Friday, September 4, 2015

RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :).

Banyak sangat entries Jalan-Jalan Pantai Timur sampai now baru dapat nak up entry Ramadhan 1436h :).

Dalam entry ni saya muatkan foto-foto suasana bulan Ramadhan tahun ni yang sempat saya tangkap :).

For sure ada foto-foto di Bazaar Ramadhan. Saya tu sekali je la pegi bazaar ni. Itu pun saje nak gi tengok2 dan ambik gambar. Also nak cari kuih buah Melaka for wife. 

Bila lapar, semua nampak sedap. Tambah pulak dengan bau-bauan yang sangat menggoda! Sini ada cucur sayur, murtabak ayam dan daging, vade, roti boom dan ayam goreng.

Tiap tahun di Bazaar Ramadhan ni ada peniaga ni yang jual pelbagai lauk pauk. Staffnya semua akak Indon. Memang banyak pilihan lauk dan boleh tahan sedapnya. Tapi mahal! 

Kalau beli di gerai ni, tak boleh beli sikit2. Contohnya, kata la kita nak lauk sayur dalam RM2.00 je. Tak boleh. Kalau nak mesti beli minimum RM3.00. Like that also got! 


Ada Kebab Roti Pita dan Roti John by Sidewalk Kitchen. 
Ada Murtabak dan Roti Boom Pak Din [dari Baba Jee]. 
Ada Lamb Grill [kambing golek] Nuar Chee Ee. 

Ada Nasi Lemak Ayam Goreng Kentucky.
Ada mee/keow teow goreng kuali/kawah. 
Ada Murtabak Firdaus Marvelous.
Ada Nasi Lemak Legend, 
Ada Ikan/Kerang Bakar Special dan Nasi Ambang. 
Ada Ayam Penyet Havoc Masyhur. 
Ada Uncle Bob's Fried Chicken and Jumbo Cheese [original or spicy] 

Ada lauk ikan pari asam pedas.
Ada batang keladi masak asam - favourite nih!
Ada drinks: air kelapa, air cincau, air lemon dan air katira [I have no idea ni air apa]. 
Ada Madimi's Yogurt dengan perasa asli, strawberry, anggur, mangga dan tembikai susu. 
Ada popia basah - popiah ni sedapppp! 

Tapi saya cuma beli karipap 2 ketul dan kuih buah Melaka for wife. I am so proud of myself lah.. hehehe... 

Ingatkan nak belikan mak kuih2 raya ni tapi tak jadi sebab mahal sangat. Sebotol kecik tu RM30.00!

Ada sekali tu kami berbuka durian. Ni first time [and last time] kami makan musang king ni. Mahal benor!

Masa Ramadhan elok kalau ziarah kubur keluarga yang telah pergi. Tak semestinya pergi masa 1st day raya. Lagi pun masa tu ramai orang dan tak begitu tenteram. Ni kubur arwah ayah saya di Klang.

Kami juga menziarahi kubur-kubur arwah mak dan pak mertua saya di Batu Gajah, Perak.  

Satu hari tu selepas solat Asar di Masjid, saya ternampak dua orang pak cik ni yang dah tua dan saling tolong menolong sesama mereka berjalan ke arah kereta. Salah seorang dari mereka adalah seorang pemandu teksi. Terharu betul saya tengok. 

Management condo saya letak notice ni. Hish.... budak2 ni!!! Nak salahkan siapa? Mak bapak? Mana la larat nak kawal 24 hours. Nak salahkan kawan2 kasi influence tak baik? There are only so much parents can do in this instance. Plus how to monitor la. 
Yang salah penjual fire crackers tu lah!  

Hampir setiap malam di masjid yang saya frequent iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra' pada bulan Ramadhan ada berbuka puasa di sponsor oleh individu2. SubhanAllah, besar pahala bagi orang makan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. 

Setiap kali ada majlis ni pasti ramai yang hadir. Alhamdulillah.

Yang memasak ialah orang Pakistan. Lauk ialah kambing. Mereka ni memang pakar masak kambing. MasyaAllah, bau masakan mereka sedap sungguh! 

Nasi dan daging kambing berserta sayur dihidang dalam dulang besar kongsi dalam 4 atau 5 orang sedulang. Nice!


Dan setiap kali mereka masak, pasti mereka akan selesaikan segala tugas sehingga bersih dapur masjid. Ramai yang volunteer tolong basuh periuk, dulang dan semua perkakas yang digunakan semasa memasak. 
SubhanAllah besar sungguh pahala yang mereka dapat di bulan Ramadhan tu. 

Di masjid Fatimah Az-Zahra' ni juga diadakan majlis Tazkirah setiap malam dengan mengundang ramai para Ustaz dan Pendakwah. Pihak masjid siap buat poster ni. So awesome!

