Wednesday, March 4, 2015

PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO

Catatan percutian ke Padang dan Bukittinggi diteruskan....

Kami then dibawa Muslim untuk makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk yang terletak di Padang Panjang. Hidangan kami tengahari tu ialah Nasi Padang, what else kan...hihi. Ini lah kali pertama buat kami berdua makan nasi padang yang authentic actually.

Saya siap masuk ke tempat penyediaan hidangan. Waaahhh! Banyak sungguh jenis2 lauk pauknya. Mana yang nak disajikan akan diletak dalam piring2 kecil dan dihantar ke meja. Cukup selesa restoran ni bagi kami.

Kami tak pilih mana satu lauk yang nak dimakan kerana dah siap dipilih dalam package. Kami ok je sebab kalau nak pilih sendiri tak tahu yang mana sedap. Kami dihidangkan dengan 8 jenis lauk pauk. Banyak tu. Kalau kami yang pilih sendiri pastinya cuma 3 atau maximum pun 4 jenis je. Well, since dah dalam package and all is already paid for, kami pun try la to enjoy as much as possible. Sampled each of the dishes. Luckily each dishes tu cuma small portion je. Risau saya takut membazir. And much to our surprise semuanya sedap2 belaka! Like, seriously! Syukur Alhamdulillah. Saya sendiri makan nasi cuma sikit sahaja sebab nak meratah lauk.. hihihi..

My favourite was the sambal cili hijau tu. My wife suka sayur terung tu.

Nak jadi cerita, sebab hari tu agak panas kami order orange juice yang akan kami bayar sebab tak masuk dalam package, seperti kebiasaannya lah. Bila dah bertolak, baru teringat yang kami terlupa nak bayar. Rasa guilty betul. Terus kami beritahu Muslim. Dia kata tak usah risau sebab kami akan patah balik jalan yang sama masa nak balik ke Padang nanti. Lega!

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Bukittinggi. Dalam perjalanan tu saya ternampak khemah2 berwarna merah, pink dan putih ni. Kata Muslim tu majlis orang kahwin. Juga yang menarik perhatian saya ialah signboard yang berdekorasi cantik dengan bunga dengan ucapan: 

"Selamat Bahagia Nanda & Rolli" dari Ir.H Hendra Irwan Rahim, Ketua dprd Prov. Sumbar". 
Tradisi di sana rupanya ada ucapan berbentuk sedemikian dari Ketua Provinsi dituju kepada kedua mempelai. How nice!

Sesuai dengan gelaran Kota Serambi Mekah yang diberi kepada kota Padang Panjang, jalan raya utama di kota ini dihiasi dengan nama-nama Allah swt. Secara tidak langsung, kita juga akan berzikir sambil melalui jalan ini ketika membaca nama-nama Allah swt yang diletakkan di sepanjang jalan.

Ni dah nak dekat nak sampai Bukittinggi sebab suasana dah mula berkabus. Bukittinggi ni terletak about 930 meters di atas aras laut. Sejuknya macam di Cameron Highlands.

Banyak ternampak kebun-kebun dan ladang-ladang sayur-sayuran yang hijau segar berkabus. Cantik sungguh!

Then ternampak pula kincir air ni. How interesting! Saya siap seberang jalan untuk ambik gambar dengan lebih dekat. Silapnya saya tak terfikir nak masuk ke dalam rumah tu untuk tengok peralatan apakah yg diputarkan oleh roda kincir air tu. Adakah untuk mengisar padi? Tak nampak pulak guni-guni atau lori/trucks atau bahan lepas kisaran padi di kawasan dekat2 rumah tu. Hmmm...


Sebenarnya kami berhenti di kedai kain dan sulaman Putri Minang ni sebab masih lagi terlalu awal nak check in ke hotel. Kincir air tu ada betul2 di seberang jalan Putri Minang ni. Isteri ke dalam kedai, saya ke kincir air tu.. hihi..

Isteri kata telekung yang di jual di situ adalah sangat cantik dan harganya berpatutan.

Then Muslim bawa kami ke Pandai Sikek yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mahir dalam penghasilan kraftangan tradisional.

