Monday, October 5, 2015

JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - GUA CHARAS

Jalan-jalan Sungai Lembing: Gua Charas.

Lepas dah pergi temple, muzium, jambatan, kilang mee, rumah kristal dan lombong, Azlan bawak saya ke gua pulak. Saya suka kepelbagaian tempat2 yang dilawat dalam program jalan-jalan Sungai Lembing ni :). Kalau ikut hati memang la nak pergi to a few more places tapi let's be realistic, saya cuma ada sehari je nak jalan-jalan.. hehehehe... 

Kami lalu kawasan ladang kelapa sawit yang luas.

Haaa... tu dia... my first view of the limestone hill where Gua Charas is. 

Cerita dongeng bukit batu kapur ini: 
Seorang pendeta alim yang berlayar bersama anak-anak kapal telah menjadi terlalu marah kerana kesalahan yang dilakukan oleh seorang anak kapal walaupun si pendeta telah membuat banyak usaha dan memberi nasihat agar semua anak-anak kapal sentiasa berkelakuan baik. Dia terus berdoa supaya diturunkan malapetaka demi menebus kesalahan tersebut. Habis je berdoa, tetiba langit jadi mendung dan hujan turun dengan ribut petir. Tak seorang yang selamat. Hujan dan ribut reda dan kapal mereka telah bertukar menjadi batu dan daratan terbentuk dikelilingnya. Kapal jadi batu tu lah yang dikatakan bukit batu kapur Gua Charas tu.


Bukit ni adalah setinggi 300 meter. Saya suka jalan masuk ke Gua Charas ni dengan kiri kanan pokok kelapa sawit.



Bagi penganut agama Buddha Gua Charas ni adalah tempat suci untuk berdoa dan bersembahyang. Tangga tu baru set pertama tangga nak ke gua. Tu pun dah mengah nak panjat!






Di atas tu adalah sebuah biara Buddha Thai yang sudah tidak diduduki lagi oleh sami2. Oleh itu ia sekarang dijaga by a local caretaker. 
And no, I have no idea why there is a pair of small green dinosours at the gate.


Ini adalah tangga lama naik ke atas, ke pintu gua. Banyak anak tangganya and normally will take up to 30 minutes to reach the top.


Then monk ni suggest that we use the other newer and fewer steps stairs. Lagi cepat sampai atas kata dia. Sounds good to me lah :). Oh ya, must pay RM2.00 first for adults. 

Tu dia! Curam! Saya nekad je. Kalau penat mesti stop!

Memang kena stop. Badan dah le berat, bawak pulak kamera dan lens yang total beratnya 5 kg! Lutut bergoyang and I can actually hear my heart beats! Masa break kejap tu sempat took a few shots.. hehehe...

Dah sampai puncak. Ni belum lagi sampai pintu gua.

Di puncak tu ada these signs, the reclining Buddha and a hindu temple.

Untuk ke pintu gua, kena turun tangga pulak. 

Dongak ke atas and I saw this! Uwah! Cantik sangat!





Jauh lagi nak turun. Keadaan tangga adalah bagus dan selamat tapi perlu berhati-hati.

Dan sampai ke pintu gua. Masa ni terasa sejuk nyaman macam ada air-conditioning. Besar sungguh gua ni dan jauh ke dalam!

Pintu Gua Charas dari dalam. Tangga batu di dalam ni menurun lagi dan agak licin sebab basah due to water drips dari siling gua. Turun hati-hati dengan memegang handrail. 

Sebenarnya ada 8 gua-gua berasingan yang membentuk komplek Gua Charas ni yang merangkumi kawasan sebesar 92 hektar. Salah satu gua ini ialah Gua Buddha atau dipanggil juga Gua Gelap di mana ada patung Buddha berbaring tu. 

Gua-gua lain adalah Gua Batu Nesan Raja, Gua Pecah, Gua Gajah, Gua Tiga Beradik, Gua Puteri Bersikat, Gua Lubang Dalam and Gua Lubang Hidung.

Di dalam gua ni memang jelas banyak pengaruh Hindu dan Buddha. Di sepanjang perjalanan kami di dalam gua ni ada banyak berhala dan patung sembahan. 

Pintu Gua Charas dari jauh di dalam gua. Again I was struck by how huge this cave is!

Di dalam gua ni kami berjumpa dengan seorang wanita India. Kami berteguran dan saya bertanya apa yang dibuat oleh beliau di situ. Dia kata dia cuma berada di situ ketika pak cik dia keluar sebentar dari gua atau tidak dapat ke gua menjaga shrine di situ. Cik ni juga bercerita gua ni memang ramai pengunjung dari dalam dan luar negara seperti Thailand, China, Singapura dan lain-lain negara untuk menyucikan diri dan berdoa mendapatkan apa yang dihajati.