Di white board masjid juga sentiasa ada latest updates of tarikh/waktu, tazkirah dan nama2 penceramah.  

Suasana dalam masjid ketika ada majlis Tazkirah. Masjid ni berhawa dingin, so sangat selesa. Tapi jangan pi tidoq pulak :). 

Juga ada Tazkirah2 khas untuk para Muslimat. Jemaah lelaki juga boleh hadir. 

Para jemaah juga sangat digalakkan untuk bersedekah apatah lagi semasa bulan Ramadhan. Jadi oleh itu, sangatlah eloknya kalau bagi duit raya dalam bulan Ramadhan dari bagi masa hadir Syawal bagi mendapatkan pahala bersedekah dalam bulan Ramadhan :).

Pada sepanjang minggu pertama dan kedua Ramadhan yang mengimami solat Tarawih kami adalah adik ni. Dia adalah seorang Hafiz, yang hafal Al Quran. Saya agak adik ni baru berumur 15 tahun. SubhanAllah. 

Ada juga sekali tu seorang remaja bernama Rahman yang berasal dari Syria yang juga seorang Hafiz requested if he could be the imam for the solat Tarawih. He is 20 years old. Tentulah imam masjid benarkan. Later saya sempat bersembang dengan ayah remaja tadi yang bernama Daud, rupanya Daud ni pun Hafiz juga. Bapak dan anak Hafiz. MasyaAllah.

Dan pihak masjid juga ada menjemput Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2011 Amirahman Abas. MasyaAllah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran beliau ketika solat tarawih begitu menusuk kalbu sehingga menitis airmata. 
Alhamdulillah Ya Allah. 

Mereka adalah antara beberapa orang penceramah yang dijemput oleh pihak masjid untuk majlis Tazkirah sepanjang bulan Ramadhan 1436h. Memang rasa seronok sangat dapat menghadirkan diri ke majlis2 ilmu sebegini. Ustaz2 ni memang bagus2 belaka. Di masa itu saya terasa sungguh keindahan bulan Ramadhan. SubhanAllah.


Muslimat juga begitu ramai yang hadir. Section untuk jemaah wanita sentiasa penuh!


Adik ni juga saya noticed sering menghafal Quran. Dia datang bersama ayah dia. Saya lihat ayah dia begitu gembira. Ramah dan humble sungguh orangnya.
SubhanAllah. Saya seronok dapat berjumpa dengan orang2 begini.  

Antara nota2 tazkirah yang sempat saya catat dalam handphone. Cuma the gist sahaja. Since tak sempat nak tulis semua details, saya rakam audio tazkirah2 tu :). 

Pagi Syawal pun datang. Terasa sedih melambai pemergian Ramadhan. Semoga Allah memanjang umur kita agar kita dapat menikmati kurniaanNya yang melimpah semasa bulan Ramadhan di tahun hadapan. 

Saya bersolat hari raya di Masjid Bandar Diraja Klang. Ni pemandangan dari masjid tu.


Masjid Bandar Diraja Klang.




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. kagum nengok adik tu..
    pandai ibu bapa dia mendidik..
    MasyAllah..
    baru 15 tahun..

    dua biji karipap dan 6 biji buah melaka je akhirnya...
    punyalah round satu pasar ramadhan!!
    kihkihkihhhh..
    intro kemain!!

    nasi Ambeng..
    baru betul idghramnya.. :)

    makin mahal kan.. makanan di pasar ramadhan
    kena jgak beli .. macam saya ni..
    tak sempat dan tak suka dan tak pandai masak..
    heh heh hehhh..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc. Kagum sangat. The things is there are many kids yang dididik jadi hafiz dengan adanya banyak sekolah-sekolah agama sekarang. In fact, dari ustaz2 yg bagi ceramah some of them cerita mereka terpaksa turn down some parents sebab sekolah mereka belum mampu nak in take ramai pelajar. Intake kena jaga, kualiti juga kena jaga. Setiap pelajar mesti diberi perhatian sepenuhnya.

      Hehehe... tahun ni memang saya tak macam tahun2 lepas. Sangat kawal pembelian kuih/lauk.. hehehe...

      Aaa... thanks for the correction.. hehehe... ambeng it is :).

      Hmm... betuldoc, makinmahal dah sekarang...
      Aaa..? Tak suka masak? Hmm.. kalau saya, CPL dan GB datang rumah, doc akan masak apa? :)

      Delete
  2. hahahhaaaaaaa..

    laksa Johor ok..
    saya pandai
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... nice! Rasanya saya tak pernah lagi makan laksa Johor.

      Delete
    2. Ooo... nice! Rasanya saya tak pernah lagi makan laksa Johor.

      Delete