Memang tak duduk diamlah saya asyik ambik gambar sawah dan ladang yang berlatar belakangkan awan dan gunung.

Kelihatan begitu subur sekali.


Destinasi seterusnya, Pandai Sikek...

Seterusnya Muslim kata kami akan ke tempat kesenian ukiran kayu di Pandai Sikek, Sumatera Barat yang terkenal sebagai pusat kraftangan songket tradisional dan ukiran kayu Minangkabau. Terdapat 6 bengkel ukiran tradisional di sana dan bengkel Bapak Chan Umar adalah yang paling terkenal di Pandai Sikek ni. Apparently juga terkenal di seluruh Indonesia.

Seni ukir Bapak Chan Umar ni terletak di Nagari Pandai Sikek, Padang Panjang, lebih kurang 20 kilometer dari Bukittinggi, Sumbar. Di daerah tu lah lokasi kios sederhana milik Bapak Chan Umar.

Dari Facebook Sanggar Ukiran Chan Umar:

"Sanggar Ukiran Chan Umar merupakan salah satu usaha kerajinan ukiran kayu tradisional yang terdapat di Pandai Sikek, Sumatera Barat. Di sini diperlihatkan bagaimana teknik tingkat tinggi dan rumit mampu menghasilkan karya nan menawan dan bernilai seni tinggi.

Berbagai jenis ukiran kayu dapat ditemukan di sini, termasuk yang dipadukan dengan aneka perabot lain seperti tempat tidur, kursi, lemari, bahkan hiasan ukiran yang sering kita jumpai di bangunan-bangunan kantor pemerintahan Sumatera Barat".

Inilah Bapak Chan Umar. Dia adalah seorang OKU. Bapak Chan Umar membuka bengkelnya dengan dibantu oleh 12 orang karyawan. Hampir keseluruhan idea ukiran adalah dari Bapak Chan Umar sendiri. Semua pembantu akan melakukan kerja-kerja production dari awal hingga akhir iaitu dari proses pemotongan kayu surian [atau suren]  hingga ke tahap pengukiran dan pewarnaan.

Keunggulan hasil kerja yang dihasilkan adalah dari ketelitian Bapak Chan Umar menoreh motif-motif sendiri dan juga dari pemilihan warna.

Bapak Chan Umar telah mempelajari seluk beluk teknik ukiran sejak 30 tahun yang lalu. Dia telah berguru dengan seorang tokoh ukir yang dipanggil Pak Tuo. Berkat kesungguhannya itu, Bapak Chan Umar kini adalah salah seorang pengukir yang disegani. Demi memastikan yang seni ukir ini tidak pupus, Bapak Chan Umar telah memperkenalkan kesenian ukir ini di kalangan generasi muda. 

Mengikut kata Bapak Chan Umar, nama Pandai Sikek berasal dari seorang pengukir zaman dulu yang mahir mengukir luar dan dalam rumah-rumah Gadang yang dipanggil Si Ikek. Disebabkan dia begitu pandai dalam seni ukir ini, maka daerah di mana Si Ikek berasal dinamakan Pandai Sikek. 

Terdapat pelbagai jenis ukiran kayu yang ada di bengkel Bapak Chan Umar antaranya bingkai gambar, tingkap dan pintu. Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan dengan harga yang berpatutan.

Ada juga perantau-perantau kaya Minang yang membuat ubahsuai rumah-rumah adat lama mereka seperti menggantikan bahagian-bahagian yang rosak dengan yang baru. Juga terdapat antara mereka yang membina rumah-rumah di kampung seperti rumah-rumah adat dan mereka sanggup membelanjakan sebanyak Rp400 juta untuk ukiran dalaman dan luaran rumah-rumah adat tersebut. 

Tentunya mahal atau murah harga ukiran bergantung pada saiz dan kerumitan motif yang diingini pelanggan. Untuk ukiran-ukiran tersebut, kayu yang digunakan adalah kayu surian yang kualitinya kurang sedikit dari kayu jati. Kayu surian ini terdapat banyak di hutan Sumatera Barat. Di Sumatera Barat terdapat juga beberapa pusat-pusat ukiran Minangkabau lain seperti di Candung [Agam], Cupak [Solok] dan Lintau [Tanah Datar], tapi kesenian ukiran Minangkabau ini di Pandai Sikek adalah jauh lebih berkembang dan Bapak Chan Umar merupakan pengukir terkemuka di situ.

