Wednesday, January 17, 2018

EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL

Woke up di Budapest, di Hotel Leonardo. Quite a charming hotel actually. Seperti biasa, kami turun awal for breakfast to avoid the crowd and to check out the area around the hotel sebelum start dengan the day's touring. 

Awal-awal pun ada yang lagi awal. Dah ramai tourists dari China. Maka riuh la suasana. Berkerumun mereka di buffet dan took heaps of food. I mean, seriously, like heaps! Dengan gaya mereka yang macam kelam kabut tu. Cuba la bawak bertenang. Kami duduk berdua at a table for 4. Tetiba, tanpa bertanya salah seorang dari mereka terus je ambik kerusi dan took the fork/spoon from our table. Since most tables dah mereka conquer, kami ingat nak la pelawa group members kami yang lain the other 2 seats di meja kami tu.  

Ok la malas la nak cerita panjang pasal mereka. Dah perangai macam tu. Sabar je le. Anyway, seperti pagi-pagi sebelumnya macam ni la sarapan kami. Alhamdulillah.  

Suasana di restoran Hotel Leonardo. 

Out the window kami nampak this beautiful garden. Unfortunately nampak macam not accessible.  

It seemed that hotel ni berada dalam kawasan perumahan sebab ada banyak apartments nearby.

Lepas sarapan kami pun keluar ke depan hotel. Nak jalan-jalan sikit dan ambik gambar. 

Hotel Leonardo.

Dari Hotel Leonardo kami nampak ada sebuah taman kecil. Mesti la kami ke sana.. hehe. Nampak pun cantik dengan sinaran cahaya pagi di situ. Tak jauh cuma 2/3 minit je jalan ke sana.

Got pathways, benches, big trees and a gazebo. Lovely and very welcoming. Namanya Park Ferenc tér atau Ferenc Square.

Lokasi Park Ferenc tér dari Hotel Leonardo.

Indahnya pancaran cahaya pagi.


Dengan apartments dan offices di sekeliling taman ni, terutamanya masa summer mesti ramai orang relaxing di park ni. 




Pemandangan keseluruhan Park Ferenc tér. 






Dedaunan yang multi color...

... dan bunga-bunga...




Jom jalan sikit lagi... masih ada masa lagi. Kami pergi ke main road. Suasana lengang masa tu since masih awal. 

Di simpang empat.. hehe.

Kami semua dah siap ada dalam bas menunggu local tour guide datang. Terlambat dia sikit disebabkan traffic jam. Close to 9:00 am, off we went. Sejuk masa tu.

Nampaknya memang akan sejuk the whole day tapi tak hujan. But it's ok sebab kami dah siap-siap pakai double triple dah.. hehe..

Bandar Budapest awal pagi.  

Kami dibawa dari Pest ke kawasan Buda menyeberang Sungai Danube dengan Petőfi Bridge. Kelihatan dari jambatan ni, Liberty Bridge (hijau) dan Elisabeth Bridge (putih). Further away tu ialah Buda Castle dan yang menara putih tu ialah Matthias Church. Bangunan macam dome yang belah kanan tu ialah Budapest Whale Shopping Center. Dan di sebelah kiri tu ialah Gellért Hill dengan Liberty Statue. Ke situ la tempat pertama kami nak pergi pagi ni.
Nampak biru sungguh sungai Danube pagi ni. Terus teringat waltz "The Blue Danube". Masa kecik dulu ingat lagi iklan cat dulu-dulu guna musik ni.. hehe. Ia sebuah waltz ciptaan komposer Austria Johann Strauss II, pada tahun 1866 dan merupakan sebahagian daripada muzik klasik yang paling popularKalau nak dengar musik "The Blue Danube" sila klik sini.


Ini bangunan Budapest University of Technology and Economics di sebelah Buda.

Budapest Whale Shopping Center di sebelah Pest.

Cantik bandar Budapest ni.

Inilah our local guide for that day. Nama dia Sophie. Seperti sebagaimana sepatutnya seorang tour guide, Sophie ni sangat petah, very knowledgeable about Budapest and quite entertaining too in sharing with us the facts and other general information. 

Tak tau ni statues apa/siapa. Banyak sangat pun statues di bandar ni.

Menuju ke Gellért Hill. 

Melalui kawasan orang kaya Budapest. Banyak rumah mewah di area ni.

Sampai ke Gellért Hill untuk pergi ke Citadel.

View yang awesome!





Citadel atau Citadella adalah kubu kuat yang terletak di atas Bukit Gellért di Budapest, Hungary. Citadella adalah perkataan Hungary untuk benteng, sejenis kubu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa lain untuk merujuk kepada kubu Gellért Hill yang menduduki lokasi yang memiliki kepentingan strategik dalam sejarah ketenteraan Budapest.

Kubu ini dibina pada tahun 1851 oleh Julius Jacob von Haynau, seorang komander Empayar Austria selepas Hungarian Revolution of 1848 menggunakan buruh paksa Hungary. Dibina oleh Hapsburgs sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk mengambil alih Hungary dan membentuk empayar Austro-Hungary, Citadella ini kekal sebagai simbol penindasan serta kebebasan.

Ada beberapa foto-foto lama yang dipamerkan di sini tapi dah dalam keadaan teruk. Ada pulak pekerja tengah buat kerja di situ. So 2 je foto yang dapat diambil gambarnya. 

Ini foto Chained Bridge (yang siap dibina pada 1903) musnah teruk dibom semasa World War II. 

Sekarang dah diganti dengan jambatan baru Elisabeth Bridge. Satu-satunya jambatan di Budapest yang tidak dapat dibina semula mengikut bentuk asalnya. 

