sebagai seorang ibu yang baik tapi sebab nak kukuhkan kuasa dan kedudukan, dia paksa anak-anak dia kahwin dengan kerabat-kerabat raja Eropah. However, Maria Christina, anak kesayangan Maria Theresa was the only dauther yang perkahwinannya tidak diatur. 

Mesti dah pernah dengar pasal Marie Antoinette, Queen of France kan? Haaa... dia tu anak Maria Theresa lah. Nama asalnya ialah Maria Antonia sebelum jadi Queen of France. Anak yang kira paling malanglah sebab mati kena pancung guna guillotine masa Revolusi Perancis.

Bratislava Castle ni adalah antara istana kegemaran Maria Theresa sewaktu baginda memerintah sebagai Queen of Hungary kerana Bratislava sangat dekat di hati dia. Malah, cerita Eva lagi, sewaktu beliau jatuh sakit diserang wabak Black Plague, wain khas dari Slovakia yang dinamakan Blue Frankish dikatakan dapat menyembuhkan beliau.
Berada di Court of Honour.

Tambah Eva lagi, untuk membolehkan beliau sering berulang-alik ke sini, Maria Theresa turut melantik menantunya, Albert of Saxe-Teschen yang merupakan suami anak kesayangannya, Maria Christina memegang jawatan sebagai gabenor di Bratislava.

Patung-patung body armour and weapons semasa peperangan.


View Bratislava Castle, Court of Honor dan Sungai Danube. 

Ini Leopold's Gate. Kata Eva, dari atas bukit ni bukan saja boleh nampak Bratislava, tapi juga, on a clear day, Austria dan Hungary. 

Memang cantik view Sungai Danube dari Bratislava Castle ni. 



Sungai Danube ni adalah sungai yang kedua terpanjang di Eropah selepas Sungai Volga di Russia. Berpunca dari Germany, Sungai Danube ni mengalir through 4 ibukota Eropah iaitu Vienna, Bratislava, Budapest dan Belgrade menuju ke Laut Hitam.


View kubu Sigismund Gate, Sungai Danube dan Novy Most (New Bridge), serta restoran bernama UFO di atas jambatan. 

Restoran UFO di atas Bratislava New Bridge (Nový most).



Terus mendengar penerangan dari Eva. Kelakar jugak si Eva ni actually.. hehe.

Group photo format 360°C 😊.

Di sebelah istana ini ada satu taman dengan view bandar Bratislava.

Di taman ini juga ada runtuhan Great Moravian Basilica dan Church of Holy Saviour.




View Kamzik Tower dan Slavin Memorial dari Bratislava Castle.
Slavin Memorial dibina untuk memperingati 7000 tentera Soviet yang mati terbunuh dalam Perang Dunia Kedua di Bratislava.
Kamzik Tower adalah menara pemancar TV dan merupakan tempat yang kedua tertinggi di Bratislava selepas Bratislava Castle.




Berjalan keluar dari Court of Honour. 

Ok, last shot of the castle.

Alhamdulillah, cuaca begitu cantik pagi tu.



Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. well..
    pakcik buat-buat hot tak sepanjang hari ? hehheehe..

    yang buah berbulu bulu tu nampak macam buah chestnut .. tapi kalau chestnut lagi halus bulunya .

    next travel en syed .. saya nak cadangkan .. kutip the autumn leaves .. kepit dalam buku
    sampai malaysia laminatekan.. tulis guna sharpie kat daun tu as a remonder daun tu masa travel ke mana..
    lepas tu kalau ada lebih pos kat saya ..
    err.. next travel ke mana lak ya ?
    daun ivy merah kat gambar last tu cantik kalau di laminate..

    Bratislava Castle ni macam boring je .. hehehe
    view River Danube tu sangat menawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sebenarnya dah memang selalu 'hot' tapi prefer low profile.. uwekkk.. hahaha

      Tu la, tak tau tu buah/pokok apa. Perhaps it was chestnut dan bulunya memang tebal sebab sana low temperature.

      Good idea! Tapi macam tak rajin la nak buat. Kenangan foto2 je la.. hehe.

      Bratislava Castle tu actually menarik juga cuma kami tak masuk dalam. Kalau sekadar di luar, gitu le rupanya.
      Indeed, and to think that it flows through all those countries!

      Delete
  2. Bratislava castle sangat cantik. View dr atas bukit, angin yg kuat. Kami enjoy sgt masa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya dah 2 tahun yg lalu. Tapi bila tgk balik foto-foto ni, saya teringat balik.
      Indeed. Mmg cantik.

      Delete