Beberapa hari diperlukan untuk menyiapkan ukiran bingkai gambar manakala seminggu pula diperlukan untuk bingkai tingkap. Kalau pintu rumah pula memerlukan masa hampir sebulan. Semuanya tertakluk pada saiz dan motif pilihan. 

Ada lebih kurang 200 motif tradisional ukiran Minangkabau ini. Tapi cuma dalam 20 jenis yang selalu digunakan.

Setiap ukiran ada filosofi tersendiri. Contohnya motif ‘itiak pulang patang’ [itik pulang petang] bermaksud masyarakat Minangkabau akan teringat dengan kampung halamannya dan selalu bersatu. 

Kami diberitahu Muslim bahawa penduduk lelaki di perkampungan ini diajar seni pertukangan dan ukiran kayu semenjak dari kecil lagi. Bagi perempuan pula, mereka diajar menenun kain songket.

Lepas tu kami dibawa pula ke Gedung Satu Karya yang menjual kain tenunan songket. Kedai ni betul2 diseberang jalan dari bengkel Bapak Chan Umar.

Di kedai tu ada demonstrasi tenunan songket. Wanita ini sedang menenun selendang songket dan menurut beliau sehelai selendang songket tenunan tangan ini memakan masa 3 bulan untuk disiapkan.

Muslim kata tenunan di sini makin lama usianya makin berharga kerana hasil keseniannya yang amat halus dan tinggi standardnya. Sample tenunan yang kami tengok memang la tersangat cantik! 

Then on to the next destination sambil menikmati views yang awesome2 belaka macam ni :).



Terdapat 3 peringkat persekolahan di Indonesia: Sekolah Dasar [Sekolah Rendah], Sekolah Menengah Pertama [Sekolah Menengah Rendah] dan Sekolah Menengah Atas. Tak pasti pulak pelajar-pelajar ini berada di peringkat sekolah yang mana.

Next destination, Koto Baru...

Selepas tadi di Pandai Sikek, kami dibawa pula ke sebuah lagi kedai kain sulaman yang bernama Sulam dan Bordir Oke di Koto Baru. Hmm... memang le cantik2 belaka. At first kami admire gitu2 je la sebab tak de plan nak berbelanja beli sulaman dan lain-lain. 


Actually menarik juga bila diperhatikan dengan lebih dekat barangan di situ. Then my wife suggested that saya belikan telekung for my mother and sisters. Kata dia kualiti telekung2 di sini adalah bagus dan harganya juga sangat berpatutan. Elok juga idea tu maka saya pun belilah. Beli juga untuk anak-anak sedara. 5 pasang semuanya. 

Ewah.. dah macam mak cik2 pulak saya ek, beli telekung bagai di Bukittinggi... hihi... 
Note: Fast forward, semua, especially my mum, suka sangat telekung2 tu. Alhamdulillah dapat buat mak happy :). 

Lepas tu Muslim bawak kami ke warung Bika Talago untuk merasa kuih Bika. 

Dan yang paling buat saya super excited sebab ada danau di belakang kedai ni...hihi. Apa2 pun jom rasa kuih bika dulu. 

Inilah kuih bika. Bika dalam sebutan orang Minang refer to kuih yang di panggang. Yang talago tu maksudnya telaga atau danau. So nama warung ni Bika Talago sebab ada danau di belakangnya. 

Bika ni kira macam pancake Sumatera Barat. Bahan asas nak buat kuih ni simple je iaitu tepung beras, gula dan kelapa parut. Macam lempang kelapa di Malaysia. The one at the bottom tu, yang gelap warnanya tu, di campur pisang. 

Rasanya? Uwwwaaahhh! Sedap!!! Kami dapat sorang 2 keping, jadi tak habis, terus minta tapau...hihi... 