Pada poster ini ada statement 'Eljen nagy magyarország' yang bermaksud 'Hungary yang hebat'. Jadi mungkin ini foto Hungarian soldiers marching proudly through the war torn city of Budapest selepas Perang Dunia kedua, disambut dengan meriah oleh warga Budapest.

Lokasi Citadel.

Views Citadel di Gellért Hill dari atas. 

Citadella ini digunakan oleh Austria sehingga tahun 1897. Dua tahun selepas itu, penduduk tempatan, yang masih marah dengan simbol penindasan asing itu, telah memusnahkan sebahagian kubu ini tetapi kebanyakan bangunan benteng masih kukuh. Ia kemudiannya digunakan oleh kedua-dua Nazi dan Komunis sebagai tempat pengawasan, memanfaatkan pemandangan luas ke arah bandar Budapest.

Nazi menggunakan Citadella ini terutamanya sebagai kedudukan anti-pesawat dan bunker. Apabila Red Army maju ke bandar dan menakluk wilayah ini, Citadella juga digunakan oleh komunis. Selepas pemberontakan Hungary pada tahun 1956, senjata yang dipasang di kubu ini tidak ditujukan ke arah kedatangan musuh dari luar tetapi kepada penduduk awam di bawah. 

Kubu ini berbentuk U yang dibina dengan central courtyard, panjangnya 220 meter, lebar 60 meter dan tinggi 4 meter dengan 60 meriam. 

View dari Citadel ni memanglah awesome. Boleh nampak dengan jelas sungai Danube dan kedua-dua belah Buda (kiri) dan Pest (kanan). Alhamdulillah cuaca pagi tu elok jadi nampaklah dengan terang di bawah sana nun.

Jambatan di sungai Danube tu ialah Széchenyi Chain Bridge. 

Di tebing belah Pest ini, antara Széchenyi Chain Bridge dan Elisabeth Bridge, ada Budapest Marriott Hotel, Hard Rock Cafe Budapest, Sofitel Budapest Chain Bridge, Las Vegas Casino Tropicana, Danube Promenade Budapest, Las Vegas Casino Sofitel Budapest, Four Seasons Hotel Gresham Palace Budapest dan InterContinental Budapest. Memang prime area betul tu.

Jom zoom-zoom lagi....

Haaa... juga boleh nampak Budapest Eye di Erzsébet Square dan St. Stephen's Basilica. 



Széchenyi Chain Bridge, Margaret Bridge, Margaret Island dan Hungarian Parliament Building.

Széchenyi Chain Bridge.

Hungarian Parliament Building, Margaret Bridge dan Margaret Island.

Budapest Eye di Erzsébet Square. Baru je pasang ferris wheel tu, sometime mid March 2017. 


Hungarian Parliament Building berlatarbelakangkan Margaret Island. 

Di belah Buda boleh nampak Buda Castle.

Zoomed in.

Panorama satu 😊. 

Kedai souvenir dan cafes.



Puas dah tengok dan ambik gambar bandar Budapest dari Citadel ni, jom gerak ke bahagian monumen pulak. 

Ada juga archery game ni. Slow morning kot. 

Dari belah sini Gellért Hill berhampiran the monumen boleh nampak Elisabeth Bridge. 

Di hujung Elisabeth Bridge belah Pest ni ada Inner City Parish Church. 

Pemandangan Pest dari puncak Gellért Hill.



Dan kami pun sampai di hilltop memorial ni. Komunis ketika berkuasa di sini, mengambil kesempatan lokasi tinggi kubu ini untuk mendirikan sebuah monumen sebagai peringatan kepada penduduk tempatan tentang pengorbanan Eastern liberators yang membebaskan kota itu dari penjajah Jerman.

Setelah tugu itu selesai didirikan, ia menampilkan empat patung.

Patung utama di monumen ini ialah Liberty Statue atau Freedom Statue, setinggi 14 meter, seorang wanita yang menjunjung palm leaf dengan kedua tangan, yang melambangkan kebebasan. 

Di kiri patung utama tadi ialah patung seorang lelaki yang membawa obor, yang mewakili kemajuan.

Di kanan patung utama ialah patung seorang lelaki yang sedang bertarung dengan seekor naga berkepala lima yang melambangkan perjuangan menentang kuasa kejahatan.

Simbol Kemajuan, Kebebasan dan perjuangan menentang kuasa kejahatan.

Setelah pengaruh komunis hilang selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, patung ke 4, salah satu dari 4 patung asal di monumen ini iaitu patung tentera Red Army yang melambangkan pembebasan (foto bawah) telah dialihkan dan dibawa ke Statue Park bersama-sama dengan karya-karya seni yang lain honoring the invaders of an occupation that lasted four decades.
Source

It truly was a beautiful blue sky morning. 


Di dinding kubu ini ada tingkap-tingkap kecil untuk meletak meriam. Ada juga kelihatan dinding-dinding berlubang-lubang kesan dari tembakan. 

Berjalan turun ke tempat parking bas.

Rumah-rumah orang kaya Budapest.

Buda Castle.


Matthias Church.



Bas yang digunakan untuk bawa kami through 5 countries. Bas Coach of the Year, ada Wifi, Power Socket dan toilet. Dan selesa. Dan bas pun tak penuh, kami cuma 18 orang je. Syukur Alhamdulillah. 

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. warna yang cantik... cat Par ..cat Par ..
    warna menarik... cat Par..cat Par...

    hehehehee..
    prove that we grew up in the same era!!
    era Thundercat!!! eh.. tetiba....

    nampak shadow orang tu tengah guna camera 360!!!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. that's it! That's the iklan lah! Hehehe...

      Same era indeed! :)
      Thundercats! Hooooooooo...!

      Perasan je tau! Hahahaha....

      Delete