Cik tu juga cerita antara bentuk-bentuk batu yang sering jadi perhatian di gua ini ialah batu putih di atas pelantar tepi dinding gua ini, yang nampak macam stalagmite tu. Ia dikatakan menyerupai Quan Yin [Guanyin] an East Asian deity of mercy.

Memang gelap dalam gua ni jadi dipasang lampu sepanjang laluan pejalan kaki all the way inside the cave siap dengan handrails especially di kawasan yang curam [menaik dan menurun] dan yang basah/lembap.

Lebih kurang 1,000 meter di atas paras laut, gua ni dipercayai merupakan tempat tinggal manusia zaman purba.

Ada juga satu kuil Hindu yang besar iaitu Shivalingam Temple. 

Di kuil ini ada Shiva Linggam yang setinggi 8 kaki dikenali sebagai Jala Linggerswarar. Dikatakan Shiva Linggam ni adalah yang tertinggi di Asia Tengara. Sivalingam itu telah dibawa ke gua ini pada 1989 oleh Nachitram, seorang peguam dari Negeri Sembilan setelah dikatakan berjumpa dengan seorang sami India di dalam gua ini menyuruh beliau membawa Sivalingam ke gua ini. Tapi penjaga di gua ini kata tidak ujud sami seperti yang dikatakan oleh Nachitram. Mungkin percayakan the 'divine' encounter, Nachitram pun melakukan apa yang disuruh. 

Masih jauh lagi perjalanan ke dalam untuk ke tempat the sleeping Buddha.

Di sudut gua ada beberapa lagi patung-patung sembahan. Yang ni kelihatan patung gajah dan monyet sedang menyembah Buddha. 

Tu ha.. sayup je reclining Buddha tu... 

Patung yang sepanjang kira-kira 8 meter ini dikatakan telah dijumpai oleh seorang sami bernama Tham Achran Sakatapunya pada tahun 1950an. Adakah patung ni di bawa dari luar atau diukir dari batu yang sedia ada di dalam gua ni? Kalau dari luar, wah! bukan senang nak bawak ke dalam.  

Penjaga patung ini adalah seorang lelaki India beragama Hindu. Bila ditanya kenapa begitu, lelaki tu bercerita yang Persatuan Penganut Agama Buddha Gua Charas Panching tidak mempunyai sesiapa untuk menjaga patung ini lalu meminta agar lelaki ini tolong menjaganya. Tambahan pula lelaki tu kata dia memang sentiasa ada di dalam gua ini menjaga patung-payung sembahan kaum Hindu yang ada di situ. Dia juga bercerita setahun sekali ahli-ahli Persatuan Penganut Agama Buddha tu akan datang membuat acara sembahyang yang besar-besaran di dalam gua ini di depan patung Buddha berbaring ini.   

Antara pukul 11:00 pagi ke 12:00 tengahari, akan ada sejalur cahaya dari lobang di siling gua memancar ke arah patung Buddha ini.

Selesai mengambil gambar reclining Buddha tu, kami pun berjalan semula menuju pintu gua untuk ke destinasi yang seterusnya. Perjalanan keluar adalah jauh lebih senang kerana menurun tangga :).

One more shot of the limestone hill before leaving :).

Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan semua links entries Jalan-jalan Sungai Lembing saya:
01) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - LAO ZI TEMPLE
02) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - MUZIUM SUNGAI LEMBING
03) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - JAMBATAN GANTUNG - MEE SG LEMBING - CRYSTAL HOUSE - LOMBONG TIMAH - MI JAWA
04) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - GUA CHARAS
05) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. mak aihh !! gigih aa en syed panjat memanjat!
    kalau saya .. saya awal-awal dah angkat bendera putih!!

    habis satu kapal terbalik?!
    kesiannnn ..
    besar kapal tu!!
    heheeeehee..

    gigih lah mereka yang naik ke kuil kat atas sana tu..

    ada kelawar tak en syed kat atas sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... dalam gigih tu takut gak kot pitam ke... tapi kena climb slowly dan atur pernafasan. Rest bila dah tak larat. Santai je kami naik masa tu sebab Azlan kata saya masih ada banyak masa lagi dalam tour tu :).

      Yep.. gitu le cerita dongengnya doc yg tapi punya pengajaran yg bagus. Tentu la besar doc, kan org zaman2 dulu besar dan tinggi2 belaka :).

      Mereka yg naik tu especially yg Buddhists see the climbing as part of a religous journey, to a scared place for them to pray. Jadi mereka believe kegigihan mereka tu adalah sesuatu yang will be rewarded.

      Hmmm.... now that doc asked, saya tak perasan langsung kelawar masa masuk pintu gua tu. Tapi bila dah jalan lebih dalam, baru nampak a few. Not many actually, just a few hanging at parts with low ceilings. Kot ada yg di siling yg lagi tinggi tak pulak saya nampak.

      Delete