Cara buatnya unik. Adunan mentah yang dibentukkan bulat leper [seperti gambar] diletak ke dalam mangkuk tanah liat yang dalamnya beralas daun pisang. Diletak dua keping adunan dalam satu mangkuk pembakar tu. Lepas tu ditutup dengan satu lagi mangkuk tanah liat yang berisi kayu yang dibakar membara. Muslim juga beritahu yang pemanggangan bukan dibuat dari atas sahaja tapi juga dari bawah. Wah! Hebat! 

Oh, btw itulah Muslim.

Sesiapa yang datang ke warung seperti ini memang dibenarkan untuk mengambil gambar. Kalau nak ke dapur pun boleh. Of course minta la izin elok2 dulu :). Saya cuma tengok2 je bahagian dapur dan tak ambik gambar. Rasa macam intrusive pulak kalau take photos kat situ.. hihi. 

Lepas merasa kuih bika tu, kami pun ke danau belakang warung untuk menikmati keindahan pemandangan. Kebetulan ada pak cik ni tengah memancing. Nice!

So beautiful! So kalau kawan2 ke warung2 macam ni, elok kalau luang masa sikit to check out the danau behind the warung, ok :).

On to the next destination. And more people shots :)

Memang dah dari awal-awal lagi saya beria-ia nak dapatkan gambar kerbau. So bila dapat yang ni, so happy lah... hihi :)

Petani yang sedang mengeringkan padi. Salah satu shot yang memang saya target nak dapatkan. Syukur. 

Le sigh... :)

Haaaa.... managed to get more kerbau shots :). Ni bukan shot dari kereta macam yang the few earlier tapi from right by the roadside.

Pada masa ni kami dah enter area Koto Gadang...

Kami pun sampai di Kotogadang untuk ke kedai silver works. 

Jika Pandai Sikek terkenal dengan perusahaan ukiran kayu dan kain tenunan, Kotogadang pula terkenal dengan perusahaan perak. Sesuatu yang diperhatikan di Indonesia ini ialah tempat-tempat yang berbunyi macam Kotogadang ini memang merupakan pusat perusahaan perak. Kalau di Yogyakarta, pusat perusahaan peraknya dipanggil Kotagede.

Kami ke kedai silver 'Silver Work Welisyar Mak Wan Kotogadang'. 

Kata Muslim cincin perak yang dipasangkan dengan batu-batu permata seperti ini adalah trend terbaru di sana. There are very high demands for the best rock.

Ukiran Rumah Minangkabau yang dibuat dari perak ini memakan masa 6 bulan untuk disiapkan. Ia dijual dengan harga RM16,000.

Tambah Muslim lagi, perak yang dihasilkan di Sumatera berkualiti tinggi kerana peratus ketulenannya ialah 97.2%, berbanding perak di Bali yang ketulenannya hanya 92%.

Depan kedai silver tu ada sawah padi. Definitely a good opportunity to take some photos. Seronok kami kerana this was the time kami really dapat took shots of paddy fields dari proximity yang begitu dekat berbanding dari dalam kereta yang sedang bergerak.. hihi. 

Seronok sungguh saya dapat shot kerbau dan burung ni... haha. 

Suasana di sawah padi yang sempat saya rakam. Petani yang sedang mengerjakan sawah, seorang bapa dan anak sedang dalam perjalanan merentas sawah padi untuk ke sekolah, pesawah sedang mengumpul jerami untuk dibakar dan suami isteri sedang sibuk bekerja. 

Lagi shots kerbau dan burung.. hihi.

Terharu saya kejap tengok shot ni... 



Jauh juga kami berjalan dari kedai silver tadi kerana dah teruja sangat dengan keindahan suasana sawah padi yang sedang menghijau. 



Then ternampak pulak burung-burung ni! Cepat2 ambik gambar.. hihi. 

Ok last foto kerbau.. haha..


Dari Kotogadang, kami dibawa ke bandar Bukittinggi melalui Lembah Sianok yang terletak betul-betul di bawah Ngarai Sianok yang terkenal di Bukittinggi. Memang takjub melihat keindahan kawasan perkampungan ini.


Bandar Bukittinggi juga dipenuhi dengan terowong peninggalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dulu. Kami juga melintasi salah sebuah pintu terowong ini dalam perjalanan menuju ke bandar Bukittinggi.

Now dah masuk area Bukittinggi...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel di Bukittinggi ni, hotel The Hills. 

Cantik dalamnya....

Bersambung.... 

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries Padang dan Bukittinggi saya: 
1) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - LEMBAH ANAI – PDIKM

2) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 02 - PUTRI MINANG - CHAN UMAR - OKE - BIKA TALAGO


3) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 01 - PART 03 – WEDDING


4) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 01 - JAM GADANG


5) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 02 - SG LANDIA - LAKE MANINJAU


6) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 03 - PROF DR HAMKA - LAKE MANINJAU - BUNDO KANDUANG


7) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 04 - STREET DRUMMER - PASAR ATAS


8) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 02 - PART 05 - CULTURAL SHOW


9) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 01 - BENDI - NGARAI SIANOK - LOBANG JEPANG - AGAM GALLERY


10) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 02 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - SULAMAN HJH ROSMA - SAWAH - KINIKO ENTERPRISE - PONDOK FLORA


11) PADANG DAN BUKITTINGGI - DAY 03 - PART 03 - ISTANO BASA PAGARUYUNG - GOING HOME


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. saya tak tau nak komen dah
    gambar sangat2 cantik
    seronok saya tengok

    byk betul tempat persinggahannya
    telekung tu mesti sulaman dia halus kan
    kalau berbaloi harganya ada baiknya beli
    sebab sulaman dari sana mmg halus2
    saya ada beli beberapa pasang
    mmg puas hati

    makanan padang
    mmg banyak lauk
    1st time makan, saya pi makan ngan boss kat jakarta
    terkujat tengok lauk yang terhidang atas meja
    rupanya yang disentuh aje akan dicharge
    yang tak disentuh tidak di charge
    tapi saya suka sebab portion dia tak la besar
    dan rasa sangat sedap!
    gasak meratah lauk ajelah, nasinya tak abis2

    nampak kesungguhan si pengukir
    walau OKU
    tapi dia berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan mereka yang cukup sifat dan berjaya
    saya rasa mesti murah kan harganya kalau di beli kat sana
    berbanding beli kat sini

    syahdu lak tengok moment2 kat sawah padi yang last2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. tak pe El, tulis je apa yg terlintas di fikiran. Saya pun masa buat blog ni kadang2 seperti seolah-olah diserang writer's block.. ewahhhh... hahaha...
      Terima kasih El. Pemandangan cantik maka cantik le foto-fotonya. Nanti ke sana, EL also must rakam banyak keindahan alam di sana ok. I'll be looking forward to that! :)

      Haaa.. betul.... compare dgn percutian2 kami yg lain, yg ni banyak singgah menyinggah... hihi...
      Yes, cantik dan halus sulamannya. Saya suka the designs. Intricate yet so beautiful in its simplicity.
      Wife kata harga memang bagus. Dia pun bought beberapa for her family members.

      Hihi.. sama la. Nasi saya ambik secuit je, lauk ratah puas2...hihi... Yes, banyak tapi small portion. Tapi memang sangat mengenyangkan. Alhamdulillah.
      For ours, sentuh tak sentuh, memang dah cover, dah dibayar. Makanya saya sentuh semuanya.. hahaha...
      Macam mana boleh sedap sangat kan El? Apa rempah ratus dan bumbu2 yg mereka gunakan?

      Memang saya admire sangat kat Bapak Chan Umar ni. Tu yang saya research pasal saya sebanyak mungkin. Dari bacaan saya baru saya sedar dia ni cukup famous :). Should be murah than dari sini. Hasil seni cantik macam ni kalau jual di sini mesti mark up harga lah.

      I know! I wished ada pangkin tempat duduk2 berehat tepi sawah tu.

      Delete
  2. ambik pakej memang dia akan bawak berhenti kedai-kedai kan en syed..?
    en syed ok .. sebab suka ambik gambar-gambar depa tu..
    kalau tak .. tak jumpa lak Bapak Chan tu kan..

    saya dak cakap kat Uda yang akan bawak kami tu..
    tak mo berhenti kat kedai-kedai..
    kedai makan tak apa..

    memang tak ada pakej siap yang boleh bawak ke lokasi pengambaran tu .. saya yang mintak Uda tu .. dia kata ok..
    saya kata kat uda tu .. saya tak mahu pergi tempat-tempat yang biasa orang malaysia pergi ..

    pergi padang kalau tak makan nasik padang tak sahhh !! hehheheee

    so..
    maknanya..
    en syed lalu dalan ngarai sianok yu lah ya..
    kat dasar dia..
    cool!!

    suka gambar kerbau dan bapak yang sorong wheel barrow tu !!
    dan burung yang terbang tu!!
    pelik kan../
    ada sawah tengah menguning
    ada baru tanam
    ada yang masih hijau.
    dalam kawasan yang sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu doc. Dah kebiasaan kami ambik package cam ni, jadi berenti2 tu dah memang expected..hihi...
      Saya pun dah macam ok je dgn these stops cause, like you said, saya suka ambik foto2 mereka.
      Yes, exactly! Otherwise memang le tak dpt jumpa Bapak Chan Umar tu! Such a fascinating individual.
      Plus stops ni saya gunakan juga kesempatan tu to stretch my legs and especially pinggang cause bila usia dah meningkat ni, sedap rasanya dapat take breaks dari lama duduk dalam kereta... hihihi.... sebab tu now ni bila stop je, laju saya turun.. hahaha...
      Tapi dgn package private cam ni juga saya boleh stop2 di mana kami nak. Nak lama sini atau nak sekejap situ sebab hanya kami berdua dan tak de pelancung lain to consider. Which is nice actually. In gist, ada la pros and cons nya :).

      Ehhh.... kedai makan tu dah mesti! Saya cadang doc and geng berhenti di satu kedai makan namanya Pondok Indah. Ada view yang cantik dan kuih muih tradisional Minangkabau yang sedap2! Confirm sedap, like apam labu dan risoles... mmmm... :P. And of course kena try kuih bika di kedai Bika Talago :).
      Also at least berenti la kat satu kedai jual jajan. Sedap2 tau jajan di situ. Dan ada pelbagai macam. Kami stop di kedai Bundo Kanduang. Bagus kedai tu. Boleh tolong siap pack masuk kotak if beli banyak. Harga pun ok.

      Bagus tu doc. Sebab bila saya baca blog2 lain yg pegi Padang dan Bukittinggi, saya dapati sama je itinerary nya dgn yg kami pergi. So when I read yours, memang ada kelainan. Tu yg best tu :).
      Having said that, harap2 doc dan kawan2 yg lain tak le boring pulak baca blog saya ni ya.. hihi...

      Walau pun selama kami di sana kami makan nasi padang for all the lunches and dinners, tetap kami tak jelak. Sedappp :)

      Betul doc. Later2 masa kami ke Lobang Jepang tu, dapat tengok lembah tu dari atas. Cantik sangat view tu!

      Foto-foto yang doc mentioned tu refer to one of the best times I had while on this vacation. Saya memang sangat2 sarankan pada doc mintak Uda stop kat satu kawasan sawah padi yang scenic untuk ambik gambar. Make sure belah pagi atau petang. Cantik cahayanya. If got time, jalan2 turun ke sawah tu. Cantik doc! Serious.

      Betul. Itu dah sistem mereka. I suppose mereka nak make sure the production is continuous ikut petak by petak. Lucky for us, this means that bila2 pun kita ke sana, kita akan dapat tengok padi menguning atau menghijau [which ever yg di prefer] insyaAllah.

      Delete
  3. Terima kasih gambar cantik2 sangat. Teruja nak ke Bukit Tinggi-Padang tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Halimahton for the visit and comments.
      Saya ucapkan selamat bercuti-cuti di Bukit Tinggi-Padang! Ambik gambar banyak2 ok sebab sceneries kat sana sangat cantik! :)

      Delete